Support My Blog

Sunday, February 9, 2025

SEMBANG JAMBU BATU LOHAN (PART 2)

JAMBU BATU LOHAN
(Psidium guava) atau 'Lohan Guava' atau 'Giant Guava' adalah salah satu varieti Jamby Batu yang paling popular di tanam dan di gemari rakyat Malaysia masa kini. Kalau dahulu varieti Jambu Batu Kampuchea (GU8) yang popular tetapi citarasa pengguna sudah banyak bettukar kepada Jambu Batu Lohan. Saya ada menulis artikel mengenai jambu batu dalam blog ini dengan antaranya boleh di baca dengan pautan (Sila Klik DIsini). (Sila Klik disini) dan banyak lagi. Jamby Batu yang ditanam di Malaysia terdiri dari jenis berbiji dan jenis tidak berbiji (seedless). Jambu batu berbiji yang popular di tanam adalah dari jenis klon GU 8 (Nama lain Jambu Kampuchea), Klon GU 9 dan Klon GU 10 manakala untuk jenis seedless dari jenis GU 15. Kini terdapat satu jenis jambu batu baru yang di panggil dengan "Jambu Batu King" atau "Jambu Batu Giant" atau "Jambu Batu Lo Han". Varieti jambu Batu Lo Han telah didaftarkan dengan Nama Varieti Lo Han dan nombor Pendaftaran GU16 pada March 2013 didalam National Listing Jabatan Pertanian oleh pemiliknya iaitu Encik Teo Lai Meng berasal daripada Bt 4, Bukit alam, Jalan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Jambu ini telah pertama sekali dipamerkan pada HPPNK Negeri Johor pada tahun 2009. Penulis telah melawat banyak kebun tanaman jambu batu ini di Negeri Johor dan Negeri Melaka semasa masa itu tetapi kini ia di tanam di seluruh negara dimana penulis blog ada membuat lawatan pemeriksaan kebun dan mendapatkan pandangan dari petani serta teknologi yang diamalkan bagi menanam jambu batu ini. Rasa buah jambu batu lohan lebih 'Crispy' daripada jambu batu klob GU7 dan lebih 'juicy'. saya memang amat suka akan buah jambu Lo Han yang baru ini dan dapat membezakan dengan baik serta percaya ramai pengguna akan beralih kepada varieti baru ini. Artikel kali ini saya sembang dan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti jambu batu Lo Han (GU16) yang popular masa kini di Malaysia untuk jadi bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menarik moto '
Populariti jambu batu lohan tarikan TMM2024' untuk disembangkan juga. Jika Perlis terkenal dengan mangga harum manis, Melaka pula berbangga dengan jambu batu lohan varieti GU16 yang semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan penggemar buah segar di negeri ini. Bukan saja bersaiz gergasi malah iarangup dan rasa manis dan kandungan airnya yang tinggi memberi nilai tambah kepada jambu batu lohan yang dijangka menjadi antara produk pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Bagi pengusaha jambu batu lohan Abdul Halim (47) mendakwa dia telah memulakan persediaan seawal Jun 2024 lepas bagi memastikan yang kebunnya seluas empat hektar di Jalan Setulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka akan mampu memenuhi permintaan buah berkenaan yang dijangka meningkat menjelang TMM 2024. Beliau dakwa secara purata kebunnya mampu menghasilkan 800 kilogram (kg) sehingga 1.8 tan buah jambu batu lohan seminggu yang akan digredkan mengikut berat bermula 800 gram hingga 2 kg bagi membolehkan pengguna memilih saiz buah dikehendaki. Bagi tujuan TMM2024 ini kini dia lebih tumpukan kepada pengeluaran buah premium iaitu gred A, tetapi dari segi harga kita akan cuba kekalkan pada harga biasa iaitu RM5 sekg. Dia turut berusaha meningkatkan kualiti buah menerusi penjagaan yang lebih teliti dengan sistem pengurusan kebun seperti membaja, membalut dan selalu mengredkan buah dilakukan dengan lebih baik. Sebagai pengusaha tunggal jambu batu varieti ini di Melaka, amat penting kualitinya dijaga. Bukan saja untuk TMM2024 akan tetapi juga pasaran biasa seperti di pasar borong serta dihantar ke luar Melaka seperti Pulau-Pinang, Kelantan dan Pahang. Apa pun semua ini dilakukan dengan kerjasama FAMA yang telah membantu saya sejak dari hari pertama buah ini dipasarkan di pasaran terbuka. Dia mengusahakan kebun tersebut sejak 2019 dengan mendapatkan benih jambu batu lohan dari Taiwan. Bekas kontraktor telekomunikasi itu berkata pokok jambu batu lohan yang mampu hidup hingga 25 tahun juga memberi kelebihan dalam memastikan agar aspek pengeluaran buah berpanjangan. Secara purata kebunnya menghasilkan kira-kira lima tan metrik jambu batu lohan gred A dengan nilai RM25,000, gred B sekitar empat tan dengan nilai RM14,000, manakala buah 'reject' sekitar satu peratus sebanyak tiga tan (RM7,500) setiap bulan. Buah jambu lohan ini kita boleh 'bentuk' kitaran pengeluarannya dan penggiliran tersebut mampu memastikan buah tidak putus dan saiznya juga dapat dikawal. Ini secara tidak langsung memudahkan kita membuat anggaran berapa tan buah yang akan dihasilkan pada setiap kitaran. Dia kini dibantu oleh lima pekerja, Abdul Halim berkata selain memasarkan melalui FAMA, beliau turut membuka kebunnya untuk dikunjungi pengemar buah tersebut sekali gus menyemarakkan konsep agropelancongan di kawasan itu. Kini kebunnya itu berjaya menarik ramai pengunjung termasuk dari Pahang dan Perak yang datang untuk melihat sendiri bagaimana buah tersebut diusahakan secara komersial. Pada TMM2024 dijangka lebih ramai pengunjung akan datang ke kebun dan berharap kunjungan tersebut akan mempopularkan lagi jambu batu lohan yang dakwanya setanding mangga harum manis di Perlis.


Menarik kisah bagaimana 'PKP dorong petani sayur beralih usahakan jambu batu Lohan' dimana petani Abd Halim akan memeriksa kualiti buah yang ditanam di kebunnya di Pulau Gadong, Melaka. Kesukaran memasarkan sayur-sayuran ketika bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac 2020, memaksa Abd Halim  untuk mencari alternatif lain untuk kekal bertahan dan meneruskan kelangsungan hidupnya sebagai petani sayur. Pernah ada kerugian mencecah sehingga ribuan ringgit sehari menyebabkan dia yang juga seorang kontraktor telekomunikasi beralih mengusahakan jambu batu atau guava varieti Lohan (GU16) dan ternyata usaha itu sudah pun dilihat menampakkan hasil lumayan setelah sembilan bulan menceburi penanaman jambu berkenaan. Kini dia terus aktif menumpukan sepenuh masa sebagai pengusaha jambu batu Lohan sehingga mempunyai tiga kebun seluas 2.83 hektar di sekitar Kampung Tengah, Pulau Gadong di sini dengan 1,000 batang pokok sekali gus menjadi pengusaha tunggal di Melaka. Purata pokok jambu yang di tanam telah mencecah usia matang dan mampu mengeluarkan dua tan metrik jambu seminggu dengan pendapatan mencecah RM10,000. Dia yang sudah mengusahakan tanaman sayur-sayuran seperti cili padi centil dan terung sejak 13 tahun lepas, mengakui keputusan beralih mengusahakan tanaman jambu batu itu dilakukan ekoran pendapatannya sebagai kontraktor turut terjejas dalam tempoh PKP dan sekatan perjalanan. Pada mulanya banyak kesukaran yang saya hadapi termasuk dalam isu pemasaran sehingga bertan-tan jambu terpaksa dibuang kerana saya tidak tahu ke mana hendak memasarkannya sehinggalah saya berkolaborasi dengan Jabatan Pertanian dan FAMA. Dia membekalkan jambu batu berkenaan kepada lebih 50 peniaga kecil dan seorang pemborong di negeri itu selain turut memasarkan hasil taninya di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan FAMA Melaka. Penegluaran kira-kira 8 tan metrik buah jambu sebulan kadangkala masih tidak mampu untuk menampung pasaran luar Melaka dimana dia mengusahakan projek rintis jambu U16 secara berkelompok bersama-sama enam rakannya di kawasan seluas 3.24 hektar di Jalan Setulang Daeng, Bukit Rambai dan kini ada mempunyai 2,000 pokok. Tanaman diusahakan secara berperingkat serta dijangka siap sepenuhnya pada Disember ini sebelum satu lagi projek tanaman secara kelompok akan diusahakan di tanah seluas 6.47 hektar di Bukit Katil pada awal tahun depan. Ada 10 tan metrik jambu disasarkan dapat dihasilkan dalam seminggu menjelang tahun depan. Berasal dari Muar, Johor setakat ini jambu batu Lohan keluarannya itu banyak menerima respons positif daripada pembeli malah ada yang sudahpun menjadi pelanggan tetap disebabkan ramai gemarkan rasa manis, rangup buah jambu berkenaan selain mempunyai kandungan air yang tinggi. Buah jambu kami dijual terus dari kebun kepada pelanggan dalam pelbagai harga mengikut gred iaitu RM5 sekilogram bagi gred A, gred B (RM4 sekilogram) dan gred C (RM3 sekilogram).


Dalam kes lain dilaporkan 'Pokok manja - belaian lebih' sesuai untuk di sembangkan. Dalam  bharian.com dilaporkan dimana 
pokok jambu batu hibrid Unda yang ditanam mati secara serentak tahun lalu antara pengalaman memilukan dilalui sepanjang lapan tahun terbabit dalam sektor pertanian secara komersial. Penyakit akar yang menyerang menyebabkan semua pokok dewasa sedang berbuah mati kata pekebun berjiwa besar bernama Che Soh Harun (51) yang kini mengusahakan projek tanaman jambu seluas 1.2 hektar di Kampung Bukit Serdang, Rompin, Pahang. Hikmah di sebalik kejadian yang berlaku itu mencetus idea untuknya mencuba teknik tanaman dalam polibeg dan kejayaan ternyata berpihak kepadanya tanpa diduga. Kaedah yang digunakan itu bukan sahaja dapat menyelamatkan pokok baharu daripada dijangkiti penyakit akar kerana ditanam atas tapak sama. Tetapi, lebih penting peratus kesuburan pokok lebih tinggi hingga mampu mengeluarkan dalam masa singkat. Dalam tempoh enam hingga tujuh bulan pokok yang ditanam mengeluarkan hasil secara berperingkat dan kini sebahagian daripada 50 pokok yang ditanam berbuah. Kualiti serta saiz buah juga lebih baik. Bagi tujuan untuk menghasilkan pokok jambu Unda yang terbaik penggunaan baja dan siraman perlu diberi perhatian sepenuhnya, pokok tidak akan berbuah lebat sekiranya dua faktor berkenaan gagal dilakukan mengikut jadual. Dia mengakui rasa manis dan rangup dimakan serta saiz buah yang besar menjadikan jambu batu Unda dimana  dihasilkanya mendapat permintaan begitu menggalakan daripada pengguna. Che Soh dakwa pokok jambu yang dihasilkan menerusi kacukan jenis Lohan dan GU8 ini mampu menghasilkan buah sepanjang tahun selepas matang dengan setiap pokok mampu mengeluar buah antara 100 hingga 200 biji setiap setahun. Dia yang mengusahakan tanaman jambu Unda mampu memberi pulangan menguntungkan jika dilakukan bersungguh-sungguh dan mengikut jadual kerja membabitkan aktiviti membaja, memangkas dan meracun. Menurutnya jambu batu dikategorikan sebagai pokok manja yang memerlukan perhatian lebih serta mudah diserang penyakit dan serangga jika pengawalan tidak dilakukan dengan sempurna. Pokok jambu batu akan mengeluarkan hasil apabila mencapai usia setahun setengah hingga dua tahun bergantung kepada penjagaan, kesuburan dan kadar kelembapan tanah. Kemuncak pengeluaran buah ketika pokok berusia lapan tahun. Ketika itu pokok mampu mengeluarkan hasil sehingga 45 tan membabitkan kawasan seluas 1.2 hektar. Purata berat buah antara 800 gram hingga 1.8 kilogram (kg) sebiji. Che Soh menambah yang jambu Unda dibahagikan kepada tiga gred iaitu A, B dan C bergantung kepada saiz dan kualiti. Harga pasaran semasa antara RM6 hingga RM7 sekilogram. Jambu Unda Gold yang terhasil secara semula jadi kini mendapat permintaan begitu menggalakan, walaupun harganya lebih tinggi namun pengguna tetap sentiasa memilihnya disebabkan rasanya manis dan rangup. Bagi memenuhi permintaan pekebun, dia juga menghasilkan anak pokok jambu menggunakan teknik tut yang dijual dengan harga RM15 hingga RM20 sepokok mengikut saiz. Pokok jambu batu hibrid Unda yang berumur tujuh bulan ditanam dalam polibeg sudah mengeluarkan hasil pertama dimana dia bersedia berkongsi pengalaman dengan mana-mana pihak yang berminat mengusahakan kebun jambu Unda yang mampu memberi pendapatan lumayan. Apa pun dia berharap suatu hari nanti jambu Unda berada di pasaran seluruh negara sama seperti buah tempatan lain. Kini aktiviti jualan dilakukan dengan cara jual terus kepada pembeli dengan kaedah 'cash on delivery' (COD) atau bayar selepas terima dan pembeli datang ke kebun dimana cara jualan buah potong turut dilakukan di sekolah dan beberapa kedai. Dalam musim tertentu dia tidak memenuhi permintaan pengguna, kemuncak pengeluaran hasil berlaku bermula September hingga Disember. Selalunya pada bulan lain jumlah buah menurun terutama pada musim panas. Artikel ini dituis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology dengan sembang artikel Jambu Lohan kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU BATU LOHAN... ENAKNYA...
SEBIJI RM5... DIJUAL DI PASARAYA...
RASA MANIS... CRISPY WANGINYA...
BERKHASIAT .... PELBAGAI ZAT ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia. 
(2 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...