Support My Blog

Thursday, February 13, 2025

SEMBANG PASAL KUNYIT (PART 2)

KUNYIT
(Cucuma domestica) merupakan satu jenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai jenis herba berkhasiat daripada keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dari segi sejarah dipercayai telah lama di tanam di negara India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. Apa yang saya baca, di India dan Indo-Malesia kunyit dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari expedisi Marco Polo yan telah direkodkan. Pada tahun 1280 ia menyebut bahawa Koncha (kawasan yang berjiran dengan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran bercirikan betul-betul saffron (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan saffron yang sebenar. Laporan tersebut juga saya dapati bermaksud mungkin serbuk kunyit seperti saffron. Pada masa ini kunyit umumnya dijumpai diserata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika. Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam bahasa Sankrit ia dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil (Manja), Inggeris (Tumeric), Cina (Kiang-hoang) dan Jawa (Kunyir). Penanaman kunyit di Malaysia tidak begiru luas dimana laporan daripada Jabatan Pertanian hanya melaporkan sekitar 120 hektar CHE sahaja pada tahun 2012. Kebanyakan tanaman kunyit dilakukan dipinggir kawasan kebun sayur atau ditanam dikawasan keliling rumah. Saya ada menulis banyak artikel mengenai kunyit dalam blog ini yang boleh di baca antaranya (Sila Klik Disini), (Sila Klik DIsini) dan banyak lagi. Bagi saya tumbuhan Kunyit merupakan jenis tanaman herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh mencapai 1.0 meter jika ia dijaga dengan baik dan ia berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai keluar dari perdu pokok. Pelepah-pelepah daunnya menbentuk batang yang tumbuh menegak. Apa yang saya faham, dibahagian dalam tanah terdapat Ubi utamanya dan ia dipanggil rizom. Rizom ini lazimnya akan berbentuk bulat panjang serta mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat. Bahgian rizom dan ubi sisi inil adalah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning. Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga dihujung batang dan panjangnya 10-15 cm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau dan merah jambu dihujungnya, manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama. Artikel subuh ini saya sembang didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kunyit untuk dijadikan bahan bacaan.


Penulis blog sering jumpa dan ujirasa  akan '
Resipi air kunyit' dan amalan meminum air kunyit untuk kesihatan. Apa pun didakwa resipi air campuran kunyit lemon mudah dengan membuat jus kunyit. Bagi tujuan resipi ini ia cuma perlukan dua bahan iaitu kunyit dan lemon sahaja. Meminum air kunyit sesuai diamalkan pada waktu pagi untuk membantu terutama untuk sistem pencernaan. Minum serta-merta untuk elakkan air bertukar warna. Bahan-bahan digunakan perlu dipilih corak pemakanan amalan disepanjang hari sama ada makan waktu makan utama sahaja (sarapan, tengah hari, malam) atau makan snek di antara waktu makan atau gaya makan bila lapar. Ada juga pebaca blog ini yang sering terlupa makan atau suka makan semula (mentong dalam bahasa jawa). Mulakan dengan menyediakan satu (1) sudu teh perahan lemon dan campurkan dengan ¼ sudu serbuk kunyit untuk dapatkan khasiat terbaik. Cara buat air kunyit adalah sebaiknya menggunakan gelas yang panjang. Masukkan air suam dan campurkan 1 sudu perahan lemon dan ¼ sudu kunyit dan mesti dikacau rata. Hidangan ini siap dan sedia untuk diminum. Boleh juga membuat air kunyit bersama air asam. Apa pun air asam kunyit halia ini sesuai diamalkan oleh wanita yang berada dalam pantang atau baharu sahaja dia mengalami keguguran. Resipi di bawah akan menghasilkan air campuran kunyit yang boleh diminum selama sebulan. Bahan-bahan digunakan adalah 6 ketul kunyit hidup, 1 ruas halia, air asam jawa semangkuk kecil, gula merah secukup rasa dan pastinya air. Cara buat air kunyit drngsn mengisar halia, kunyit dan air dan kemudian memasukkan gula merah dan air asam jawa. Rebus semua bahan di atas sehingga mendidih iaitu di bawah api sederhana. Sesai untuk diminum 3 kali selama sebulan dimana sekiranya ada lebihan air tersebit maka ia boleh disimpan di dalam peti ais. Sebagai kesimpulan dimana meminum air kunyit sememangnya bermanfaat untuk tujuan kesihatan semua.  


Dalam ilmu kecantikkan ada laporan yang bertajuk 'Minum Susu Kunyit Buatkan Muka 'Glow Glowing'?' dimana ia adalah satu lagi tip jadi cantik untuk wanita yang sesuai disebangkan. Didakwa kini sudah ada ‘minuman emas’ yang dikatakan dapat membuatkan wajah nampak sihat dan berseri. Ia adalah minuman susu kunyit iaitu sejenis minuman tradisional yang berasal dari India. Herba kunyit yang kaya dengan antioksidan dan juga bahan-bahan antiradang walau pun rasanya yang sedikit pedas dan kuat tetapi jika digabungkan dengan susu maka ia akan menghasilkan satu kombinasi yang lazat dan berkhasiat!.  Bukan itu sahaja dimana kunyit juga sudah lama digunakan secara turun-temurun untuk merawat batuk, demam, kecederaan kecil dan juga sakit sendi. Sebab itulah, ramai yang ingin mencuba susu ini. Walau bagaimanapun kunyit bukanlah sejenis rempah yang kita sering campurkan dengan air dimana dengan rasanya yang kuat juga mungkin akan buatkan ramai orang akan rasa loya. Oleh sebab itu, pasti ada antara kita yang tertanya-tanya sama ada bolehkah kita ambil susu kunyit dengan kerap dan bagaimana pula dengan keburukan minum air kunyit setiap hari. Susu Kunyit adalah 
secara tradisionalnya sebagai susu ini sangat popular dalam budaya dan pemakanan orang India. Dalam bentuknya yang paling simpel dimana susu ini mengandungi 2 bahan sahaja iaitu susu dan kunyit. Bagi resipi tradisional lazimnya susu yang digunakan ialah jenis susu lembu namun boleh ianya padankannya dengan apa-apa jenis susu mengikut kesukaan. Ia boleh ditambahkan herba dan rempah untuk meningkatkan rasa dan khasiat susu ini dan pastikan dipanaskan susu lembu ini terlebih dahulu sebelum tambah bahan-bahan lain. Herba kunyit yang banyak antioksidan dan mengandungi lemak sihat seperti mangan dan juga zat besi dimana jika ditambah bahan lain seperti madu atau badam maka susu ini akan menjadi lebih berkhasiat. Susu kunyit sesuai diminum hangat sebelum tidur dimana kesannya ia dapat membantu anda tidur dengan lebih lena.


Dalam media hmetro.com dilaporkan 'Kunyit agen pencerah kulit' yang mana aktiviti kecantikkan ini memang boleh ia lakukan sendiri di rumah. Pembaca blog perlu tahu jika pencerah semula jadi untuk kulit wajah juga boleh didapati di dalam dapur iaitu bahan masakan seperti kunyit mampu mencerahkan kulit. Dilaporkan yang kandungan herba itu yang memiliki antioksida boleh memperlahankan kerosakan pada sel kulit selain boleh membantu menangani masalah kulit seperti jerawat, kering, ekzema atau psoriasis. Langkah yang mudah penggunaan bahan terbabit dalam penjagaan kulit di rumah adalah dengan penyediaan pupur. Dikongsikan dua pupur yang boleh disediakan berasaskan herba terbabit iaitu dengan membuat pupur khusus untuk terapi kulit sensitif dan terlalu kering (Sila lihat foto disebelah).  Bahan diperlukan adalah 1 sudu besar lemon, 3 sudu besar susu dan  1/4 sudu besar serbuk kunyit. Caranya dengan mencampurkan semua bahan dan digaul sehingga sebati. Letak dan sapu rapi sehingga menutupi keseluruhan wajah. Biarkan ia sekitar 20 hingga 20 minit sebelum dibilas. Ada jenis pupur khusus untuk kesegaran dan ketegangan kulit muka di buat dengan bahan 1.5 sudu besar kunyit segar sudah dikisar, 1 sudu besar madu organik, 1 sudu besar santan dan 1 sudu kecil minyak oren. Cara membuatnya dengan meletakkan kunyit dikisar bersama madu dan santan lalu dikacau sebati. Kemudian tambahkan minyak oren dan kacau sekali lagi. Jika mahukan bancuhan pupur tidak terlalu tebal, boleh laras menerusi pertambahan susu segar mengikut kepekatan diingini. Perlu diingatkan cuci muka daripada kotoran mahupun solekan terlebih dahulu. Barulah pakaikan pupur keseluruh muka terutama bahagian yang mempunyai bekas jerawat atau tekstur. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air suam. Boleh mengulang pakai untuk kesan lebih baik. 
Artikel ini di tulis dengan lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memebri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KUNYIT... SEJENIS HERBA...
BOLEH DITANAM...DI MANA SAHAJA....
BANYAK KHASIAT...ENAKKAN RASA...
KUNYIT SEGAR... ADA BANYAK GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...