PENYEDUT MINUMAN SERAI adakah ia sesuai untuk dijadikan bahan menyedut minuman selain daripada selalu digunakan didalam masakkan. SERAI (Cymbopogon spp) kini merupakan sejenis tanaman yang dikatakan agak senang dan mudah hendak diuruskan dimana ia tidak seperti menanam sayur kerana banyak penjagaan perlu dilakukan dan untuk menjana pendapatan. Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iaitu suku rumput yang mana ia juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi. Terdapat beberapa j 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai iaitu Serai Makan dan Serai Wangi untuk perubatan serta kesihatan. Biasanya tanaman Serai makan (Cymbopogon citratus) ditanam dengan digunakan untuk tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan dan menambah perisa. Jenis Serai Wangi (Cymbopogon nardus) pula ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan. Minyak pati tersebut boleh digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan. Biasanya serai juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent). Memang diketahui umum akan kegunaan serai didalam kehidupan masyarakat negara kita terutama didalam penyediaan makan, bau-bauan amotherapi dan sebagainya. Dalam pada itu tanaman serai wangi ini dijadikan minyak serai atau losyen bagi tujuan kegunaan luaran sahaja. Serai makan tidak mempunyai apa apa bau kecuali varieti serai wangi. Kini apabila serai makan tersebut dicampur ke dalam masakan maka biasanya ia akan menambah kesedapan juadah dengan mengeluarkan aroma seakan-akan lemon yang lebih menyedapkan masakan tersebut. Aroma yang harum akan dikeluarkan ketika bahan ini digoreng bersama bawang kecil dan bawang besar. Tumbuhan berperisa lemon ini boleh dikeringkan untuk dikisar menjadi tepung atau digunakan secara segar. Serai yang telah keringkan dicampur ke dalam minuman teh bagi tujuan untuk menambahkan lagi rasa segar yang terkandung di dalam minuman tersebut. Penulis blog dapati dimana tumbuhan herba ini ditanam secara meluas di kebanyakan kawasan di Malaysia. Kini tumbuhan ini dikatakan berasal dari India dan Sri Lanka dan telah tersebar penanamannya keseluruh dunia. Penanaman serai di Malaysia adalah sangat sesuai kerana iklim dan cuaca di Malaysia yang panas dan kering sepanjang tahun. Dalam pada itu iklim tropika dan subtropika paling sesuai dalam penghasilan tanaman herba yang berkualiti. Serai makan boleh dijumpai dengan mudah dijual di mana mana pasaraya, kedai sayuran dan pasar harian. Tanaman serai berpotensi besar untuk dimajukan kerana permintaan terhadapnya sangat tinggi di pasaran terutama pada musim perayaan dan majlis perkahwinan. Artikel pagi ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya sembang mengenai laporan media dimana penyedut minuman dari serai bagi dijadikan bahan rujukkan semua.
Dalam bharian.com dilaporkan dimana 'KKM tidak wajibkan serai jadi penyedut minuman di hospital' wajat di lihat kisahnya. Dilaporkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi mewajibkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman di kafe dan kantin hospital. KKM masih tidak mewajibkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman di kafe dan kantin hospital dakwa Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye. Bagaimanapun dia nyatakan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada operator kantin dan kafe jika mendapati ia praktikal serta ekonomi. Dia laporkan sekarang ada banyak pilihan penyedut minuman, ada diperbuat daripada jagung dan kertas, jadi ada banyak pilihan. Kementerian tidak buat mikro pengurusan (wajib gunakan serai) macam ini dimana ia juga terpulang kepada operator kantin dan kafe. Cadangan ini dilihat sebagai antara cadangan yang baik jika ia tidak membebankan dari segi kos kepada operator kantin dan kafe serta ia praktikal, amat digalakkan semasa beritahu wartawan di Klinik Kesihatan Bijih Timah di Ipoh. Sebelumnya ada media melaporkan dimana Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Husam Musa mengumumkan serai akan digunakan sebagai penyedut minuman yang akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan plastik. Cadangan penggunaan serai sebagai penyedut minuman adalah sesuatu yang baharu dan sebagai permulaan, beliau mewajibkan penggunaannya di semua kafe KADA. Dalam media lain dilaporkan juga bagaimana 'Straw serai bakal diperluaskan ke kafe hospital' di rujuk dimana cadangan penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik. Penggunaan serai sebagai penyedut minuman akan diperluaskan ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan straw plastik. Apa pun dilaporkan tanaman serai mempunyai 27 jenis dan untuk penggunaan sebagai penyedut minuman, serai buluh adalah sesuai. KKM akan memajukan penggunaannya kepada kafe Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sama ada untuk digunakan oleh orang ramai atau kepada pesakit sendiri kerana ia adalah daripada bahan semula jadi. Tanamannya juga akan diperbanyakkan iaitu di sepanjang tebing tali air KADA dan lebih 10,000 rumpun sudah ditanam luas. Surat rasmi kepada pihak HUSM, Kubang Kerian untuk tujuan cadangan itu dalam masa terdekat memandangkan bekalan serai sangat banyak. Bagi pencinta alam sekitar, inisiatif serai sebagai penyedut minuman amat bagus kerana ia dapat mengurangkan penggunaan bahan plastik.
Dalam artikel lain bertajuk 'Jom cuba cara mudah sediakan air serai dan ketahui 6 manfaatnya untuk kesihatan' dilihat sesuai di rujuk. Dilaporkan dimana selain menyedapkan makanan, serai juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Serai merupakan tumbuhan yang umumnya digunakan untuk memasak atau membuat minuman. Apa pun salah satu cara menggunakan serai adalah dengan merebusnya dalam air dan dijadikan teh serai. Khasiat rebusan serai adalah seperti sebatian antioksidan dan anti-radang yang terkandung di dalamnya. Berikut adalah khasiat air rebusan serai yang baik untuk kesihatan yang telah ada digunakan secara meluas di pelbagai negara. Pertama dimana ia akan Meningkatkan kesihatan gigi dan mulut dimana hasil kajian menunjukkan ekstrak serai mampu menghalang pertumbuhan bakteria. Ini termasuk bakteria yang boleh mengganggu kesihatan pergigian dan mulut seperti bakteria Streptococcus sanguinis yang boleh menyebabkan kaviti. Air rebusan serai juga boleh digunakan sebagai ubat kumur untuk menjaga kesihatan mulut. Semua boleh menggigit dan juga menggosok sisa rebusan serai pada gigi seperti menggunakan kayu sugi. Serai juga akan Melegakan kerisauan sebab bila meminum teh panas boleh membuat anda tenang tetapi khasiat rebusan serai tidak terhenti di situ. Serai juga didakwa membantu menghilangkan keresahan kerana kajian yang mendapati bahawa menghidu serai terutama dalam bentuk minyak pati dapat membantu orang yang mengalami masalah keresahan. Air Teh serai akan Mengatasi kembung perut bila air rebusan serai juga boleh digunakan untuk merawat kembung perut. Hasil kajian menunjukkan pengambilan air rebusan serai boleh meningkatkan kekerapan membuang air kecil kerana ia mempunyai kesan diuretik. Kes kembung perut yang berlaku akibat pengumpulan cecair dalam badan dapat diatasi. Khasiat rebusan serai boleh digunakan untuk ia dapat mengatasi masalah yang sama semasa sindrom prahaid (PMS). Ia jufa dapat Mencegah jangkitan bila manfaat air rebusan serai seterusnya adalah untuk mencegah jangkitan. Hasil kajian menunjukkan serai mampu mencegah pelbagai jenis jangkitan yang dialami akibat penurunan sistem imun badan, contohnya mengurangkan dan melegakan kudis pada penghidap HIV. Siapa sangka jika ia akan Menurunkan Kadar kolesterol dimana ekstrak serai mampu menurunkan paras kolesterol. Jumlah kolesterol yang diturunkan bergantung pada jumlah dos yang digunakan. Bagi menurunkan lebih banyak kolesterol, lebih banyak serai diperlukan. Produk ini juga ia akan Mengatasi cirit-birit apabila air rebusan serai boleh digunakan untuk mengurangkan kekerapan membuang air besar terutama menangani cirit-birit. Serai juga mempunyai fungsi antibakteria yang boleh mengurangkan jangkitan pada saluran penghadaman. Cara membuat rebusan serai iaitu dengan menyediakan sebatang serai dan segelas air dan dipotong batang serai kepada ukuran 2.5cm - 5cm. Panaskan air dan biarkan mendidih dan tuang air panas ke dalam bekas yang telah dipotong tangkai serai. Biarkan batang serai meresap sekurang-kurangnya 5 minit dalam gelas. Air rebusan serai boleh diminum panas atau sejuk dengan menambah ketulan ais untuk menjadikan minuman ini lebih segar. Tiada sukatan betul mengenai penggunaan serai untuk kesihatan tetapi kita dinasihatkan untuk mulakan dengan minum segelas sehari. Pengambilan rebusan serai adalah selamat, tetapi wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mengambilnya. Walau pun tiada bukti kes atau kajian yang mendedahkan bahaya rebusan serai untuk kehamilan, namun kebaikan rebusan serai yang boleh melancarkan haid, dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kehamilan dan menyebabkan risiko keguguran.
Dalam beberapa tahun dulu viral bagaimana 'Cadangan menggunakan serai bagi menggantikan straw atau penyedut minuman jenis plastik' dimana kini sudah senyap. Ia berikutan bila media melaporkan Pengerusi KADA, Datuk Husam Musa mengumumkan penggunaan serai sebagai penyedut minuman yang telah pun di wajibkan di kafe milik KADA ke kafe hospital termasuk kepada pesakit bagi menggantikan plastik. Cadangan yang diutarakan dengan tujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan plastik oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagaimanapun tidak dipersetujui ramai pihak, malah telah menjadi bahan kecaman dan usikan oleh ramai netizen. Kemudian isu ini di bincangkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa penggunaan serai sebagai penyedut minuman di kafe dan kantin hospital adalah tidak wajib. Ada laporan dimana Timbalan Menterinya masa itu iaitu Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepada operator kantin dan kafe jika mendapati ia praktikal serta ekonomi. Dakwanya sudah ada banyak pilihan penyedut minuman, ada diperbuat daripada jagung atau kertas. Terpulang kepada operator kantin dan kafe. Apa pun komenya dimana ia adalah satu cadangan yang baik jika ia tidak membebankan dari segi kos kepada operator kantin dan kafe serta ia praktikal, amat digalakkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology setelah sudha 18 tahun menulisnya setiap hari. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.