Menarik kisah bagaimana 'Formulasi kunyit rasa susu malta, Nurzunaini optimis luaskan pasaran minuman ADC' iaitu satu produk yang hebat dikenali sebagai 'Minuman Amazing Double Curcumin'. Kunyit atau nama sainstifiknya ‘Curcuma longa’ termasuk dalam salah satu tanaman rempah yang terdapat di Wilayah Asia terutamanya di India dan di Nusantara. Sebagai jenis tumbuhan herba, kunyit lazimnya digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan masyarakat di Asia. Namun di Malaysia, kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah turut dijadikan bahan dalam sebahagian makanan tambahan. Bagi pengasas minuman berjenama Amazing Double Curcumin (ADC), Datin Nurzunaini mengakui, kunyit mula mencuri tumpuan ramai kerana keupayaannya dalam pencegahan pelbagai penyakit. Kajian mendapati curcuminoid iaitu komponen aktif dalam kunyit boleh digunakan untuk tujuan mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser kolorektum, alzheimer, arthritis dan masalah kulit. Dia mempunyai impian besar dalam mengkaji lebih mendalam dan menghasilkan makanan tambahan daripada ekstrak kunyit melalui rumusan unik dua gabungan bahan aktif curcumin. Usaha itu sekaligus disasar mampu menjadikan produk ADC antara produk pertama yang memperkenalkan gabungan curcuma longa dan curcuma xanthorrhiza di samping bahan aktif lain yang turut kita gunakan. Bahan lain yang turut digunakan, termasuklah ekstrak halia madu, ekstrak barli, piperine, kolagen hidrolisis marin dan vitamin C yang mengandungi banyak khasiatmya. Apa yang menarik hasil kajiannya turut mendapati produk yang dihasilkannya ini mampu memberi kelainan dalam tekstur rasa seolah-olah mempunyai rasa seperti minuman susu malta atau susu formula yang dirumus khas. Tarikan itu antara inovasi berbeza yang membantu pelanggannya menikmati khasiat semula jadi. Ia turut memberi keyakinan kepada kami meneruskan penghasilan produk dengan menggunakan ekstrak tersebut sebagai meyakinkan pelanggan. Memandangkan curcumin adalah sejenis senyawa aktif utama dalam kunyit dan temulawak, kajian saintifik turut mendapati zat curcumin memiliki sifat penting membantu proses pertumbuhan dan penjagaan kesihatan dalaman serta luaran tubuh secara efektif tanpa mendatangkan kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan. "Pelanggan yang ingin dapatkan ADC boleh beli melalui atas talian dan saya rancang meluaskan pasaran dengan mencari lebih ramai stokis dan ejen di seluruh Malaysia.
Menarik kisah dari Kelantan apabila 'UMK komersial produk kunyit hitam' yang sesuai di kongsikan faktanya. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) giat membangunkan Projek Perintis Ladang Agroforestry berkaitan produk kesihatan berasaskan kunyit hitam yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan. Ketua Projek Perintis Ladang Agroforestry UMK, Pensyarah Kanan FBKT, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak dakwa projek itu juga mengkomersialkan kunyit hitam atau nama saintifiknya 'kaempfiera parviflora' itu dilakukan dengan kerjasama pasukan penyelidik dari Syarikat Magical Wisdom Sdn Bhd di bawah bimbingan Dr Fung Fwei Chong. Menyedari potensi besar tumbuhan herba itu pihak UMK dan Magical Wisdom mengusahakan sebanyak 200,000 anak benih kunyit hitam yang di tanam secara organik tanpa menggunakan baja kimia. Dilaporkan yang setiap pokok dirawat dengan agen kawalan bakteria bagi mengawal anak pokok dari serangan kulat, serangga dan ulat daun serta sebagai agen pembajaan biologi bagi memastikan anak-anak pokok kekal sihat, menerima mineral yang diperlukan serta mempercepatkan pertumbuhan. Tanah yang digunakan juga dirawat dengan bahan atau agen bioremediasi supaya bebas dari racun kimia hidrokarbon dan logam berat. Kunyit hitam adalah spesis tumbuhan herba perubatan dari jenis halia dan digunakan sebagai ubat tradisional sejak zaman dahulu. Pokok kunyit hitam yang di tanam secara organik tanpa menggunakan baja kimia oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Hasil kajian saintifik yang dijalankan oleh penyelidik pada 2021 iaitu menemukan banyak potensi dan kelebihan ekstrak kunyit hitam terhadap kesihatan manusia yang sesuai dan boleh dikomersialkan. Antaranya dilaporkan ia dapat meningkatkan metabolisma sel badan, anti kanser, pengenduran saluran darah, perlindungan jantung, peningkatan aktiviti seksual, perlindungan saraf, anti alahan (alergic) dan anti bakteria. Kunyit hitam mempunyai dua bahan aktif iaitu bioflavonoid dan methoxyflavones yang sangat tinggi dan sangat diperlukan oleh badan manusia untuk ianya dapat memperbaiki sistem tubuh dan memberi kesan pemulihan yang cepat. Maka tidak hairan jika kunyit hitam ini diberikan jolokan viagra semula jadi kerana kandungan bahan aktif yang terdapat pada kunyit hitam ini tidak terdapat pada halia lain dan sekiranya ada pada makanan atau herba lain dimana ada kemungkinan jumlahnya adalah terhad serta agak kecil. Apa pun tumbuhan kunyit hitam di Malaysia agak sukar diperoleh menjadikan pokok itu tidak begitu popular seperti tanaman herba lain kerana berasal dari Thailand dan Kemboja serta lazimnya di import dari luar negara seperti Thailand, Taiwan dan India. Kini harga kunyit hitam agak mahal dan mampu mencecah RM500 sehingga RM1,000 sekilogram selain penanamannya di Malaysia masih agak terhad kerana mudah terdedah serangan penyakit. Dengan penghasilan produk kesihatan dengan pengambilan kunyit hitam ini akan diseimbangkan dengan campuran madu tualang, stevia, gingko biloba dan maca dalam bentuk jus minuman. Kajian menunjukkan 100 peratus pengguna memberikan maklum balas positif terhadap kesan penggunaan kunyit hitam seawal empat hari.
Menarik kisah bagaimana 'Amalkan jamu kunyit untuk badan kekal ramping' suatu kehebatan jamu kunyit ini bagus untuk kesihatan dalaman. Kunyit dilaporkan ia mempunyai manfaatnya yang tersendiri untuk kesihatan kita. Jika diminum atau dimakan secara mentah, rasanya kurang enak. Bagi membolehkan ia diminum dimana kunyit perlu diadun bersama bahan-bahan lain bagi menghasilkan jamu kunyit dimana ia pada bila-bila masa sahaja boleh diminum. Ia sebenarnya sering diamalkan oleh wanita dari tanah Jawa untuk menjaga kesihatan dalaman dan juga luaran termasuk merampingkan badan. Apa kata anda cuba jamu ini untuk melihat sendiri keberkesanannya dimana bahan-bahannya terdiri dari 1 ketul ibu kunyit, 1 ketul halia, 3 biji manjakani, 1 ketul kecil garam kasar, 1/4 gula Melaka, 1 sudu asam Jawa dan juga 4 cawan air. Cara-cara dalam membuatnya dengan menguupas kulit kemudian hiris kunyit dan halia. Kemudian direbus kunyit, halia dan buah manjakani bersama dua cawan air hingga mendidih. Dibiarkan sejuk dan kemudian kisar hingga halus dan tapis. Seterusnya di bancuh asam jawa dan campur bersama air tapisan bahan rebusan tadi dan ditambah gula melaka dan garam. Rebus semula hingga kuantitinya sedikit berkurangan dan tunggu suam sebelum sesuai diminum. Sebaiknya bakinya ia boleh disimpan dalam peti sejuk atau dipanaskan semula dan minum 1/2 gelas hanya 3 hari pada waktu pagi selepas habis period. Apa pun jka disimpan dalam peti ais jangan lebih seminggu. Artikel ini di tulis dengan lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memebri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Posted from:
Kuah, Langkawi, Kedah.
Kuah, Langkawi, Kedah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.