Support My Blog

Tuesday, February 4, 2025

SEMBANG TENTANG KELEDEK (Part 1)

TANAMAN KELEDEK
(Impomea batatas) merupakan sejenis tanaman umbisi dari keluarga Convoculaceae yang boleh menguntungkan petani jika mampu memberikan hasil yang berkualiti dengan kuantiti banyak. Tanaman keledek dipercayai berasal dari Bahagian Tropika Benua Amerika. Penanaman keledek di Malaysia dijalankan secara komersial terutama sebagai tanaman monokrop atau tanaman selingan dikawasan penanaman semula getah dan kelapa sawit sebagai usaha menambah pendapatan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 2,887 hektar keledek ditanam pada 2024 dengan penghasilan sebanyak 47,922 metrik tan (Sumber: Booklet keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Negeri Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan keluasan sebanyak 1,481 hektar dan menghasilkan sebanyak 27,422 metrik tan diikuti dengan Kelantan (577 ha), Selangor (157 ha) dan bakinya di beberapa negeri lain. Penulis blog mendapati dimana keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan ia ada yang berbentuk tiga segi. Bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek adalah umbiisi didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato, Keledek Oren, Keledek Ungu, Keledek Lembayung (varieti baru oleh MARDI) dan beberapa jenis lagi. Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter bertujuan untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanaman jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang belajar menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama. Pengawalan rumpai dibuat menggunakan kaedah manual (Kawasan kecil) atau racun kimia terpilih. Pastikan racun rumpai tidak menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan dengan anggaran hasil sebanyak 18 - 25 metrik tan sehektar. Kaedah menuai keledek dilakukan dengan cara membuang daun-daun dahulu dan umbisi di korek dengan menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Artikel subuh yang dingin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan sembang fakta di media mengenai tanaman keledek untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Benarkah laporan menyatakan dimana '
Keledek jadi produk hiliran bernilai tinggi' amat sesuai di sembangkan juga. Apa pun dakwaan dimana keledek adalah sejenis sayur berumbisi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena selain dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Barat Laut Amerika Latin. Beberapa kajian mendapati dimana keledek adalah diantara tujuh tanaman terpenting dunia selain padi, gandum, kentang, jagung, ubi kayu dan barli. Penanaman awal dianggarkan bermula pada tahun 3,000 Sebelum masihi di mana catatan awal penanaman diusahakan masyarakat purba Peru dan Mayan di Amerika Latin. Penyebaran tanaman keledek ke Eropah dipercayai dilakukan Christopher Columbus melalui pelayaran-pelayaran penemuannya yang masyhur manakala pelayar-pelayar dan pedagang-pedagang Sepanyol serta Portugis memperkenalkannya ke Afrika dan Asia. Kini tanaman keledek terdapat hampir di keseluruhan kawasan tropika, sub-tropika dan kawasan-kawasan hawa sederhana ketika cuaca musim panas. Di Malaysia dimana tanaman keledek merupakan sejenis tanaman umbisi yang menjalar diatas tanah dan mempunyai batang yang lembut. Daunnya berwarna hijau gelap dan bentuk tiga segi. Dilihat yang bunganya berwarna putih kemerahan daan mempunyai akar serabut uang membentuk umbisi keledek. Buah keledek didalam tanah mempunyai pelbagai saiz dan warna dimana ia bergantung kepada varieti. Di Malaysia terdapat beberapa jenis keledek yang disyorkan untuk di tanam mengikut keperluan pasaran dan minat petani. Antara varieti tersebut ialau Keledek Bukit Naga, Keledek Gendut (MSP 34), Keledek Vitato, Keledek Cina Tempatan dan beberapa jenis lagi.  Tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil.


Menarik laporan dimana '
Berbaloi tanam ubi keledek' untuk di kongsikan faktanya. Memberi memberi baja tanaman keledek dilakukan supaya pokok ubi keledek membesar dengan baik. Apa pun aktiviti pertanian sudah menjadi sebahagian daripada hidup lelaki ini kerana ibu dan bapanya adalah petani. Sebaik sahaja bersara dari sebuah syarikat minyak dan gas pada 2008 petani Baharudin (65) tidak berlengah untuk menjadi 'pekebun' sepenuh masa (Sila lihat foto paling bawah sekali) dan ternyata 'tangan sejuknya' berbudi kepada tanah membuahkan hasil yang lumayan. Mengimbau kisah asal dan permulaan pembabitan secara serius di dunia pertanian dimana dia atau lebih mesra disapa Wak Baha sebaik sahaja bersara dia mula meninjau jenis pertanian yang boleh diusahakan dan mampu menuai hasil yang berbaloi. Awalnya pada tahun 2013 dia mula membeli sebidang tanah seluas kira-kira 0.8 hektar di Sepang, Selangor pada RM38,000 dan memulakan tanaman ubi keledek kerana ia bukan sahaja mudah untuk dijaga malah mampu dituai pada waktu yang singkat. Masa itu hasil tuaian pertama ubi keledeknya mampu mencecah antara 15 - 20 tan pada suatu pusingan musim tuaian. Kemudian beberapa bulan dapat membeli tambahan 0.8 hektar tanah untuk mengembangkan lagi tanaman ubi keledek. Modal awal aktiviti pertaniannya hanya membabitkan pembelian tanah sahaja kerana anak pokok ubi keledek diberikan rakan-rakannya yang sudah berjaya di dalam tanaman itu. Bila melihat kepada tanaman yang dinilai ia juga memberangsangkan dia membeli tanah baharu lagi secara berperingkat dan sehingga kini saya mempunyai kira-kira 4.4 hektar tanah yang menanam ubi keledek, ubi kayu dan pelbagai sayur-sayuran lain. Paling utama pastinya ubi keledek kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi> Biasanya benih ubi keledek yang berusia tiga bulan adalah paling sesuai untuk ditanam dan tempoh matang untuk sesuai dituai selepas empat bulan. Manakala ubi kayu pula mengambil masa antara 11 bulan hingga setahun untuk dituai hasilnya. Ubi keledek ini mudah untuk dijaga kerana ia tidak memerlukan banyak air tetapi pada usia 10 - 15 hari ketika baharu ditanam ia berada pada tahap yang perlu diberi perhatian kerana memerlukan air yang cukup dan harus dipastikan tidak diserang serangga perosak. Selepas tempoh 15 hari ditanam, pokok ubi keledek boleh dibiarkan membesar tanpa memerlukan air yang banyak kerana ia sejenis tumbuhan yang tahan lasak. Bagaimanapun, perlu diberikan 'ubat' bagi memastikan ubi itu tidak dimakan anai-anai dan serangga. Pada tempoh awal tanaman jika tidak hujan atau musim panas, dia perlu menyiram secara manual anak-anak pokok ubi keledek yang baharu ditanam dan air embun pada sebelah pagi memberi bantuan siraman semula jadi yang amat baik. Dia dibantu tiga pekerja yang bukan sahaja membantu ketika musim tuaian tetapi perlu membersihkan sekitar kebun supaya kawasan tanaman tidak bersemak dengan rumput. Keadaan yang bersih boleh mengelakkan daripada gangguan serangga seperti anai-anai dan semut. Kini tanah seluas 4.4 hektar miliknya dia mampu menuai sehingga 100 tan setahun dan cara tanaman juga dilakukan secara berperingkat bagi membolehkannya menuai dua kali setahun. Dakwanya menanam ubi keledek mesti dibuat secara berperingkat supaya hasil tuaian boleh dilakukan dua kali setahun dan mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan. Perkara ini kerana ubi keledek mempunyai permintaan yang agak memberangsangkan. Harga pasaran ubi keledek jika belum dibersihkan boleh dijual pada RM2.40 sekilogram. Bagi ubi keledek yang sudah siap dibasuh dan dibersihkan dijual pada RM3 sekilogram. Keledek mempunyai permintaan yang tinggi kerana ia boleh dijadikan pelbagai menu makanan dan ada kalanya tidak dapat memenuhi permintaan pasaran.


Ada juga 'K
eledek varieti baharu' yang sesuai disembangkan dalam artikel kali ini. Keledek bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan dalam pelbagai produk makanan lain. Keledek juga dikatakan mempunyai khasiat tersendiri dan baik untuk kesihatan selain mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. MARDI ada memperkenalkan tanaman ubi keledek varieti baharu iaitu Varieti Lembayung dan Varieti Vitato. Menurut Pegawai Penyelidik Kanan Mardi Bachok, Anuar Abdullah dimana Varieti Keledek Vitato dilihat ia berkhasiat kerana mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi dan rasanya manis. Varieti Lembayung pula mempunyai isi warna ungu dan daripada segi kelebihan dan ia tinggi kandungan antosianin yang berfungsi sebagai antioksidan di dalam tubuh. Kedua-dua ubi keledek ini paling banyak ditanam di pantai timur kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dan mudah dijual. Kedua-dua varieti ubi keledek itu ditanam di atas tanah seluas 3,600 hektar di Semenanjung Malaysia. Di Kelantan pula, ia banyak ditanam di sekitar Bachok. Selain itu keledek ini juga turut ditanam di Negeri Terengganu dan Perak. Kalangan petani di kawasan Kandis, Bachok sememangnya aktif menanam ubi keledek kerana lokasi itu mempunyai tanah beris yang sesuai untuk tanaman berkenaan. Tanah beris menjadikan ubi keledek varieti Lembayung dan Bitato tumbuh subur serta menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi. Ini kerana tempoh matang ubi itu adalah lebih cepat iaitu antara 91 -105 hari sahaja. Tanah beris bagaimanapun cenderung lemah dalam mengekalkan nutrien baja dan air. Untuk mengatasi masalah itu, baja organik digunakan sebagai baja asas kerana ia lebih murah dan efektif dalam memperbaiki struktur tanah. Dalam proses penanaman ubi keledek, penggunaan baja adalah penting untuk meningkatkan hasil dan produk yang bermutu tinggi. Apa pun proses pembajaan dilakukan tiga kali iaitu yang pertama pada minggu ketiga penanaman, kedua pada minggu keenam hingga ketujuh dan baja ketiga pada minggu kesembilan. Hasil akan mula dikutip selepas 15 minggu daripada tarikh penanaman dan ia sudah matang serta boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk. Keledek juga boleh dimakan segar dan turut sesuai diproses menjadi tepung atau pes untuk menghasilkan produk makanan. Apa pun diantara produk makanan yang boleh dikeluarkan berasaskan ubi keledek adalah kerepek, roti dan minuman komposit pracampuran, produk jeli, kuih-muih dan tepung ubi keledek. Ini secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada petani untuk menjual hasil tanaman mereka dalam bentuk yang berbeza selain memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli. Keledek varieti Lembayung dan Vitato adalah pilihan yang baik untuk ditanam di pantai timur kerana permintaan yang tinggi dan mudah dijual. Kini dengan teknik penanaman yang betul, ia boleh menjadi sumber pendapatan yang baik bagi petani. Sudah ada pakej mekanisasi iaitu mesin penabur baja organik, mesin pembuat batas, mesin penanam, mesin penabur baja dan kawalan rumpai, penyembur bermotor, mesin pemotong jalar ubi keledek dan mesin penuai. Pakej itu mampu membantu meningkatkan lagi produktiviti, menjimat kos buruh dan kos operasi sehingga 50 peratus selain turut membantu meningkatkan skala pengeluaran. Bagi memastikan hasil yang lebih optimum kepada petani, Mardi turut menjalin kerjasama erat dengan pelbagai pihak yang berkaitan termasuk jabatan dan agensi di peringkat persekutuan serta negeri. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel iini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agroo technology kali ini. Wasallam!!!..
TANAMAN KELEDEK... MUDAH SAHAJA....
CUKUP 3 BULAN... AKAN DITUAI HASILNYA...
BANYAK KHASIAT... PILIH VARIETI MANA...
KELEDEK DI BELI... DIMANA SAHAJA ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(29 Jamadilakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...