Support My Blog

Sunday, February 16, 2025

SEMBANG PASAL PISANG RAJA (PART 1)

PISANG RAJA
(Musa acuminata) yang tergolong dalam kumpulan Kultivar AAA Group (sama dengan jenis pisang Cavendish) dimana ia berbeza kerana kebanyakan pisang adalah hijau dimasa muda dan kuning apabila ia masak. Pisang ini ada ditanam secara komersil di Malaysia kerana ia dikatakan memang komersil dan tidak sukar untuk pembaca semua mendapatkannya atau untuk membeli dipasaran. Kalau anda pergi kegerai jualan pisang pun selalu ada jumpa pisang raja yang dijual segar. Apa yang unik bagi penulis tentang pisang ini kerana ia mempunyai kulit berwarna kehijauan semasa muda dan kekuningang selepas masak dengan isinya berwarna keputihan krim. Penulis blog suka makan pisang ini  dimana ia ada ditanam oleh penduduk kampong. Dalam blog ini ada banyak juga dituliskan bagaimana pisang raja dikaitkan dengan pelbagai mitos dan cerita. Pisang Raja lazimnya akan mengeluarkan jantung dalam masa 8-10 bulan selepas ianya ditanam dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian dan bagi mengelakkan buah pisang ini tercedera sebaiknya ia ditebang pokok pisang jarak kira-kira 0.5 meter daripada tandan buah. Potong sedikit-sedikit sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. Buah pisang yang telah cukup matang mempunyai warna kulit yang merah ungu dan saiz ukurlilit 4-7 cm dan panjang sekitar 10-15 cm bergantung kepada varieti dan kaedah pengurusan penanaman. Buah yang cukup matang akan mempunyai isi putih krim apabila cukup masak dengan rasa yang kelat sederhana manis dan aroma yang biasa. Pisang ini boleh digredkan kerana ia dijual komersil seperti pisang lain terutama untuk makan segar atau di goreng atau di buat kueh. Apa yang istimewa tetang pisang ini adalah ia dinilai mengandungi bahan Beta Carotene dan Vitamin C yang lebih tinggi daripada jenis pisang yang masaknya kuning. Ia juga mengandungi banyak zat Besi dan Potassium dimana lebih merah gelap buah pisang maka kandungan zatnya semakin tinggi. Ia perlu dikupas kulitnya sebelum dimakan segar. Ia juga boleh dipotong-potong untuk dijadikan dessert atau dikeringkan menjadi kerepik. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis lagi didalam blog  "Anim Agro Technology" mengenai pisang Raja Udang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog semua.


Bagi penulis blog Pisang Raja adalah jenis pisang tempatan yang bukan sahaja lazat tetapi juga sangat berkhasiat. Apabila pembaca blog anim agro technology berpeluang untuk menikmatinya dimana semua akan mendapat beberapa nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B1, dan C. Perlu kenal apakah dia beberapa ciri pokok Pisang Raja yang sesuai untuk dijadikan rujukkan. Pokok pisang raja merupakan sejenis tumbuhan yang unik dimana ia akan tumbuh tegak dengan batang yang menyerupai pokok sebenar dan selalu ia mempunyai akar berserabut yang kuat. Akar pokok pisang ini dilihat ia boleh merayap ke kedalaman 75-150 cm ke dalam tanah. Daun pisang raja selalunya ia memanjang lanceolate dengan permukaan bawah lilin, memberikan kilauan ciri. Apa pun daun ini dilekatkan pada peduncle panjang kira-kira 30-40 cm panjang. Komponen bunga pisang raja menyerupai hati dan pokok itu boleh tumbuh ke ketinggian 2.5-3 meter. Beberapa perkara yang perlu di ketahui mengenai pokok dan buah pisang raja seperti ia mempunyai ukuran buah yang besar. Pokok pisang jenis ini memang tidak tinggal diam bila ditanam dimana ia dapat tumbuh hingga mencapai ketinggian yang mengkagumkan iaitu diantara 6 - 9 meter dengan batang yang kukuh dan berukuran besar. Bahagian daun pisang jenis ini juga mampu mencapai saiz lebarnya sehingga boleh ia mencapai 1 meter dan panjangnya bahkan sampai 3 meter. Buahnya adalah lebih besar dari pisang biasa dengan ukuran panjangnya boleh mencapai 20-25 cm dengan diameter sekitar 5-6 cm. Kulitnya tebal dengan warna yang boleh ianya berubah dari hijau ke kuning dimana apabila ujirasa isinya ia mempunyai tekstur lembut yang manis. Bunganya atau jantungnya adalah cantik dengan saiz cukup besar dengan panjang mencapai 40 cm dengan mempunyai warna adalah bervariasi antara merah muda hingga ungu dengan bentuk menyerupai tabung. Perlu diingat bahwa bunga pisang Raja hanya akan mekar sekali sebelum kemudian berubah menjadi buah yang lazat. Daun pisang raja dilihat ia seakan banyak karya seni alam yang begitu ketara sebab daunnya besar dan lebar dengan hujungnya yang meruncing. Warna daunnya adalah hijau tua dengan tekstur yang tebal dan kukuh dimana ia selalu digunakan sebagai bahan pembungkus makanan atau sebagai bahan anyaman lain. Penulis blog dapati jika bahagian akar pisang raja memang kuat dimana ia memiliki kemampuan yang kuat untuk menupangkan batang pokok yang tebal. Akarnya tumbuh secara dangkal dimana ia juga memerlukan cukup banyak air untuk tumbuh dengan baik.


Memang sesuai disembangkan akan khasiat dan kehebatan Pisang Raja. Ramai tahu jika p
isang raja adalah jenis pisang yang berkulit tebal dengan ciri khas daging buah berwarna kuning tua, tanpa biji, dan memiliki rasa serta aroma yang manis (Sila lihat foto disebelah). Buah ini terkenal mengandung karbohidrat, serat, kalium, serta aneka vitamin dan mineral yang baik bagi kesehatan tubuh. Di lapangan sebenarnya terdapat lebih dari 1,000 jenis pisang di dunia dan sebahagian besarnya ia boleh ditemui di Malaysia dan negara tropika lain. Beberapa jenis pisang yang umum ditanam adalah pisang raja, pisang ambon, pisang tanduk, pisang rastali, pisang emas, pisang barangan dan sebagainya sebab menjadi buah yang disukai dimakan dan dijadikan kueh mueh. Pisang Raja sesuai untuk dijadikan makan buah segar atau di olah jadi makanan yang sihat dan berkhasiat. Berbeza dari pisang tanduk yang mana ia biasanya diolah dengan cara digoreng sebaliknya pisang raja lebih sering dimakan segar tanpa perlu diolah dan ia dilaporkan sangat bernutrisi. Satu biji buah pisang raja beratnya mencapai 90 -100 gram dan dianalisa didalam satu buah pisang ini terdapat sekitar 100 -120 kalori. Zat lain yang terdapat dalam pisang raja termasuk 32 g karbohidrat, 5 g serat, 1 g protein, 0.2 g lemak, 580 mg kalium, 30 mg magnesium, 35 miligram natrium, 20 mg fosfor, 10 mg kalsium dan juga 10 mg vitamin C. Ia juga mengandung vitamin B6, mangan dan antioksidan yang sesuai di makan. Kandungan nutrisinya yang tinggi zat berikan banyak manfaat antaranya ia mengandungi zat karbohidrat dan gula alami (sukrosa) yang berperanan sebagai sumber tenaga. Kandungan nutrisi tersebut umumnya dianalisa ia lebih tinggi jumlahnya dalam buah pisang raja yang sudah matang. Pisang raja juga dilihat mengandungi tinggi vitamin B yang dapat membantu proses metabolisme tubuh bagi menghasilkan tenaga dengan lebih baik dan sesuai di makan setiap hari sebagai 'energy booster'. Pisang ini sesuai dimakan ahli sukan sebab pisang ini selalu memang ia mengandungi tinggi karbohidrat, protein, serta elektrolit, seperti kalium dan magnesium. Selepas bersukan selalunya tubuh akan kehilangan elektrolit melalui peluh dan ia juga akan menghabiskan banyak tenaga yang perlu di tambah.Pisang ini didakwa mampu untuk menguatkan otot sebab ia mengandungi bahan elektrolit berupa kalium dan magnesium. Elektrolit juga berperanan penting dalam cara meningkatkan fungsi otot dan menjaga kekuatannya dan ia juga elakkan berlaku kes krem otot. Makan pisang raja membantu proses pencernaan dan buang air besar. Pisang mengandungi bahan prebiotik yang dapat membantu dalam pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Bakteria ini adalah ia berperanan penting dalam mengatur pergerakan makanan di dalam usus dan melancarkan pencernaan mudahkan proses buang air besar. Pisang raja termasuk makanan yang tinggi serat sehingga sesuai dimakan untuk mencegah dan juga membantu mengatasi gangguan pencernaan, seperti diare, perut kembung, mual, atau muntah.  


Dalam kajian nutrisi dimana memakan pisang raja dilaporkan dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah. Apa pun dilaporkan pisang raja adalah s
alah satu buah yang baik diambil untuk orang yang mempunya masaalah gula dalam darah yang tinggi. Buah ini termasuk makanan dengan indeks glikemik rendah yang dapat dicerna oleh tubuh secara perlahan-lahan dimana memakan pisang raja tidak akan menyebabkan lonjakan kadar gula dalam darah secara drastik. Bagi penderita diabetes pula adalah disarankan untuk tetap mengambil buah pisang raja secukupnya sekadar 1 atau 2 buah saja dalam sehari demi menjaga kesihatan. Amalan makan pisang termasuk pisang raja akan membantu menjaga berat badan ideal sebab jenis serat yang terkandung dalam pisang raja adalah daripada jenis serat larut. Jenis serat ini dapat mengawal nafsu makan dan membuat perut terasa kenyang lebih lama. Selain itu hasil kajian menyatakan jika jumlah kalori di dalam pisang raja juga tergolong rendah sehinggakan ia cenderung tidak akan lagi menambah berat badan. Memang makan pisang raja sangat sesuai jika ia dijadikan sebagai pilihan buah jika sesiapa juga sedang menjalankan program penurunan berat badan. Daakwaan yang paling semua suka dengar adalah jika pisang raja akan menyihatkan jantung dengan bahan Kalium yang berperanan penting dalam menjaga kesihatan jantung. Kalium merupakan elektrolit yang berperanan penting dalam kaedah cara mengatur irama jantung agar senantiasa stabil sehingga organ jantung akan dapat bekerja dengan baik. Kalium juga berperanan penting dalam mengawal tekanan darah. Apa pun selain itu dilaporkan dimana pisang raja maupun jenis pisang lainnya juga mengandungi bahan serat dan antioksidan yang dapat mengendalikan kadar kolesterol. Buah pisang raja juga merupakan jenis buah yang sangat baik diambil untuk tujuan mencegah penyakit kardiovaskular termasuk penyakit jantung dan stroke. Memandangkan ada banyaknya kandungan nutrisi dan manfaat pisang raja bagi penulis blog memang tidak ada salahnya untuk menambahkan buah ini ke dalam menu makanan sehari-hari. Selain dimakan langsung sebagai pisang segar dimana pisang raja boleh dihiris dan sesuai untuk ditambahkan ke dalam makanan sihat seperti oatmeal, yoghurt atau roti. Apa pun selain makan pisang raja, jangan lupa untuk konsumsi aneka buah-buahan lain agar kebutuhan tubuh Anda akan nutrisi bisa terpenuhi, misalnya mangga, pepaya, apel, dan semangka. Apabila pisang raja tidak tersedia disyorkan juga mengambil jenis pisang jenis lain kerana kandungan nutrisi pada berbagai jenis pisang segar tempatan umumnya tidak berbeza jauh. Bagaimana pun sesiapa yang ada isu tertentu seperti diabetes atau penyakit ginjal diingatkan agar perlu membataskan makanan manis atau makanan tinggi kalium dan sebaiknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Artikel ini di tulis dalam 2 (dua) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yan disyorkan untuk di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA PISANG...ITU PISANG RAJA...
BERKULIT TEBAL...MANIS RASA...
BERKHASIAT...AHLI SUKAN SUKA...
MUDAH DI BELI.. DIMANA SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(17 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...