POKOK KECUBUNG (Datura metel Linn) merupakan sejenis tumbuhan yang renek jenis herba semusim dalam famili Solanaceae yang selalau dikaitkan dengan kejadian seperti peribahasa 'mabuk kecubung' ada racun. Tumbuhan ini dipercayai berasal atau natif dari negra China. Penulis dapat melihat banyak pokok kecubung ini ditanam dikawasan taman dan pusat perlancongan di Pulau Jawa, Indonesia semasa beberapa kali penulis melawat negara tersebut. Dalam keadaan biasa ketinggian pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya agak keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Biasanya bunga kecubung membentuk serombong yang besar (seperti Bentuk Trompet) dimana ia boleh dijumpai dalam saiz dan warna-warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah seperti warna ungu dan putih. Bagaimana pun ada juga yang berwarna kuning dan oren bergantung kepada spesisnya. Buah Kecubung pula selalunya berwarna coklat dimana ia sering mempunyai duri-duri halus di luarnya. Pokok kecubung mudah dibiakkan dengan gunakan biji benih dan juga kaedah pembiakan vegetatif melalui keratan batang. Walau pun ada dikalangan kita yang teah kenal dengan pokok kecubung dan kesan dari tindakbalas memabukkan jika mengambil pokok kecubung tetpi masih lebih ramai yang tidak mengenalinya. Lazimnya pokok kecubung lebih banyak yang ditanam sebagai tumbuhan hiasan (ornamental tree) atau pokok pagar kerana bunganya yang cantik dan unik. Secara umumnya pokok kecubung mempunyai 3 jenis atau spesis seperti Jenis Pokok Kecubung Biasa, Pokok Kecubung Kecil dan ada juga Pokok Kecubung Putih (Datura stramonium). Saya ada menulis mengenai pokok kecubung dalam blog ini pada tahun 2016 (Sila klik Disini) dan pada tahun 2018 (Sila Klik Disini) untuk dirujuk. Artikel tengahari ini saya sembang dengan menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pokok dan buah kecubung untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.
Kehebatab khasiat kecubung yang agak jarang pembaca blog anim agro tahu adalah ke 8 iaitu ia mampu Merawat Asthma atau Lelah apabila tumbuhan kecubung ini mempunyai bahan yang dapat membantu dalam proses penyembuhan atau pencegahan asthma. Caranya dengan ambil daun kecubung dapat dipotong-potong dan dijadikan serbuk. Apa pun sebaiknya penggunaan kecubung dalam rawatan asma ini dilakukan secara tradisional. Kandungan kimia semulajadi dalam tanaman kecubung dapat membantu meredakan gejala asma seperti situasi sesak napas, batuk dan ketegangan pada dada. Selain itu kecubung juga yang memiliki sifat antioksidan yang dapat memperkuatkan lagi sistem imuniti tubuh. Apa pun rawatan ini digunakan sebagai alternatif dari perubatan moden yang digunakan. Sebaiknya dapatkan nasehat doktor sebelum ambul dan gunakan kecubung sebagai obat perawatan asma. Ia penting dilakukan untuk memastikan bahawa penggunaan kecubung selamat dan tidak bertentangan dengan cara rawatan asma yang sedang dijalani. Selalunya penderita asma boleh cuba dulu mencari khasiat tambahan dalam proses rawatan ini dimana perlu diingat bahawa rawatan asma adalah suatu isu yang serius dan memerlukan pengawasan doktor. Kehebatan ke 9 nmengenai kecubung dimana ia akan dapat bantu Mengurangkan Air Liur Berlebihan di mulut sebab air liur berlebih atau 'hipersalivasi' adalah keadaan dimana seseorang menghasilkan air liur secara berlebihan. Ia dapat menyebabkan ketidaknyamanan dan mengganggu aktiviti seharian dimana ada manfaat kecubung yang perlu diamalkan iaitu kemampuannya dalam mengatasi masalah ini. Ambil daun kecubung yang dapat membantu mengurangkan pengeluaran air liur berlebihan. Kandungan zatnya yang ada dalam daun kecubung diketahui dapat mempengaruhi kelenjar ludah yang keluarkan air liur. Ambil daun kecubung secara teratur menjadikan kelenjar ludah dapat diatur dengan lebih baik sehingga proeses pengeluaran air liur berlebih dapat dikawal. Cara ini sangat praktikal bagi penderita 'hipersalivasi' yang seringkali merasa tidak selesa dan sukar beraktiviti. Apa pun perlu diketahui bahwa rawatan dengan menggunakan kecubung dalam mengurangkan air liur berlebihan haruslah disesuaikan dengan keadaan penderita dan dapatkan nasehat doktor dulu.
Setrusnya ke 10 akan kehebatan kecubung dimana ia didakwa akan dapat Meredakan Pembengkakan sebab ia membantu dalam meredakan pembengkakan. Pembengkakan dapat disebabkan oleh berbagai faktor seperti cedera atau peradangan dalam tubuh. Untuk mengatasi masalah ini, kita dapat menggunakan buah kecubung yang sudah dipanggang dan diberi minyak kelapa. Bagi penulis blog mendapati caranya sangat mudah iaitu dengan cara menampalkan buah kecubung yang sudah dipanggang dan diberi minyak kelapa pada kawasan yang sedang mengalami pembengkakan. Aplikasi ramuan ini dipercaya efektif dalam menghilangkan pembengkakan secara semulajadi. Ini berlaku sebab kecubung mengandungi bahan anti-inflamasi yang dapat meredakan peradangan diman abahan tersebut mampu mengurangkan rasa sakit dan bengkak yang disebabkan oleh pembengkakan. Kecubung juga mempunyai ciri antioksidan yang akan membantu melindungi dari radikal bebas yang dapat menyebabkan kerosakan sel. Menggunakan kecubung secara teratur juga dapat membantu mencegah berlaku akan pembengkakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Bagi dapatkan kesan maksima disarankan untuk memilih buah kecubung yang segar dan matang. Sesiapa yang ada isu seperti alergi, sebaiknya dapatkan nesehat pakar terlebih dahulu sebelum menggunakan kecubung. Ke 11 dimana kecubung membantu Mengubati Masaalah Sakit Perut dimana buah kecubung ternyata boleh rawat sakit perut. Sakit perut boleh ia disebabkan oleh berbagai faktor seperti cirit suasah buang air besar, sembelit dan masalah pencernaan lainnya. Dilaporkan yang buah kecubung dapat mengatasi masalah pencernaan akibat sembelit. Sembelit adalah situasi dimana orang susah buang air besar secara teratur. Ia boleh berlaku disebabkan oleh kurangnya mengambil serat atau air dalam diet seharian, kurang berolahraga, stres atau kesan sampingan ubat-ubatan. Seseorang menderita sembelit dimana perut akan terasa tidak selesa, krem dan terkadang disertai dengan rasa kembung. Serat tinggi dalam kecubung membantu meningkatkan gerakan usus dan lancarkan proses pencernaan. Serat dalam kecubung dapat membantu untuk lembutkan najis dan mencegah sembelit. Kecubung juga dikatakan ia ada bahan aktif Antispasmodik yang dapat mengendurkan otot-otot di saluran pencernaan dan mampu mengurangkan kes perut yang disebabkan oleh sembelit.
Kehebatan kecubug didakwa ia akan Menghilangkan Kelumumur di kepala dengan cara sangat sederhana iaitu dengan menggunakan ekstrak minyak buah kecubung yang telah diproses. Di dakwa yang minyak buah kecubung ini kemudian digunakan sebagai minyak rambut untuk membantu menghilangkan kelumumur dikepala. Penting untuk semua menggunakan minyak buah kecubung secara rutin agar mendapatkan hasil yang maksimal dalam perawatan rambut dan mencegah masaalah ini. Kecubung mengandung zat-zat aktif seperti anti-oksidan dan zat anti-kulat yang dapat membantu mengatasi masalah kelumumur. Zat antikulat ini didalam kecubung dapat membunuh kulat jenis Malassezia iaitu salah satu penyebab utama munculnya kelumumur. Selain itu kecubung juga ada ciri anti-mikrobe yang membantu mengurankan kes peradangan pada kulit kepala akibat kelumumur ini. Kehebatab ke 13 dimana kecubung dilaporkan ia membantu dlam kes Mengatasi Kejang dimana isu kejang otat adalah satu keadaan berlaku kepada penderita epilepsi dan sangat mengganggu kehidupan seharian. Didakwa iaitu dalam kecubung ada bahan 'Antikonvulsan' yang dapat membantu mengawal dan mengurangkan kes kejang pada penderita epilepsi. LAporan kajian dapati yang kecubung dapat membantu meningkatkan jumlah 'neurotransmitter' iaitu gamma-aminobutyric acid (GABA) dalam otak. GABA adalah zat kimia alami yang memiliki efek menenangkan pada sistem saraf manusia. Dengan meningkatnya kadar GABA maka kecubung dapat meredakan insiden kejang dengan menjaga keseimbangan aktivitas saraf dalam otak. Selain itu, kecubung juga memiliki sifat anti-inflamasi dan anti-radang yang dapat membantu mengurangkan peradangan pada bahagian otak. Peradangan pada otak dipercayai ia dapat menjadi salah satu pemicu insiden kejang pada penderita epilepsi. Kecubung dapat membantu mengurangkan frekuensi dan intensiti kejang yang dialami oleh penderita epilepsi.Apa pun kecubung hanya dapat digunakan sebagai suplemen tambahan untuk mengatasi kejang pada penderita epilepsi. Ke 14 dimana hebatnya kecubung disembangkan sebagai bahan Sumber Antioksidan iaitu terdapat didaunnya. Daun kecubung mengandung flavonoid dan fenolik yang bersifat antioksidan. Dikaji dimana ciri antioksidan dalam daun kecubung ini sangat berguna dalam melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas sendiri merupakan molekul yang tidak stabil dan dapat menyebabkan kerosakan sel serta boleh menyebabkan berbagai penyakit seperti kanser, cepat tua dan penyakit jantung. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang disyorkan untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikle ini emberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.