Herba kunyit memang banyak kegunaan dan khasiatnya. Ada banyak khasiat atau kegunaan kunyit untuk kesihatan yang perlu disembangkan. Apa pun manfaat kunyit tidak hanya untuk melazatkan masakan akan tetapi ia juga baik untuk kesihatan tubuh. Herba dapur yang dapat menjadi pewarna kuning asli ini dikenal juga sebagai ubatan herba untuk mengatasi dan mencegah berbagai masalah kesihatan. Kegunaan kunyit dipercayai sejak lama dan kerap dijadikan pengobatan tradisional. Hal ini karena kandungan bahan Cucurmin yang terdapat pada rizom kunyit. Selain memberi warna pada kunyit dimana cucurmin juga diduga memiliki khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh. ANalisa makmal dapati setiap 100 g kunyit ia mengandungi 9 g karbohidrat, 2 g protein, 405 mg kalium, 78 mg fosforan, 24 mg kalsium, 3 mg zat besi dan 1 mg vitamin C. Ia juga mengandungi bahan yang bersifat antioksidan, antiinflamasi, dan antimikroba yang sangat berguna. Kunyit didakwa mampu Meredakan Sakit Sendi atau masaalah Osteoperosis iaitu penyakit yang menyebabkan sendi menjadi radang, kaku dan kehilangan kelenturannya. Kajian ada juga menunjukkan bahawa mengambil ekstrak kunyit akan dapat mengurangkan rasa sakit bila kunyit memiliki efek antiradang. Kunyit mampu Mencegah penyakit jantung dimana ia dapat membuat endotelium atau dinding pembuluh darah menjadi lebih rileks dan elastis sehingga aliran darah bisa lebih lancar. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan antiinflamasi yang dapat mencegah terbentuknya plak di dalam pembuluh darah dan pembuluh darah kaku. Seterunya kunyit akan membantu Meningkatkan kesehatan kulit sebab bahan bersifat antiinflamasi, antimikroba dan antioksidan jika diambil akan mengatasi berbagai masalah pada kulit termasuk jerawat, eksim dan psoriasis. Ia juga diketahui dapat membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka pada kulit. Bagi wanita ia akan Meringankan gangguan menstruasi dan juga meredakan isu krem kaki bagi wanit aselama menstruasi. Kunyit didakwa akan bantu Mengatasi gangguan saluran pencernaan sebab bahan cucurmin ini akan mengatasi isu dalam sistem saluran pencernaan. Kunyit membantu naikkan nafsu makan dan akan mengurangkan kolesterol dengan cara menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan juga bahan trigliserida. Kunyit didakwa akan Mencegah kanser dimana bahan cucurmin bersifat antiinflamasi yang diketahui dapat menghambat pertumbuhan sel-sel kanser.
Ada beberapa laporkan yang mengaitkan kesan atau efek negatif pengambilan bahan kunyit. Walau pun sehingga kini kajian menyatakan belum ditemukan adanya efek sampingan dari penggunaan kunyit pada dos yang rendah. Kajian juga menyatakan jika tiada terjadi kesan sampingan pada orang yang selalu mengambil bahan kunyit 490 mg sehari selama seminggu. Apa pun jika ada yang mengambil kunyit yang berlebihan juga tidak baik bagi tubuh. Ada beberapa kesan sampingan yang mungkin timbul apabila kunyit diambil secara berlebihan indivisu tertetu diantaranya simptom seperti ada gangguan pencernaan, seperti perut kembung, gastrik dan cirit birit dan sebagainya. Tanda lain seperti berlaki insiden sakit kepala, Mual (rasa hendak muntah), Ruam pada kulit mungkin akan berlaku. Bagaimana pun di nyatakan jika mengambl kunyit berebihan ada risiko terkena kanser usus dan juga kanser hati. Walau pun manfaat kunyit bagi kesihatan tubuh memang cukup banyak sebaiknya pembaca blog ini tetap harus berhati-hati dalam mengambilnya dan elakka berlebihan. Boleh juga di hindarkan pengambilan kunyit secara berlebihan sama ada ia didalam bentuk kunyit segar maupun suplement jika di nai=sihatkan pakar perubatan. Jika membeli suplement kunyit periksa dahulu sijil dari KKM akan keterangannya.
Dalam portal hmetro.com dilaporkan dimana 'Kunyit herba ajaib' sesuai di kongsikan. Kunyit adalah rempah atau ramuan banyak digunakan dalam masakan. Merujuk laporan Journal of Clinical Aesthetic Dermatology dimana penggunaan pupur muka kunyit selama sebulan dijangka dapat membantu memudarkan parut jerawat sebanyak 14%. Apa pun ramuan semula jadi itu yang dianggap salah satu herba ajaib banyak memberi kebaikan terutama kepada penjagaan kesihatan dan kecantikan individu. Ada banyak penemuan atau kajian terhadap kunyit mendapati ia seperti bahan alami lain yang aktif sebagai ramuan produk aestetik mempunyai sifat antioksidan, antiradang dan antibakteria termasuklah sebatian aktif polifenol. Bahan sebatian aktif inilah banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kerana dikatakan menyumbang kepada 'sifat' kunyit iaitu antitumor dan antioksida. Justeru tidak hairanlah penggunaan pupur atau bahan penjagaan dan rawatan wajah berasaskan herba itu dapat memberi banyak kebaikan. Diperincikan kebaikan kunyit andai diamalkan dalam penjagaan wajah wanita dimana kunyit bantu mengurangkan masalah jerawat dimana semakin lama ia digunakan, maka manfaat daripada kunyit ini mungkin akan mencapai tahap maksimum. Kunyit yang mempunyai antioksida dan antiradang membolehkan isu kesihatan kulit wajah dapat ditangani terutama jerawat. Berbanding penggunaan bahan bukan alami, kesan pemakaian kunyit lebih selamat dan perlu dipastikan guna kunyit dengan kualiti dan kuantiti betul bagi mengelakkan tidak timbulnya masalah tertentu. Kedua dilaporkan dimana kunyit untuk memudarkan parut jerawat dimana kebaikan lain yang boleh dicapai menerusi pemakaian kunyit apabila dikatakan mampu memudarkan parut jerawat yang hitam. Apa pun tabiat buruk terutama individu yang mengalami masalah jerawat yang gemar menyentuh sehingga menyebabkan ia luka dan berparut. Keadaan ini meninggalkan parut hitam dan dikatakan amalan mengenakan kunyit sebagai pupur boleh memudarkan kesan parut terbabit. Khasiat yang ketiga dimana Kunyit Mampu membunuh bakteria sebab ia mempunyai sifat antioksidan serta antiradang, kunyit juga memiliki satu lagi kelebihan paling penting untuk lawan masalah jerawat iaitu antibakteria. Salah satu punca utama masalah jerawat ialah jangkitan bakteria dimana ia bernama Propionibacterium acnes (P. acnes) dimana dengan cara membunuh bakteria ini sangat penting. Meskipun kunyit boleh menangani bakteria itu, tetapi kesesuaian masih bergantung kepada 'keserasian' kulit individu. Sebaiknya cuba dapatkan saranan doktor untuk penggunaan kunyit pada wajah. Ke 4 dimana kunyit mampu merawat kesan alergi iaitu satu cara alternatif dalam menangani kesan akibat daripada reaksi alergi pada wajah dan bahagian kulit tubuh yang lain ialah menggunakan serbuk kunyit. Rempah ini mampu berfungsi hampir sama dengan antihistamin untuk 'menghalang' aktiviti protein yang menjadi punca radang dan rengsa pada kulit. Apa pun secara tidak langsung ia membantu merawat kesan alergi kulit. Kelima dimana kunyia akan membantu menangani masalah garis kedutan wajah dimana kesan peningkatan usia adalah fenomena semula jadi. Namun tidak semua boleh menerima masalah muncul garis kedut pada kulit wajah. Apa pun dengan kunyit dimana ia mungkin boleh membantu dalam mengurangkan garisan kedutan ketara. Elemen dalam kunyit seperti sejenis polipenol boleh bertindak memperbaiki tekstur kulit dengan baik. Kesannya, garis kedutan itu mungkin boleh hilang dengan rutin amalan tertentu.
Portal sama laporkan 'Air kunyit rahsia Uwan 102 tahun' di laporkan dalam banyak media lain. Kisah dari Tampin dimana kisah tidak mengambil ubat moden selain dengan mengamalkan minum air kunyit dan air halia sejak usia muda antara rahsia wanita warga emas ini kekal sihat meskipun usianya sudah mencecah 102 tahun. Apa yang lebih mengejutkan, Halipah Hasan dari Kampung Ladang, Gemas tidak mengalami sebarang penyakit dan hanya mengalami masalah penglihatan yang semakin kabur disebabkan faktor usia. Berdasarkan tarikh lahir pada kad pengenalan neneknya itu, wanita itu dilahirkan pada 1921, namun dipercayai dilahirkan lebih awal dari itu kerana ujud masalah pendaftaran pada ketika itu. Biasalah orang dahulu daftar kelahiran lambat, tapi yang saya diberitahu dimana ada kemungkinan lewat setahun ke dua tahun. Nenek ini telah berkahwin ketika usia 16 tahun dan dengan lima kali hasil perkahwinan sebelum dikurniakan empat anak dan kini mempunyai 11 cucu serta sembilan cicit. Dilaporkan nenek yang mesra disapa 'Uwan Lipah' itu seorang tukang urut serta bidan dan mungkin disebabkan itu, wanita berkenaan mengamalkan hidup sihat mengikut cara tradisional. Uwan banyak amalkan petua orang dulu-dulu dan antara yang menjadi amalannya ialah minum air kunyit dan halia, tapi sejak tiga tahun lalu, dia tidak lagi meminumnya dan dia juga tidak makan ubat moden, jika demam atau badan dia tak sihat, dia hanya minum air suam atau makan telur ayam kampung. Saya difahamkan Uwan tidak pernah dimasukkan ke hospital dan dia tidak suka ke hospital. Kini Uwan tidak mampu berjalan kerana kedua-dua belah pahanya patah ketika berusia 90 dan 99 tahun dan perlu dibantu untuk urusan harian. Ditanya mengenai rutin dan jenis makanan neneknya itu, Norazizah memberitahu wanita warga emas itu gemar makan udang masak lemak cili api dan teh susu, namun dia tidak memilih soal makanan. Artikel ini di tulis dengan lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memebri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
Posted from
Bonda Villa Homestay,
Lorong Dua, Kangar, Perlis.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.