Support My Blog

Sunday, February 2, 2025

SEMBANG PASAL DAUN KARI (PART 1)

DAUN KARI
merupakan sejenis rempah yang mana ia memang mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat di Malaysia kerana ia bukan sahaja digunakan dalam masakan akan terapi sebagai bahan perubatan. Pada penulis blog di,ana 
POKOK DAUN KARI (Murraya koenigii) adalah sejenis tumbuhan jenis renek yang diambil daunnya untuk djadikan bahan masakan terutamanya masak kari. Tumbuhan tropika dari keluarga Rutaceae ini dipercayai natif di India dan Sri Lanka tetapi ia juga sesuai untuk tumbuh di negara kita Malaysia sebagai tanaman keliling rumah yang sangat penting. Boleh dikatakan tanaman ini menjadi salah satu daripada tanaman yang popular untuk program 'edible landscape' atau 'Program Bumi Hijau' yang ditanam diatas tanah keliling rumah atau dalam pasu atau bekas khas. Daun kari yang dipetik mempunyai bau yang sangat kuat dan ia mempunyai rasa yang pahit jika dimakan segar. Saya dapati daun kari dahulu hanya digunakan oleh kaum India di negara kita tetapi kini telah diterimapakai oleh semua kaum terutama orang-orang Melayu. Selain daripada digunakan sebagai campuran dalam masakan gulai kari, daun kari juga digunakan dalam masakan lain seperti rasam, chutney, maruku dan banyak lagi. Penulis blog memang sentiasa menanam pokok kari dikawasan rumah dimana-mana sahaja tinggal dan ia tidak perlu dibeli dikedai atau pasar untuk mengambil daun kari sebelum memasak. Lazimnya saya tanam satu pokok dalam pasu dan beberapa pokok lagi diatas tanah yang sesuai. Pokok Kari adalah jenis tumbuhan renek yang tumbuh menegak dengan beberapa cabang dan boleh mencecah ketinggian sehingga 4 - 6 meter. Bagaimana pun ketinggian ini dapat dikawal dengan menanamnya dalam pasu yang mudah kita petik dan dijadikan macam tanaman 'bonsai' (Lihat foto sebelah). Batangnya berkayu dengan ukurlilit batang mampu membesar sehingga 40 cm dan mempunyai kulit berwarna coklat kehijauan bergantung kepada kedudukan batang atau cabang. Daun pokok kari berada dalam tangkai daun dengan bentuk daun dikenali sebagai 'pinnate' dan susuna bertentangan pada tangkai. Warna daun adalah hijau dan agak berkilat. Kajian dan pemerhatian yang saya buat mendapati bilangan laidaun setiap tangkai adalah sekitar 11 - 21 helai daun (satu helai daun berada dihujung sekali). Ukuran saiz daun sekitar 1-2 cm lebar dan 2-4 cm panjang. Bahagian daun ini adalah bahagian paling penting pada tumbuhan untuk diambil dan digunakan. Artikel pada subuh ini saya sembang dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman pokok kari (Curry tree) untuk dijadikan bacaan dan rujukkan pembaca semua.


Dalam portal hmetro.com dilaporkan '
Pelbagai khasiat daun kari' yang sesuai di kongsikan infonya. Apa pun selalunya daun kari adalah majmuk dengan anak daun tersusun pada satu rakis. Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya koenigii antara tanaman yang tidak asing lagi bagi masyarakat tempatan. Tumbuhan tropikal yang berasal dari India dan Sri Lanka itu tergolong dalam keluarga rutaceae. Tanaman berkenaan adalah sejenis pokok kecil yang mampu membesar sehingga sekitar enam meter tinggi dengan diameter batang mencecah 40 cm dimana ciri daunnya pula adalah pinat (pinnate) iaitu majmuk dengan anak daun tersusun pada satu rakis. Setiap rakis mempunyai 11 hingga 21 daun dengan setiap daun berukuran dua sentimeter lebar dan empat sentimeter panjang. Pokok kari juga menghasilkan bunga kecil berwarna putih yang melalui proses pendebungaan sendiri dan menghasilkan biji benih berbentuk beri berwarna hitam. Walaupun pulpa beri yang mempunyai rasa manis seperti ubat itu dipercayai boleh dimakan namun, ia jarang digunakan dalam masakan. Selalunya komponen pokok yang sering digunakan dan sinonim dalam kehidupan seharian adalah daun, akar dan kulit kayu. Daun kari yang memiliki aroma tersendiri dijadikan bahan masakan khususnya untuk hidangan ala India seperti gulai kari. Selain itu, ia turut dimanfaatkan untuk tujuan kesihatan terutama bagi pengamal Ayurveda kerana dipercayai mempunyai kelebihan seperti anti diabetes dan anti oksida selain berupaya melindungi hati daripada kerosakan. Diantara khasiat pemakanan dipercayai terkandung dalam daun kari adalah karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E. Selain dijadikan bahan masakan dan perubatan, ciri daun yang tinggi aroma itu menciptakan pelbagai produk lain seperti sabun, losyen, pewangi rumah, minyak wangi dan produk penjagaan rambut. Akar pokok kari turut digunakan untuk merawat sakit badan manakala kulit kayu digunakan untuk menyembuh kesan gigitan ular.


Berita viral dan macam idak logik di Malaysia dilaporkan beberapa media lokal bertajuk 'Harga daun kari melambung tinggi' sesuai tajuk ini di sembangkan. Isu pengguna khususnya golongan suri rumah disaran untuk tanam sendiri pokok kari atau terpaksa membeli dengan harga RM15 hingga RM18 sekilogram. Menurut pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarowdimana kes penanaman sendiri sayuran dan herba termasuk daun kari bukan sahaja menjimatkan malah diyakini selamat tanpa bahan kimia. CAP laporkan dalam tinjauan yang dilakukan mendapati sejumlah kecil daun kari dijual antara RM2 hingga RM3 seikat. Kalu sebelum ini daun kari dijual pada harga RM10 sekilogram di pasaran namun kini harga daun kari melambung tinggi antara RM15 hingga RM18 sekilogram. Dilaporkan dahulu jika pengguna beli kelapa, daun kari sering diberi percuma tetapi kini tidak lagi dan penanaman sendiri di rumah hanya memerlukan modal RM1 dan amat digalakkan pengguna menanam sendiri daun kari di rumah sebagai langkah penjimatan. Hari berikutnya beberapa akhbat laporkan kenyataan CAP iaitu 'Tanam sendiri daun kari - CAP' dan menggesa pengguna terutama suri rumah menanam sendiri daun kari yang boleh diusahakan dengan mudah. Penanaman sendiri sayuran dan herba termasuk daun kari bukan sahaja menjimatkan malah diyakini selamat tanpa bahan kimia. Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis kepenggunaan, N V Subbarow, berkata tinjauan baru-baru ini mendapati sejumlah kecil daun kari dijual antara RM2 hingga RM3 seikat. Sebelum ini, katanya, daun kari dijual pada harga RM10 sekilogram (kg) di pasaran. CAP terkejut apabila harga daun kari di pasaran kini dijual antara RM15 hingga RM18 sekilogram. Kini dengan penanaman sendiri di rumah hanya memerlukan modal RM1 dan digalakkan pengguna menanam sendiri daun kari di rumah sebagai langkah penjimatan.


Menarik disembangkan bagaimana 'Tip paling mudah simpan daun kari tahan berbulan-bulan, tetap segar dan kekal harum' agar berfaedah. Apa pun daun  kari antara bahan yang sering digunakan dalam masakan terutama untuk memasak kari atau menggoreng ayam. Ia ada aromanya yang harum memang membangkitkan selera. Uniknya bagi sesiapa yang tidak menanam pokok kari, setiap kali nak guna barulah pergi ke kedai membelinya. dimana selalunya bukan banyak pun kuantiti daun yang akan digunakan dalam masakan. Kalau beli lebih pun ia akan dibiar kering atau dibuang begitu sahaja. Bagi mengelakkan berlaku kes pembaziran tip menyimpan boleh membantu membuatkan daun kari tahan berbulan-bulan lamanya malah aroma dan rasanya tetap kekal seperti sediakala. Selain daun kari dimana kaedah itu juga boleh dilakukan jika mahu menyimpan daun lain seperti limau purut dimana pastikan daun tersebut betul-betul kering sebelum dimasukkan ke dalam botol. Jika tidak, ia akan mudah berkulat. Bagi kekalkan DAUN SEGAR DAN HARUM disenaraikan cara menyimpan daun kering iaitu pertama mencuci terlebih dahulu daun kari bersih-bersih.  Selepas itu perlu lap dengan menggunakan tisu sebelum dibalut dengan kertas (boleh guna kertas surat khabar). Kemudian, simpan dalam peti sejuk. Biarkan daun tersebut dalam peti sejuk selama seminggu sebelum dibuka. Pastikan daun kari itu betul-betul kering. Kemudian, barulah masukkkan daun berkenaan dalam botol kaca lalu tutup ketat. Hasilnya dimana warna daun kari tetap kekal hijau. Apabila mahu digunakan dalam masakan, barulah ambil sedikit. Cara itu juga membuatkan daun kari kembali segar dan baunya masih lagi harum.


Terjumpa pula sembang bagaimana petua '
Hapuskan uban dengan daun kari' yang agak kurang kedengaran masa ini tetapi dilakukan secara tradisional dahulu. Walau pun umur masih muda namun dihantui masalah uban. Benar, uban mampu menjejaskan imej semua. Ia bukan sahaja buat mereka yang berusia, bahkan yang masih muda juga tidak terkecuali. Pembaca semua perlu jangan risau setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya. Petua dimana boleh gunakan daun kari untuk menghitamkan rambut yang beruban itu, apa yang penting lakukan secara konsisten dan efektif. Caranya dengan mencampurkan satu sudu minyak kelapa dengan segenggam daun kari dan kemudian dimasak atas api sederhana sehingga daun kari hangus. Tutup api dan biarkan ia sejuk pada suhu bilik. Kemudian dijadikan minyak ini sebagai minyak rambut dan gunakan. Artikel iini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAUN KARI... HUJAU WARNANYA...
TAMBAH AROMA...MAKANAN KITA...
MUDAH DI TANAM... DIMPASU SANA..
DISEMBANGKAN...SERONOK BACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...