Support My Blog

Monday, February 24, 2025

SEMBANG TENTANG BUAH KECUBUNG (Part 1)

POKOK KECUBUNG
(Datura metel Linn) merupakan sejenis tumbuhan yang renek jenis herba semusim dalam famili Solanaceae yang selalau dikaitkan dengan kejadian seperti peribahasa 'mabuk kecubung' ada racun. Tumbuhan ini dipercayai berasal atau natif dari negra China. Penulis dapat melihat banyak pokok kecubung ini ditanam dikawasan taman dan pusat perlancongan di Pulau Jawa, Indonesia semasa beberapa kali penulis melawat negara tersebut. Dalam keadaan biasa ketinggian pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya agak keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Biasanya bunga kecubung membentuk serombong yang besar (seperti Bentuk Trompet) dimana ia boleh dijumpai dalam saiz dan warna-warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah seperti warna ungu dan putih. Bagaimana pun ada juga yang berwarna kuning dan oren bergantung kepada spesisnya. Buah Kecubung pula selalunya berwarna coklat dimana ia sering mempunyai duri-duri halus di luarnya. Pokok kecubung mudah dibiakkan dengan gunakan biji benih dan juga kaedah pembiakan vegetatif melalui keratan batang. Walau pun ada dikalangan kita yang teah kenal dengan pokok kecubung dan kesan dari tindakbalas memabukkan jika mengambil pokok kecubung tetpi masih lebih ramai yang tidak mengenalinya. Lazimnya pokok kecubung lebih banyak yang ditanam sebagai tumbuhan hiasan (ornamental tree) atau pokok pagar kerana bunganya yang cantik dan unik. Secara umumnya pokok kecubung mempunyai 3 jenis atau spesis seperti Jenis Pokok Kecubung Biasa, Pokok Kecubung Kecil dan ada juga Pokok Kecubung Putih (Datura stramonium). Saya ada menulis mengenai pokok kecubung dalam blog ini pada tahun 2016 (Sila klik Disini) dan pada tahun 2018 (Sila Klik Disini) untuk dirujuk. Artikel tengahari ini saya sembang dengan menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai pokok dan buah kecubung untuk berkongsi maklumat dengan pembaca semua.


Kecubung ialah sejenis pokok renek yang bercabang dengan banyak. Batangnya jenis keras berkayu dan cabangnya seolah-olah membentuk rumpun. Tinggi pokok kecubung selalunya kurang dari 2 meter dan rendah jika dicantas. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang. Benih yang matang dan bernas mudah tumbuh jika disemai. Pada masa ini pokok kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana warna dan bentuk bunganya yng cantik dan unik. Penulis dapati bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza (Sila lihat foto disebelah). Diantara jenis yang biasa dijumpai ialah kecubung biasa dan juga kecubung kecil. Warnanya bunganya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih tetapi ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna hijau semasa muda dan akan bertukar kepada warna coklat apabila matang yang lazimnya mempunyai duri-duri halus diluarnya. Kajian makmal menunjukkan kandungan kimia dalam pokok kecubung adalah seperti Hiosin, Oksalik, Lemak dan Hyosiamin. Kajian menunjukkan kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid. Penggunaan segala ubat dari pokok kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.


Dalam portal metroviews.com dilaporkan kisah bagaimana kes 'Cara 
Mengenal Efek Sampingan dan Khasiat Buah Kecubung' yang sesuai di kongsikan dan disembangkan. Kecubung adalah salah satu buah yang dapat memberi kesan atau dampak negatif bagi tubuhbadan manusia. Orang yang berlebihan dalam mengambil buah kecubung akan membuat gerakan atau cara tindakan di luar kebiasaan atau halusinasi. Penulis blog merujuk kamus makna Halusinasi dan delusi ini dimana ia kerap kali dinilai sebagai satu keadaan yang sama. Tetapi hakikatnya ia memberikan dua pengertian berbeza. Gambaran yang jelas mengenai kedua-duanya dapat dilihat melalui beberapa perbezaan. Dari segi definisi, halusinasi merujuk kepada individu yang mendengar bisikan suara, melihat, merasai atau terbau sesuatu yang sebenarnya tidak wujud secara realiti. Sebagai contoh, individu dengan halusinasi mungkin mendengar seseorang sedang berbual dengannya dan memberikan respons kepada suara tersebut atau melihat sesuatu imej yang tidak nyata. Berbeza pula dengan delusi yang merujuk kepada individu percaya kepada sesuatu yang tidak benar dan dikaitkan dengan salah tafsiran persepsi atau pengalaman. Delusi juga mampu mewujudkan kepercayaan paranoid dalam diri individu terbabit. Contohnya, seorang suami percaya bahawa si isteri mempunyai hubungan dengan lelaki lain walaupun si isteri sudah meyakinkan bahawa apa yang difikirkan suaminya adalah salah. Atau situasi yang lainnya adalah, mungkin merasakan seseorang telah meletakkan racun ke dalam makanan atau minuman. Berbalik kepada isu dimana didalam kandungan tanaman kecubung terdapat unsur alkaloid yang menyebabkan kesan penurunan fungsi kognitif. Kandungan ini dinilai cukup berbahaya dimana jika ia diambil dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan kes kematian. Tanaman kecubung yang selalunya ia tumbuh liar dan mempunyai bentuk buah yang unik iaitu berbentuk bulat, hijau berduri berukuran sedang sebesar bola tenis (Sila lihat foto disebelah). Tanaman ini juga memiliki bunga besar menjuntai dan bermahkota menyerupai lonceng berwarna putih, kuning, krem, oren atau merah. Kecubung mempunyai kandungan bahan aktif yang memberikan kesan racun bagi yang mengambilnya namun tanaman ini juga boleh juga ia dimanfaatkan sebagai pengbbatan tradisional. Dalam daun kecubung mengandung banan Methyl crystalin yang mana ia menyebabkan kesan relaksasi pada otot lurik. Sementara racun yang terkandung pada setiap bahagian tanaman pokok kecubung dikenalpastui sebagai Scopolamine, Hyoscyamine dan Atropine. Meski terdapat kandungan racun, namun buah kecubung juga boleh ia di manfaatkan sebagai rawatan tradisional bagi tujuan kesihatan antaranya mengatasi masaalaj Kulit Bengkak, Mengatasi sembelit, Perawatan Kelumumur, Meredakan Sakit Sendi (rheumatik), Masaalah terkehel dan juga sebagai bahan Anti inflamasi.


Menarik dalam portal dalam CNN Indonesia apabila dilaporkan kisah bagaimana perlu 'Waspasa kerana kecubung boleh menyebabkan Kematian' untuk di kongsikan. Kisah dari 
Jakarta dakwa ada banyak bahaya mengintai akibat memakan kecubung secara berlebihan. Tidak hanya memicu halusinasi dan hilang akal malahan kes keracunan kecubung juga bisa menyebabkan kematian. Menurut pakar Sakit Jiwa Hospital Sambang Lihum di Banjarmasin, Firdaus Yamani mengatakan kecubung memang boleh ia menyebabkan kematian jika diambil secara berlebihan terutama jika mangsa mencapai dosis tinggi. Biasanya kes kalau sudah mencapai dosis maut boleh mencapai kematian yang menakutkan. Apa pun 'dose lethal' adalah dos keracunan yang tertinggi yang boleh menyebabkan kematian pada manusia. Kecubung mempunyai kesan 'hallucinogen' dimana ia menyebabkan halusinasi. Efek tersebut kerana buah dan bahagian lain pokok kecubung mengandungi bahan alkoloid 'tropan' seperti antropin, skopolamin dan hiosiamin. Kadar alkoloid ini ada pada semua bahagian pokok kecubung. Namun dilaporkan dimana antara yang paling tertinggi adalah pada bahagian BUNGA dan DAUN. Kajian mendapati dimana disetiap satu bunga kecubung mengandung 0.65 mg Skopolamin dan 0.3 mg Antropin yang merupakan sangat toksik kepada manusia.  Setiap satu BIJI buah kecubung mengandungi sekitar 0.1 mg antropin dimana dilaporkan dos lethal atau dos yang boleh ia menyebabkan kematian bila antropin lebih dari 10 mg. Dalam pada itu kalau bahan Skopolamin diambil sehingga dos iaitu ia mencapai lebih dari 2 - 4 mg adalah mengancam nyawa. Apa pun kes kematian akibat mengambil kecubung ini berllaku apabila mangsa mengalami ganguan kesihatan yang muncul setelah makan kecubung dimana kesan paling mematikan biasanya menyerang organ jantung dan pernapasan. Ia akan berleku apabila mangsa sukar untuk bernafas sebab berlaku kelumpuhan pada otot saluran pernafasan dan gagal bernafas. Kesan racun juga menyerang organ Jantung dimana apa yang berlaku denyutan jantung terlalu cepat atau terjadi aritmia sehingga mangsa terjatuh (collapse) dan lumpuh seketika. Bila jantung lumpuh atau terganggu dimana aktiviti peredaran darah akan berhenti dan berakhir pada kematian.  Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang disyorkan untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
POKOK KECUBUNG...RAMAI TAK KENALNYA...
SIAPA MAKAN... MABUKLAH SUDAH PASTINYA...
BERFAEDAH... ADA JUGA PELBAGAI GUNA...
RAWATAN SEGERA... DIBERIKAN PETUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...