Apa kata menyembang tentang 'Daun kari diperkaya dengan pelbagai khasiat tersembunyi yang tidak diketahui ramai' untuk di baca. Dari Singapura dilaporkan daun kari adalah antara daun yang sering digunakan dalam masakan dan yang tidak asing lagi bagi ramai orang ialah kari. Apa pun daun kari mempunyai aroma yang kuat dan rasanya agak pahit. Namun ia diperkaya dengan pelbagai kegunaan. Bukan hanya sebagai bahan dalam masakan seperti kari tapi juga sajian-sajian lain seperti rasam, chutney, muruku dan sebagainya. Secara ringkas pokok kari merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Sri Lanka dan India. Ia merupakan pokok kecil yang boleh tumbuh tinggi dengan ukuran panjang batang mencecah sehingga 40cm. Jika diperhatikan daun kari mempunyai anak daun yang tersusun pada setiap tangkai. Rata-rata setiap batang mempunyai anggaran 10 hingga 20 daun dengan anggaran saiz kecil berukuran 2cm lebar dan panjang 4cm. Hasil kajian dapati walaupun pokok kari menghasilkan pulpa beri yang mempunyai rasa manis dan boleh dimakan, namun ianya jarang digunakan dalam masakan. Sebaliknya bahagian pokok kari yang popular dan kerap menjadi pilihan adalah daun dan akarnya sahaja. Ia terkenal dengan aroma daun yang wangi dan unik, tepatlah jika daun kari sering digunakan sebagai bahan dalam pelbagai masakan, terutamanya sajian India. Selain dijadikan sebagai bahan masakan, bagi yang mengamalkan rawatan Ayurveda pula, daun ini turut digunakan untuk tujuan kesihatan. Ia didapati sangat mujarab dan mengandungi kelebihan untuk mencegah kencing manis selain organ seperti hati daripada rosak. Pada masa yang sama, daun kari juga dipercayai mengandungi khasiat karbohidrat, kalsium, serat, zat besi, mineral dan juga vitamin seperti A, B, C dan E. Selain kerap digunakan sebagai bahan dalam masakan dan perubatan. Aroma daun kari yang unik juga boleh dirumus untuk dijadikan sebagai bahan dalam produk kecantikan. Antaranya losen, haruman wangi, sabun, pewangi dan juga produk-produk rambut. Di samping itu, akar pokok kari juga tidak terkecuali. Ia sangat berguna dan boleh dijadikan sebagai bahan untuk merawat sakit dan sengal tubuh. Sementara kulit tangkainya pula boleh digunakan untuk rawatan apabila terkena gigitan binatang seperti ular. Adalah tidak sukar untuk memastikan daun ini dapat bertahan lama dan aromanya kekal wangi. Pakar masak menyarankan agar daun kari disimpan dalam botol dan diletakkan di dalam peti sejuk. Melalui cara ini, daun kari didapati dapat bertahan berbulan lama. Sebelum dapat meletakkannya di dalam botol, pastikan untuk mencucinya bersih dan lap menggunakan tisu dapur sehingga ia kering. Kemudian bungkuskan menggunakan kertas bersih dan letakkan dalam peti ais sehingga seminggu. Biasanya selapas seminggu, barulah tanggalkan kertas bungkusan dan alihkan daun kari yang sudah kering dalam botol yang bersih. Apabila ingin menggunakannya untuk memasak, anda tidak perlu lagi cuci dan boleh terus masukkan ke dalam masakan. Apa yang ramai tidak tahu, daun kari akan kembali segar.
Merujuk akan 10 kehebatan daun kari dima ia adalah Bahan Anti bakteria yang mampu membbantu untuk menghalang pertumbuhan bakteria dan mampu untuk mencegah pertumbuhan kulat. Daun kari juga adalah Bahan Anti penuaan dimana estrak daun kari didapati boleh membantu untuk tingkatkan kesihatan saraf otak kerana sifatnya yang menghalang proses pengoksidaan. Daun kari baik untuk Sistem Penghadaman sebab ia memang mengandungi serat yang tinggi, daun kari juga dapat mencegah masalah penghadaman seperti sembelit, cirit-birit, mual selain kembung perut. Setiap sudu makan serbuk kari dikatakan mengandungi anggaran 1.2gm serat, lebih kurang sama dengan kandungan serta dalam sebatang lobak. Ia mampu bantu Sembuhksn Luka dimana ia bergantung kepada jenis luka yang dialami, ada yang rumit dan melibatkan pelbagai proses. Ujian menunjukkan daun kari boleh membantu untuk tingkatkan luka dan merangsang penghasilan kolagen. Sekaligus ia dapat membantu luka untuk sembuh dengan lebih baik dan cepat. Hebatmya dakwaan ia mampu mengelakkan penyakit jantung dimana daun kari mempunyai kadar antioksida yang tinggi dan membantu untuk mencegah kehadiran kolesterol buruk. Pada masa yang sama, ia juga boleh menghalang pengumpulan lemak dan isu seperti keradangan yang menjadi antara faktor risiko penyakit jantung. Daun kari akan melindungi hati bila hati berfungsi untuk memberi meneutralkan toksik. Ia membantu untuk mengekalkan paras antioksida dan membantu untuk menguatkan sel dalam hati. Khasiat ke 7 adalah ia mampu untuk Mencegah Anemia kerana kekurangan darah merah berpunca dari kekurangan zat besi yang berfungsi untuk menghasilkan hemoglobin di dalam darah. Menarik, daun kari didapati mempunyai kadar mineral yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan jumlah sel darah merah. Apa yang lebih menarik, kandungan zat besi dalam satu sudu makan serbuk kari dikatakan sama dengan kadar zat besi dalam secawan sayur bayam yang dapat mencegah masalah kurang sel darah merah. Seterusnya ia akan Mencegah Barah iaitu sama seperti herba atau tumbuhan yang lain, daun kari juga diperkaya dengan kandungan bahan biologi aktif yang dapat memberi manfaat pada tubuh. Antaranya, kandungan antioksida daun kari didapati boleh mengurangkan risiko barah payudara. Sementara ekstraknya pula dapat bantu untuk mengurangkan neplasma dalam usus besar. Ke 9 dimana daun kari ada memberi Kesan Sampingan Kemoterapi dimana selalunya rawatan kemoterapi untuk merawat barah sering mempunyai kesan sampingan seperti loya tekak, muntah, letih, rambut gugur dan sebagainya. Menurut kajian, ekstrak daun kari boleh membantu untuk kurangkan kesan-kesan sampingan ini. Selain itu ia juga dapat melindungi sebarang kerosakan dan hentikan penghasilan radikal bebas dalam tubuh. Kehadiran pati daun kari dalam minyak kelapa dapat membantu untuk kuatkan akar rambut. Selain itu, ia juga dapat melewatkan proses rambut memutih menjadi uban dan sekaligus merangsangkan tumbuhan rambut. Pada masa yang sama, kandungan antioksidanya pula dapat mencegah rambut berkelemumur dan keguguran. Kehebatan dan juga kebaikan daun kari bukan saja terhad pada 10 perkara ini sahaja. Sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan dan kegunaan daun kari yang baik untuk kesihatan. Bukan sahaja dapat tingkatkan kesejahteraan diri tapi ia juga merupakan antara daun berbilang keguanaan. Apa pun banyak jenis masakkan akan berikan rasa lebih enak kepada makanan.
Penulis blog sembangkan akan resepi 'Kerabu pucuk daun kari sedap, aroma wangi memikat selera' yang jarang di makan masa kini. Kalangan penduduk kampong atau luarbandar di Malaysia yang sememangnya kaya dengan makanan yang unik dengan nama yang pelik, namun rasanya sangat lazat. Apa pun didapati dengan makanan kerabu ada pelbagai jenis kerabu yang boleh didapati di negara kita seperti daun selom, kacang botol, sotong, udang, mangga, pucuk paku, belimbing buluh dan sebagainya. Kerabu merupakan hidangan pembuka selera dengan gabungan lengkap rasa masam, pedas dan sedikit manis. Ia memang sedap dan lebih menggoda bila bahan campurannya segar sehinggakan boleh diratah begitu sahaja. Biasanya daun kari dipetik dan diletakkan dalam masakan kari atau dimakan sebagai ulam namun jarang melihat ia dijadikan sebagai kerabu. Bahan diperlukan adalah terdiri dari pucuk daun kari secukupnya, Ikan sardin atau ikan kembung (perlu didirebus dan ambil isi sahaja), isi udang (direbus), kerisik kelapa secukupnya serta garam dan sedikit serbuk cukup rasa, bawang besar (dihilis nipis). Bagi bahan kisar disediakan kelapa parut, 8 biji cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas), cili merah, air asam jawa dan sedikit belacan jika suka. Cara membuatnya dimana kelapa parut dicampur bersama cili padi, cili merah, belacan dan air asam jawa secukupnya dan ia kemudian dikisar. Leraikan pucuk daun kari kemudian ramas dan gaul. Rendam dengan air garam lebih kurang 15 minit untuk buang bau. Perlu dibilas dan tapis pucuk daun kari. Gaulkan pucuk kari tadi dengan semua bahan-bahan yang lain. Bila sebati makan bolehlah ianya dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk lain yang bersesuaian.
Banyak kali penulis blog dapat ujirasa 'Tempe goreng daun kari mudah' dimana ramai ahli keluarga yang suka untuk menikmatinya. Makanan tempe adalah sejenis makanan yang berkhasiat dan murah serta mudah di dapatkan di Malaysia. Apa pun jika pembaca semua salah seorang penggemar tempe maka rugi tidak mencuba resipi ini. Tempe merupakan makanan yang diproses daripada kacang soya dimana ia agak terkenal di negara Asia Tenggara seperti Indonesia dan Malaysia. Makanan tempe ini sangat mengenyangkan dan ia juga kaya dengan zat protein yang baik untuk tubuh badan. Kebanyakan cara masakannya juga mudah, termasuklah jika digoreng bersama daun kari. Apapun penting jika kalau sebelum ini korang hanya menikmati tempe dengan goreng kosong dan masakan sambal, apa kata kali ini cuba resipi mudah dan sedap ini. Gerenti bukan korang sahaja suka, anak-anak pasti teruja menikmatinya. Bahan-bahan iaitu bagi bahan A disediakan bawang merah, bawang putih, Cili padi dan Cili merah. bagi bahan B pula disediakan tempe (digaul kunyit, garam dan sediki serbuk bawang putih), 6 tangkai daun kari dan sedikit perasa. Cara-cara membuatnya pertama perlu mengisar kasar bahan A dan diketepikan. Kemudian digoreng tempe hingga garing dn diketepikan. Seterusnya di tumis bahan A dan kemudian masukkan daun kari. Setelah bahan tumisan masak boleh di perasakan dengan garam dan perasa dan seterusnya dimasukkan tempe dan gaul rata. Sedia di hidangkan dan di makan dengan nasi putih. Artikel iini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.