Support My Blog

Saturday, February 22, 2025

SEMBANG PASAL 'POKOK BUAH AJAIB'

POKOK BUAH AJAIB
(Synsepalum dulcificum) merupakan sejenis tumbuhan daripada keluarga Sapotaceae (sama dengan pokok Ciku) yang mana ia dipercayai berasal daripada Afrika Barat. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Miracle Fruit, Buah Ajaib, Miracle berry, Magic berry dan juga Miraculuos berry. Pada penulis blog ada beberapa kali petik, melihat dan merasa sendiri semasa membuat lawatan kebun En Lim di Raub, Pahang mendapati Buah Ajaib ini unik kerana buahnya ajaib berwarna merah dengan warna isi dan kulit yang unik. Ia juga amat bersesuaian dengan namanya buah yang berbentuk beri ini didakwa mampu memberikan kesan peneutralan ke atas sebarang asid. Walaupun buah ini sebenarnya hanya mempunyai rasa "Tawar" sahaja akan tetapi boleh menyebabkan setiap benda yang dimakan selepas itu akan berasa manis. Ini adalah disebabkan oleh sejenis protein yang dipanggil Miraculin. Penulis blog makan buah kedondong muda (masam) akan tetapi mendapati ia rasa manis selepas memakan buah ajaib. Penulis blog juga minum air mineral dan merasainya sebagai rasa manis. Pada penulis blog ia memang unik buah ajaib ini sesuai dengan sebutan namanya. Dalam pada itu kesan ini akan dirasai antara satu hingga dua jam selepas makan buah tersebut. Buah Ajaib juga agak mudh ditanam dimana ia kini sedang dikenal pasti sebagai antara sumber yang memberikan rasa manis semulajadi. Ia berasal dari Afrika barat di kawasan yang beriklim tropika. Di Afrika pula buah ini didakwa kadangkala digunakan untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi. Artikel subuh ini jam 2.00 pagi saya sembang dengan cara menulis dalam blog ''Anim Agro Technology" mengenai Pokok Buah Ajaib yang pernah penulis blog petik dan rasa di Raub untuk bahan rujukkan anda semua.


Mungkin kalangan pembaca blog ini ada yang belum kenal akan apa Itu Buah Ajaib dimana hebatnya adalah buah Ajaib adalah buah yang dihasilkan dari sejenis tumbuhan yang unik dan ia boleh Mengubah Rasa. Sebenarnya buah ajaib atau nama Inggerisnya Miracle Berry atau Miracle Fruit merupakan tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Barat. Buah ini dikatakan ajaib kerana apabila anda makan buah ajaib dan kemudian anda cuba makan benda lain seperti buah lemon yang masam, anda akan mendapati buah lemon tersebut sudah tidak rasa masam lagi sebaliknya ia akan rasa manis seperti gula-gula. Jadi anda boleh makan lemon dengan mudah diman kali pertama penulis blog ujirasa di Taman Botani Pulau Pinang sekitar tahun 1978. Ia sungguh menakjubkan sebab reaksi pertama penulis blog setelah mencuba buah ajaib dengan makan buah limau yang masam rasanya jadi manis. Memang disahkan yang buah ajaib boleh mengubah rasa pada lidah. Penulis blog juga ada menanam 3 pokok buah ajaib dengan harga setiap anakbenig dibeli secara on-line adalah RM20 sepokok. Sudah dua tahun setengah di tanam dilihat kadar pertumbuhnnya adalah sangat perlahan sekali. Apa pun selain sifatnya yang unik, buah ajaib juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri yang bermanfaat untuk kesihatan. Antara dakwaan beberapa pengguna dimana buah ajaib khasiatnya termasuk ia akan Mengawal paras gula dalam darah dimana buah ajaib digelar superfruit kerana ia kaya dengan bahan antioksidan dan nutrisi penting yang dapat membantu mengawal kandungan gula dalam darah. Ia juga dilaporkan akan Membantu dalam menurunkan berat badan kerana pada setiap biji buah ajaib hanya mengandungi 1 kalori sahaja dan sifar lemak. Jadi, jika anda peminat tegar makanan manis, gantikan makanan manis yang tidak sihat kepada buah ajaib dalam diet seharian. Khasiat ke 3 dilaporkan ia akan dapat  Membantu membaiki deria rasa bagi pesakit kanser. Dilaporkan dimana kepada pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi sering mengalami masalah kehilangan deria rasa yang boleh menyebabkan pemakanan mereka terganggu. Pastinya khasiat hebat ke 5 adlah ia akan dapat juga Meningkatkan selera makan sebab sesiapa yang memilih dari segi sayur-sayuran dan buah-buahan, contohnya buah nenas dan sayur brokoli, buah ajaib boleh membantu membuatkan sayur atau buah tersebut rasa lebih enak supaya kena dengan tekak. Buah ajaib sering menjadi pilihan individu yang mementingkan kesihatan dan amat disyorkan kepada pesakit diabetes kerana ia bukan sahaja bersifat pengubah rasa bahkan ia merupakan alternatif gula semulajadi yang dapat membantu mengurangkan pengambilan gula dalam diet seharian.


Tumbuhan dari keluarga Sapotaceae ini boleh ditanam di dalam pasu yang besar atau pun dikawasan halaman rumah atau didalam dusun. Ia adalah tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 18 kaki jika hidup di habitat biasa dimana keadaannya menyerupai habitat asalnya. Kebiasaannya jika ditanam dikeliling rumah kita boleh jaga ketinggiannya dengan mmembuat cantasan untuk ia tumbuh sehingga 5 - 6 kaki sahaja. Pokok ini lazimnya akan menghasilkan buah sepanjang tahun. Apa pun dilaorkan dimana ia akan menghasilkan buah selepas lebih kurang 4 tahun ditanam. Bunganya berukuran agak kecil yang berwarna putih dan buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Setiap buah mempunyai satu biji didalamnya. Lapisan yang menyaluti biji ini walaupun tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis. Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih. Sebaiknya untuk menanam pokok ini tanah yang agak berasid diperlukan. Ia dapat hidup sempurna pada tanah yang mempunyai pH antara pH 4. 5 hingga 5. 8 walau pun dalam keadaan lain ia akan mati jika diberikan air yang terlalu banyak namun tetap memerlukan air yang mencukupi.


Merujuk kepada portal kompas.com dari negara jiran Indonesia yang bertajuk 'Mengenal Buah Ajaib yang Boleh  atau Dapat Mengubah Rasa Masam Menjadi Manis' sesuai di tulis semula kisahnya. Pernah mendengar tentang buah yang mampu mengubah rasa asam menjadi manis secara ajaib? Inilah yang menjadi keunikan dari buah yang dikenal dengan nama 'Miracle Fruit'. Buah ajaib ini adalah buah beri berwarna merah cerah yang berukuran sebesar biji kopi. Buah yang memiliki nama latin Synsepalum dulcificum tersebut berasal dari Afrika Barat dan Tengah, tapi sudah semakin populer di banyak negara di dunia berkat manfaatnya untuk kesehatan. Baca juga: Mengenal Buah Tin, Tanaman yang Sesuai ditanam selama bertahun atau berabad lamanya dimana pokok buah Ajaib (Miracle Fruit) yang juga disebut 'miracle berry' merupakan seakan pokok cemara dari keluarga Sapotaceae. Buah ini terkenal karena kemampuannya untuk mengubah rasa makanan masam menjadi manis. Ketika buah ini digigit kemudian memakan makanan yang sangat masam, seperti limau kemudian kesannya adalah ia menjadi manis sahaja dan tiada rasa masam untuk beberapa lama. Apa pun perlu diketahui jika buah ajaib berbeza dengan tanaman kemukus (Thaumatococcus daniellii), meskipun keduanya dikenal dengan kemampuan serupa dalam membuat makanan yang masam terasa manis. Tanaman 'miracle fruit' boleh ia  tumbuh sebagai pokok renek atau pohon kecil dengan tinggi tidak melebihi 5.5 meter (18 kaki) di alam keadaan yang liar iaitu saiznya lebih kecil jika ditanam dikawasan rumah. Dilihat pada daunnya berbentuk lonjong dengan tepian halus dan tumbuh dalam kelompok di ujung cabang. Bunga putih menghasilkan buah merah sekitar 2 - 3 cm panjang. Tanaman ini biasanya mulai berbuah setelah tiga atau empat tahun ditanam dimana ia mampu tumbuh dengan baik walau pun di tanah agak masam. Buah ajaib mengubah rasa masam jadi manis sebab ia mengandungi sejenis bahan kimia yang mempengaruhi 'reseptor' rasa  pada lidah iaitu Glikoprotein miraculin. Bahan kimia ini membuat lidah merasakan rasa masam sebagai rasa manis. Kesannya dimana ia biasanya berlaku dari setengah jam hingga dua jam bergantung kepada tahap atau intensitinya akan menurun seiring waktu. Molekul glikoprotein yang terdapat dalam buah ini melekat pada reseptor rasa dilidah ketika bagian isi buahnya dimakan. Bahan Miraculin ini akan menghambat reseptor rasa tersebut dimana hanya reseptor manis diaktifkan dan ia menghasilkan sensasi seperti rasa gula-gula yang manis di mulut. 
Semuga tulisan artikel kali ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BUAH AJAIB... APAKAH BENDANYA...
BILA MASAK... MERAH WARNANYA...
SEMUA JADI MANIS... AJAIBNYA DIA...
TANAM SENDIRI... CARI BENIHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(22 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...