Support My Blog

Monday, February 10, 2025

SEMBANG JAMBU BATU LOHAN (PART 3)

JAMBU BATU LOHAN
(Psidium guava) atau 'Lohan Guava' atau 'Giant Guava' adalah salah satu varieti Jamby Batu yang paling popular di tanam dan di gemari rakyat Malaysia masa kini. Kalau dahuu varieti Jambu Batu Kampuchea (GU8) yang popular tetapi citarasa pengguna sudah banyak bettukar kepada Jambu Batu Lohan. Saya memang ada menulis artikel mengenai jambu batu dalam blog ini dengan antaranya boleh di baca dengan pautan (Sila Klik DIsini). (Sila Klik disini) dan banyak lagi. Jamby Batu yang ditanam di Malaysia terdiri dari jenis berbiji dan jenis tidak berbiji (seedless). Jambu batu berbiji yang popular di tanam adalah dari jenis klon GU 8 (Nama lain Jambu Kampuchea), Klon GU 9 dan Klon GU 10 manakala untuk jenis seedless dari jenis GU 15. Kini terdapat satu jenis jambu batu baru yang di panggil dengan "Jambu Batu King" atau "Jambu Batu Giant" atau "Jambu Batu Lo Han". Varieti jambu Batu Lo Han telah didaftarkan dengan Nama Varieti Lo Han dan nombor Pendaftaran GU16 pada March 2013 didalam National Listing Jabatan Pertanian oleh pemiliknya iaitu Encik Teo Lai Meng berasal daripada Bt 4, Bukit alam, Jalan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Jambu ini telah pertama sekali dipamerkan pada HPPNK Negeri Johor pada tahun 2009. Penulis telah melawat banyak kebun tanaman jambu batu ini di Negeri Johor dan Negeri Melaka semasa masa itu tetapi kini ia di tanam di seluruh negara dimana penulis blog ada membuat lawatan pemeriksaan kebun dan mendapatkan pandangan dari petani serta teknologi yang diamalkan bagi menanam jambu batu ini. Rasa buah jambu batu lohan lebih 'Crispy' daripada jambu batu klob GU7 dan lebih 'juicy'. saya memang amat suka akan buah jambu Lo Han yang baru ini dan dapat membezakan dengan baik serta percaya ramai pengguna akan beralih kepada varieti baru ini. Artikel kali ini saya sembang dan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai varieti jambu batu Lohan (GU16) yang popular masa kini di Malaysia untuk jadi bahan bacaan dan rujukkan semua.


Dalam portal hmetro.com di laporkan 
'Tahun ni sudah tuai 5 kali!' amat sesuai di sembangkan. Jambu batu adalah buah tropika yang mengandungi pelbagai khasiat antaranya vitamin C, A, E, selain kalsium dan zink. Buah-buahan ini menjadi kegemaran ramai dan mudah didapati kerana ia dijual di kebanyakan gerai buah-buahan dan pasar raya selain harganya yang berpatutan. Ada usaha seorang petani di Kampung Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan yang menanam pokok jambu batu di atas tanah seluas 0.8 hektar yang disewa daripada penduduk kampung sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mengeluarkan hasil. Petani Mat Rashid Ismail (53) dakwa dimana dia mula menanam jambu batu sejak tiga tahun yang lalu selepas melihat potensi buah itu di pasaran. Dia kemudian menghasilkan anak benih sendiri dan ada juga memulakan penanaman dengan bantuan isteri. Pada awal dimana anak pokok ini perlu sentiasa disiram dan dijaga untuk memastikan ia tumbuh subur dan berbuah mengikut masa yang ditetapkan dan dalam tempoh tiga tahun pokok ini mengeluarkan hasil apabila setakat ini sudah berjaya mengutip enam tan jambu batu. Jambu batu ini di hantar kepada pemborong di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dengan harga jualan secara borong antara RM2.20 hingga RM2.70 sekilogram. Pemborong juga akan bantu menghantar bekalan jambu batu ini ke Kuala Lumpur. Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, lebih menggembirakan apabila jambu batu yang ditanam itu boleh mengeluarkan hasil lebih lima kali setahun. Ia amat berbaloi kerana penanam perlu tunggu masa selama tiga tahun untuk mengutip hasil dan ia akan berpanjangan untuk tempoh beberapa tahun asalkan tanaman itu dijaga dengan baik. Daripada segi penjagaan pokok juga, ia tidak rumit kerana hanya perlu memastikan kawasan kebun sentiasa bersih untuk memudahkan urusan menjaga anak pokok. Selain itu ia juga memerlukan baja mencukupi dan saya akan membaja dalam tempoh yang ditetapkan untuk mendapatkan hasil buah berkualiti. Bagi mengelakkan serangan serangga dan penyakit maka kawasan kebun juga perlu diracun sebanyak dua kali sebulan. Baginya perlu memastikan buah segar, tidak rosak dan rangup, dia akan membalut semua buah dengan menggunakan plastik. Kaedah itu sangat penting demi memastikan buah jambu batu lebih elok dan tidak dimakan tupai atau serangga perosak. Jika ada buah yang rosak maka dia akan terus membuangnya dimana hanya buah saja yang berkualiti akan dibiarkan ia membesar. Bila cukup tempoh saya bersama isteri dan dua pembantu akan mengutip hasil dan membungkus sebelum dihantar kepada pemborong. Apa pun semua proses ini amat berbaloi kerana ia memberi hasil yang lumayan. Sebelum ini dia bekerja sebagai pemandu lori kargo dan mengambil keputusan berhenti untuk menjadi petani semata-mata mahu dekat dengan keluarga dimana keputusannya untuk menjadi petani sangat tepat apabila hasil kebun dapat menyara keluarga.


Agak pelik bagi penulis blog membaca kisah '
Melaka akan paten jambu batu lohan sebagai ikon produk negeri Melaka' sebab ia juga adalah satu langkah bijak. 
Kerajaan Melaka akan mempatenkan buah jambu yang sering dikaitkan dengan negeri itu, iaitu jambu batu lohan atau jambu melaka, sebagai ikon produk buah-buahan dalam tempoh terdekat. Menurut Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh berkata jambu berkenaan dipilih memandangkan ia semakin popular dalam kalangan penggemar buah-buahan segar di negeri itu dan di luar Melaka. Kini jambu batu lohan bukan sahaja bersaiz gergasi tetapi kerangupan, manis dan kandungan airnya yang tinggi memberi nilai tambah kepada jambu itu yang dijangka menjadi antara produk pilihan pelancong sepanjang penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Jambu batu dari Melaka yang akan dipatenkan ini adalah khusus yang ditanam dan diusahakan di Pulau Gadong kerana rasanya berbeza dari tempat lain, ini mungkin disebabkan faktor tanah di kawasan itu. Setakat ini hanya empat atau lima pekebun mengusahakan jambu ini secara serius dan ramai yang menanamnya secara kecil-kecilan di sekitar Pulau Gadong. Majlis pelancaran jambu melaka sebagai ikon buah di negeri ini dijangkakan pada Jun depan sempena bulan pertanian untuk TMM2024. Kerajaan juga akan mengadakan pelbagai program termasuk agrofest dan lebih istimewa pesta durian yang terbesar di Asia Tenggara.


Dalam portal bernama pula kisah 'Legasi 20 tahun usahakan kebun jambu batu Louhan' untuk dikongsikan. 
Menurut Kian Lee mendakwa dimana jambu batu Louhan mempunyai potensi untuk ianya diperluaskan ke pasaran di luar Melaka termasuk Singapura walau pun kini dia lebih memberi fokus kepada permintaan tinggi pasaran tempatan. Masih ramai yang tahu bahawa jambu gergasi 'Louhan' yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia sebenarnya berakar umbi dari bumi Klebang, Melaka. Apa yang lebih istimewa buah jambu yang manis dan ranggup serta kaya dengan vitamin C ini diusahakan oleh gandingan dua beranak iaitu Chan Teng Chay, 65 dan anaknya Chan Kian Lee (38) di sebuah kebun seluas lapan ekar di Setulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka. Bagi petani Teng Chay dimana dia bermula dengan 100 anak pokok jambu batu yang dibawa balik dari Taiwan dan ditanam di Batu Pahat secara percubaan pada tahun 2000. Pada masa itu dia bekerja dalam bidang logistik dan sering membawa masuk pelbagai tumbuhan, buah dan bunga ke Malaysia. Jadi bila saya tengok jambu yang dipanggil 'Ba Le' di Taiwan ini banyak ditanam dan dijual, saya mula tertarik. Dia membawa balik anak pokok dan cuba tanam di Batu Pahat, Johor dimana dalam masa yang sama kami cuba juga tanam di Melaka sekitar 500 pokok dan sehingga kini, ia hidup dengan subur malah kualiti buah sangat baik. Memandangkan jambu batu itu tidak ada nama khusus bagi pasaran di Melaka ketika itu, beliau berbincang dengan rakan yang sama-sama mengusahakan kebun ini dan akhirnya pilih nama Luohan. "Ini juga kerana pada ketika itu saya suka dan ada membela ikan flower horn dan bentuk jambu batu ini seperti bonjolan ikan itu. Jadi, kami pilih nama tersebut. Peralihan masa juga menyaksikan Chan berjaya menaman dua jenis lagi pokok jambu iaitu jenis kristal yang tiada biji dan jambu batu merah jambu, yang kini masing-masing mempunyai hampir 100 pokok. Mengulas mengenai pengeluaran buah jambu dari kebunnya itu dimana Kian Lee menjelaskan pungutan setiap minggu adalah sekitar 1 tan malah boleh mencapai sehingga 6 tan pada musim kemuncak buah berbuah. Pengeluaran buah bergantung kepada cuaca dan usia pokok. Sekiranya musim panas, saiz buah boleh mencapai sehingga 2.2 kilogram namun bagi pasaran, saiz tersebut tidak begitu digemari pembeli. Dia akan pastikan dimana melalui proses pembungkusan yang tertentu, buah dipetik apabila mencapai saiz antara 400 gram - 600 gram. Bagi saiz tersebut dia akan menjualnya secara borong pada harga RM6 sekilo di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur. Dia yang berlatarbelakangkan bidang pendidikan bioteknologi, Kian Lee menjelaskan jambu batu Louhan mempunyai potensi untuk diperluaskan ke pasaran di luar Melaka termasuk Singapura, namun kini beliau lebih memberi fokus kepada permintaan tinggi pasaran tempatan, meskipun sedang berdepan kekangan tenaga pekerja. Kini dia sentiasa cuba mencari kaedah terbaik dalam mengimbangi penggunaan baja dan racun organik untuk memastikan buah yang dihasilkan selamat untuk dimakan. Katanya, baja kompos yang buat daripada antaranya sekam padi dan susu tepung yang sudah tamat tempoh setakat ini memberi hasil pengeluaran buah memenuhi kualiti dan standard pasaran. Dia yang secara beransur-ansur cuba memodenkan kebun ini dengan menggunakan kaedah penanaman secara saintifik yang mana akan membantu mengelakkan tanah rosak akibat penggunaan racun dan baja kimia. Sistem pengairan juga dipertingkatkan dan dalam masa yang sama kita memajak tanah-tanah pertanian terbiar sebagai usaha meningkatkan hasil tanamam sekali gus dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang berminat dalam bidang pertanian.


Bernama juga laporkan jika '
Jambu batu Lohan jadi pilihan pelanggan' wajar di kongsikan. Di Melaka dimana kerajaan negeri mempatenkan buah jambu yang menjadi ikon negeri ini iaitu jambu batu lohan atau lebih dikenali jambu Melaka sebagai ikon produk buahbuahan dalam tempoh terdekat. Apa pun menurut Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata jambu berkenaan dipilih memandangkan ia semakin popular dalam kalangan penggemar buah-buahan segar di negeri ini dan luar Melaka. Beliau berkata jambu batu lohan bukan sahaja bersaiz gergasi tetapi kerangupan, manis dan kandungan airnya yang tinggi memberi nilai tambah kepada jambu itu yang dijangka menjadi antara produk pilihan pelancong sepanjang penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024). Jambu melaka yang dipatenkan ini adalah khusus yang ditanam dan diusahakan di Pulau Gadong kerana rasanya berbeza dari tempat lain, ini mungkin disebabkan faktor tanah di kawasan itu. Setakat ini, hanya empat atau lima pekebun mengusahakan jambu ini secara serius dan ramai yang menanamnya secara kecil-kecilan di sekitar Pulau Gadong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pelancaran Voluntourism – Melaka Nature Epic Challenge sempena TMM2024 di Pulau Undan di sini, semalam. Menurut Muhamad Akmal pelancaran jambu melaka sebagai ikon buah di negeri ini dijangka pada Jun depan, sempena bulan pertanian untuk TMM2024. Mereka juga mengadakan pelbagai program termasuk agrofest dan lebih istimewa pesta durian yang terbesar di Asia Tenggara.  Artikel ini dituis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology dengan sembang artikel Jambu Lohan kali ini. Wasallam!!!.....
JAMBU BATU LOHAN... ENAKNYA...
SEBIJI RM5... DIJUAL DI PASARAYA...
RASA MANIS... CRISPY WANGINYA...
BERKHASIAT .... PELBAGAI ZAT ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia. 
(2 Syaaban 1446H).
Posted from
268, Homestay Villa,
Taman Resak,
Changlun, Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...