Pada penulis blog terdapat banyak manfaat jambu batu terhadap kesihatan berdasarkan kepada nilai nutrisi yang terkandung dalam buah jambu batu. Sebenarnya, jambu batu itu adalah antara sumber tenaga, serat, vitamin dan mineral yang terbaik. Buah jambu ini mengandungi banyak nutrien bermanfaat seperti vitamin C, A, E, B-vitamin, selain kalium, fosforus, magnesium, kalsium, natrium, dan zink. Apa pun kajian mendapati bagi setiap 100 gram hidangan jambu batu ada bahan Air (80.8 gram), Tenaga (68 kcal), Protein (2.55 gram, Lemak (0.95 gram), Karbohidrat (14.32 gram), Serat (5.4 gram), Gula (8.92 gram), Kalsium (18 mg), Zat besi (0.26 mg), Magnesium (22 mg). Fosforus (40 mg), Kalium (417mg), Natrium (2 mg), Zink (0.23 mg), Vitamin C iaitu Asid askorbik (228.3 mg), Thiamin (0.07 mg), Riboflavin (0.04 mg), Niacin (1.08 mg) dan Vitamin B-6 (0.11 mg). Kehebatan JAmbu Bati dalam kesihatan termasuk Atasi Sembelit dimana dilaporkan selain buah-buahan tempatan yang lain memang jambu batu juga adalah sumber serat pemakanan yang paling kaya. Jambu batu pernah dianggap 'julap' atau pencuci perut yang hebat dimana ia menyokong pencernaan manusia dengan menggalakkan usus yang sihat dan membersihkan sistem perkumuhan dan ia boleh bantu mengelakkan masalah sembelit. Ia juga membantu didalam mengekalkan air dalam tubuh dan menjaga saluran usus anda agar kekal berada dalam tahap yang baik. Dikatakan bahawa sembelit boleh membawa kepada 72 jenis kesakitan dimana didakwa sebarang sumber makanan untuk meredakan sembelit sudah tentu amat bermanfaat. Ia baik bagi mengurangkan kes tekanan darah tinggi sebab buah jambu batu menghalang pemekatan saluran darah dan pada masa sama mengurangkan kolesterol dalam darah. Laporan dari beberapa kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Cardiology mendapati bahawa jambu ini mampu membantu mengurangkan kadar kolesterol dan tekanan darah dalam kalangan peserta kajian. Buah ini juga sangat kaya dengan kandungan serat dan sifat hipoglisemik, yang juga bermanfaat untuk membantu mengurangkan tekanan darah. Jmbu batu mengandungi sedikit gula dimana dengan itu ia benar-benar boleh membantu orang yang mengalami diabetes. Serat dalam jambu batu boleh mengawal tahap gula dalam darah dengan mengawal cara badan manusia menyerap gula. Ia juga mengandungi kandungan serat pemakanan yang tinggi yang mempunyai kesan yang bermanfaat untuk menurunkan tahap glukosa darah dalam tubuh. Laporan kajian yang dijalankan terhadap model haiwan menunjukkan bahawa dengan memakannya boleh membantu mencegah risiko diabetes jenis 2. Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 mengenai bukti daripada hasil kajian klinikal dan kajian haiwan menunjukkan bahawa teh daun jambu dapat membantu memperbaiki kerintangan insulin dan menurunkan kadar gula darah. Manfaat ini mungkin disebabkan oleh sebatian dalam ekstrak daun jambu batu yang membantu penyerapan glukosa secara sederhana selepas seseorang itu makan. Ada juga manfaat jambu batu terhadap penyakit kanser sebab ia boleh mengurangkan pertumbuhan sel-sel kanser. Minyak daun jambu batu berfungsi lebih baik daripada kebanyakkan ubat-ubatan boleh didapati dalam menghalang pertumbuhan canerous. Antioksidan yang kuat lycopen menunjukkan kejayaan sengit dalam melawan kanser prostat, kanser payudara dan kanser mulut. Tambahan pula, kuasa besar vitamin C juga terkandung dalam jambu batu. Vitamin dan antioksidan ini menyediakan rangsangan terbaik untuk sistem imun, menyokong melawan percambahan radikal bebas iaitu punca utama kanser. Khasiat lain ia membantu dalam penjagaan kulit atau sebagai ada keupayaan anti-penuaan. Memakan buah dan daun jambu batu yang tidak matang (masih muda) boleh mencerahkan dan menegangkan kulit. Bahan antioksidan lain seperti vitamin A, B, C dalam jambu batu boleh membantu orang ramai mengelakkan penuaan pra-matang. Kandungan semulajadi vitamin C dalam jambu ini adalah empat kali lebih tinggi berbanding daripada yang terdapat dalam buah oren. Vitamin C terkenal dengan fungsinya dalam membantu meningkatkan sistem imun. Apa pun antioksidan dalam buah ini membantu mempertahankan tubuh terhadap perkembangan radikal bebas dalam tubuh. Ini sangat penting kerana ua merupakan salah satu penyebab utama yang mengakibatkan keadaan kesihatan yang lebih serius seperti penyakit jantung dan kanser.
Dalam satu laporan dari Jabatan Pertanian dilaporkan 'Tanam Jambu Batu Menguntungkan' wajar kisahnya disembangkan. Bagi petani bernama Ham Pak Kwai menanam jambu batu lohan di Sekinchan, Selangor dikebunnya seluas lebih dari 20 ekar boleh dicontohi. Dia menanam di tanah gambut dengan kandungan air yang tinggi ditambah lagi dengan pengurusan yang cekap dia berjaya menghasilkan buah-buahan berkualiti yang disukai oleh pelanggan, sambil meningkatkan bekalan jambu batu lohan tempatan dengan purata tuian hasil bulanan antara 30 - 40 tan. Kawasan penanaman jambu batu lohan di Sekinchan kini kira-kira mencapai kira-kira 350 ekar dimana petani telah berjaya iaitu menggantikan pokok mangga yang dulu melimpah di kawasan tersebut. Bagi dia sehingga kini sudah menanam kira-kira 4,600 pokok jambu batu lohan dewasa. Dakwanya dia kini sudah mempunyai 7 kebun jambu batu di kawasan kebunnya Sekinchan dan kini boleh memetik secara bergilir bagi dia memperoleh hasil yang tetap yang dijual kepada peniaga-peniaga tempatan dan borong. Peraih akan pergi ke kebun untuk mengambil buah dan kemudian mengedarkannya ke pelbagai pasar di sekitar Kuala Lumpur. Tanah gambut dikebunnya mempunyai kandungan air yang tinggi ditambah lagi dengan pengurusan dan penjagaan yang cekap dimana akhirnya menghasilkan jambu batu lohan dengan isi buah yang lembut, rangup, dan manis yang lazat. Dakwanya lagi isi buah lohan yang ditanamnya mempunyai tahap kemanisan antara Brix 12 hingga Brix 16. Selalunya bagi pembajaan akan dia 70% daripadanya menggunakan baja organik manakala 30% lagi menggunakan baja kimia. Ini adalah kerana jika terlalu banyak menggunakan baja kimia akibatnya ia beri kesan menyebabkan isi buah menjadi kasar dan kekurangan rasa sama seperti yang dinyatakan olehnya berkenaan hasil buah lohan beberapa kawasan pengeluaran tempatan yang pernah dihadapi masalah kemanisan yang rendah dan isi yang agak kasar. Kini buah hasil lohan kebanyakan Buah Bersaiz Besar dan ada kes terdapat banyak buah yang melebihi 1 kilogram walau secara keseluruhan buah lohan yang dihasilkan purata beratnya adalah antara 700 - 900 gram setiap satu biji dan sebagai catatan rekod tertinggi buah yang dihasilkan olehnya adalah berat 1.3 kilogram. Apa pun dia beritahu jika purata berat buah lohan yang biasanya antara 700 - 800 gram adalah yang paling ideal kerana buah lohan dengan berat ini tidak hanya cantik tetapi juga sedap dimakan!. Buah jambu batu lohan yang dipetik diklasifikasikan dan diletakkan dalam beg berdasarkan tahap keasaman (Brix) diantara 12 - 16. Lazimnya buah lohan mula berhasil secara berulang-ulang selepas tiga tahun penanaman benih, kerana pokoknya subur dan berkembang dengan baik, sehingga dapat menghasilkan beratus-ratus biji buah pada satu-satu masa. Apa pun ramai petani masih perlu memasang beg bungkusan plastik pada buah-buahan kerana ini merupakan faktor penting dalam mendapatkan hasil yang berkualiti.
Dalam kisah lain bertajuk 'Jambu batu lohan varieti GU16' juga sesuai di sembangkan. Seorang pengusaha jambu batu lohan Abdul Halim (47) menanam jambu batu yang ditanam di kebunnya seluas 4 hektar di Jalan Setulang Daeng, Bukit Rambai, Melaka sesuai di rujuk. Jika Perlis terkenal dengan mangga harum manis, Melaka pula berbangga dengan jambu batu lohan varieti GU16 yang semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan penggemar buah segar di Melaka. Ia bukan saja bersaiz gergasi, malah kerangupan, rasa manis dan kandungan airnya yang tinggi memberi nilai tambah kepada jambu batu lohan yang dijangka menjadi antara produk pilihan pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Dia yang menanam jambu batu lokan selain daripada mempumyai beberapa ekar kebun sawit berpuashati dengan pencapaian hasil yang di perolehinya. Dia pernah berkursus di Jabatan Pertanian dan mendapat bantuan anakbenih serta khdmat nasehat teknikal sehingga berjaya mengeluarkan buah jambu batu lohan untuk pasaran domestik. Menurutnya menanam dan menjaga tanaman jambu batu perlukan kesabaran dan minat serta ilmu pengetahuan yang mencukupi. Diantara aktiviti rutin beliau adalah aktiviti pembajaan dengan banyak menggunakan baja organik, membalut buah dan paling dia suka adalah memetik buah jambu lohan. Buah yang di petik setiap hari akan di gredkan mengikut kualiti dan saiz dan di bungkus sebelum di ambil oleh peraih yang datang kekebunnya. Kalau dahuu kawasan ini di tanam dengan sayuran tetapi kini dia lebih gembira kerana jambu batu lohan sangat menguntungkan. Penulis blog ada dua kali berkunjung ke kebun beliau. Artikel ini dituis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology dengan sembang artikel Jambu Lohan kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.