Support My Blog

Friday, February 14, 2025

SEMBANG PASAL KUNYIT (PART 3)

KUNYIT
(Cucuma domestica) merupakan satu jenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai jenis herba berkhasiat daripada keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dari segi sejarah dipercayai telah lama di tanam di negara India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. Apa yang saya baca, di India dan Indo-Malesia kunyit dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari expedisi Marco Polo yan telah direkodkan. Pada tahun 1280 ia menyebut bahawa Koncha (kawasan yang berjiran dengan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran bercirikan betul-betul saffron (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan saffron yang sebenar. Laporan tersebut juga saya dapati bermaksud mungkin serbuk kunyit seperti saffron. Pada masa ini kunyit umumnya dijumpai diserata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika. Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalam bahasa Sankrit ia dipanggil Harida, Arab (Kukum), Tamil (Manja), Inggeris (Tumeric), Cina (Kiang-hoang) dan Jawa (Kunyir). Penanaman kunyit di Malaysia tidak begiru luas dimana laporan daripada Jabatan Pertanian hanya melaporkan sekitar 120 hektar CHE sahaja pada tahun 2012. Kebanyakan tanaman kunyit dilakukan dipinggir kawasan kebun sayur atau ditanam dikawasan keliling rumah. Saya ada menulis banyak artikel mengenai kunyit dalam blog ini yang boleh di baca antaranya (Sila Klik Disini), (Sila Klik DIsini) dan banyak lagi. Bagi saya tumbuhan Kunyit merupakan jenis tanaman herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh mencapai 1.0 meter jika ia dijaga dengan baik dan ia berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai keluar dari perdu pokok. Pelepah-pelepah daunnya menbentuk batang yang tumbuh menegak. Apa yang saya faham, dibahagian dalam tanah terdapat Ubi utamanya dan ia dipanggil rizom. Rizom ini lazimnya akan berbentuk bulat panjang serta mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat. Bahgian rizom dan ubi sisi inil adalah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning. Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga dihujung batang dan panjangnya 10-15 cm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau dan merah jambu dihujungnya, manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama. Artikel subuh ini saya sembang didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kunyit untuk dijadikan bahan bacaan.


Menarik dalam hmetro.com satu artikel bertajuk '
Kunyit hitam, bawang hitam, kopi 'rawat' diabetes? Ini tidak betul' untuk ianya disembangkan kali ini. Kini dilaporkan ada es lambakan ubat-ubatan dan produk untuk penghidap diabetes berasaskan tumbuh-tumbuhan serta sayuran dikesan dipromosi secara meluas di media sosial, biarpun tanpa kajian secara klinikal. Apa pun dengan pelbagai testimoni dan janji manis dimana ia dikatakan boleh menurunkan kadar gula dalam darah serta merawat penyakit yang dihidapi kira-kira 4 juta rakyat negara ini. Hakikatnya ada beberapa bahan digunakan itu tidak terbukti secara klinikal menyebabkan keberkesanannya untuk merawat kencing manis belum dibuktikan secara saintifik. Menurut pakar Perunding Endokrinologi Hospital Canselor Tuanku Muhriz Prof Dr Norlaila Mustafa dimana secara umumnya semua tumbuhan mempunyai antioksida yang baik untuk kesihatan. Kajian saintifik mengenai kunyit hitam, bawang hitam serta kopi tertentu yang dijual di media sosial belum pernah dilakukan. Dakwanya apa yang ditulis bukanlah berdasarkan fakta sains akan tetapi pengalaman mereka yang mungkin sudah mencubanya. Mereka gunakan fakta bahawa antioksidan boleh menurunkan paras gula. Ini tidak betul. Apa pun kalau bahan-bahan yang digunakan ini boleh merangsang insulin, ada justifikasinya di situ jika tidak membantu untuk rawatan kencing manis lapor Harian Metro. Dr Norlaila dakwa antara punca utama rakyat negara ini menghidap kencing manis adalah pemakanan yang tidak dikawal. Para pengguna perlu tahu membezakan antara makanan tambahan dan ubat-ubatan yang boleh mengawal kerintangan insulin. Secara umumnya, diabetes boleh dirawat dengan nasihat daripada doktor dengan pengambilan ubat-ubatan pada dos yang betul serta disiplin diri yang tinggi. Diabetes bukanlah pengakhiran kepada kehidupan dan ia sebaliknya ia menjadi permulaan gaya hidup lebih aktif dan sihat. Pengambilan pelbagai jenis produk untuk mengubati diabetes tanpa nasihat doktor dikhuatiri akan menyebabkan komplikasi lain seperti buah pinggang dan jantung dan justeru orang ramai perlu lebih berhati-hati. Bekiau mengulas mengenai disiplin penghidap kencing manis ketika penularan wabak Covid-19, beliau berkata, mereka perlu lebih berjaga-jaga kerana terdedah kepada jangkitan kuman. Penjagaan diri termasuk pemakanan serta kecergasan adalah perlu bagi menghindari jangkitan virus berkenaan.


Sebeum ini media sama laporkan 'Kunyit hitam ada potensi' dimana dilaporkan yang kunyit hitam memakan masa antara tujuh bulan hingga setahun sebelum boleh dituai. Sebelum ini semasa ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dimana ramai 'terkurung' di rumah rupanya menghasilkan pendapatan sampingan buat seorang mahasiswa. Masa yang banyak terluang di samping menjalani kelas dalam talian dapat ia dimanfaatkan sebaik-baiknya dengan berkebun yang menjadi salah satu hobinya. Bukan sembarangan tanaman yang diusahakan, sebaliknya mahasiswa tahun pertama Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) iaitu Nur Fakhri Nazli (22) sudah berjinak-jinak mengusahakan tanaman kunyit hitam. Setiap hari apabila ada masa terluang sementara menunggu kelas seterusnya, anak keempat daripada enam beradik ini akan menjenguk kebun kunyit hitam di hadapan rumahnya di Kampung Bendang Kelewek, Tanah Merah, Kelantan. Dakwanya tanpa ada sebarang asas mengenai tanaman itu, dia mula membuat carian di Internet sebaik mengetahui kunyit hitam berpotensi untuk diusahakan. Dia memulakan tanaman ini dengan 1,000 pokok menelan kos sekitar RM10,000 yang benihnya diperoleh daripada Thailand. Apa yang saya tahu tanaman ini masih baharu di pasaran dan khasiatnya dimanfaatkan menerusi pembuatan kopidimana walaupun belum tiba masa tuaian, sepanjang mengusahakan tanaman itu, dia sudah mampu tersenyum bangga kerana semakin banyak anak pokok tanaman itu terjual. Dijual sekitar RM12 - RM40 untuk satu beg anak pokok dimana pembeli yang majoritinya pengusaha kopi sering datang mendapatkannya untuk dijaga selama beberapa bulan sebelum dihasilkan kopi. Harga pasaran untuk kunyit hitam ini sekitar RM80 satu kilogram (kg) dan saya jangkakan tanaman yang saya usahakan ini mampu dituai dalam masa terdekat. Tanaman yang memakan masa antara tujuh bulan sehingga setahun sebelum dapat dituai itu menggunakan tanah dengan formula campuran pasir, sabut kelapa dan sekam padi bakar. Walaupun tanaman itu tidak terlalu rumit untuk dijaga tapi penjagaannya memerlukan ketelitian dengan mengamalkan beberapa 'pantang larang' dimana dia tidak menafikan tanaman itu juga terdedah dengan serangan serangga, kawalan baja dan racun memainkan peranan penting selain sangat berjaga-jaga dengan sistem pengairan. Aspek yang perlu peka ialah cuaca kerana tanaman kunyit hitam boleh mati jika terlebih air selain mengenal pasti jika ada daun yang rosak (bertukar kepada warna kuning). Baja hanya diberikan dua kali sebulan dan selain memastikan ia mendapat pengairan yang mencukupi, rutin harian saya adalah mencabut rumput yang tumbuh di sekitarnya. Aktiviti penanaman kunyit hitam itu mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama ibu bapanya. Apa pun kemudian melihat kepada potensi yang semakin berkembang dalam pasaran tempatan dimana dia akan meneruskan hobi yang mampu menjana pendapatan lumayan itu malah sudah bercita-cita untuk membesarkan kebunnya.


Kes kunyit yag viral dalam banya media tempatan adalah dimana 'Ayam goreng kunyit RM20: KPDN keluar notis kepada peniaga' yang berlaku di Pulau Langkawi, Kedah. Foto disebelah adalah resit dimuat naik pelanggan yang mengandungi butiran harga ayam goreng kunyit berharga RM20 yang dikenakan oleh sebuah kedai makan di Pantai Chenang, Langkawi dan menjadi tular di FB. Pihak KPDN sudah mengeluarkan satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap seorang peniaga makanan yang didakwa menjual ayam goreng kunyit pada harga RM20 sepinggan di premisnya di Pantai Chenang, Langkawi. Menurut Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth dimana notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan peniaga terbabit perlu mengemukakan maklumat berhubung penyediaan hidangan makanan itu dalam masa dua hari bekerja. Pihak KPDN mengesan hantaran yang tular di media sosial berkenaan perkara itu yang membabitkan kedai makan di Jalan Pantai Chenang, Langkawi. "Siasatan sudah dijalankan di premis yang diadu, (pegawai penguatkuasaan) telah berjumpa dengan pemilik premis...pemeriksaan menyeluruh di dalam premis mendapati buku menu disediakan kepada semua para  pelanggannya. Memang tercatit harga RM20 untuk ayam goreng kunyit dan terjadi dalam kes ini ada dipaparkan harga, ..tapi kita bagi NPMB dulu tengok pengesahan dia, peniaga perlu menunjukkan nilai atau kos dengan harga makanan itu. Pihak pengguna perlu sentiasa menyemak harga dan Akta Pelindungan Pengguna 1999 memberikan hak kepada pengguna untuk mendapatkan maklumat berhubung sesuatu barangan termasuk hidangan makanan sebelum membuat pesanan. Sebelum ini, seorang pelanggan membuat hantaran di Facebook melahirkan rasa tidak puas hati apabila dia sudah dikenakan caj RM20 untuk sepinggan hidangan ayam goreng kunyit. Individu terbabit turut memaklumkan,beliau terpaksa membayar RM24 untuk keseluruhan hidangan dipesannya, iaitu sepinggan ayam goreng kunyit (RM20) sepinggan nasi putih berharga RM3 dan air kosong (RM1). Dakwanya patutlah orang luaq (luar) kata Langkawi mahai (mahal), hampa (anda) rasa baloii (berbaloi) kena harga ini? Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit seorang makan RM20, air kosong RM1, naya kena RM24 dimana hantaran itu yang tular di sosmed. 
Artikel ini di tulis dengan lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini dapat memebri info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KUNYIT... SEJENIS HERBA...
BOLEH DITANAM...DI MANA SAHAJA....
BANYAK KHASIAT...ENAKKAN RASA...
KUNYIT SEGAR... ADA BANYAK GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, 
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Rejab 1446H).
Posted from:
Kuah, Langkawi, Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...