Support My Blog

Sunday, February 23, 2025

TUNAS AIR DAN PENTINGNYA

TUNAS AIR
atau 'water shoot' pada tumbuhan merupakan salah satu komponen yang tumbuh dengan pelbagai fungsinya tersendiri. Kebanyakkan dan pada k
ebiasaannya tunas air akan tumbuh di antara ketiak daun sepertu pada pokok cili, tomato dan sebagainya. Bagaimana pun selalunya petani akan membuang atau mencantas tunas air pada kebanyakan tanaman kerana ia berebut dengan bahagian lain dalam tumbuhan dari segi pengambilan nutrien ruangan untuk cahaya matahari serta lazimnya tidak mengeluarka bunga atau buah. Kehadiran tunas air yang berebut baja dan air pada tumbuhan adalah disyorkan dibuang. Tunas air yang banyak pada tumbuhan juga boleh menjadikan ia sebapai perumah (host plant) kepada patogen perosak dan penyakit pada sesetangah tanaman. Petani sudah ramai faham akan aktiviti penting dan persoalan kenapa tunas air perlu dibuang? Mereka mesti membuang tunas air demi mengelakkan pertumbuhan tanaman menjadi terbantut. Sebagai petani mereka perlu faham jika pembuangan tunas air asasnya adalah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran nutrien juga. Jelas dimana tujuan utama para petani membuang tunas air ini adalah untuk mempastikan yang semua nutrien yang ada di serap akar pokok melalui akar dan batang akan terus ke tunas utama. Apa pun kepentingan tunas air yag mana ia diertikan sebagai 'tunas yang tumbuh' melalui celahan daun dari paras pecahnya tunas anak pokok hingga kebahagian pangkal pokok. Dari segi sains dimana selalunya tunas air ini naik atau keluar apabila keperluan tanamanitu sudah cukup iaitu dari segi pengambilan baja, air dan cahaya. Bergantung kepada jenis tumbuhan dan cara pertumbuhannya dimana ada juga bentuk tunas air dilihat seakan sebagai menyerupai sebagai tunas utama iaitu berbentuk 'Cabang Y' dari batang tanaman asal bagaimana pun lazimnya ia juga boleh berbuah dan naik seperti tunas utama juga. Bergantung kepada jenis tnaman, umur tanaman dan tujuan penanaman dimana ada yang kata tunas air ni perlu DI BUANG sementara ada juga yang kata ia jangan di buang (terutama tanaman hiasan atau ornamental plants). Apa pun dair aspek amalan agronomi bagi penulis blog dimana tujuan utama para petani membuang tunas air ini adalah untuk pertama bagi Membuatkan semua nutrien yang di serap pokok terus ke tunas utama, ia akan membuatkan buah lebih besar dan kadar lekat meningkat serta ia boleh mengurangkan kadar penggunaan racun kepada tanaman tersebut. Artikel pada subuh Jumaat ini dalam b;og "Anim Agro Technology" saya akan kupas dan bincangkan fakta tunas air, kegunaan dan juga kenapa ia perlu dibuang bagi kebanyakan jenis tanaman makanan sebagai bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.


Aktiviti membuang tunas air atau dalam segi teknikalnya sebagai aktiviti pemangkasan (pruning) sering dilakukan salah satunya dengan membuang tunas air. Bagi penulis blog dimana aktiviti seperti 'P
emangkasan' ialah aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru. Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, dahan reput dan tidak berfungsi serta tunas air yang tidak diperlukan pada tanaman. Selain itu apa yang perlu di lakukan petani menjalankan aktiviti pemangkasan sebaiknya ia dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman. Contohnya bagi kerja pemangkasan pokok buah-buahan mesti dilakukan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru seperti pokok rambutan dan pemangkasan pokok koko supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan pada aras 1.5 meter dari paras tanah bagi memudahkan pengeluaran dan pemungutan hasil apabila tiba masanya kelak. Apa pun aktiviti pemangkasan atau cantasan ini adalah salah satu amalan pertanian yang penting dalam penanaman pokok seperti pokok koko, durian dan sebagainya samada kaedah penanaman koko dari jenis hibrid atau klonal. Terdapat juga beberapa sebab mengapa petani atau penanam koko perlu membuat cantasan. Antara sebab-sebab penting mengapa cantasan dilakukan adalah bertujuan bagi memperbaiki pengudaraan pokok serta bertujuan untuk mengurangkan risiko serangan serangga perosak dan penyakit. Cantasan dengan membuang dahan dan tunas air juga dilihat ia akan membantu dalam membentuk pokok yang sesuai bagi memudahkan penuaian hasil. Ia dilakukan juga demi mendapatkan struktur kanopi pokok yang seimbang dan jumlah daun yang optima. Aktiviti cantasan dengan membuang dahan serta tunas air dilakukan bagi mengurangkan dahan dan ranting yang tidak sesuai dan membasmi tunas air bagi membolehkna pengedaran angin yang baik dan sedikit sinaran matahari di bahagian dahan-dahan utama. Selalunya cantasan akan dapat meninggikan paras bawah rimbunan pokok kepada paras tinggi yang sesuai suopaya memudahkan kerja-kerja ladang dilaksanakan terutama memudahkan kawalan penyakit dan perosak.


Bagi penulis blog belajar bagaimana keberadaan tunas air pada tanaman cili sangat mudah untuk di pelajari. Selalunya mudah melihat akan t
unas air pada pokok cili. Tunas air adalah tunas yang tumbuh selepas pokok cili pecah cabang. Tunas air akan tumbuh pada batang pokok cili atau lebih tepat lagi sebelum cabang yang pertama pokok cili. Penting dikongsikan bilakan masa sesuai untuk membuang tunas air kerana tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2 - 3 minggu selepas ditanam dan pokoknya hidup subur. Selalunya pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili. Persoalan dimana apakah kesan tunas air pada proses pertumbuhan dan hasil tanaman cili?. Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak dimana kejadian pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja. Justeru itu secara fisiologinya dimana akan ada banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas air ini  berbanding kepada agihan untuk proses pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah (konsep ini jiga dipanggil sebagai sink and source). Kesannya dimana kemudian pokok cili akan menjadi rendah daripada dan bukan saiz pokok sebenar dengan bilangan dan saiz buahnya kelak akan juga berkurangan. Penulis blog semasa membuat tinjauan dikebun tanaman cili sering juga disoal sama ada bolehkah  menyimpan buah cili pada tunas air?. Merujuk juga pendapat beberapa pakar agronomist dimana jawapannya adalah TIDAK BOLEH. Ini kerana jika dibiarkan juga berbuah maka saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bentuk buah selalunya jadi abnormal. Bagaimana pun kalangan petani yang juga menanam cili secara fertigasi selalunya turut membuang tunas air dan daun bawah selepas cabang pertama. Konsep ini adalah mengikut konsep atau prinsip 'sink and source' dimana daun cili merupakan tempat fotosintesis iaitu proses menghasilkan makanan pada pokok. Apa pun pada peringkat awal memang digalakkan menyimpan daun tua bagi membantu proses pertumbuhan pokok cili. Selalunya dimana daun tua dibuang selepas penghasilan buah peringkat iaitu ke 3-4. Bagi kes pembuangan tunas cili besar atau cili merah samakah caranya pemuangan dengan cili padi?. Dari aspek ini adalah TIDAK SAMA kerana tunas air sebaiknya ia dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar atau cili merah sedangkan pada pokok cili padi sebaiknya tunas air disimpan 4-5 batang. Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi atau disyorkan juga agar disimpan 4 - 5 tunas air pada cili padi mampu untuk meningkatkan hasil Cili Padi sehingga 50%.


Kebanyakan petani yan sudah lama menanam tanaman seperti cili akan mahir bagaimana teknik tepat membuang tunas air.
Ada banyak kaedah boleh dilakukan bergantung kepada umur tanaman, varieti tanaman, sistem tanaman (atas batas atau atas tanah atau sistem fertigasi), tujuan cantasan dan juga ancaman serangga perosak dan penyakit. Apa pun tanaman dri keluarga Solanaceae seperti Cili dan Tomato dimana kerja membuang tunas air merupakan aktiviti kritikal untuk dilakukan. Apa pun ada beberapa kaedah lazim yang boleh dilakukan dimana proses pembuangan tunas air boleh ia dilakukan pada minggu ke-3 hingga minggu ke-6 pada pokok yang subur di ladang. Sebaiknya dimana proses pembuangan tunas air ini dilakukan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pembesaran pokok cili kerana ia akan menjadikan bentukp pokok, pembungaan dan pembuahan menjadi rapi. Apa pun boleh juga dilakukan keadah menyimpan 4 - 5 tunas air pada setiap pokok cili kerana beberapa kajian mendapati cara ini dilihat ia mampu meningkatkan hingga 50% hasil keluaran cili.Kaedah ini juga tidak memerlukan tambahan input baja atau sumber air dimana masih gunakan kadar pemberian Baja AB dan juga pemberian air adalah seperti biasa. Apa pun untuk permulaan boleh cuba 5-10 pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya sebelum melakukannya dalam kebun yang luas dan komersil. Semuga artikel ini memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
..
TUNAS AIR... APAKAH BENDANYA...
SELALU DIBUANG...SEBABNYA APA...
SERAP NUTRIEN...POKOK KECEWA...
AKTIVITI CANTASAN...BUAT SEGERA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...