Terdapat beberapa laporan kajian dan testimoni berkaitan dengan kehebatan pokok kecubung yang di tulis untuk dijadikan bahan rujukkan. Penulis blog membaca beberapa kajian dan rujukkan dimana setelah dikumpulkan terdapat sekitar 20 manfaat Kecubung untuk Kesihatan dan Rawatan perubatan walau pun ia adalah sejenis tumbuhan yang memabukkan malahan boleh membawa maut. Sebelum ada perubatan moden dimana tumbuhan ini ada dijadikan sebagai saah satu alternatif dalam dunia perubatan tradisional. Didakwa ada beberapa manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan kecubung dimana salah satunya adalah penggunaannya dalam pengubatan secara tradisional. Pokok kecubung merupakan tanaman yang memiliki ciri-ciri unik seperti berbunga besar yang menjuntai dan bermahkota menyerupai lonceng dengan berbagai warna seperti warna putih, kuning, krim, oren atau merah. Selain itu penulis blog melihat jika buahnya juga memiliki bentuk yang khusus iaitu berbentuk bulat, berwarna hijau muda dan berduri iaitu dengan ukuran sedang yang sebesar bola tenis. Bagi penulis blog dimana meskipun kecubung dikenal sebagai salah satu tanaman yang dimanfaatkan dalam penrubatan tradisional dulu namun perlu diingat bahwa tanaman ini juga mengandung bahan aktif yang dapat memberikan kesan racun bagi sesiapa yang memakannya. Sebab itu perlu berhati-hati dalam mengambil tumbuhan ini sebagai bahan ubat atau ia di guna untuk tujuan rawatan. Ada beberapa kegunaan dikaitkan dengan kecubung dimana salah satunya adalah bagaimana oadigunakan dalam rawatan tradisional untuk meredakan sakit kepala, demam dan gangguan pernafasan. Ekstrak daripada tanaman ini digunakan sebagai bahan aktif dalam beberapa produk farmasi seperti ubat penenang dan ubat penghilang rasa sakit (pain killer). Bagaimana pun kesan memabukkan dari pokok kecubung yang dapat mempengaruhi sistem saraf pusat membuatkannya cukup merbahaya jika digunakan dengan tidak bijaksana. Kesan dan simptom dari mengambil kecubung dapat menyebabkan halusinasi, kebingungan, bahkan sampai tahap keracunan parah. Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk selalu mengikuti petunjuk penggunaan dan dos yang tepat ketika menggunakan kecubung sebagai ubat atau perawtaan kesihatan.
Kegunaan pertama dilaporkan ia diambil untuk Mengatasi Flu dimana kecubung sebagai salah satu jenis tanaman herba juga ia dipercayai mempunyai sejumlah faedah dalam mengatasi masaalah flu. Daun kecubung memiliki rasa pahit dan efek pedas yang dikaitkan dengan kemampuannya untuk meredakan gejala flu. Masyarakat sering menggunakannya sebagai obat tradisional untuk mengatasi flu dan selsema. Cara untuk mengatasi flu dengan kecubung dimana ambil daun kecubung dan ia biasanya direbus dengan air dan diminum sebagai infus. Cara ini dianggap efektif untuk meredakan batuk, hidung tersumbat, dan gejala flu lainnya. Namun begitu amat penting untuk diingat bahwa ubat tradisional seperti kecubung tidak dapat menggantikan perawatan moden yang tepat terutama jika flu berlanjutan dimana peakit mesti berjumpa doktor juga. Selain daun kecubung dilaporkan ada juga beberapa jenis tanaman herbal lain yang dapat digunakan untuk mengatasi flu, seperti halia, cekur dan bawang putih. Halia yang mempunyai kesan anti-radang yang dapat membantu meredakan gejala flu, sementara kencur dapat membantu membersihkan saluran pernafasan. Pengambilan bawang putih yang ada sifat antibakterinya yang dapat membantu melawan infeksi yang mungkin menyebabkan flu. Meskipun tanaman herbal seperti kecubung, halia, cekur dan bawang putih dapat mengurangkan kes gejala flu sebaiknya rujuk doktor perubatan juga sebelum mengambilnya secara tradisional.
Kehebatan kedua dimana kecubung didakwa mampu untuk ia Meningkatkan Vitaliti Tenaga Lelaki dimana ia adalah sejenis tumbuuhan yang sering digunakan dalam dunia pengubatan herbal dan ia memiliki sejumlah manfaat dalam meningkatkan daya tahan seksual. Tanaman ini telah digunakan selama berabad-abad di India untuk mengatasi berbagai masalah kesehatan terutama kes impotensi. Daun kecubung diketahui memiliki kemampuan meningkatkan daya tahan seksual dimana bagi pasangan suami istri sesiapa mengambil kecubung boleh ia menjadi penyelesaian bagi mengatasi masalah kehidupan seksual yang menurun. Di India ada laporan dimana biji kecubung dihaluskan dan dijadikan campuran dengan bahan-bahan lain untuk mengatasi impotensi dan meningkatkan daya tahan seksual. Manfaat kecubung dalam meningkatkan daya tahan seksual ini tidak hanya berlaku untuk lelaki akan tetapi juga bagi wanita. Kecubung dapat membantu meningkatkan edaran darah termasuk aliran darah ke organ seksual sehingga dapat meningkatkan ghairah seksual dan menghasilkan pengalaman seksual yang lebih memuaskan. Meskipun kecubung telah digunakan selama berabad-abad dalam penguobatan secara tradisional adalah penting untuk mendapatkan nasehat pakar perubatan moden juga. Mereka yang ada mengambil ubat lain sebaknya mendapatkan nasehat yang betul sebab kesan komplikasi boleh berlaku. Kegunaan ke tiga dilaporkan ia akan Mengatasi Gejala Rabies dimana rabies merupakan penyakit yang penularannya dapat terjadi dari haiwan ke manusia. Penyakit ini dapat menyebabkan gangguan pada sistem saraf dan otak seseorang yang terinfeksi tetapi hebatnya ada manfaat kecubung dalam menurunkan gejala rabies. Kajian oleh Pharmacognosy Research menyebutkan bahawa daun kecubung yang melalui proses 'extraction' akan mempunyai sifat antivirus di dalamnya. Ia didakwa secara efektif dapat membantu menurunkan gejala rabies pada individu yang terinfeksi dan ekstrak biji kecubung juga memiliki sifat antirabies serta didalam mengatasi penyakit ini. Apa pun didakwa kandungan antioksidan yang ada dalam kecubung juga berperanan penting dalam menurunkan gejala rabies. Antioksidan tersebut mampu melawan radikal bebas yang terbentuk akibat infeksi rabies sehingga dapat meringankan kesan teruk dari penyakit ini. Kecubung juga diketahui memiliki sifat antiinflamasi yang dapat mengurangkan lagi peradangan yang terjadi pada saraf dan otak yang terkena rabies. Dengan demikian maka kecubung berperanan yang penting dalam mengatasi dan menurunkan gejala penyakit rabies yang berbahaya ini.
Kehebatan yang ke 4 dimana kecubung akan bantu Mengatasi Gangguan Pencernaan sebab ia adalah salah satu tanaman yang memiliki sejumlah manfaat dalam mengatasi gangguan pencernaan. Daun kecubung mengandungi sejenis bahan kimia bernama hyoscyamine yang berkhasiat untuk mengontrol berbagai gejala kesihatan yang berkaitan dengan gangguan masaalah gastrointestinal. Kandungan hyoscyamine dalam kecubung bekerja dengan cara mengurangi gerakan lambung dan usus, serta menghambat sekresi cairan lambung. Perkara ini akan membantu mengurangi gejala-gejala yang muncul pada gangguan pencernaan, seperti nyeri perut, mual, muntah, dan cirit birit. Mengambil ubat herbal yang mengandungi daun kecubung juga boleh menjadi penyelesaian semulajadi dalam meredakan gangguan pencernaan. Cata ambil kecubung denganteratur akan dapat membantu memperbaiki fungsi sistem pencernaan, mengurangkan kes peradangan serta meningkatkan kesihatan saluran cerna secara keseluruhan. Walau pun kecubung memiliki manfaat yang baik dalam mengatasi gangguan pencernaan adalah penting untuk dapatkan nasehat dengan profesional sebelum sesiapa juga menggunakannya sebagai kaedah rawatan. Perlu mengikuti dos yang tepat dan memperhatikan adanya kesan sampingan yang mungkin terjadi sangat penting untuk jadi sihat. Ia juga ke 5 didakwa akan Mengurangkan Gejala Parkinson sebab kecubung yang memiliki sejumlah manfaat dalam mengawal gejala Parkinson sebab ada kandungan hyoscyamine. Zat ini telah terbukti dapat membantu dalam mengontrol gejala Parkinson. Mengambil bahan kecubung sebagai perawatan tambahan dimana pengidap Parkinson dapat merasakan kualiti hidup yang lebih baik. Adalah penting untuk diingat bahwa manfaat daun kecubung ini masih memerlukan kajian lebih lanjut. Penggunaan kecubung untuk berbagai penyakit juga bukanlah sebagai pengobatan utama. Sebaiknya dalam penggunaan daun kecubung hanya digunakan sebagai perawatan sederhana dan harus dilakukan dengan pengawasan serta saran dokter, terutama jika digunakan bersamaan dengan obat-obatan lain. Hal ini penting untuk mencegah dampak negatif dari penggunaan kecubung yang tidak sesuai atau bahkan dapat memperburuk kondisi pengidap Parkinson.
Siapa sangka jika kecubung merupakan Ubat Penyakit Kulit yang baik kerana kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah kecubung memainkan peranan penting dalam meredakan gejala ekszema dan mungkin juga membantu didalam mengembalikan kulit seperti sediakala. Penyakit eksema adalah kes dimana keadaan kulit yang umum terjadi dengan simptom ada peradangan, gatal-gatal dan munculnya ruam merah pada kulit. Penyakit ini dapat sangat mengganggu dan selalunya ia mempengaruhi kualiti hidup penderitanya. Namun kini dengan menggunakan kecubung sebagai rawtan tradisional dimana gejala ini dapat dikurangkan. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam kecubung membantu melawan radikal bebas dalam tubuh akan dapat menyebabkan peradangan pada kulit. Antioksidan ini juga membantu mempercepatkan lagi proses penyembuhan dan regenerasi kulit yang rosak akibat eksima. Dengan demikian mengambil kecubung secara rutin didakwa ia dapat membantu mengurangkan peradangan, gatal-gatal, dan memperbaiki kondisi kulit yang terkena eksima. Selain itu dilaporkan dimana buah kecubung juga mengandungi vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan kulit. Vitamin A ini dalam kecubung akan membantu menjaga kelembapan dan elastisitas kulit, sementara vitamin C membantu meningkatkan pengeluaran bahan kolagen yang diperlukan untuk bentu memperbaiki dan meregenerasi jaringan kulit yang rosak. Apa pun jika mengambil kecubung secara teratur pesakit didakwa akan dapat menjaga kesehatan kulitnya dengan cara semulajadi. Bagaimana pun dinasehatkan agar erujuk kepada doktor dahulu secara profesional. Kecubung didakwa juga dapat Mengatasi Reumatik dengan cara menghaluskan daun dan buah kecubung dan ditambahkan halia dan bawang merah ke dalam ramuan tersebut. Sapukan ramuan ini pada bahagian tubuh yang terkena reumatik atau sakit sendi. Apa pun memang kecubung mengandungi antioksidan yang tinggi, seperti vitamin C dan vitamin E dan ia berperanan penting dalam melawan radikal bebas dan mengurangkan peradangan pada tubuh. Kecubung juga mengandungi bahan Anthocyanin iaitu bahan yang ada sifat antiinflamasinya yang kuat. Keduanya merupakan faktor yang sangat penting dalam mengatasi gejala reumatik. Apa pu dengan menggunakan kecubung sebagai penangkal penyakit reumatik dari pesakit untuk lebih bermakna. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang disyorkan untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.