Support My Blog

Sunday, December 1, 2024

SEMBANG FAKTA TEMPE

MAKANAN TEMPE
atau TEMPEH merupakan sejenis makanan yang mana ia biasanya diperbuat dari kacang soya yang melalui proses fermentasi oleh bakteria dan fungus. Tetapi ada juga sesetengah tempat dimana tempe ini dibuat dengan cara menggunakan kacang kuda (chickpeas) atau kacang dal. Apa pun pada penulis blog dimana Kacang soya (Glycine max, Glycine soja, Soja soja, Soja japonica) adalah sejenis kacang legum yang dikatakan natif atau berasal dari Asia Timur dan ada ditanam dibanyak lokasi diseluruh dunia. Penulis blog banyak kali membuat tinjauan teknologi kepada pengusaha dan pembuat tempe semasa bertugas dahulu. Pembuatan tempe melibatkan kacang soya yang lembut direbus dan ditaburkan dengan bahan ragi. Ragi atau ibu tempe biasanya mengandungi bakteria asid laktik seperti Lactobacillus yang mana ia akan mencernakan karbohidrat dan gula dalam tempe dan fungus Rhizopus. Selalubya kesan kehadiran fungus Rhizopus oligosporus dan Rhizopus oryzae mencernakan protein dan karbohidrat kompleks soya supaya ia mudah dihadam dalam perut. Warna putih yang menyeliputi tempe sebenarnya adalah mycelium kulat Rhizopus tersebut setelah proses fermentasi berlaku. Apa yang penulis blog suka dimana selalunya kehadiran bakteria Lactobacillus dan kulat Rhizopus oligophorus ini menghasilkan toksin antimikrob yang mampu untuk menghalang pertumbuhan kulat Aspergillus flavus dan bakteria seperti Staphylococcus aureus dan Salmonella spp untuk ia membiak dalam kultur tempe. Selalunya tempe paling optimum dimakan ketika seluruh bahagian kacang diselaputi kabut putih. Jika warnanya sudah bertukar kuning atau gelap pada tempe bermakna ia sudah digelar tempe buruk. Baunya juga tidak menyenangkan walau pun dikampong masih ramai juga yang menggemari tempe buruk untuk dibuat sambal atau digoreng kilas pedas. Mungkin timbul pertanyaan kenapa masih ada orang yang suka makan tempe buruk ini. Apa yang berlaku adalah apabila protein kacang soya telah terurai oleh enzim fungus yang menyeliputinya maka banyaklah terhasil peptide dan asid amino ringkas. Maka lebih banyak amaun glutamat (sejenis asid amino) akan terhasil. Dilaporkan dimana bahan Glutamat (seperti dalam MSG - monosodium glutamat) memberi rasa umami yang enak pada tempe. Semakin buruk tempe semakin banyaklah ia dihasilkan. Umami pula adalah salah satu dari deria rasa yang boleh dirasai lidah manusia selain manis, masam, pahit, masin. Umami memberikan rasa ‘lemak’ seperti rasa kita memakan daging. Biasanya disumbang oleh kompaun glutamat dan terbitannya. Makanan tempe hasil kajian makmal dilaporkan ia memang kaya mineral seperti unsur kalsium, kalium dan magnesium. Ia juga adalah sumber probiotik yang sangat baik. Tempe juga kaya dengan vitamin B seperti folate, riboflavin, niacine dan B12. Walaupun telah dimasak dimana tempe masih memberikan manfaat untuk meningkatkan jumlah mikroflora bakteria baik dalam sistem penghadaman. Penulis blog suka makan tempe dengan menggoreng dengan minyak yang banyak dan cukup kepanasannya. Jangan menggoreng tempe terlalu banyak sekaligus dalam kuali. Tempe tidak akan rangup dan elok gorengannya. Kalau mahu tempe yang rangup rangup dikunyah apa lagi kalau dicicah dengan sambal kicap. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang info menarik mengenai tempe untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Pada penulis blog tahu dimana makanan tempe adalah makanan yang biasa dimakan oleh orang Jawa di Malaysia terutama di Johor dan Selangor. Malahan di negara jiran Indonesia dimana makanan tempe sudah semacam makanan penting dijadikan pelbagai kuliner. Ia adalah kacang soya yang melalui proses fermentasi dengan menggunakan ragi. Perlu di sembangkan dimana tempe mempunyai kandungan nutrisi yang hebat. Dari laporan makmal dimana didalam setiap 100 gram tempe ia mengandungi bahan Air (55.3 gram), Tenaga atau Kalori (201 kCal), Protein (20.8 gram),
Lemak (8.8 gram), Karbohidrat (13.5 gram), Serat atau Fibwr (1.4 gram), Kalsium (155 mg), Fosfat (326 mg), Zat besi (4.0 mg), Natrium (9 mg), Kalium (234 mg), Copper (0.57 mg), Vitamin Thiamin (0.19 miligram), Riboflavin (0.59 miligram) dan juga Niacin (4.9 miligram). Tempe mempunyai harga yang agak murah, mudah didapati dan rasanya sedap. Ia merupakan sumber protein dari tumbuh-tumbuhan yang terbaik. protein dari tempe digunakan untuk memperbaiki sel tubuh yang rosak. Ia mempunyai protein (asid amino) yang bagus untuk mengelakkan penyakit diabetes, penyakit jantung, dan menjaga menurunkan berat badan. Selain itu protein dalam tempe dikatakan lebih larut dalam air dan ini meningkatkan aktiviti enzim proteolitik. Enzim proteolitik atau protease akan memecahkan rantai panjang protein menjadi sebatian yang dapat dicerna oleh tubuh. Menurut penerbitan dari jurnal Biomolecules, enzim ini juga membantu fungsi pembelahan sel, pembekuan darah, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, dan penting untuk fungsi tubuh lain yang penting. Tempe juga menurunkan risiko mendapat risiko mendapat osteoporosis. Dengan mengambil 100 gram tempe mampu memenuhi 15 peratus keperluan kalsium dan 65 peratus keperluan fosfot untuk sehari bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah. Ia juga dapat mencegah osteoporosis pada wanita yang telah mengalami menopause. Apa pun dilaporkan dimana merujuk beberapa kajian termasuk laporan dari International Journal of Food Sciences and Nutrition, menyebut penyerapan kalsium dari tempe tidak berbeza jauh dengan susu lembu. Sebaiknya bagi cara-cara mendapatkan nutrisi yang sama dengan segelas susu, kita hanya perlu mengambil potong tempe. Hal ini tentu bermanfaat bagi mereka yang mengalami masalah alahan pada protein susu lembu.


Tempe juga membantu mencegah anemia. Ini kerana tempe mengandungi vitamin B12 yang membantu tubuh dalam menghasilkan sel darah merah. Dalam setiap 100 gram tempe mengandungi sekitar 1.7 mikrogram vitamin B12. Ia memenuhi 42 peratus keperluan vitamin B12 setiap hari. Kekurangan vitamin B12 dalam tubuh akan menyebabkan rasa pening, penat, pucat pada kulit, keseimbangan tubuh menurun, dan mengganggu mood. Tempe juga dapat menangkis tindakbalas radikal bebas kerana ia mempunyai sebatian antioksida (dalam bentuk isoflavon) yang sangat diperlukan untuk menghentikan tindakbalas dan pembentukan radikal bebas. Salah satu kesan dari radikal bebas adalah mempercepatkan proses penuaan. Dalam setiap 100mg tempe, mengandungi sekitar 10-38 miligram isoflavon yang mempunyai pelbagai manfaat. Kajian yang dilakukan oleh University of North Carolina menunjukkan bahawa sebatian antioksida pada tempe dapat membantu pencegahan kanser prostat dan payudara. Selain itu, ia juga menurunkan risiko masalah pada jantung. Tempe membantu menurunkan berat badan. Dalam setiap 100 gm tempe mengandungi 20.8 gram protein. Dalam kajian yang diterbitkan The American Journal of Clinical Nutrition menunjukkan diet tinggi protein iaitu ia berasaskan kacang soya memiliki keberkesanan serupa dengan protein yang diambil dari daging haiwan. efektivitas yang sama seperti pada daging atau produk hewani lainnya. Selain mampu mengurangi berat badan, diet ini juga bisa menurunkan rasa lapar dan meningkatkan rasa kenyang.  Dalam kajian yang lain juga menunjukkan diet kaya protein dapat merangsang thermogenesis, iaitu membantu tubuh membakar lebih banyak kalori setelah makan. Tempe goreng adalah salah satu bentuk makanan yang paling digemari. Namun sayangnya, kandungan nutrisi yang terdapat dalam tempe, seperti prebiotik yang diperolehi melalui proses fermentasi mungkin akan rosak apabila digoreng. Tempe boleh dimakan mentah. Cuma pastikan ia bersih. Tempe yang dikisar boleh dimasukkan ke dalam jus buah-buahan.


Di Malaysia baru-baru ini pertengahan 2024 kerajaan umumkan dimana '
Tempe sumber protein tambahan kepada murid sekolah' yang disembangkan oleh beberapa media tempatan. Gimik pelancaran kempen inii di lakukan oleh pihak FAMA dimana mereka juga ada  mengagihkan tempe goreng kepada murid pada program tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein dan galakan makan buah-buahan tempatan. Ia dilaporkan bermula di Pahang apabila FAMA Pahang berjaya memperkenalkan tempe sebagai pilihan tambahan bagi sumber protein kepada murid sekolah rendah di Pahang. Apa pun sebagai projek perintis dimana FAMA membekalkan 50 kilogram (kg) tempe kepada 900 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Garudadi Kuantan sepanjang tujuh sesi yang diadakan secara berperingkat. Usaha itu dibuat bagi dapat memastikan kanak-kanak mengetahui bahawa makanan tradisional ini juga mempunyai khasiat. FAMA cuba dengan serius mempromosikan tempe ini sebab kalau orang lama mereka sudah kenal dengan tempe akan tetapi budak sekolah (murid) mereka tidak kenal dengan tempe. Perlu usaha bagi memperkenalkan makanan tambahan ini kepada mereka. Malahan kempen ini menggalakan anak muda untuk makan tempe kerana ia juga satu hidangan yang mengandungi protein selain kebergantungan bahan makanan lain seperti ayam dan juga buahan lain. Kempen ini menyediakan 50 kg tempe dan juga sebanyak 200 kg buah mangga turut disediakan sebagai salah satu hidangan kepada murid SK Padang Garuda. Dilaporkan dimana buah-buahan tempatan banyak terdapat di negara ini juga perlu dijadikan hidangan kepada kanak-kanak. Ini adalah program kali pertama yang diadakan di peringkat sekolah di negeri Pahang itu akan diperluaskan ke sekolah lain selepas mendapati sambutan murid terhadap produk berkenaan begitu menggalakkan. Apa pun kempen makan tempe dan buah-buahan yang diadakan turut dapat menambah sumber pendapatan buat usahawan di peringkat pembuatan dan jualan dimana mereka terdiri daripada peniaga di pasar tani FAMA di Pahang. FAMA juga ada menyediakan tempe dan bawang dalam bakul Madani yang disediakan setiap kali program jualan Madani diadakan di setiap daerah di negeri ini. Kajian menunjukkan dimana ada lebih 900 murid SK Padang Garuda amat suka dan gembira berpeluang merasa tempe secara percuma yang disediakan FAMA membabitkan tujuh sesi program makan tempe dan buah-buahan diadakan secara berperingkat. Ini disambut oleh pihak sekolah yang berterima kasih pada FAMA yang memilih SK Padang Garuda sebagai lokasi pelancaran kempen berkenaan. Pada penulis blog kempen seperiti ini perlu diperluaskan keseluruh negara. Semuga artikel sembang fakta tempe ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SEMBANG PASAL TEMPE... FAKTA...
MAKANAN BERPROTIN....ENAKNYA...
MUDAH DI BELI... DIMANA SAHAJA...
KANAK-KANAK... DI PROMOSI JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
\WP Putrajaya,
Malaysia.
(13 Rabiulakhir 1446H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...