HERBA CEKUR (Kaempferia galangga) atau Kencur dalam bahasa Jawa di Johor adalah merupakan sejenis herba dari keluarga Zingiberaceae iaitu sama seperti tanaman halia dimana mudah ditanam dengan subur apabila ia di tanam di iklim tropika seperti Malaysia. Masih tidak ada rekod rasmi mengenai keluasan tanaman cekur di Malaysia tetapi saya anggarkan sekitar 50 - 60 hektar CHE itu pun termasuk aktiviti penanaman cekur secara fertigasi yang semakin popular di usahakan dan di komersilkan masa ini. Bagi penulis blog yang sudah mengenali tanaman cekur ini sejak kecil dulu dimana dimana ianya ditanam di dalam pasu atau atas tanah dan di kebun belakang rumah secara tradisional. Pokok cekur mempunyai daun lebar antara 4-7 cm dan panjang 5-12 cm berwarna hijau muda dan umbisi kecil seperti halia kecil. Daun dan umbisi atau pun rizom cekur mempunyai aroma atau bau yang kuat dengan warna umbisi kekuningan. Pada penulis blog tanaman cekur sesuai ditanam di keliling rumah dalam program "Bumi Hijau" yang dianjurkan oleh kerajaan. Benih cekur diperolehi dari pokok sedia ada atau beli rhizom dari pasar tani atau pasar biasa. Pastikan benih masih elok dan belum kering serta mempunyai tunas yang baik. Sebaiknya untuk ditanam dalam pasu atau dalam bekas khas (Kotak daripada tin atau plastik) yang diisikan dengan media tanah campuran (3:2:1 - Tanah, pasir dan baja organan) serta mempunyai lubang air keluar. Bagaimana pun kini media dari bahan cocopeat dan sebagainya mudah di lakukan. Kemudian dimasukkan benih 2-3 cm dalam tanah dan buat penyiraman. Bagi tanaman di kebun sebaiknya sediakan batas untuk elakkan dari takungan air. jarak tanaman antara 30 -60 cm bergantung kepada saiz batas. Kawasan kecil diperlukan untuk menanam cekur secara komersial. Peuli blog stakat ini belum berpeluang meninjau kawasan tanaman cekur secara monokrop seluas melebihi 1 hekar satu tempat. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis sembang fakta mengenai cekur ini boleh dijadikan sebagai pilihan semua pembaca untuk dijadikan bahan rujukkan.
Saya ada mnulis mengenai cekur sekitar 10 artikel semenjak tahun 2009 dimana ia boleh di rujuk dengan autan Anim agro Technology 'Cekur'. Pada penulis blog dimana Tanaman Cekur atau nama lainnya Maraba, Finger Root, Aromatic Ginger dan Kencur (dalam bahasa Jawa) adalah sejenis tumbuhan yang ditanam secara meluas di Malaysia. Cekur sering digunakan dalam masakan pecel iaitu masakan ala Jawa yang tersohor di sekitar negeri Johor yang mana penulis blog sejak lama dulu lagi menjadikan makanan Pecel Ikan Keli, Pecel Ayam Bakar dan Pecel Ikan Pari sebagai makanan kegemaran keluarga dan boleh kata setiap 2 bulan mesti pekena. merupakan ikan keli dibakar atau daging ayam bakar. Dirumah pun sentiada ada menanam cekur didalam polibeg atau dalam pasu dimana ia mudah dijaga dan puashati menanamnya. Kalau perlu beli banyak pun mudah kerana cekur ada dijual di beberapa pasaraya lokal. Persoalan mengenai apakah kebaikan yang boleh diperoleh dari Cekur juga sering dibincangkan dan mudah mencarinya dalam internet. Antara yang sering dilaporkan dimana ekstrak daun cekur digunakan sebagai repellent nyamuk dan juga cekur mampu untuk melancarkan peredaran darah serta meredakan kembung perut. Sesiapa yang suka makan cekur atau kencur dilaporkan ia mencantikkan kulit dan berikan kesan untuk awet muda. Cekur juga khasiatnya siaitu ia mampu meredakan sakit otot dan sengal badan, bantu untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu dan membantu dalam melawaskan sistem pencernaan. Lazimnya selain ia ditanam di atas batas tanaman dengan cahaya matahari yang banyak serta air yang cukup, tumbuhan ini juga boleh ditanam di dalam pasu atau dalam polibeg yang ada media tanah campuran atau cocopeat. Sesiapa juga yang ingin menanam pokok cekur dimana dia boleh terus mendapatkan khidmat nasehat daripada Jabatan Pertanian tetapi mudah sahaja dengan segera membuka youtube atau tiktok yang banyak menyentuh mengenai kaedah menanam cekur. Adalah lebih baik menanam cekur sendiri untuk dipetik pada bila-bila masa dan menanam semula dikawasan keliling rumah.
Suka bersembang bagaimana 'Jus Air Kencur Untuk Dalaman Mantap dan Ruginya Siapa tidak Cuba!' amat sesuai dikongsikan kali ini. Penulis blog ada beberapa kali membuat jus ini akan tetapi masih belum mengamalkannya sebagai munuman kesihatan secara rutin. Apa pun dilaporkan dimana walaupun sudah lama wanuta atau ibu melahirkan anak sebaiknya kalangan semua wanita kena sentiasa jaga pemakanan. Bukan sahaja dia kena berdiet tetapi menjaga tenaga dalaman tubuh badan daripada mengalami sakit-sakit badan dan paling penting badan bebas angin yang boleh membawa mudarat pada tubuh agar di jaga baik. Beberapa laporan dakwa dimana amalan minum apa jua jenis jamu memang patut diamalkan oleh semua wanita. Wanita yang baru habis berpantang usah cakaplah dimana di negara jiran Indonesia ia sudah menjadi satu amalan wajib berpantang hingga anak dah semakin besar. Mungkin kalangan wanita Malaysia tidak selalu makan jamu seperti kalalngan wanita Indonesia terutama di kawasan kampong dan generasi lama. Bagaimana pun di sembangkan jika membuat Jamu Air Kencur disedia sendiri yang boleh di lakukan oleh sesiapa juga untuk ia diamalkan setiap hari. Jamu ini dilaporkan berdasarkan banyak testimoni dimana ia bukan saja sesuai bagi wanita dalam pantang akan tetapi sesuai juga bagi wanita yang keguguran atau ibu yang masih menyusukan anaknya untuk diamalkan. Malah suami pun boleh minum untuk kesihatan badan sebab didakwa memag ia tiada kesan sampingan. Mudah sahaja membuat Jamu Air Kencur sendri iaitu dengan sediakan bahan-bahan yang tediri dari 2 genggam cekur (kencur), 1 genggam halia, 1 genggam beras (yang sudah dicuci dan direndam 3jam), 1 ketul gula melaka kecil, 1 sudu teh kecil bunga cengkih dan pastinya kena ada 1 liter air. Cara penyediaan adalah pertama dicuci beras dan rendam selama 3 jam sampai nampak putih. Cuci dan kupas kulit cekur dan halia dan kemudian dimasukkan beras, cekur dan halia ke dalam blender dan blendkan sampai jadi pes. Seterusnya dituangkan pes itu ke dalam periuk tanah liat dan dimasukkan bunga cengkih dan gula melaka. Masak sampai mendidih dan tapiskan untuk asingkan air dan hampasnya dan dibiarkan sejuk sebelum masuk botol. Cara guna adalah dengan meminum 1 kali atau 2 kali sehari ikut keperluan badan. Sebaiknya meminum suam, panas atau sejuk ikut keperluan badan masing masing. Dalam amalan berjamu lazimnya apa yang amat penting adalah supaya mengamalkan secara berpada pada dan jangan terlalu taksub sampai membebankan badan. Satu yang kita kena ingat adalah apabila amalkan jamu sebaiknya jangan pula dicampur dengan ubat atau vitamin lain. Jarakkan masa sekurang kurang 1 ke 2 jam sebeum ambil jamu dan pastikan minum jumlah air yang banyak supaya jamu dapat ‘bekerja’ dengan lebih berkesan. Sembang fakta iaitu apakah Manfaat Air Kencur sesuai di sembangkan. Sesiapa amalkan selalu pasti ada ganjarannya untuk tubuh. Selain mengatasi masalah angin dalam badan, dalaman wanita juga jadi lebih mantap. Lebih segar malah badan lebih bertenaga dan tidak akan selalu sakit-sakit badan. Malahhan dalam banyak testimoni didakwa bagi wanita berpantang dimana jamu kencur ini juga baik untuk mengecutkan rahim dan melegakan masalah bengkak dan angin dalam perut. Malah lenguh-lenguh sendi juga dapat dihilangkan. Kalau hendak 'lagi power. maka boleh juga ditambah sedikit manjakani ke dalam air jamu ini.
Seperti mana dilaporkan dalam banyak artikel tulisan saya dimana makanan pecel lele, pecel ayam dan teristimewa pecel ikan pari adalah kesukaan penulis blog. Apa pun resepi turun temurun keluarga di Gersik, Tangkak, Johor ini sudah popular di banyak tempat lain juga dan kini sudah di komersilkan. Dalam bahasa Melayu ia di panggil sebagai 'Pecal Lele Lemak Daun Cekur, Kuah Pekat Dan Padu' yang memang terliur melihat dan aromanya. Ia memang diantara menu kuah yang cukup membuka selera dimana penulis blog sudah tidak perlu sedia atau ambil lauk lain dan sudah berselera makan. Nak lagi sedap boleh ‘pasangkan’ dengan sambal belacan. Pada penulis blg mencari bahan mudah iaitu terdri daripada 3 ekor ikan keli (siap digoreng atau dibaakar lebih enak lagi), 5 tangkai cili padi, 4 ulas bawang putih, 5 inci akar cekur, 1 helai daun cekur, 1 inci kunyit, 200ml santan kelapa, Asam jawa/keping, gula dan garam secukup rasa serta belacan. Apa pun cara membuatnya memberihan ikan keli dan di goreng atau di bakar dan di asingkan. Seterusnya di potong kasar ke semua bahan-bahan ramuan ysng di nyatakan diatas dan kemudian goreng bahan-bahan tersebut dahulu. Selepas digoreng sebaiknya dikisar bahan goreng tadi dengan akar cekur dan sedikit kunyit. Masukkan air 200ml dan kisar dan kisar bersama belacan. Selepas dikisar boleh di tuang ke dalam kuali dan nyalakan api untuk mereneh sebentar dan kemudian di masukkan santan kelapa. Seterusnya boleh di masukkan air asam jawa atau bubuh asam keping , garam, gula mengikut cita rasa masing-masing. Dalam masa sama diracik daun cekur dan kemudian dimasukkan daun cekur yang diracik ke dalam kuali. Jika suka ada mereka yang tambah rasa degan letak daun limau purut dan seterusnya ikan keli disiat isinya dan di masukkan kedalam adunan dan dikacau rata. Pecel Ikan Keli ini sudah sedia untuk di hidangkan dan lebih enak lagi di makan dengan nasi panas (nasi lembik sedikit) di waktu makan tengahari. Selamat mencuba. Semuga tulisan sembang cekur kali ini menjadi bahan rujukkan berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
MUDAH DITANAM...DIMANA SAJA...
SENANG JUGA...BELI DI PASARAYA...
MASAKAN PECEL... EDUH ENAKNYA!...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(21 JamadilAkhir 1446H).