Support My Blog

Wednesday, April 23, 2025

SODA PENAIK, FAKTA DAN PERTANIAN (Part 2)

SODA PENAIK (Baking Soda)
yang ramai kenali merupaakan sejenis bahan digunakan untuk membuat kek, roti dan pastri. Apa pun serbuk soda penaik juga dikenali sebagai Soda Bikarbonat dimana ia adalah sebatian kimia daripada Natrium bikarbonat (NaHCO3). Bahan ini digunakan sebagai agen penaik dalam masakan, membantu menaikkan adunan apabila dicampur dengan cecair yang berasid dimana berlaku proses tindakbalas yang menghasilkan karbon dioksida dalam tindak balas kimia dilihat ada yang menyebabkan gelembung udara terbentuk untuk menjadikannya ringan dan berongga. Memang mudah membeli soda penaik dari kedai runcit, pasaraya atau membelinya secara on-line sahaja dari aplikasi lokal. Apa pun ada banyak jenama dan formulasi soda penaik dengan kualiti dan harga terjangkau yang tidak banyak bezanya. Dari beberapa keterangan pada label di nyatakan jika serbuk penaik adalah sejenis agen penaik bersifat bahan kimia kering yang digunakan untuk menaikkan isipadu dan melembutkan tekstur pastri seperti muffin, kek, roti dan biskut. Serbuk penaik bertindak dengan melepaskan gas karbon dioksida ke dalam suatu adunan atau doh menerusi tindakbalas asid-bes dimana ia akan menyebabkan buih-buih di dalam adunan lembab untuk mengembangkannya dan menaikkan isipadu adunan tersebut. Ia menjadi pilihan berbanding menggunakan bahan yis yang mana keluaran akhir akan memiliki rasa penapaian tidak diingini atau doh tidak mempunyai struktur elastik untuk mengekalkan bentuk yang terhasil kesan daripada proses iaitu pembebasan gas lebih dalam beberapa minit. Oleh kerana gas karbon dioksida dilepaskan pada kadar purata yang lebih tinggi menerusi tindak balas asid-bes daripada menerusi penapaian maka produk roti diperbuat oleh serbuk penaik kimia dikenali sebagai 'roti segera;. Belajar mengenai fakta komponen dimana kebanyakan serbuk penaik dijual secara komersial dibuat daripada serbuk penaik komersial diperbuat daripada soda penaik dan juga dikenali sebagai natrium bikarbonat beralkali. Ia adalah salah satu atau lebih garam berasid dan satu kanji berlengai (kanji jagung tetapi di dalam kebanyakan kes, walaupun kanji kentang juga boleh juga ia digunakan. Soda penaik adalah satu sumber karbon dioksida, di mana tindak balas asid-besnya boleh diwakilkan secara umum dengan persamaan di bawah: NaHCO3 + H+ → Na+ + CO2 + H2O sebagai formulanya. Artikel pagi Ahad ini selepas berjogging di Taman Saujana Hijau Putrajaya saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta soda penaik dan hubungannya dengan sektor pertanian untuk menjadi bahan rujukkan semua.

 
Serbuk penaik adalah bahan serba boleh yang sering digunakan dalam penaik. Tetapi faedahnya melampaui dapur. Malah, bahan yang luar biasa ini boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk memudahkan kehidupan seharian anda. Daripada pembersihan dan penghapusan bau kepada merawat penyakit biasa, baking soda mempunyai pelbagai kegunaan mengejutkan yang mungkin anda tidak tahu. Cara membersih dan menyahbau dengan baking soda yang mampu bertindak sebagai pelelas yang lembut tetapi berkesan, menjadikannya bagus untuk menghilangkan kotoran dan bau degil dari pelbagai permukaan. Ia juga boleh menyegarkan rumah anda dengan meneutralkan bau yang tidak menyenangkan dan menyerap kelembapan. Selain itu, baking soda boleh menjadi tambahan yang berharga kepada rutin kecantikan anda kerana ia boleh digunakan sebagai pengelupasan semula jadi dan pemutih gigi. Cara mudah untuk menggunakan baking soda untuk pembersihan adalah dengan mencampurkannya dengan air kepada konsistensi seperti pes dan sapukan pada permukaan yang ingin anda bersihkan. Biarkan selama beberapa minit dan kemudian lap dengan kain lembap. Kaedah ini amat berkesan untuk menghilangkan kotoran dari permaidani, upholsteri, dan juga kasut. Petua lain ialah menggunakan baking soda untuk menghilangkan bau di dalam peti sejuk. Hanya letakkan mangkuk soda penaik terbuka di dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang tidak menyenangkan dan memastikan peti sejuk anda segar dan bebas bau. Apa pun baking soda juga faktanya adalah ia sebagai produk kecantikan semula jadi. Didakwa selain manfaat pembersihan dan kecantikannya, baking soda juga mempunyai beberapa kegunaan berkaitan kesihatan. Ia boleh membantu dengan pedih ulu hati dan senak, melegakan kulit yang merengsa, malah memberikan kelegaan daripada gigitan serangga. Apabila bercakap tentang rutin kecantikan anda, baking soda adalah petua rahsia untuk pengelupasan semula jadi. Hanya campurkan sedikit soda penaik dengan air untuk membentuk pes dan urut perlahan-lahan ke dalam kulit anda. Soda penaik membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit anda lembut dan bercahaya. Selain itu, baking soda juga boleh digunakan sebagai pemutih gigi semulajadi. Hanya taburkan sedikit soda penaik pada berus gigi anda dan gosok gigi anda seperti biasa. Soda penaik membantu menghilangkan kotoran dan memutihkan gigi anda untuk senyuman yang lebih cerah. Soda penaik dalam bahan memasak dan membakar dimana penggunaan serbuk penaik adalah satu kemestian semasa memasak dan membakar. Serbuk penaik sering digunakan sebagai agen penaik dalam makanan yang dibakar kerana ia membolehkan doh untuk ia mengembang dan memberikan tekstur yang lapang. Ia juga boleh digunakan untuk meneutralkan asid berlebihan dalam makanan berasid. Resipi popular yang menggunakan serbuk penaik ialah pancake klasik. Dengan menambahkan serbuk penaik pada adunan penkek, anda mendapat penkek yang gebu dan ringan yang menjadikan setiap sarapan pagi menyeronokkan. Selain itu, baking soda juga boleh digunakan untuk melembutkan sayur-sayuran dan melembutkan daging. Cuma tambahkan secubit baking soda ke dalam air masak untuk memendekkan masa memasak sambil menambah baik tekstur dan rasa bahan-bahan tersebut. Soda penaik juga boleh memberikan kelegaan daripada pelbagai masalah kesihatan. Untuk pedih ulu hati dan senak, baking soda boleh membantu meneutralkan asid perut dan melegakan ketidakselesaan. Hanya campurkan satu sudu teh baking soda dalam segelas air dan minum perlahan-lahan. Untuk kulit yang merengsa atau gigitan serangga, anda boleh membuat pes baking soda dan air dan sapukan pada kawasan yang terjejas. Soda penaik mempunyai kesan menenangkan dan boleh melegakan kegatalan dan keradangan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa baking soda tidak sesuai untuk semua orang. Untuk keadaan perubatan tertentu, seperti tekanan darah tinggi atau penyakit buah pinggang, anda harus berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan baking soda sebagai ubat rumah.


Dalam bidang pertanian dimana soda penaik untuk berkebun dan tumbuh-tumbuhan perlu di ketahui faktanya.  Baking soda boleh berguna bukan sahaja di rumah akan tetapi juga kepada  tanaman disekeliling rumah. Ia boleh membantu menyesuaikan pH tanah dan menggalakkan pertumbuhan tumbuhan. Sebagai contoh sesiapa mempunyai tanah berasid maka dia boleh menggunakan baking soda untuk dapat meningkatkan pH dan menjadikan tanah lebih sesuai untuk tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran atau bunga. Selain itu dilaporkan dimana baking soda juga boleh digunakan untuk mengawal rumpai. Hanya taburkan sedikit soda penaik di antara tumbuhan atau pada pertumbuhan rumpai untuk menghalang pertumbuhan dan mengurangkan penampilan rumpai. Paling win bagi penulis blog yang banyak menanam sayuran, bunga dan ulaman keliling rumah dimana soda penaik untuk kawalan perosak tanaman. Soda penaik bukan sahaja sesuai untuk membersihkan permukaan akan tetapi juga boleh digunakan sebagai agen pembersih mesra alam untuk pelbagai barangan rumah. Pembaca blog ini boleh membuat campuran mudah baking soda dan air untuk membersihkan sinki, tandas atau jubin dirumah. Soda penaik akan ia bertindak sebagai pembersih semula jadi dan berkesan menanggalkan kotoran dan serpihan. Petua lain ialah jika menggunakan baking soda sebagai pelembut kain semula jadi untuk pakaian iaitu dengan cuma tambah setengah cawan soda penaik pada kitaran bilas terakhir untuk menjadikan pakaian anda lebih lembut dan segar. Paling agak jarang diketahui jika soda penaik sebagai detergen dimana sebagai tambahan kepada faedah kecantikan yang telah disebutkan, baking soda juga boleh membantu dengan penjagaan diri. Ia boleh digunakan sebagai pengganti deodoran semula jadi kerana ia meneutralkan bau yang tidak menyenangkan sambil mengekalkan kulit kering. Cukup taburkan sedikit baking soda di bawah lengan anda dan gosok perlahan-lahan. Selain itu juga dilaporkan jika baking soda juga boleh digunakan sebagai mandian kaki untuk menyegarkan kaki yang letih dan berbau. Hanya campurkan sedikit baking soda dengan air suam dan rendam kaki anda selama 15-20 minit. Soda penaik dilaporkan mempunyai kesan penyahbauan dan membuatkan kaki anda berbau harum. Baking soda untuk penjagaan badan dimana ia adalah produk yang menakjubkan dengan kegunaan yang tidak terkira banyaknya. Daripada pembersihan dan cara iaitu penyingkiran bau kepada rawatan kecantikan, penjagaan kesihatan dan berkebun, baking soda menawarkan pelbagai manfaat. Temui penggunaan soda penaik yang menakjubkan dan gunakan produk yang berpatutan dan mesra alam ini untuk meningkatkan kehidupan harian semua.


Pertanian dan soda penaik amat signifikan kaitannya. Ini kerana soda penaik bukan sahaja boleh digunakan ketika memasak tetapi ia juga mempunyai pelbagai fungsi  untuk tanaman. Antara kegunaannya adalah boleh dijadikan racun untuk menghalau serangga perosak. Kegunaan soda penaik dalam pertanian yang selalu di aplikasikan adalah ia adalah sebagai Bahan racun kulat semula jadi tanaman. Caranya adalah dengan mencampurkan soda penaik dengan air dan sabun cecair. Semburkan cecair ini di tumbuhan untuk melawan penyakit seperti kulat serbuk. Soda panaik juga sesuai di gunakan untuk mematikan rumput atau racun rumput yang mesra alam. Caranya dengan gunakan soda penaik untuk mematikan rumput tanpa merosakkan tumbuhan sekeliling yang lain. Ia juga dilaporkan sesuaii sebagai Penghalang serangga perosak dima semua orang yang mempunyai masalah serangga perosak ama dia boleh campurkan soda penaik dan sedikit tepung. Kesannya dimana serangga perosak seperti cacing kobis dan kutu daun boleh hilang apabila bahan ini di sapu bancuhan ini kepada tanaman tersebut. Paling mudah difahami jika soda penaik yang bersifat alkali sesuai membaiki keasidan tanah. Soda penaik boleh digunakan untuk tujuan membaiki tanah yang terlalu berasid kepada dapat kesuburan dimana ia memperbaiki persekitaran pertumbuhan. Tanah yang mempunyai pH purata pH6.5 amat sesui untuk proses pertumbuhan tanaman dan kuran subur pada jenis tanah yang berasid. Tahukah pembaca semua jika soda penaik boleh dijadikan pemanis buah tomato?. Sekiranya buah tomato yang ditanam tidak manis, boleh taburkan sedikit soda penaik di sekeliling pokok tomato untuk mengurangkan keasidan tanah diman kemudian hasilnya tomato pasti lebih manis. Bahan ini dilaporkan sebagai bahan Penggalak proses pengkomposan sisa organik termasuk sisa tanaman. Ini kerana bagi dapat untuk mempercepatkan lagi akan proses pengkomposan dengan menjadikan persekitaran lebih elok, anda boleh menggunakan soda penaik. Soda penaik baik sebagai bahan dalam Penyerapan bau dimana ia akan meneutralkan bau di kawasan seperti sampah, boleh taburkan sedikit soda penaik di sekitar tersebut. Ia juga sebagai bahan untuk Pembersih alatan kebun dimana cara membersihkan alatan berkebun dengan menggosoknya menggunnkan pes baking soda akan ia mampu menghilangkan kotoran dan karat. Paling kurang diketahui mungkin kaitan soda penaik dengan pertanian adalah petua gunakannya yang mampu untuk dapat Meningkatkan percambahan benih yang disemai dengan cara merendam benih dalam larutan soda penaik  sebelum disemai didala tray semaian atau sebelum kerja menanam dikebun. Petani perlu tahu jika serbuk penaik yang di gunakan di kebun akan Menghalau semut yang merosakkn benih tnaman dan hasil tanaman. Salah satu cara mudah mengawap kehdiran semut di kebun adalah dengan menaburkan sedikit soda penaik di sekeliling tumbuhan atau laluan semut dimana ia akah menghilang. 
Mengawal semut di kebun mudah dimana masalah semut boleh dikawal dengan cara menaburkan sedikit soda penaik di sekeliling pokok; menabur campuran tepung gandum dan bedak bayi di sekeliling tanaman atau menyembur campuran satu bahagian air dan satu bahagian cuka pada pokok yang diserang. Bilas dengan air selepas 3-5 minit. Nisbah cuka dengan air mungkin berbeza mengikut spesis pokok. Lebihkan nisbah air jika anda rasakan campuran cecair terlalu pekat. Sembur hanya pada bahagian serangan. Jika boleh hanya sembur pada pangkal pokok tempat semut naik. Ini bagi mengelakkan pokok mati akibat kesan cuka. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat bernmanafaat kepada emua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAHAN MEMBUAT KEK...BAKING SODA....
BERWARNA PUTIH..BANYAK JENAMANYA...
PELBAGAI KEGUNAAN..BANYAK FAKTA..
DALAM PERTANIAN... PERLU DI GUNA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...