Support My Blog

Sunday, April 13, 2025

HATI AYAM - KEBAIKAN DAN NEGATIFNYA

HATI AYAM
(Chicken hearts) merupakan salah satu organ didalam ayam yang mana ia dijadikan makanan eksotik di Malaysia dan ada djual berasingan dengan daging ayam. Ayam selalu di ambil bahagian isi dagingnya untuk di makan selain daripada bahagian pedal, kaki, kepak, peha dan sebagainya. Kalangan pembeli yang suka makan ayam akan memilih bahagian-bahagian ini yang selalu di jual di pasar malam atau di kedai makan terpilih sahaja. Di Malaysia memang ada banyak resepi masakan hati ayam daripada paling mudah di goreng sahaja dengan garam dan kunyit sehinga kepada hidangan hati ayam yang unik dan di panggang menjadi sate juga. Pendek kata ramai orang yang suka makan hati ayam atau jantung ayam atau pedal ayam. Seekor ayam hanya ada 2 biji hati ayam jadinya kalau sekilogram hati ayam dtangnya dari banyak ekor ayam yang disembelih. Pada penulis blog dimana hati ayam merupakan salah satu organ yang punya khasiat kesihatan jika ia dimakan dengan betul. Salah satu yang paling terkenal jika makan hati ayam (juga hati lembu) adalah dakwaan dimana ia boleh meningkatkan sel darah merah. Sebenarnya ada banyak kajian dan testimoni adanya banyak kandungan nutrisi lain dari hati ayam dan apa yang penting adalah citarasa dan kelazatan makanan ini mudah di masak pelbagai cara. Penulis blog kongsikan akan k
andungan Nutrisi Hati Ayam ysng memanga ia kaya dengan zat Protin dimana hati ayam adalah salah satu sumber protin yang sangat baik. Zat Protin ini selalunya ia berfungsi dan berperanan besar dalam menyusun hampir semua sel tubuh, termasuk tulang, otot, paru-paru, rambut, hingga kulit. Protein juga berfungsi memelihara atau memperbaiki jaringan tubuh yang rosak. Jika memakan hati ayam secara rutin ianya akan mempastikan untuk cukup mendapatkan protin yang cukup sehingga daya tahan tubuh tetap kuat terjaga dan fungsi tubuh berjalan normal. Terdapat Zat Besi sebagai mineral esensial ini berperanan penting dalam pembentukan hemoglobin dalam darah. Keperluan bahan protin dalam sel darah merah yang bertanggung jawab untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Hati ayam juga dilaporkan mengandungi tinggi zat besi dalam jumlah yang signifikan sehingga dapat membantu mencegah masaalah anemia dan meningkatkan kesihatan darah. Dalam hati ayam juga terdapat unsur Vitamin B kompleks termasuk vitamin B12, niacin, riboflavin, dan lainnya. Ia penting bagi proses  metabolisme dan membantu mengubah makanan menjadi tenaga. Vitamin B12 juga sangat penting untuk menjaga kesihatan sistem saraf dan pembentukan sel darah. Bahan Asid Amino dalam hati ayam dilaporkan dapat gantikan asid amino esensial tidak dapat dihasilkan oleh tubuh sendiri sehingga ia perlu diambil melalui makanan. Makan hati ayam secara rutin didakwa dapat membantu memastikan akan kes keseimbangan Asid amino yang baik  seseorang. Artikel dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini di paparkan akan kebaikan dan negatifnya makan hati ayam untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Perenggan kedua akan di bincangkan mengenai kebaikan dan manafaat hati ayam. Pertama ia didakwa dapat 
Menjaga Kesihatan Jantung sebab makanan ini mengandungi zat Asid Lemak Omega-3 dan omega-6 yang membantu menjaga kesihatan jantung. Tindakan berlaku dengan mana ia akan mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan juga meningkatkan kolesterol baik (HDL). Apabila LDL menurun dan HDL meningkat maka kesannya akan mengurangkan lagi risiko penyakit jantung. Kebaikan kedua adalah ia akan  Menjaga Kesihatan Otak sebab kandungan vitamin B12 dalam hati ayam sangat penting untuk fungsi otak. Zat vitamin tersebut berperanan dalam proses pembentukan sel darah merah dan melindungi sel-sel saraf. Memakan hati ayam akan dapat meningkatkan konsentrasi, memori dan fungsi kognitif individu secara keseluruhan. Ketiga dimana hati ayam ianya didakwa boleh Meningkatkan Tenaga (energy) seseorang sebab bahan zat protin tinggi dalam hati ayam tidak hanya membantu pembentukan dan perbaikan kerosakan dalam badan tetapi juga memberikan sumber tenaga yang baik. Zat asid amino dalam hati ayam juga dapat meningkatkan vitaliti dan daya tahan seseorang dan boleh menjadi pilihan salah satu makanan yang baik untuk mereka yang aktif secara fisizkal. Selain hati ayam dimana pedal dan jantung ayam juga mampu menambah tenaga walau masih ramai umum percaya yang bahagian ini kurang sihat dimakan. keempat dimana ia akan Menjaga Berat Badan walau pun asasnya ia dilihat memang ada  mengandungi lemak etepi sebahagian besar lemaknya adalah lemak tak tepu tunggal yang baik. Apa pun makanan dengan kombinasi protin dan lemak sihat dalam hati ayam dapat membantu menjaga rasa kenyang lebih lama dan kesannya sesuai menjadi makanan diet.  Kalau ada pembaca blog ini yang sedang berusaha menurunkan berat badan boleh makan hati ayam untuk dapat amalkan strategi dalam menurunkan berat badan yang lebih cekap. Kebaikan ke 5 dilaporkan ia akan Menjaga Kesihatan Kulit kerana zat seperti Vitamin B kompleks iaitu Niacin dalam hati ayam dapat berguna bagi kesihatan kulit. Niacin membantu menjaga kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru sehingga kulit yang sehat dan bersinar.


Dalam membuat pembacaan lain dimana penulis blog dapati ada 
6 kebaikan atau manfaat Memakan Hati Ayam yang memang ia tidak kalah hebatnya dengan makan daging ayam sebab hati ayam juga mempunyai kandungan zat yang berkhasiat. Dengan pengolahan yang tepat, Ini kerana kandungan zat dalam hati ayam adalah bagus walau pun ramai masih anggap  makanan yang berasal dari organ dalam haiwan kurang bernutrisi jika ia dibandingkan dengan daging haiwan tersebut. Banyak laporan nyatakan hati ayam adalah ia termasuk jenis organ dalam (internal organ) yang paling bernutrisi bila diproses menjadi makanan dimana memang tidak banyak bahan makanan lain yang mempunyai khasiat hebat seperti hati ayam. Ia bukan sahaja kaya dengan protein, karbohidrat dan lemak tetapi organ dalam haiwan ini juga mengandung mineral dan vitamin yang perlu untuk tubuh iaitu seperti vitamin B kompleks, zat besi (Fe), dan Posforan (P). Apa pun hati ayam adalah rendah kalori jika dibandingkan makanan kaya protein dan dianggap baik untuk membantu memenuhi keperluan zat seharian. Kajian mendapati dimana pada setiap 100 gram (g) hati ayam mempunyai komposisi nilai zat iaitu Protin (27.4 g), Tenaga (261 kcal), Karbohidrat (1.6 g), Vitamin A (4.957 mcg). Vitamin B2  atau Riboflavin (4.38 mg), Zat besi (15.8 mg). Lemak (16.1 g), Posforan (373 mg), Beta karoten (169 mcg, Kalium (22.9 mg) dan Kalsium (118 mg). Ia juga mempunyai kualiti yang baik dengan ada pelbagai jenis Asid Amino diperlukan tubuh. Jenis zat besi pada hati ayam sendiri adalah 'heme-iron' yang boleh diserap lebih cepat oleh sel-sel di dalam tubuh. MKebaikan hati ayam untuk kesihatan didakwa mampu menjaga berat badan dan kecukupan zat makanan, membantu fungsi otak dan sistem saraf bila hati ayam terdiri dari kandungan ribovlavin atau vitamin B12 yang cukup tinggi an Vitamin B12 penting untuk membantu banyak proses biologis di dalam tubuh seperti mengghasilkan tenaga dari makanan dan sintesis DNA. Ia juga dikatakan mampu untuk mencegah kes anemia dan kelelahan. Hati ayam mengandung vitamin B12 dan zat besi saling bekerja memenuhi kebutuhan oksigen di dalam tubuh. Hati ayam juga akan menjaga kesihatan sistem kardiovaskular atau organ jantung. Hati ayam juga terdapat zat Silenium iaitu mineral yang berguna dalam mencegah berbagai penyakit berbahaya bagi jantung seperti serangan jantung, kolesterol tinggi dan stroke. Selenium adalah komponen antioksidan yang mampu mengurangkan risiko keracunan akibat kadar oksigen atau nitrogen yang berlebih dan mencegah terjadinya serangan jantung. Hati ayam juga akan mengoptimalkan fungsi mata dimana hati ayam mengandung tingga Vitamin A yang berperanan penting untuk menjaga kesihatan mata. Ini kerana dilaporkan Vitamin A pada hati ayam berbentuk retinol.  


Bab ini akan mempaparkan Ancaman dan 
Bahaya Makan Hati Ayam dimana meskipun banyak mengandung vitamin, ternyata hati ayam memiliki efek buruk jika dimakan secara berlebihan. beberapa kenyataan dimana meemakan hati ayam yang dihidangkan di tempat makan yang berada di gerai pasar malam atau restoren mudah dinikmati dan enak dimakan. Apa pun sama seperti isu hati manusia dimana fungsi hati ayam pun adalah sebagai penyaring racun dalam tubuh yang berasal dari makanan yang tidak sengaja masuk ke dalam tubuh. Apa pun walau kandungan nutrisinya baik dan ia diperlukan tubuh seperti vitamin A, D, E, K, dan B12 dimana ternyata memakan hati ayam secara berlebihan adalah ianya agak membahayakan. Antara ancaman dimana hati ayam adalah Bahaya Jika Di berikan kepada Bayi walau pun ada amalan memberikan hati ayam sebagai tambahan menu hasilkan susu ibu yang menyusukan bayi berusia diatas enam bulan. Hasil kajian oleh The National Center for Biotechnology Information) dimana hati ayam yang terlalu dimakan ibunya menyebabkan zat vitamin A dalam susu inu berlebihan. Apa pun kesannya akan terjadi pembesaran pada ventricle dan subarachnoid di otak bayi dimana ini akan membuatkan bayi sangat kurang sihat. Asspek negatif yang kedua dilaporkan dimana hati ayam akan Menyebabkan Penyakit Jantung sebab ia mengandungi tinggi Lemak Tepu dan kolesterol yang dapat menyumbat pada organ pembuluh darah yang mengalir atau menuju kejantung. Kejadian ini memperlambatkan kadar masuknya darah dengan kandungan oksigen yang diperlukan jantung. Akibatnya akan menyebabkan insiden iaitu ancaman penyakit jantung seperti kes lemah jantung, serangan jantung, dan denyutan jantung yang tidak teratur. makan hati ayam akan juga Memicu Penyakit Darah Tinggi terutama bila ia dimakan berlebihan. Bahan kolesterol yang terdapat pada hati ayam akan berubah menjadi kolesterol jahat dimana ia akan menyebabkan proses penumpukan kolesterol dalam salur darah yang membuat peredaran darah tersumbat. Ia akan seterusnya memicu timbulnya penyakit darah tinggi atau hipertensi. Isu ini sama seperti kesan sampingan jika sesiapa mengambil garam bagi penderita hipertensi. makan hati ayam berlebihan menyebabkan isu Rematik dan Gout. Ini kerana kandungan lemak dan kolesterol yang cukup tinggi pada hati ayam juga akan meningkatkan asid urik dan ini memicu penyakit rematik khususnya bagi orang yang memiliki kadar asam urik diatas normal. Ini disebabkan oleh penumpukan zat urik di kawasansendi. Pada penulis blog walau pun sesiapa amat suka makan hati ayam sebaiknya ia dimakan berpatutan agar mendapat kabaikan zat tersebut. Semuga tulisan ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HATI AYAM...PELBAGAI CARA MAKAN....
DI JADIKAN SATE... JADI KEBIASAAN...
KHASIATNYA ... ADA BANYAK KEBAIKAN...
NEGATIF PULA... DIMAKAN BERLEBIHAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Rejab 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...