KETUPAT adalah nama makanan yang popular di Malaysia dan Indonesia serta Singapura diperbuat nasi dalam anyaman daun kelapa atau daun palas diman ia sebagai hidangan istimewa semasa Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidil Adha. Ketupat mempunyai nilai estetik tersendiri kerana ianya merupakan sejenis makanan yang di perbuat daripada daun kelapa muda atau daun palas yang dianyam dan diisikan dengan beras atau pulut sebelum direbus sehingga cukup masak. Ramai rakkyat Malaysia kini menggunakan ketupat moden iaitu beras yang diisikan dalam bekas plastik khas berlubang-lubang dan direbus sama seperti ketupat tradisional dikenali sebagai ketupat segera. Ketupat Tradisional boleh ia dibahagikan kepada dua jenis iaitu Ketupat Nasi dan Ketupat Pulut. Ketupat Nasi lazimnya diperbuat daripada daun kelapa muda yang dianyam khusus untuk dijadikan kerangka ketupat atau Kelongsong Ketupat. Daun Kelapa Muda yang ada di kampong saya di Johor dipanggil sebagai 'JANUR' ini diambil dari pokok kelapa dikawasan rumah. Daun kelapa yang lembut dan berwarna kuning kehijauan di buang bahagian lidi untuk mendapatkan 2 helai daun ketupat. Kaedah menganyam daun ketupat ada beberapa cara dan bentuk. Antara bentuk ketupat yang popular ialah seperti KETUPAT BAWANG, KETUPAT SATE dan KETUPAT SINTOK serta yang handal akan buat KETUPAT JANTUNG. Kelongsong ketupat yang dianyam mempunyai dua bahagian iaitu pucuk daun dibahagian atas dan ekor daun dibahagian bawah. Kerja-kerja mengemas atau 'mengetatkan' kerangka ketupat sangat penting untuk mempastikan kerangka ketupat tersebut cukup kuat untuk menampong isi beras yang akan dimasak dan tidak berlaku kebocoran. Kedua-dua ekor kerangka ketupat di selitkan dan dipotong agar kemas. Lazimnya beras akan diisikan 1/3 bahagian dalam kerangka ketupat bergantung kepada jenis beras yang digunakan. Kemahiran mengisi beras sangat kritikal kerana jika pengisian beras terlalu banyak akan menyebabkan ketupat akan menjadi sangat padat dan KERAS. Jika pengisian beras terlalu sedikit atau kurang menyebabkan ketupat akan jadi LEMBIK atau tidak menjadi. Artikel subuh 29 Ramadan 1446H ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" iaitu mengenai fakta dan kisah ketupat untuk bahan rujukkan semua pembaca blog ini.
Kisah bagaimana 'Ketupat palas laris hingga luar negara' sesuai untuk disembangkan. Ini kerana setiap kali menjelang Aidilfitri, jualan ketupat palas sejuk beku meningkat berkali ganda susulan permintaan tinggi daripada warga kota, khususnya dalam kalangan anak perantauan yang ingin menikmati juadah tradisional itu dengan mudah dan pantas. Seorang pengusahanya Muhamad Izham (41) beritahu jika permintaan terhadap ketupat palas sejuk beku mahupun ketupat palas sedia dimakan amat tinggi bermula bulan Ramadan hingga sebulan selepas hari raya. Kebanyakan warga kota khususnya anak perantauan yang tidak dapat pulang beraya akan menempah ketupat palas sejuk beku dalam kuantiti yang banyak kerana makanan tersebut mampu bertahan lama. Dia juga menghasilkan ketupat palas bersama ahli keluarganya setiap kali menjelang musim perayaan. Permintaan ketupat palas sejuk beku bukan sahaja menjadi pilihan warga kota, malah warga setempat juga kini lebih gemar membelinya kerana mampu bertahan hingga enam bulan jika disimpan dalam peti sejuk beku. Dua yang berpengalaman didalam menghasilkan pelbagai jenis ketupat palas sejak tahun 2000 berkata, selain mendapat permintaan dari luar Kedah khususnya Kuala Lumpur, produk tersebut yang dijenamakan sebagai ‘Ketupat Palas Kubang Sepat’ itu turut menembusi pasaran luar negara. Ada penduduk tempatan yang bawa ketupat palas keluaran saya ke luar negara antaranya Makkah dan Madinah selain Jepun serta India. Apa pun untuk tujuan tempahan luar negara dikendalikan kakak saya dan penghantaran setakat ini dilakukan sebanyak dua kali ke United Kingdom. Selalunya pada setahun harga ketupat palas sejuk beku dinaikkan sebanyak RM2 setiap sekilogram (kg) berikutan peningkatan kos bahan mentah dan operasi. Apa pun kenaikan harga ini tidak dapat dielakkan kerana kos beras pulut, daun palas dan santan meningkat. Kenaikan harga santan paling ketara iaitu RM12 pada tahun lepas dan ia telah meningkat kepada RM16 hingga RM18 tahun ini. Dia telah berusaha mengekalkan harga serendah mungkin, namun peningkatan kos menyebabkan pelarasan harga dibuat bagi memastikan kualiti dan operasi perniagaan dapat diteruskan. Ketupat palas biasa dijual pada harga RM22 pada tahun lepas dan meningkat kepada RM24 tahun ini. Pelbagai variasi ketupat palas dijual, antaranya ketupat palas kacang, ketupat palas jagung dan ketupat palas pulut hitam pada harga RM25. Dia bersyukur kerana permintaan laris seperti biasa walaupun berlaku kenaikan harga namun ia antara yang terendah di kawasan sekitar dimana jualan akan cecah 1,200kg pada hari raya berbanding jualan harian sepanjang musim sekitar 10kg. Dakwanya ada peningkatan setiap tahun sebab ramai juga yang mengambil bekalan daripada saya secara borong untuk dijual di kawasan mereka. Stok bekalan sentiasa tersedia termasuk pada hari raya kedua di Kampung Kubang Sepat, Sungai Korok, Jitra, Kedah. Dia bermula dengan memiliki sebuah peti sejuk beku jumlahnya kini bertambah kepada empat disebabkan permintaan yang tinggi dan itu pun masih tak cukup untuk tampung tempahan, jadi saya terpaksa sewa cool room untuk simpan stok. Masa mula-mula berniaga saya hanya fokus jual ketupat palas siap direbus dan jumlah semua penghasilannya agak terhad.
Dalam kes lain di laporkan 'Wanita ini cuba kelainan buat ketupat palas guna daun pisang akibat penangan PKP' juga sesuai disembangkan. Dilaporkan dimana lazimnya ketupat pulut dibuat dengan cara menggunakan daun palas, namun dek kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaporkan ada seorang wanita yang menjadikan daun pisang sebagai pengganti. Idea unik itu lahir daripada kreativiti Aishah Sofiah Mohamad dimana dia mahu menggandingkan juadah ‘baharu’ itu yang lekat dengan nama ketupat PKP dengan sajian rendang kaki ayam dan memang kecur air liur dibuatnya. Wanita itu dakwa juadah tersebut sangat menjentik hatinya. Masakan tidak bila ketupat palas yang menjadi kegemaran tujuh beradiknya merupakan salah satu resipi berharga peninggalan air tangan arwah ibunya. Bila sebut ketupat palas, perasaan rindu dengan arwah sangat membuak-buak lebih-lebih lagi ketika memasak hasil resipi yang diperturunkan kepadanya. Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, pada tahun-tahun sebelumnya mendapatkan daun palas di hutan berhampiran kampungnya di Pahang. Bila seminggu nak raya, saya tengok susah betul nak cari daun palas. Di kampung saya di Pahang ada, tetapi disebabkan PKP masa itu dimana sesiapa pun tak boleh merentas negeri. Dia nampak pokok pisang, saya terfikir sesuatu. Mengapa tidak saya gunakan alternatif lain iaitu daun pisang sebagai ganti dan ternyata percaturannya berhasil. Cara bagi melipat ketupat menggunakan daun pisang sama tekniknya seperti daun palas. Daun pisang akan dipotong mengikut saiz yang sesuai dan ini memang banyak kerja sedikit. Cara untuk memasaknya juga sama iaitu direbus atau dikukus selama lebih kurang sejam. Kalau di kampung, biasanya ketupat ini hanya dibuat masa musim raya sahaja. Resepi Ketupat Pisang Daun Palas bahan-bahannya adalah daun palas, beras pulut, santan pekat dan juga sedikit garam. Cara-cara membuatnya dengan memasak santan sehingga pecah minyak. Kemudian di masukkan garam dan pulut dan di kacau sampai kering dan balut dengan daun pisang. Kukus sehingga pulut lembut. Boleh cuba juga ni...
Dalam pada itu kegigihan 'Abang ketupat yang tidak marah motor kena hon kuat-kuat tengah jalan dan pernah tersengih seorang diri gara-gara wanita hamil' boleh dikongsikan kisahnya. Bagi Zulkifli atau 'Abang Ketupat' yang menjual ketupat daun palas dan rendang ayam pasang nota untuk pengguna jalan raya membunyikan hon jika ingin atau mahu membeli. Kisah pelik tapi benar, itulah yang dilakukan seorang pemuda yang meminta pengguna jalan raya untuk membunyikan hon ketika dia menunggang motosikal. Dakwanya kalau tekan hon la kuat mana pun dia tak marah pada tulisan di laman Twitter, bersama sekeping foto seorang lelaki yang kini tular. Ini bukan gurauan, tapi memang benar apabila pemuda berkenaan menulis pesanan tersebut pada sekeping kadbod yang dilekatkan pada kotak simpanan makanan di bahagian pembonceng. Apa pun sebenarnya, pemuda itu, Muhammad Zul menitipkan pesanan buat mereka yang berminat untuk membeli ketupat daun palas dan rendang ayam yang dijualnya. Anak muda berusia 22 tahun itu berkata, dia baru memulakan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan dua minggu lalu. Dia yang buat sendiri iaitu dari menganyam ketupat, masak rendang ayam sehingga menghantar pesanan kepada pelanggan selain menjualnya secara menggunakan motosikal. Apa pun foto yang tular itu bukan dirinya akan tetapi sebenarnya adalah salah seorang pelanggannya. Dia yang membunyikan hon dekat Taman Melati, Kuala Lumpur kerana mahu membeli ketupat dan rendang ayam. Kebolehannya menganyam ketupat daun palas sebenarnya bermula dari zaman sekolah rendah iaitu dengan tunjuk ajar daripada ibu bapanya. Dia berkebolehan menganyam ketupat sejak usia muda. Menurut pemuda yang berasal dari Kuala Lumpur itu, rendang ayam dipelajari daripada ibunya yang turut memberi bimbingan kepadanya untuk mengusahakan bisnes tersebut. Apa pun Zul yang juga dikenali sebagai Cholll berkata, selain berkebolahan menganyam ketupat dan memasak rendang ayam, dia melakukan bisnes itu bagi memenuhi selera orang ramai yang sukar didapati terutama di bandar dan bukan musim perayaan. Selalunya kita makan ketupat bersama rendang ayam bila Hari Raya. Tapi sebenarnya ramai yang teringin nak menikmati makanan ni tanpa perlu tunggu Hari Raya. Berkongsi pengalaman, dia juga tidak menyangka bisnesnya dapat memenuhi keinginan itu terutama wanita hamil yang mengidam untuk menikmati makanan tersebut. Dia yang pernah dapat pesanan daripada seorang wanita untuk hantar ke Ampang. Bila sampai, suami dia ambil pesanan tu beritahu yang isterinya mengandung mengidam nak makan ketupat dan rendang ayam. Pernah dapat pesanan daripada seorang wanita untuk hantar ke Ampang. Bila sampai, suami dia ambil pesanan tu beritahu yang isterinya mengandung mengidam nak makan ketupat dan rendang ayam. Dia dapat menghasilkan antara 20 hingga 25 set ketupat daun palas bersama rendang ayam sehari kerana mengusahakannya sendiri pada masa ini. Kalau ada gantung kadbod kat belakang motor tu maksudnya ada lagi set untuk dijual, kalau tak ada maksudnya dah habis. Jadi, kalau nampak dan mahu membeli, hon la kat mana-mana pun tapi saya kena berhenti kat tempat yang selamat dulu. Artikel ini ditulis dalam dua (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
ENAK DI MAKAN... DI HARI RAYA JUA...
LAUK RENDANG...LONTONG JUGA...
BACA ARTIKEL ... SUDAH NAK RAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Ramadan 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.