Support My Blog

Tuesday, April 22, 2025

SODA PENAIK, FAKTA DAN PERTANIAN (Part 1)

SODA PENAIK
(Baking Soda) yang ramai kenali merupaakan sejenis bahan digunakan untuk membuat kek, roti dan pastri. Apa pun serbuk soda penaik juga dikenali sebagai Soda Bikarbonat dimana ia adalah sebatian kimia daripada Natrium bikarbonat (NaHCO3). Bahan ini digunakan sebagai agen penaik dalam masakan, membantu menaikkan adunan apabila dicampur dengan cecair yang berasid dimana berlaku proses tindakbalas yang menghasilkan karbon dioksida dalam tindak balas kimia dilihat ada yang menyebabkan gelembung udara terbentuk untuk menjadikannya ringan dan berongga. Memang mudah membeli soda penaik dari kedai runcit, pasaraya atau membelinya secara on-line sahaja dari aplikasi lokal. Apa pun ada banyak jenama dan formulasi soda penaik dengan kualiti dan harga terjangkau yang tidak banyak bezanya. Dari beberapa keterangan pada label di nyatakan jika serbuk penaik adalah sejenis agen penaik bersifat bahan kimia kering yang digunakan untuk menaikkan isipadu dan melembutkan tekstur pastri seperti muffin, kek, roti dan biskut. Serbuk penaik bertindak dengan melepaskan gas karbon dioksida ke dalam suatu adunan atau doh menerusi tindakbalas asid-bes dimana ia akan menyebabkan buih-buih di dalam adunan lembab untuk mengembangkannya dan menaikkan isipadu adunan tersebut. Ia menjadi pilihan berbanding menggunakan bahan yis yang mana keluaran akhir akan memiliki rasa penapaian tidak diingini atau doh tidak mempunyai struktur elastik untuk mengekalkan bentuk yang terhasil kesan daripada proses iaitu pembebasan gas lebih dalam beberapa minit. Oleh kerana gas karbon dioksida dilepaskan pada kadar purata yang lebih tinggi menerusi tindak balas asid-bes daripada menerusi penapaian maka produk roti diperbuat oleh serbuk penaik kimia dikenali sebagai 'roti segera;. Belajar mengenai fakta komponen dimana kebanyakan serbuk penaik dijual secara komersial dibuat daripada serbuk penaik komersial diperbuat daripada soda penaik dan juga dikenali sebagai natrium bikarbonat beralkali. Ia adalah salah satu atau lebih garam berasid dan satu kanji berlengai (kanji jagung tetapi di dalam kebanyakan kes, walaupun kanji kentang juga boleh juga ia digunakan. Soda penaik adalah satu sumber karbon dioksida, di mana tindak balas asid-besnya boleh diwakilkan secara umum dengan persamaan di bawah: NaHCO3 + H+ → Na+ + CO2 + H2O sebagai formulanya. Artikel pagi Ahad ini selepas berjogging di Taman Saujana Hijau Putrajaya saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta soda penaik dan hubungannya dengan sektor pertanian untuk menjadi bahan rujukkan semua.


Merujuk beberapa produk soda penaik di Malaysia ada banyak jenama dipasaran. Salah satu yang penulis blog selalu beli adalah jenama Kings Soda Penaik atau Kings Serbuk Penaik 120 gm dengan harga di Shopee sekitar RM3.20 - RM3.50 sebotol (Sila lihat foto disebelah). Ia dijual dengan kemasan botol berwarna biru dan kemasan botol berwarna oren dengan tulisan made in Malaysia. Dalam belajar mengenai serbuk penaik dimana bahan kanji lengai serbuk penaik akan bertindak iaitu dalam beberapa fungsi dalam serbuk penaik, terutamanya digunakan bagi menyerap kelembapan dan dengan itu memanjangkan tempoh hayat di para dengan mengekalkan komponen serbuk alkali dan asid daripada bertindak balas terlalu awal. Serbuk yang kering juga mengalir dan bercampur dengan lebih mudah. Akhirnya, tambahan isi padu membenarkan ukuran yang lebih tepat. Asid dalam serbuk penaik boleh bertindak balas secara cepat mahupun lambat. Asid yang selalu cepat bertindak boleh bertindak balas dalam campuran lembap dengan soda penaik dalam suhu bilik manakala asid yang lambat bertindak tidak akan bertindak balas sehingga dipanaskan di dalam ketuhar. Serbuk penaik yang memiliki kedua-dua jenis asid merupakan serbuk tindakan berganda, manakala serbuk penaik dengan satu jenis asid sahaja dipanggil sebagai serbuk tindakan tunggal. Tindakan dengan memberikan kenaikan kedua di dalam ketuhar dimana serbuk tindakan berganda dapat meningkatkan kebolehpercayaan makanan dengan menjadikan masa antara percampuran dan pembakaran kurang kritikal dan merupakan jenis serbuk yang paling meluas dalam pasaran. Serbuk jenis ini berfungsi dalam dua fasa, sekali dalam persekitaran sejuk dan sekali lagi ketika panas. Garam asid suhu rendah umum termasuklah krim tartar dan monokalsium fosfat (kalsium asid fosfat). Garam asid suhu tinggi termasuk bahan natrium aluminium sulfat, natrium aluminium fosfat dan natrium asid pirofosfat. Ada dijelaskan jika penggunaan sebatian aluminum dimana serbuk penaik boleh wujud bersama dengan atau tanpa sebatian aluminium. Beberapa orang tidak cenderung untuk menggunakan serbuk penaik dengan sebatian aluminium kerana bimbang akan menyebabkan makanan mempunyai rasa logam dan dengan hubungan yang dikaitkan iaitu mungkin antara penggunaan aluminium dan penyakit Alzheimer.


Merujuk kepada portal hmetro.com dimana ada beberapa 'Keajaiban soda penaik' dari bahan soda penaik iaitu ia berkesan berkaitan isu kesihatan daripada selesema hingga masalah oral dan kulit. Dilaporkan ada terdapat satu bahan yang terselit di hampir setiap rak dapur yang boleh melakukan keajaiban untuk rambut, kulit dan badan semua. Bahan ini bukan saja murah dan pelbagai guna dimana soda penaik boleh membantu anda dari kepala hingga kaki. Soda penaik adalah natrium bikarbonat, bahan kristal semula jadi, tetapi sering muncul sebagai serbuk halus. Bahan alkali ini mempunyai ciri antibakteria, antikulat, antiseptik dan juga antiradang. Ia juga bahan perubatan yang kuat dan berkesan untuk melawan isu kesihatan yang biasa daripada selesema hingga masalah oral dan kulit. Soda penaik berkesan apabila digunakan untuk tempoh singkat. Bagaimanapun, penggunaan berlebihan boleh merosakkan kulit dan rambut anda. Juga, anda harus melakukan ujian ‘tampalan’ untuk menentukan sama ada kulit anda sensitif kepadanya. Pertama kegunaan dan fakta tentang soda penaik adalah ia 'Melawan jerawat' dimana bagi menghilangkan jerawat kini tidak memerlukan bahan kimia yang kuat. Soda penaik melakukan kerja dengan mudah. Ciri antiseptik dan antiradang bahan ruji dapur ini membantu merawat penyebab serta mengurangkan gejala jerawat dan masalah lain. Di samping itu, ia membantu mengimbangi pH kulit yang membantu mengurangkan masalah kulit. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh soda penaik dengan sedikit air untuk membuat pes. Sapukan pada kulit yang terjejas selama satu hingga dua minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Ulang sekali setiap hari selama dua atau tiga hari, kemudian kurangkan kekerapan hingga satu atau dua kali seminggu. Kedua adalah ia 'Memutihkan gigi kuning' bila bahan soda penaik sangat baik untuk menjadikan gigi jadi bersinar. Ia berfungsi sebagai pelelas ringan untuk menghilangkan noda kuning dari gigi di samping membantu mengeluarkan plak dengan meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria. Pembaca blog anim agro technology boleh cuba meletakkan sedikit soda penaik pada berus gigi bersama ubat gigi biasa dan diberus gigi seperti biasa selama dua minit. Ia boleh dilakukan sekali sehari selama beberapa hari. Sebagai alternatif, sediakan pemutih gigi buatan sendiri dengan empat sudu serbuk akar kunyit, dua sudu soda penaik dan tiga sudu minyak kelapa dara. Campurkan semua bahan dengan teliti. Gunakan pes ini untuk memberus gigi anda sekali sehari selama beberapa hari. Elakkan daripada menggunakan soda penaik berlebihan kerana ia boleh mengikis enamel gigi semulajadi sedia ada. Ketiga faktanya adalah ia yang kerana sifat alkalinya, soda penaik mempunyai 'kesan menenangkan pada kulit yang terbakar' akibat selaran matahari, membantu melegakan gatal dan sensasi terbakar. Ia juga mempunyai ciri antiseptik ringan dan pengeringan yang membantu dalam cara mengeringkan lepuh selaran matahari dengan cepat. Caranya dengan mencampurkan satu hingga dua sudu soda penaik dalam secawan air sejuk. Rendam tuala kecil yang bersih dalam larutan ini, perah tuala dan tekapkan pada kawasan terjejas selama lima hingga 10 minit. Ulang dua atau tiga kali sehari sehingga anda mendapat kelegaan. Sebagai alternatif maka boleh tambahkan setengah cawan soda penaik dalam tab mandi yang penuh dengan air. Kacau rata dan berendam dalam air ini selama 10 -15 minit. Selepas keluar dari tab mandi di tekap kering atau biarkan badan anda kering sendiri. Lakukan ini sekali sehari selama beberapa hari.


Fakta keempat dimana soda penaik akan 'Memperbaiki tone pada kulit' sebab warna kulit tidak sekata adalah masalah utama bagi ramai orang. Jika pembaca blog ini menginginkan warna kulit lebih cerah dan sekata maka soda penaik adalah penyelesaian yang mudah dan murah. Ia adalah agen pengelupasan yang baik membantu menghilangkan sel mati, menyeimbangkan paras pH kulit yang sangat penting untuk menjaga kulit sekata dan bersih. Caramya dengan mencampurkan satu hingga dua sudu teh soda penaik dengan air atau air mawar untuk dijadikan pes sebelum dioles pada wajah. Biarkan seminit dan gosok perlahan dengan hujung jari. Cuci dengan air suam. Lakukan sekali atau dua kali seminggu saja selain pastikan lembapkan kulit selepas menggunakan soda penaik. Sebagai alternatif, campurkan satu sudu soda penaik dan jus lemon bersama empat ke lima titis minyak zaitun. Tekapkan campuran ini pada wajah dan biarkan selama lima minit sebelum dibilas dengan air sejuk. Ulang dua atau tiga kali seminggu. Kehebatan ke 5 dimana soda penaik mampu untuk 'Menghilangkan kelemumur' sesiapa yang bermasaalah. Kalau ada isu kelemumur sukar dihilangkan terutama ketika musim sejuk akan tetapi ia tidak mustahil. Belajar bagaimana kaedah penjagaan rambut yang betul dan tetap, anda boleh menghapuskan kelemumur dengan mudah. Apa pun soda penaik boleh membantu menghilangkan serpihan putih yang mengganggu kulit kepala dan rambut anda. Ia membersihkan kulit kepala dan membantu membuang serpihan. Oleh kerana soda penaik bersifat alkali, ia membantu membawa keseimbangan pH kulit kepala ke keseimbangan yang sihat. Gosokkan satu sudu soda penaik pada rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika, kemudian bilas bersih dengan air. Lakukan ini seminggu sekali sahaja.  Sebagai alternatif, campurkan jus segar sebiji lemon dengan satu sudu teh soda penaik. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama dua hingga tiga minit dan kemudian bilas rambut hingga bersih.. Lakukan perawatan ini seminggu sekali untuk mengekalkan kulit kepala bebas daripada kelemumur. Walau pun diketahui soda penaik adalah bahan serba boleh yang biasa digunakan dalam penaik. Walau bagaimanapun, faedahnya jauh melampaui dapur. Malahan penulis blog juga diberitahu jika bahan yang luar biasa ini boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk memudahkan kehidupan seharian anda. Daripada membersihkan dan menyahbau kepada merawat penyakit biasa, baking soda mempunyai pelbagai kegunaan mengejutkan yang mungkin anda tidak tahu. Apabila bercakap tentang pembersihan, baking soda bertindak sebagai pelelas yang lembut tetapi berkesan, menjadikannya sesuai untuk menghilangkan kotoran dan bau degil dari pelbagai permukaan. Ia juga boleh menyegarkan rumah anda dengan meneutralkan bau yang tidak menyenangkan dan menyerap kelembapan. Selain itu, baking soda boleh menjadi tambahan yang berharga kepada rutin kecantikan anda kerana ia boleh digunakan sebagai pengelupasan semula jadi dan pemutih gigi. Selain daripada faedah pembersihan dan kecantikan, baking soda juga mempunyai beberapa kegunaan berkaitan kesihatan. Ia boleh membantu melegakan pedih ulu hati dan senak yang merengsa bahagian untuk dapat melegakan dan juga memberikan kelegaan daripada gigitan serangga. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat bernmanafaat kepada emua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BAHAN MEMBUAT KEK...BAKING SODA....
BERWARNA PUTIH..BANYAK JENAMANYA...
PELBAGAI KEGUNAAN..BANYAK FAKTA..
DALAM PERTANIAN... PERLU DI GUNA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...