Bagaimanakah harga kaki ayam 'Semakin meningkat sebab ada permintaan tinggi' wajar di sembangkan faktanya. Kini semakin viral makanan dibuat dari kaki ayam disebabkab kandungan kolagen dan beberapa khasiat tentangnya di ketahi umum. Walau pun ada kalangan orang yang lebih suka makan ayam berbanding ikan atau daging lembu tetapi terkini mungkin kerana sudah terbiasa dengan ayam maka menu berasaskan ayam semakin popular sebab ia adalah dari kumpulan Daging Putih'. Daging ayam jika masak sendiri ada bermacam menu boleh dimasak menggunakan ayam daripada ayam goreng biasa, ayam masak merah hinggalah bakar simple bersama kunyit dimana ia semuanya sedap dimakan. Apa pun resepi ayam goreng merupakan menu paling di sukai ramai sehigga ada banyak restoren 'fastfood' yang menjual ayam goreng dan juga di pasar malam atau pasar tani. Tidak kurang ramai orang kini suka makan Sup KAki Ayam yang mudah disediakan sendiri atau mendapatkannya di beberapa premis menjual makanan. Ada banyak dakwaan jika sup kaki ayam kerana percaya kaki ayam dapat membantu mengurangkan masalah sakit lutut. Ini kweN kaki ayam dikatakan mengandungi kolagen semula jadi. Merak Jalanan tak pasti keberkesanannya kepada orang lain. Kalau membeli ayam di pasar basah atau gerai jual ayam segar dimaa kesegaran ayam-ayam itu dapat dilihat apabila pada ketika kita mahu membelinya, kaki-kaki ayam itu masih terangkat yang menunjukkan ia baru saja disembelih dan fresh. Amat berbeza berbanding ayam-ayam di pasar raya yang sudah beku dimana pembeli tidak tahu sudah berapa lama ayam itu disembelih dan berapa lama berada dalam peti sejuk pasar raya. Kini para peniaga makanan pula sudah pasti terpaksa menaikkan harga makanan kerana tidak sanggup lagi menanggung kerugian dimana ada banyak perniagaan yang berkait dengan ayam. Kini dipasar ayam sudah ada diasingkan jualan bahagian ayam daripada bahagian peha ayam, hati ayam, kepak ayam, kaki ayam dan pastinya daging ayam. Peminat kaki ayam perlu membuat tempahan di pasar jika hendak membeli dengan kuantiti yang banyak sebab seekor ayam cuma ada dua kaki, dua kepak dan satu hati.
Percayakah pembaca blog jika kaki ayam sudah menjadi produk yang komersil dimana ini di buktikan apabila 'Kaki ayam bertaburan di lebuh raya berlaku kemalangan 8 kenderaan' yang ada menunjukkan ia banyak jumlahnya. Foto sebelah menunjukkan ribuan kaki ayam bertaburan di atas jalanraya iaitu dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 92.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Sungai Petani, Kedah. Pihak Polis dakwa dimana kemalangan pada jam 6.30 pagi itu turut membabitkan beberapa kenderaan lain termasuk sebuah kereta dipandu seorang wanita terbabas dan terhumban ke dalam longkang di sebelah kiri lebuh raya. Jurucakap polis trafik daerah Kuala Muda nyatakan kejadian berlaku selepas lori membawa muatan kaki ayam itu gagal dikawal lalu terbabas dan merempuh belakang treler membawa muatan simen. Pada masa yang sama dimana ada sebuah kereta jenis Honda City dan sebuah lori yang cuba mengelak dari merempuh lori itu turut terbabas ke tepi lebuh raya, manakala kereta dipandu seorang wanita terhumban ke dalam longkang. Difahamkan iaitu ketika kejadian lori terbabit dalam perjalanan dari Seremban untuk menghantar kaki ayam sejuk beku ke kawasan perusahan di Alor Setar. Treler muatan simen juga menghala arah sama. Semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan. Dalam pada itu kemalangan turut berlaku di laluan arah selatan di lokasi sama akibat tindakan pemandu sebuah treler yang membrek secara mengejut kerana mahu melihat kemalangan di laluan bersebelahan. Akibatnya sebuah kereta jenis Toyota Vios yang gagal mengelak merempuh belakang treler terbabit. Dua lagi kereta jenis PROTON Iswara dan PROTON Satria Neo yang mengekori turut merempuh Toyota Vios terbabit dimana mangsa hanya cedera ringan.
Kisah lain dilaporkan portal Kosmo dimana 'Syarikat cari jururasa kaki ayam tawar gaji RM13,000' di kongsikan juga. Kisah dari Beijing, China dimana ada sebuah syarikat makanan di wilayah Zhejiang, China menarik perhatian orang ramai selepas mengeluarkan iklan yang mencari pengecap kaki ayam di media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam. Syarikat tersebut ingin mencari pekerja yang ditugaskan untuk merasai pelbagai perisa hidangan kaki ayam dengan tawaran gaji lumayan. Apa pun calon yang terpilih dikehendaki makan kaki ayam semasa sarapan pagi dan makan tengah hari dengan bayaran antara 15,000 yuan (RM9,833) hingga 20,000 yuan (RM13,110). Had umur atau jantina tidak ditetapkan tetapi calon perlu dia mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam memakan kaki ayam dan pelbagai makanan lain. Ada seorang pegawai Sumber Manusia syarikat berkenaan dikenali sebagai Wu mengesahkan iklan jawatan tersebut dimana mereka telah menerima hampir 2,000 resume dan menyenarai pendek empat calon akhir. Menurut Wu, calon yang dipilih perlu memberi cadangan kepada syarikat untuk memenuhi keperluan pengguna dalam menambah baik dan membangunkan produk pada masa hadapan.
Di Bangkok, Thailand pula ada kisah bagaimana 'Diberkas kerana seludup kaki ayam' untuk di kongsikan kisahnya. Dilaporkan ada seorang wanita Thailand berusia 46 tahun ditahan di Songkhla, selatan Thailand semalam kerana disyaki menyeludup masuk kaki ayam bernilai RM77,972 dari Malaysia. Bahagian Polis Perlindungan Pengguna (CPPD) di bawah Biro Siasatan Pusat (CIB) Daerah Hat Yai diketuai Lt Kol Polis Anand Buakaew berkata pasukan itu sebaik sahaja mendapat maklumat menyerbu sebuah pondok di Daerah Hat Yai yang dijadikan sebuah gudang sejuk beku untuk menyimpan karkas haiwan, terutamanya ayam itik yang diseludup dari Malaysia. Apa pun semasa operasi pasukan itu memberkas wanita terlibat yang juga merupakan penjaga gudang itu dan menemukan 5,664 kilogram (kg) kaki ayam, 565 kg kaki ayam dibuang tulang menjadikan jumlah keseluruhannya 6,229 kg bernilai hampir 600,000 baht. Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai dokumen untuk menunjukkan sumber negara asal anggota ayam itu sel ain daripada permit untuk membawa masuk karkas haiwan ke negara ini dan permit untuk membawa haiwan atau karkas keluar atau masuk dalam satu-satu zon ditetapkan. Kesemua item dirampas dan dihantar ke pegawai penyiasat di Balai Polis Hat Yai untuk proses perundangan seterusnya.
Ada kes 'Pelanggan terkejut sepotong kaki ayam goreng RM1 Sinar Harian' yang perlu dikongsikan kisahnya. Dalam facebook dengan nama Sarahana Saa melaporkan jika harga kaki ayam yang dibelinya tidak masuk akal kerana saiz kaki ayam goreng itu bersaiz kecil namun dijual pada harga runcit yang kurang munasabah iaitu RM1.00 satu. Kisah dairi Kuala Nerus dimana ada seorang wanita terkejut apabila perlu membayar RM1 untuk sepotong kaki ayam goreng yang dibeli dari sebuah kedai di sekitar daerah ini. DIlaporkan pengguna Facebook dengan nama Sarahana Saa iaitu harga tersebut tidak masuk akal kerana saiz kaki ayam goreng itu bersaiz kecil namun dijual pada harga yang kurang munasabah. Dia dakwa RM1 hanya satu unit kaki ayam dimana penjual sama yang sebelum ini jual dengan harga tiga batang RM1 menunjukkan yang kaki ayam kini semakin mahal. Pembeli tersebut ulangtanya akan berepa harga jualan sebenar sebanyak dua kali lagi untuk kepastian namun jawapannya masih sama. Orang ramai yang membaca fb ini komen dan turut memberikan pandangan sama seperti wanita berkenaan dengan nyatakan lebih baik masak sendiri kaki ayam yang lebih enak dan segar. Komen lan kata kaki ayam yang dijual itu kelihat keras dan kejubg sahaja dengan harga mahal pula memang tidak berbaloi. KOmen lain kata ingat mahal bila beli ada orang jual dua batang RM1 tetapi kes ini lagi melampau dan dilaporkan jika harga makanan di Terengganu memang mahal iaiatu ia setanding harga di Kuala Lumpur. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini berikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.