Support My Blog

Tuesday, April 8, 2025

SEMBANG TENTANG RACUN RUMPAI (PART 2)

RACUN RUMPAI (Weedicide or Herbicide) merupakan satu campuran bahan kimia yang digunakan dalam mengawal dan membasmi pertumbuhan rumpai. Terdapat berbagai-bagai jenis racun rumpai di pasaran untuk digunakan iaitu terutamanya dalam bidang pertanian. Racun Rumpai secara ringkasnya dibahagikan kepada RACUN PRA-CAMBAH, RACUN SENTUH dan RACUN SISTEMIK. Antara jenis-jenis Racun ini diformulasi untuk tujuan khusus dengan cara penggunaan yang tidak sama. Biasanya Racun Pracambah digunakan dikawasan kebun yang akan disembur semasa kerja-kerja penyediaan tanah selesai untuk menghalang anak benih rumpai tumbuh sebelum penanaman. Racun jenis ini berkesan untuk tujuanan kawalan rumpai pada peringkat paling awal. Antara racun jenis ini seperti Atrazine dan lain-lain jenama. Racun Sentuh bertindak dengan sentuhan kepada bahagian tanaman (daun dan batang) dan akan matikan rumpai. Kesan racun sentuh adalah cepat dan dapat dilihat tumbuhan layu dalam beberapa jam sahaja selepas penyemburan dijalankan. Racun Sistemik bertindak dengan diserap kedalam seluruh bahagian tumbuhan dam rumpai akan mati perlahan-lahan. Lazimnya proses racun ini lambat dilihat. Selepas 2-3 hari pun kesan racun jenis ini tidak dapat dikesan lagi. Keberkesanan racun ini agak lama berbanding dengan racun sentuh. Perkara paling penting adalah kita perlu tahu bahawa racun rumpai adalah bahan terkawal yang mebahaya dan perlu dikendalikan dengan baik. Telah ada beberapa artikel saya tulis mengenai apakah langkah keselamatan perlu diambil dan amalkan sebagai pengguna dan pekerja didalam perkara ini. Perlu diberitahu dimana sifat Racun Rumpai ada dua kategori iaitu Jenis Selektif (memilih) dan Tidak Selektif (tidak memilih). Jenis racun rumpai selektif hanya mematikan spesis rumpai tertentu sahaja manakala meninggalkan tanaman yang lain disekelilingnya masih didalam keadaan terkawal. Racun ini bertindak mengganggu pertumbuhan rumpai melalui “peniruan” hormon tumbuhan. Pemilihan ini mungkin disebabkan oleh translokasi, penyerapan berbeza, perbezaan fizikal (morfologi) atau fisiologi antara spesies tumbuhan. Antara contoh racun rumpai selektif adalah seperti 2,4-D dan imazapic. Racun 2,4-D bertindak khas membunuh rumpai berdaun lebar seperti melostoma (Sila lihat foto disebelah - Racun Hextar). Racun seperti ini banyak digunakan ketika pokok padi sedang tumbuh. Sementara itu Jenis racun rumpai tidak selektif bertindak terhadap semua spesies tumbuhan tertentu. Mana-mana tumbuhan yang terkena racun ini akan mati. Ia sering digunakan untuk membersihkan tapak perindustrian, tanah sisa, kereta api dan benteng keretapi. Contoh racun rumpai ini adalah seperti paraquat, glufosinate, dan glyphosate. Pembeli atau pengguna dimestikan untuk memilih jenis racun yang hendak digunakan semasa kekedai pertanian untuk membeli racun. Faktur jenis rumpai, jenis tanaman, tujuan semburan racun dan juga kos pembelian sering dijadikan asas untuk memilih jenis racun rumpai yang hendak digunakan. Walau pun akhirnya kebanyakan petani atau pengguna akan membeli berdasarkan kos akan tetapi berdasarkan pengalaman semua faktur akan diambil kira. Artikel petang Raya Aidilfitri ke 3 1446H ini saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai racun rumpai untuk bahan rujukkan.


Sembang tentang '
Mudarat racun perosak berlebihan' sesuai dikongsikan juga kali ini. Di Malaysia sektor pertanian masih lagi ia memainkan peranan penting terhadap ekonomi Malaysia melalui sumbangannya kepada pendapatan negara, perolehan eksport, peluang pekerjaan serta mewujudkan keberdikarian bekalan makanan negara. Bagaimana pun bagi penulis blog mendapati jika diantara isu yang menjadi perhatian dalam sektor ini ialah penggunaan berlebihan dan tanpa kawalan racun makhluk perosak (RMP). RMP adalah bahan yang digunakan untuk mengawal, mencegah dan memusnahkan makhluk perosak yang menjejaskan pendapatan petani. Racun perosak terdiri daripada racun rumpai, racun kulat, racun serangga dan racun bakteria. Mengikut Konvensyen Stockholm Mengenai Pencemar Organik Berterusan, sembilan daripada 12 bahan kimia organik yang berbahaya dan bersifat kekal ialah racun perosak Paraquat dan Malathion. Dua jenis racun tersebut adalah antara RMP yang menjadi pilihan petani kerana memberi kesan yang cepat berbanding penggunaan racun organik. Namun ia membawa pelbagai kesan negatif seperti kesan keracunan makanan kepada manusia, komplikasi kepada kulit, saraf dan sistem badan manusia, selain memudaratkan alam sekitar dengan mencemari sumber air bersih dan udara. Muntah, perut memulas dan cirit birit adalah simptom yang biasa bagi keracunan RMP. Penggunaan RMP yang tidak selamat dari segi kaedah dan pengendalian, kepekatan dos, kekerapan dan masa semburan akan meninggalkan residu racun perosak kepada hasil tanaman dan persekitaran, selain mengancam kesihatan petani dan pengguna. Dilaporkan pada setiap tahun di seluruh dunia, dianggarkan seramai 25 juta orang mengalami keracunan racun perosak. Ancaman residu RMP bukan sahaja sebabnya bergantung pada kualiti dan spesifikasi racun perosak tetapi juga pengetahuan petani mengenai sisa-sisa RMP dan sikap pengguna. RMP menjejaskan kesihatan manusia melalui kesan akut, kronik atau kedua-duanya sekali bergantung kepada jenis racun yang digunakan. Ada sesetengah RMP mungkin berkarsinogen, boleh menjejaskan sistem endokrin atau hormon dalam tubuh, manakala yang lain mungkin menyebabkan kerengsaan kulit dan mata. Laluan paling biasa untuk keracunan RMP ialah penyerapan melalui kulit. Penyerapan ke dalam kulit boleh berlaku akibat daripada percikan atau tumpahan ketika petani mengendalikan racun. aktiviti kawalan biologi penting apabila kajian penggunaan racun perosak berklorin dalam kalangan petani yang berusia lebih daripada 50 tahun dan penggunaan racun perosak yang mengandungi metil bromida dikaitkan dengan risiko kanser prostat. Sesetengah RMP menyebabkan masalah kesuburan iaitu hormon pembiakan mengeluarkan sperma pada jumlah yang kurang atau menyebabkan kemandulan kaum lelaki atau wanita. Kesan paling membimbangkan ialah ia boleh meresap ke dalam janin dan kanak-kanak menyebabkan keracunan RMP. Kajian juga menunjukkan perkaitan antara pendedahan racun perosak terhadap golongan ibu dan kecacatan pada bayi, khususnya jika pendedahan terjadi dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan. Tahap penggunaan RMP dalam kalangan petani di Malaysia masih tinggi. Malah, beberapa RMP yang tidak dibenarkan penggunaannya boleh didapati secara komersial terutama yang dibawa masuk dari negara jiran. Para petani turut disaran melaksanakan Amalan Pertanian Baik (GAP) seperti menggunakan kaedah kawalan biologi bagi menggantikan penggunaan RMP secara berlebihan. Agen Kawalan Biologi (AKB) adalah satu kaedah lestari bagi pengawalan serangga perosak untuk tanaman sayur-sayuran. Ia terbukti berkesan mengawal serangan serangga perosak. AKB yang dibiakkan di makmal seperti ‘tiger fly’ berkesan mengawal ulat pelombong daun (leafminer) yang menyerang sayuran berdaun. AKB juga berupaya dalam menjamin kualiti serta keselamatan makanan selain dapat bantu mengurangkan kos pengeluaran dan pencemaran alam sekitar. Kaedah itu mampu menjimatkan kos sebanyak RM2,000 semusim.


Menarik berita dimana 'JAS Kedah kesan acrolein dalam semburan racun' yang sesuai di kongsikan dengan ssemua pembaca blog ini. Operasi yang dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia semalam. Kidah dari Sungai Petani, Kedah dimana hasil pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesan 'acrolein' sebagai salah satu pencemar di tapak lokasi pencemaran di ladang kelapa sawit dekat Kampung Baru, Bedong. Bahan acrolein adalah salah satu bahan yang digunakan dalam racun herbicide atau racun rumpai dalam sektor perladangan. Siasatan awal juga mengesyaki terdapat pencemaran bau berpunca daripada kawasan kebun penanaman kelapa sawit berjarak anggaran 400 hingga 500 meter dari rumah penduduk. Masyarakat lokal diminta tidak panik kerana ia kes terpencil. Bagaimanapun orang awam adalah diingatkan agar semua pihak ambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati dalam membuat semburan racun perosak, ikut prosedur semburan dan penggunaan racun yang disarankan pengeluar. Kisah viral mengenai isu ini berhubung aduan pencemaran bau yang dilaporkan berlaku di ladang tersebut dan susulan aduan terbabit maka satu operasi telah dilaksanakan dibantu Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah di lokasi tapak semalam. Operasi yang bermula kira-kira 4.56 petang itu berakhir lebih kurang 9 malam semalam setelah sampel diambil dari kawasan seluas 148 meter persegi itu. Siasatan telah dijalankan termasuk merakam percakapan pemilik kebun selain dilaporkan tiga buah rumah terjejas, melibatkan seorang warga emas dan dua kanak-kanak yang muntah. JAS Kedah dilaporkan sudah mengesahkan telah mengambil sampel tumbuhan yang dipercayai disembur dengan bahan yang disyaki menyebabkan bau kepada penduduk berdekatan. Apa pun siasatan tersebut masih diteruskan dan ia turut menafikan ia memberi kesan sehingga tahap membahayakan kepada manusia.
Dalam kes lain dilaporkan dimana '35 tan racun makhluk perosak tidak berdaftar dirampas' yang sesuai di kongsikan dan disembangkan. edia laporkan ada kira-kira 35 tan racun makhluk perosak tidak berdaftar dirampas dalam serbuan di sebuah premis dekat Taman Industri Integrasi Rawang, Selangor. Racun makhluk perosak itu dirampas sepasukan penguat kuasa Seksyen Penguatkuasaan, Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian yang dianggarkan bernilai RM476,760. Ketua Pengarah Pertanian berkata premis yang menyimpan 32 jenis racun makhluk perosak tidak berdaftar itu dijadikan hab penghantaran dan pengedaran di seluruh negara. Masih tiada tangkapan dibuat dalam serbuan itu bagaimanapun, pihaknya kini sudah mengenal pasti pihak terbabit dalam kegiatan berkenaan. Racun makhluk perosak dirampas itu antaranya bagi kegunaan kawalan rumpai dengan pelbagai jenama, disyaki mengandungi perawis aktif Paraquat Dichloride tidak berdaftar dan diharamkan di negara ini. Pelbagai racun serangga dikesan berlabel menggunakan tulisan negara jiran dan tidak berlabel, disyaki racun tiruan dirampas di tempat kejadian. Berkemungkinan besar label racun berkenaan dibuat dalam negara tetapi menggunakan tulisan Siam, selain tidak menolak kemungkinan racun terbabit dihasilkan di Malaysia. Siasatan lanjut akan dibuat bagi mengenal pasti beberapa elemen lain, termasuk pengilang racun terbabit serta sama ada kegiatan itu didalangi sindiket atau sebaliknya. Jabatan Pertanian yakin ia dapat dilakukan kerana pengedaran dan penghantaran mengikut pesanan dibuat secara terus kepada pengguna akhir, selain terdapat syarikat logistik turut terbabit dalam operasi premis ini. Jabatan juga mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Jabatan Pertanian sentiasa komited membanteras penjualan dan penggunaan racun makhluk perosak tidak berdaftar dengan orang ramai diminta menyalurkan maklumat jika mengenal pasti aktiviti sedemikian. Semua kes disiasat mengikut Seksyen 13 (1)(b) Akta Racun Makhluk Perosak 1974, Seksyen 20(3) akta sama dan Seksyen 53A(1)(a) akta berkenaan.


Agak unik kisah bagaimana ada orang yang cuma 'Gunakan Garam Untuk Kawal Rumpai' untuk di kongsikan. Bagi individu tertentu mereka gunakan garam sahaja untuk kawal rumpai di kawasan halaman rumah. Orang seperti ini dari kumpulan yang takut akan racun kimia khususnya racun rumpai sebab toksiknya dan kesan kesaihatan jika terkena. Terdapat petua atau tip bagi tujuan matikan rumput guna garam. Caranya adalah dengan membeli atau menyediakan garam kasar dimana boleh membeli atau cari garam yang harga murah saja. APa pun kemudian boleh di tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah dimana ia merapa di kawasan rumput tersebut di musim tidak hujan kuat. Boleh juga garam ini ditabur atas rumput tepi pasu yang malas hendak dicabut dan mesti ia merata. Kalau cuaca panas selalunya pada keesokan harinya rumput akan mula jadi kuning daunnya dan kemudian ia akan kering walau un dilihat garamnya masih ada. Apa pun kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga akan tiada kelihatan lagi. Bagusnya cara ini dimana selain rumput mati maka garam kasar ini juga akan menghindarkan masalah kehadiran siput babi, lipan dan juga ular. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca semuanya. Semua]ga tulisa kali ini memberi maklumat sesuai untuk di gunakan dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
RACUN RUMPAI... BERFAEDAH DIA...
MENGAWAL RUMPAI...SEMBUR SAJA...
BANYAK JENIS... PELBAGAI JENAMA...
PETANI PENING...KENAIKAN HARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(3 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...