Support My Blog

Sunday, April 13, 2025

SEMBANG FAKTA KAKI AYAM (PART 1)

KAKI AYAM
atau 'Ceker' atau 'Chicken Feet' merupakan sepasang anggota kaki yang terdapat pada seekor ayam dimana kini sudah viral gara-gara khasiatnya. Kaki ayam merupakan bahagian paling tidak popular di kalangan pembeli ayam dulu tetapi kini ia sudah dijual dan mendapat permintaan yang baik dikalangan peminatnya. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya tetapi kalau sudah ujirasa resepi khusus mama ramai akan suka makan kuliner kaki ayam.. Banyak alasan yang diberi oleh pengguna tidak suka kaki ayam di antaranya sebab rasa jijik (ayam pijak tahi), tidak ada isi, kotor kononnya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda dan berbagai alasan lagi. Bagaimana pun kini kajian dapati jika disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Bagi penulis blog sejak dulu memang suka makan kaki ayam tetapi bagi pengguna mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik. Hasil kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya kes kesihatan termasuk kes ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Apa pun dilaporkan bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. Kaki ayam didakwa mampu elakkan kes tulang rapuh dimana tanpa disedari dimana kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. Ada kajian yang menyatakan 'hydroxyapatite' adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Kini makanan tepat untuk tulang adalah tulang dimana kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu. Pembaca blog ini tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. Kaki ayam mengandungi bahan unik iaitu Hydroxyapatite sebagai bahan makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan yang kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia selain ia kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen. Subuh dingin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai fakta dan kisah tentang kaki ayam untuk dijadikan rujukkan.


Ada banyak maklumat nyatakan adalah u
ntung sesiapa yang suka makan Kaki Ayam sebab ia kaya dengan kolagen yang semakin ramai peminatnya. Ada juga yang kata jika sesetengah individu menyatakan tidak elok membuang bahagian-bahagian tertentu ayam yang boleh dimakan untuk mengelakkan pembaziran. Ia sangatlah benar memandangkan banyak kumpulan etnik yang memakan makanan ini adalah secara tradisinya berasal daripada kumpulan masyarakat yang berpendapatan rendah. Aktiviti pembuangan kaki ayam diibaratkan sebagai satu pembaziran memandangkan ia boleh dijadikan sebagai lauk dan hidangan untuk dimakan oleh ahli keluarga yang lain dimana salah satu faedah positif yang berkaitan dengan khasiat memakan ceker ayam adalah disebabkan oleh kandungan kolagen ceker ayam tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Sains Haiwan Universiti Kebangsaan Chung-Hsing di Taiwan menunjukkan bahawa kaki haiwan ini mengandungi banyak kolagen. Kolagen pula seperti yang anda ketahui adalah bahan yang membantu kulit anda untuk kelihatan muda. Penyelidikan di Universiti Taiwan ini mengesahkan makanan ini adalah sumber alternatif yang baik untuk mendapatkan kolagen. Sumber yang menjadi kebiasaan manusia untuk mendapatkan kolagen adalah daripada lembu, babi dan ikan laut. Tetapi kos pengeluaran daripada sumber-sumber ini ternyata adalah sangat mahal. Apa pun Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik, dan chondroitin sulfat. Bahan Asid hyaluronik turut digelar sebagai ‘fountain of youth’ kerana ia boleh menghalang kesan-kesan penuaan. Chondroitin sulfate pula adalah baik untuk osteoarthritis dan bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah sendi. Makanan ini sememangnya mengandungi kolagen lebih daripada 20% kolagen dimana kebanyakan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 darjah Celsius. Perlu di ketahui memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 darjah Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin. Walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah pun ianya termusnah (denatured) namun kajian saintifik telah membuktikan bahawa pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.


Fakta bagaimana pertanyaan apakah kolagen dan apakah manfaatnya sering di bincangkan. Kolagen dilapor ia boleh digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘memegang badan kita bersama’. Faedahnya bukan hanya untuk kesihatan kulit tetapi juga untuk kesihatan jantung, bahkan dapat meningkatkan prestasi atlet. Kajian melaporkan dimana diantara faedah lain daripada pengambilan kolagen adalah termasuk kesan kepada bahagian Kulit yang lebih sihat dan muda sebab kalogen 
kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat. Ia mampu meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah. Ia membantu badan dalam metabolizing lemak, oleh itu ia baik untuk penurunan berat badan, melambatkan kesan arthritis serta akan mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan). Bagaimana pun kajian menyatakan jika kebanyakan kolagen sebagai suplemen kurang terjangkau sebab harga kolagen adalah mahal. Apa pun mengapa perlu membayar dengan jumlah yang mahal jika anda mempunyai alternatif yang amat murah atau hampir percuma iaitu dengan mengambil ceker ayam. Untuk dapat menikmati faedah kolagen dalam ceker ayam, masukkan kaki haiwan ini ke dalam sup, rebusan, stew atau dalam sebarang masakan. Maklumat mengenai sama ada minuman kolagen kaki ayam benar-benar berkesan dikaji oleh Dr Stefanie Williams, seorang Ahli Pakar Kulit & Pengarah Perubatan European Dermatology London yang dakwa bahawa beberapa minuman kolagen sebenarnya memenuhi tuntutan mereka untuk mendapatkan kulit yang lebih baik. Info Kaki Ayam dilaporkan ia Baik untuk Arthritis sebab ceker ayam terdiri daripada tulang, kulit, dan tendon, tetapi tidak mempunyai otot. Apa pun bahagian makanan ini kaya dengan protein, kalsium, mineral, kolagen, dan tulang rawan yang mudah diserap oleh badan. Apa pun ini adalah nutrien penting yang diperlukan untuk pergerakan sendi yang baik untuk mengurangkan arthritis dan sakit sendi. Daripada anda membeli makanan tambahan dengan kandungan glucosamine dan chondroitin, adalah lebih baik untuk anda menggunakan kaki haiwan ini di dalam sup atau renehan anda dan nikmati pilihan yang lebih murah untuk kesihatan bersama. Inilah sebabnya mengapa pakar seni pertahanan diri China menggunakan kaki haiwan ini sebagai sebahagian daripada rutin diet mereka. Makanan ini bukanlah bahan makanan yang boleh dipandang sepi apatah lagi dibuang. Ia adalah sumber makanan yang murah, tetapi kaya dengan kandungan khasiat terutamanya kolagen yang tinggi. Semua orang tidak perlu melaburkan wang untuk berusaha mendapatkan produk kolagen yang berharga mahal, cukup sekadar mempelbagaikan hidangan ceker ayam dalam menu sendiri. Kalau tidak terbiasa dengan tekstur kaki ayam tersebut maka kemudian lama kelamaan akan terbiasa setelah kerap mencubanya.  


Dalam satu laporan tempatan bertajuk '
Apa Kebaikan Kaki Ayam Untuk Kesihatan?' oleh Dr Rizal Abu Bakar amat wajat disembangkan faktanya. Mereka yang menggemari kaki ayam seperti dibuat sup amat beruntung sebab bernutrisi padat bagus untuk tubuh. Bagaimana pun masih ramai yang ‘geli’ sebab makan kaki ayam 'tidak pakai selipar' dan asasnya macam kotor. Dilaporkan dimana didalam buku perubatan Cina karya Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus dan ia adalah bagus untuk hati sebab dengan vitamin C yang tinggi, pengambilan kurma merah juga dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Makanan kaki ayam diperbuat daripada tisu penghubung dengan ada kulit, tulang rawan, tendon dan tulang dimana ada kira-kira 70% kandungan protein dalam kaki ayam yang menjadikannya padat dengan kandungan kolagen. Kolagen selalunya boleh dikenalpasti melalui teksturnya yang lembut dan chewy dimana apabila ia digigit ada rasa kenyal sebab kolagen adalah sejenis protein berstruktur. Ia akan memberi kekuatan serta bentuk kepada kulit, otot, ligamen dan tulang kaki ayam. Kolagen sering dikaitkan dengan kesihatan kulit serta rambut namun kaki ayam juga bagus untuk kesihatan usus. Kolagen juga turut dikenali kerana fungsinya seperti ia melindungi saluran pencernaan agar tidak terkena Leaky Gut Syndrome. Leaky Gut Syndrome adalah sindrom usus bocor di mana sel-sel pada dinding usus menjadi longgar. Ia berpunca dari antigen iaitu sejenis toksin dan bakteria jahat boleh memasuki saluran darah melalui ruang ruang bocor. Sudah semestinya kaki ayam juga tinggi kolagen dimana menjadikan kulit tampil lebih awet muda, sihat dan glowing dimana kalangan penduduk di negara Asia lain seperti Vietnam, Korea, Taiwan, Cina mereka mempunyai kulit yang berkualiti dan kebanyakannya dilihat  mempunyai kulit halus mulus dan cantik. Ia sering dijuluki ‘glass skin’ ataupun ‘porcelain skin’ dimana pPori muka hampir tidak kelihatan. Apabila kolagen berkurang kesannya maka timbul masalah seperti kulit kasar, kering dan bersisik. Orang di negra ini memang mereka gemar makan sup kaki ayam dimana ia menggabungkan bahan-bahan power seperti kurma merah, goji berries, ginseng dan herba lain yang kaya folat iaitu vitamin B9 untuk lindungi ibu hamil. Ada laporan khasiat lain adalah untuk elak kecacatan pada kandungan dimana kalau hendak makan kaki ayam pastikan kulit yang berwarna kuning tu dibuang terlebih dahulu sebab kebanyakan lemak datang daripada kulit tersebut. Hasil kajian dalam Journal of Medicinal Food pada tahun 2015 di mana kajian telah dibuat ke atas 105 peserta wanita selama 6 bulan. Mereka dilihat mempunyai selulit dan mendapati memakan kaki ayam mengurangkan kesan selulit serta kulit berlipat lipat terutama pada bahagian tengkuk dan pinggul. Selain itu kaki ayam juga dikatakan mampu redakan sakit bahagian sendi dimana hasil kajian yang dibuat pada tahun 2016 libatkan 191 peserta yang ada masalah osteoarthritis lutut mendapati dengan cara memakan kaki ayam secara berkala selama 3 bulan dimana ini memberikan kesan memberangsangkan terutama dari segi pengurangan rasa sakit serta tegang pada lutut. Kajian yang dibuat pada tahun seterusnya melibatkan 139 atlet selama 3 bulan yang juga menunjukkan hasil yang serupa sebab kolagen dalam kaki ayam sangat bagus untuk urat dan arteri darah dimana kolagen dan elastin (sejenis protein untuk kelenturan) perlulah seimbang. Dalam pada itu untuk pastikan organ seperti jantung, hati, limpa berada dalam keadaan baik dan ini sekali gus mencegah berlakunya penyakit kronik disebabkan pengerasan pada dinding organ. Kolagen memenuhi jumlah protein dalam badan lebih kurang 25% ke 35% yang selari dengan peningkatan umur. Jumlah kolagen semakin berkurang jadi amatlah penting untuk dapatkannya melalui pemakanan dimana struktur protein dalam kaki ayam adalah yang paling serupa dengan protein dalam badan manusia. Ia juga cepat diserap ke dalam badan manusia dan menjadikannya ideal untuk dimakan dimana jangan dipandang sebelah mata akan khasiat kaki ayam.  


Dalam portal bharian.com ada tajuk '
Kaki ayam tinggi kandungan kolagen' yang wajar diembangkan bersama. Digalakkan agar jangan mbazir wang membeli makanan tambahan mengandungi kolagen bagi mendapatkan kulit tegang kerana khasiatnya boleh diperoleh daripada sumber makanan semula jadi. Kaki ayam sebagai contoh mungkin kurang menarik dimakan tetapi mengandungi paling tinggi kandungan kolagen selain kulit kaki ketam. Bagaimanapun, kulit kaki ketam tidak boleh dimakan kerana keras berbanding kaki ayam yang boleh dibuat sup atau kerabu seperti yang terkenal di Thailand. Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Razinah Mohd Sharif, berkata kolagen dalam bentuk makanan tambahan dan pil hanya mendatangkan mudarat kepada kesihatan jika diambil atau dimakan sebarangan. Kolagen daripada sumber makanan kata beliau, adalah lebih baik dan selamat berbanding dalam bentuk lain selain mudah didapati dan murah. Jadikan makanan sebagai 'pakar kecantikan' kita, bukannya makanan tambahan mahupun suntikan. Hasil dari penyelidikan sekumpulan pakar Jabatan Sains Haiwan Kebangsaan, Universiti Chung-Hsing di Taiwan, mendapati kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Kajian itu juga membuktikan kaki ayam adalah sumber alternatif untuk kolagen, selain lembu dan ikan marin. Kaki ayam terdiri daripada tulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan protein, kalsium, kolagen dan rawan yang mudah diserap oleh badan. Rumpai laut kaya anti oksidan dimana selain kaki ayam, sumber makanan lain yang kaya dengan kolagen adalah rumpai laut yang banyak terdapat di Sabah. Selain kolagen, sumber makanan tambahan baik untuk kulit adalah yang mengandungi glutathione yang bertindak sebagai anti oksidan dan detox semula jadi. Sumber makanan glutahione antaranya bayam, bayam merah, brokoli dan kacang dal. Sumber makanan ini berupaya meningkatkan tahap imun dan memperlahankan radang dalam tubuh. Bagaimanapun, setakat ini tiada bukti saintifik mengaitkan sebarang jenis makanan yang berupaya memutihkan kulit. Kolagen bagi mendapatkan kulit yang tegang boleh diperoleh daripada sumber makanan semula jadi. Kolagen lazimnya terdapat di bahagian tulang, Otot, Kulit dan Tendon. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yag sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini berikan makluma berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi. Wasallam!!!...
KAKI AYAM... CEKER KATA ORANG JAWA...
SEEKOR AYAM...CUMA ADA DUA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PELBAGAI RESEPINYA...
MEMBACA ARTIKEL...ADA INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...