Support My Blog

Thursday, April 24, 2025

SEMBANG TENTANG 'BROMELAIN' (PART 1)

BROMELAIN
adalah sekumpulan enzim protease yang memiliki fungsi mencerna protein dan ia mudah didapatkan dalam buah Nanas. Enzim ini telah bertahun-tahun digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat berbagai masalah kesihatan. Merujuk laporan journal Biotechnology Research International (2012) ia mengandungi bahan atau komponen bermanfaat pada enzim bromelain seperti untuk rawatan kesihatan termasuk sebagai 'Antiedematosa' atau ia mampu mencegah pembengkakan akibat gangguan organ atau sebagai 'Anti-trombotik' dalam mencegah penggumpalan darah dan juga 'Anti-inflamasi' yang mencegah peradangan. Kajian menunjukkan dimana enzim ini dapat diserap baik oleh tubuh tanpa kehilangan kberkesanan proteolitiknya (aktiviti bagi memecahkan protein) dan tidak menimbulkan kesan sampingan yang berbahaya. DIlaporkan antara jenis makanan yang ada mengandung bromelain adalah buah nanas dimana selalunya enzim ini ada dijual dalam bentuk pil, tablet dan juga krim. Bagi penulis blog Buah Nanas 
(Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang penting dalam sistem permakanan manusia sama seperti buah tropika yang lain. Buah nanas lazimnya dimakan segar atau pun diproses untuk dijadikan produk lain seperti Jus Nenas, Nenas Kering (Vacuum Fry), Pes Nenas, Tart Nenas dan dimasak sebagai makanan berasaskan nanas. Antara masakan berasaskan nanas adalah seperti Paceri Nenas, Rojak Nanas dan sebagainya. Bagaimana pun pengambilan nanas segar antara yang terbaik untuk kita kerana ia mengandungi semua khasiat yang terkandung dalam buah nanas termasuk bahan BROMELIN (Bromelain). Bromelin adalah enzim proteolitik yang selalu dijumpai dalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya. Mungkin masih ramai kurang tahu akan kehebatan khasiat buah nenas terutama empulurnya. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan kandungan bahan enzim Bromelin sebagai satu bahan yang berguna seperti laporan media daripada buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan.


Enzim Bromelain 
diketahui bermanfaat untuk meringankan berbagai penyakit, seperti bronkitis, sinusitis, osteoartritis, cirit birit dan sebagainya. Ia dilaporkan mempunyai fungsi mengurangkan lagi rasa sakit selepas pembedahan. Merujuk kepada laporan kajian didalam jurnal Biomedical Reports (2016) didakwa yang enzim bromelain ini juga memberikan kesan antikanser dan imunomodulator (merangsang reaksi imuniti dalam badan). Dalam kajian tersebut menunjukkan bahwa enzim bromelin ini dapat menjadi salah satu enzim yang berpotensi dalam rawatan kanser. Antara temuan kajian dan manfaat dari enzim ini untuk mengatasi beberapa penyakit termasuk merawat Penyakit kardiovaskular dimana enzim ini akan lalukan aktiviti fibrinolitik (memecah gumpalan darah) sehingga dapat menghancurkan plak kolesterol dan kesannya risiko penyumbatan pembuluh darah pun dapat diminimalkan. Enzim bromelain dilaporkan bagus untuk rawat penyakit radang sendi atau Osteoarthritis (OA) adalah jenis radang sendi yang sering berlaku. Sesiapa yang mengambil enzim bromelain selama 6 minggu dilaporkan mampu mengurangkan pesakit osteoarthritis dengan berkesan. Enzim ini juga digunakan untuk perawatan luka bakar dimana enzim bromelain dalam bentuk krim menyembuhkan luka terbakar apabila ia di sapukan pada bahagian terbakar. Bahan yang ada didalamnya iaitu escharase pada bromelain dilaporkan akan membuang lapisan kulit yang rosak. Enzim ini sesuai untuk menurunkan risiko kanser dengan menghalang pertumbuhan sel kanser dan mematikan sel kanser. Ia juga dilaporkan mampu mengatasi jangkitan oleh bakteria. Selain itu ia dilaporkan dapat membantu merawat cirit birit yang disebabkan oleh bakteria Escherichia coli dan Vibrio cholerae. Enzim bromelain mempunyai sifat 'Anti-telmintic' yang mampu membunuh patogen dan parasit pada salurnan pencernaan. Akhitnya antara akehebatan enzim ini adalah ia dilaporkan mampu untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Cara mengambil bromelain dengan cara oral dilaporkan akan dapat memberikan kesan analgesik dan anti-inflamasi pada pesakit dengan masaalah rheumatoid arthritis. 
 

Menarik kajian di 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagaimana enzim bromelain daripada empulur nanas untuk buat kicap soya dianugerahkan emas kepada Dr. Azura untuk di kongsikan kisahnya. Kisah bermula dengan penghasilan enzim bromelain seterusnya penghasilan kicap soya daripada enzim bromelain dan rezeki ternyata memihak kepada Prof Dr Azura Amid sebagai penyelidik dari Institut Penyelidikan Halal Antarabangsa (INHART), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dilaporkan 2 inovasi di IIUM ini dihasilkannya berjaya memenangi emas pada Pameran Ekspo Teknologi Malaysia 2019 (MTE19) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Apa pun pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuknya terus lakukan dalam penyelidikan dalam membangunkan industri halal serta memberi inspirasi kepada penyelidik muda untuk sentiasa berinovasi menghasilkan ciptaan baharu. Bagi Dr Azura enzim bromelain adalah sejenis enzim proteolitik yang didapati daripada bahagian tengah (empulur) buah nanas (Ananas comosus). Dakwanya diantara khasiat bermanfaat yang terkandung dalam nanas adalah enzim bromelain. Enzim ini cukup tinggi di dalam buah nanas dipercayai memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh manusia. Namun, disebabkan bekalan nanas tidak mencukupi, kami ambil pendekatan dengan mengambil kod genetik daripada empulur nanas dan bakterialah yang menghasilkan bromelain tersebut tetapi dakwanya lagi produk ini masih belum bersedia untuk dipasarkan. Disebabkan masa yang diambil dalam melakukan inovasi kicap soya daripada enzim bromelain ini mengambil masa terlalu panjang maka jumlah kewangan yang terlibat juga adalah besar. Penghasilan kicap soya secara tradisinya menggunakan fungus yang dicampurkan dengan tepung gandum dan biji soya yang telah direbus. Apabila fungus membiak, ia menghasilkan enzim dan pada masa sama menghasilkan alkohol dan mikrotoksin yang bertoksik kepada manusia. Namun, menerusi teknologi yang kami hasilkan ini tidak menghasilkan fungus, sebaliknya kami menggunakan enzim terus dari bromelin. Proses penghasilannya dapat dioptimumkan, tanpa perlu menunggu lama seperti mana penghasilan kicap secara tradisional. Proses peraman pula hanya mengambil masa sehari sahaja menerusi teknologi ini, tanpa perlu tunggu tiga hingga enam bulan bergantung pada kondisi suhu dengan amaun bromelain yang sesuai. Kalau boleh, kami tidak mahu hasilkan alkohol dalam makanan kerana ia adalah persoalan yang besar dalam halal. Sebab itu kami gunakan enzim bromelin. Dinyatakan dimana enzim bromelain tiada alkohol maka kicap soya dihasilkan oleh enzim bromelain tiada alkohol juga tiada mikrotoksin dan selamat untuk dimakan. Ia kini boleh memberi alternatif kepada industri pembuatan kicap agar tidak berdepan masalah membekalkan bahan itu di pasaran. Kicap soya ini sudah pun mendapat perhatian daripada sebuah syarikat untuk dilesenkan dan produk tersebut akan melalui proses pengilangan untuk dijual di pasaran tempatan kelak.


Merujuk laporan lain dimana ada info atau kenyataan 'Siapa yang Tidak Boleh Mengambil Bromelain?' wajar juga di kongsikan faktanya. Dilaporkan terdapat golongan tertentu harus berhati-hati atau mengelakkan mengambil bromelain. Jelas di nyatakan diantara mereka adalah wanita hamil dan wanita yang sedang menyusukan anaknya, golongan kanak-kanak (sebab tiada dos sesuai), golongan ada masaalah pendarahan (ini boleh meningkatkan risiko pendarahan), mereka yang ada masaalah Hyperasid (sebab ia akan memburukkan lagi kes gastrik dan kes ulser) serta golongan yang mempynyai isu alahan kepada nanas (dimana ini akan berisiko tinggi akan terjadi tindakbalas alahan dengan bromelain). Selain itu dilaporkan dimana mereka yang menggunakan ubat pencair darah, antibiotik, kemoterapi dan ubat lain juga mesti dia berunding dengan doktor mereka sebelum menggambil bahan enzim bromelain kerana interaksi yang berpotensi. Secara umumnya sebelum beli ubatan untuk dimakan maka pengguna peru bertanya kepada farmacist atau pembekal penjagaan kesihatan dalam mengetahui sama ada serbuk bromelain sesuai untuk digunakan. Walau pun umumnya serbuk enzim Bromelain menunjukkan janji awal sebagai suplemen enzim anti-radang, tetapi lebih banyak kajian tentang keberkesanan dan keselamatannya untuk keadaan tertentu masih diperlukan. Apabila diambil di bawah pengawasan dan dos yang betul, ia mungkin menawarkan manfaat pencernaan dan kesihatan. Seperti mana-mana bahan makanan suplemen sebaiknya merujuk pembekal penjagaan kesihatan sebelum menggunakan serbuk bromelain. 
Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini berikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kalai ini. Wasallam!!!..
NAMANYA BROMELAIN...ENZIM BERGUNA...
DALAM BUAH NANAS... SELALU IA BERADA...
PELBAGAI KHASIAT... BANYAK KHASIATNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TAHU HEBATNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...