Sisa kulit nanas segar tidak sepenuhnya dapat terbakar akan tetapi mempunyai beberapa sifat yang membuatnya lebih tahan terhadap api dibandingkan dengan bahan organik lainnya. Berikut adalah antara beberapa ciri mengenai kulit nanas yang penulis blog ketahui dengan membuat beberapa pemerhatian dan membuat rujukkan. Sifat Kulit Nanas dimana ia mempunyai kepadatan dan struktur yang tebal dan padat dimana ciri ini membuatnya lebih tahan terhadap suhu tinggi. Ini bermakna kulit nanas akan memerlukan lebih banyak masa dan suhu yang lebih tinggi untuk terbakar dibandingkan dengan banyak bahan kulit buah-buahan atau sayuran yang lainnya. Ciri kedua dimana kulit nanas mempunyai kandungan air atau kadar air yang cukup banyak dimana ni akan dapat membantu melambatkan proses pembakaran. Bagaimana pun kulit nanas sebenarnya ia tidak Kebal Api walau pun ia lebih tahan dengan keadaan suhu tinggi yang panas akan tetapi kemudian ia tetap terbakar jika terkena api secara berterusan dalam masa yang cukup lama. Beberapa kajian dijalankan mengenai kulit nanas dengan api dimana dilihat ia bukan pengganti bahan yang boleh dijadikan bahan penahan api. Kulit nanas bukanlah sejenis bahan yang dapat dianggap selamat dari kebakaran jadi pembaca blog anim agro technology ini perlu tetap untuk berhati-hati semasa menggunakannya dengan api. Apa pun sebenarnya kegunaan kuit nanas lebih kepada dijadikan baja yang baik untuk tanaman dan ada yang memprosesnya untuk di jadikan makanan haiwan ruminan seperti lembu. Penulis blog yang pernah terlibat dengan kajian menjadikan kulit nanas dan daun nanas dijadikan makanan ternakan adalah salah satu temuan yang paling efektif didalam menjadikan kulit nanas sebagai sisa organik yang berguna dan mempunyai nilai ekonominya yang tersendiri.
Beberapa kajian di jalankan bagi info dan menndapatkan adakah manfaat kulit nanas untuk berikan nilai ekonomi terutama dalam aspek pertanian, kesihatan dan sebagainya yang perlu di ketahui. Dilaporkan dimana kuut nanas adalah salah satu Sumber Antioksidan Tinggi dari aktiviti penuaian buah nanas. Kulit nanas mengandung antioksidan, termasuk vitamin C dan flavonoid iaitu ia dapat melawan radikal bebas dalam tubuh manusia. Zat ini akan membantu melindungi sel-sel dari kerosakan dan meningkatkan daya tahan atau imuniti tubuh. Kulit Nanas dilaporkan ia mampu meningkatan Kesihatan Kulit sebab kandungan hromon Bromelain iaitu sejenis bahan yang mempunyai sifat antiinflamasi dan dapat membantu mengurangkan insiden keradangan pada kulit. Penyerapan kulit nanas secara langsung atau sebagai masker dapat ianya memberikan kulit kelembapan dan kilau alami. Kulit nanas jug didakwa ia dapat membantu proses Pencernaan dimana bahan bromelain dalam kulit nanas dapat membantu proses pencernaan dengan cara ia dapat memecahkan protein. Ini dapat membantu mengurangi ketidaknyamanan pencernaan dan mempromosikan kesihatan saluran usus dan perut. DIdakwa kulit nanas akan meyokong Kesihatan Jantung dimana kandungan bahan flavonoid dalam kulit nanas dapat membantu menjaga kesihatan jantung dengan mengurangkan lagi risiko penyakit kardiovaskular dan menurunkan tekanan darah. Kulit nanas dengan kandungan Serat Tinggi didakwa ia memang membantu untuk mencegah sembelit, mengawal paras gula darah dan mendukung berat badan yang sihat. Kulit nanas membantu memelihara Kesihatan Mata sebab ada zat vitamin A dan zat beta-karoten dalam kulit nanas dapat membantu menjaga kesihatan mata dan kemudian ia akan mencegah penyakit mata berkaitan dengan usia seperti kes degenerasi makula. Kulit nanas juga didakwa mengurangkan Risiko Peradangan dimana bahan bromelain dalam kulit nanas dengan sifat antiinflamasi yang dapat membantu dalam mengurangkan kes risiko peradangan yang boleh menjadi punca pelbagai penyakit kronik lain. Paling hebat didakwa jika kulit nanas akan membantu Melawan Kanser dengan bahan antioksidan dalam kulit nanas dapat membantu melawan pertumbuhan sel kanser dan mengurangi risiko beberapa jenis kanser terutama kanker usus dan kejadian kanser payudara. Seterusnya ia didakwa juga mampu menurunkan Berat Badan dengan adanya bahan serat tinggi dalam kulit nanas dapat memberikan rasa kenyang lebih lama, membantu dalam mengawal berat badan dan mengurangkan nafsu atau pun keinginan untuk makan berlebihan. Akhir sekali ke 10 dimana kehebatan kulit nanas dilaporkan ia mampu Meningkatkan Kesehatan Gigi dan Gusi dengan zat kandungan vitamin C dalam kulit nanas. Ia akan membantu memperkuat gigi dan gusi, serta mebantu dalam proses pembentukan kolagen yang diperlukan untuk kesihatan jaringan mulut.
Di Malaysia ada laporan dalam bharian.com bertajuk 'Empat inovasi kulit nanas' yang wajar disembangkan juga. Kisah dari Pekan, Pahang dimana bahan kulit nanas (Ananas comosus) yang sebelum ini dibuang kini berjaya dijadikan kordial minuman berkhasiat termasuk tiga jenis bahan kecantikan hasil inovasi tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkar Pulai, Johor. Hasil penyelidikan selama enam bulan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan dibantu seorang guru berjaya menghasilkan beberapa inovasi berkonsepkan teknologi hijau yang dikitar semula. Menurut ketua pasukan, Abida Arriesya Abdul dimana selain kordial, produk lain yang mereka dihasilkan ialah pelembab bibir dan kulit serta penyegar muka. Kalau sebelum ini kulit nanas dibuang selain dijadikan makanan haiwan namun dengan inovasi mereka kulit nanas kini mempunyai nilainya yang tersendiri. Pada kulit nanas banyak mengandungi vitamin c, bromelin dan fenolik yang penting untuk kesihatan manusia selain menjadi bahan bagi mengekalkan kecantikan pada kulit. Apa pun kedudukan sekolah yang hampir dengan ladang nanas menjadi pencetus idea menghasilkan inovasi empat produk berkenaan yang diharap dapat dikomersialkan suatu hari nanti dengan sokongan syarikat swasta. Memang banyak kelebihan terdapat pada produk yang dihasilkan antaranya menggunakan buah tempatan yang banyak terdapat di negara ini dan lebih utama mampu dijual pada harga murah,” katanya ditemui pada Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) peringkat kebangsaan 2019 di Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU). Program tiga hari itu disertai 320 pelajar dari sekolah menengah yang mewakili 16 pasukan negeri. Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan seperti reka cipta inovasi teknologi hijau, reka bentuk bandar teknologi hijau, inovasi tenaga biojisim dan kereta solar. Pertandingan musim keempat itu dianjurkan oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dan Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Kementerian Tenaga Sains, Teknologi Hijau, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut Najmi Ridwan iaitu selepas muncul juara di peringkat negeri sebelum ini harapan lebih tinggi ialah untuk merangkul kemenangan dalam kategori inovasi di pentas kebangsaan kali ini. Dia Lee Sam Wai dibantu guru Siti Asmah Parlan sudah berusaha kini terpulang kepada juri membuat penilaian terhadap empat inovasi yang dihasilkan. Harpan mereka dan rakan-rakan selepas ini ialah untuk melihat produk yang kami hasilkan berada di pasaran tempatan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca keduanya. Semuga pembaca blog ani agro technology mendapat menafaat membacanya artikel yang ke 8,988 ini. Wasallam!!!...
SELALU DI BUANG... DIMAKAN ISINYA...
BOLH DI GUNA... BENYAK KAEDAHNYA...
BACA ARTIKEL.. TERBUKA MINDA KITA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(20 Syawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.