Support My Blog

Monday, April 21, 2025

SEMBANG CARA KAWAL SIPUT BABI

HAIWAN SIPUT BABI
(Achatina fulica) merupakan sejenis haiwan dari kumpulan siput didalam keluarga Achatininae yang mudah kita jumpa dikawasan kebun dan keliling rumah yang ada tumbuh-tumbuhan. Siput ini merupakan siput diatas tanah atau atas daratan walau pun banyak kumpulan siput lain yang hidup didalam air serta mempunyai organ seperti hidupan lain didalam air. Penulis blog amat kenal akan siput ini iaitu semenjak kecil lagi kerana dikawasan rumah di kampong dulu memang mudah hendak jumpa siput babi terutama ada dikawasan lembab seperti dicelah-celah pokok keladi, pokokk pisang dan dan pokok bunga. Semasa membuat rujukan mendapati siput babi ini dinamakan Giant African Snail yang tergolong dalam kumpulan Moluska (mollusca) dimana ia bergerak menggunakan organ perut dan sangat perlahan. Kita tentu masih ingat certia Sang Siput berlumba dengan Sang Arnab dimana kita tahu yang siput bergerak sangat lambat tetapi akhirnya diceritakan arnab tertidur dan siput menang dalam perlumbaan ini. 'Siput Babi' tidak diketahui bagaimana ia mendapat nama. Kalau difikirkan kaitan antara siput babi dengan babi, mungkin ini berlaku kerana babi suka akan makan siput ini didalam keadaan ekosistem atau saya agak ada orang terpijak dan sangat geli akan siput ini dan dia menyumpah 'Babi kau' lalu jadilah haiwan ini digelar 'siput babi'. Siput ini mempunyai cengkerang yang besar pada belakangnya berwarna coklat terang dengan ada coklat kekuningan yang terang berjalur-jalur atau selari. Warna cengkerang bergantung kepada lokaliti, jenis permakanan dan spesis. Cengkerang yang berbentuk piramid ini mempunyai bucu hujung yang tirus berbentuk spiral. Cengkerang ini mempunyai 7-9 pusingan apabila siput babi cukup dewasa. Fungsi cengkerang (conical shell) ini adalah sebagai perumah , pelindung, dan simpanan makanan yang keras dan tahan lama. Saiz cengkerang ini lazimnya sekitar 5-10 cm panjang tetapi ada yang mencecah sehingga 15 cm. Anggaran berat siput babi diantara 80 - 150 gram. Saya sudah ada menulis mengenai keterangan siput babi sebelum ini dan ianya boleh diakses dengan pautan berikut (Sila klik disini). Artikel yang ke 7,007 ini pada kedinginan malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis bagaimana cara mengawal siput babi untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Mendengar siput babi sahaja ramai orang akan geli apa lagi bila melihat dan cuba menyentuhnya. Bagi penulis blog dimana haiwan yang berlendir ini memang mudah di jumpai di kawasan kebun atau di keliling rumah di kampong atau di kawasan bandar terutama di kawasan lembab. Apa pun sebenarnya siput babi ini 
merupakan jenis haiwan perosak yang sering kelihatan pada tanaman tetapi suka merosakkan tanaman pada malan hari juga. Dalam keadaan teruk dimana siput babi ini akan makan tisu daun tanaman sehingga ia berlubang-libang dan ini menyebabkan akan kurang proses fotosintesis dan pokok akan terganggu pertumbuhannya. Walau pun dia kelihatan hanya mampu bergerak (atau berjalan) dengan kelajuan yang sangat perlahan akan tetepi mudah memanjat tanaman dan melekat di daun sambil memakannya (Sila pembaca lihat foto disebelah). Lendir yang merembes keluar daripada bahagian bawahnya (kaki) akan memudahkan siput melekat pada daun drngan kuat walau pun daun di goyang ia tidak mudah jatuh ketanah. Memang 'sakit hati' betul dibuatnya kerana kehadiran siput babi ini atau dikenali sebagai siput babi tidak pernah muncul sebelum ada tanaman. Dilaporkan dikalangan penduduk kawasan perumahan dan peminat tanaman sayur dikawasan keliling rumah dimana mereka akan cuba untuk menghapuskannya. Sebelum pembaca blog hilang sabar dengan semua keberadaan siput yang ada dekat taaman atau kebun adalah igalakkan membaca artikel ini sehingga selesai. Mana tahu kelak akan ada idea bagaimana untuk mengawal masaalah haiwan tersebut. Mungkin juga ramai akan rasa 'geli' melihat siput kerana ia berlendir. Ada juga sesekali dilihat saiz siput babi ini yang bersaiz besar (XXL) dimana dilaporkan ada kalangan peminat yang mengambil siput ini untuk dijadikan makanan lazat. Pengalaman penulis blog akan dikongsikan beberapa akan teknik mengawal siput babi yang mungkin ada dikawasan rumah atau kebun agar serangan dan populasinya dikurangkan atau dihapuskan terus. Ada banyyak cara untuk semua belajar bagaimana menjaga tanaman dari serangan haiwan perosak siput babi supaya halaman atau taman rumah akan kekal selamat.



Bagaimana pun penulis ingin kongsikan fakta apakah k
ebaikan siput babi pada tanah yang harus diketahui juga. Apa pun pada hakikatnya dimana siput babi biasa ia sebenarnya ia sangat aktif  atau akan mereka mencari rezeki dari malam hari lagi hinggalah subuh hari. Selalunya apabila matahari dah mula menyinar maka mereka hilang dan ramai tidak tahu kemana dia menghilang dan tidak ramai yang suka mencarinya pula. Tapi ramai mungkin perasan sebab dihalaman yang ada rumput depan rumah akan  semakin menghijau berbanding sebelum adanya siput yang mana ia seakan hendak matu kekeringan pula. Pemilik rumah yang ada rumput pun tidak berikan baja kepada tanah tetapi ada yang cuba mencarinya siput suka bersembunyi di celah-celah daun pokok pandan pula. Selain pokok pandan sebenarnya siput babi akan bersembunyi di kawasan yang agak gelap pada tumbuhan yang keselilingnya sejuk dan tidak panas. Bagi penulis blog tidak banyak saintis atau orang yang akan membincangkan akan apakah faedah dan manafaat dari siput babi sebab rata-rata artikel yang di google (termasuk tulisan saya sebelum ini mengenai bagaimana mengawal siput babi (dalam Part 1 dan Part 2) menjelaskannya (Sila klik Disini). Dalam beberapa kajian dilaporkan dimana dilaporkan yang siput babi ini sebenarnya ia amatlah bagus untuk perubatan kosmetik. Bagaimana pun belum jellas akan hukum Islam akan penggunaan siput babi dalam penghasilan produk kosmetik dan dilaporkan sebagai HARUS.  Merujuk Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di nyatakan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Di sesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan. Siput babi adalah hidupan cengkerang yang penting dalam ekosistem. Siput berfungsi menguraikan sayur dan buah yang jatuh ke tanah. Apabila ia mati atau dimakan oleh haiwan lain seperti burung, itik dan sebagainya akan mengitar semula kalsium kepada tanah semula. Siput seeing disalah tanggap sebagai haiwan perosak kerana ia sering memakan daun pada tanaman dan dibunuh dengan meracun pokok tersebut sedangkan is merupakan sumber makanan haiwan pemangsa lain yang boleh dimanfaatkan. Tanpa siput babi dimana sisa lebihan tanaman tidak dapat diuraikan dan membantu dalam mengurangkan lebihan sisa organik yang jatuh di atas muka bumi. Perbuatan dengan tidak meracun kawasan rumah dan kebun pula akan membolehkan pelbagai haiwan mendapat manfaat dan hidup berterusan jariah dari setiap perbuatan kepada mereka. apa pun teorinya menjaga alam sekitar bukan saja satu tindakan menjaga kelestarian Alam sekitar tetapi juga satu cara menambahkan jariah. Cara memotong rumput dari masa ke semasa dan menjadikan lebihan sisa makanan menjadi baja semulajadi iaitu baja kompos atau makanan untuk haiwan kecil seperti siput agar dapat mengembalikan sumber calcium ke dalam tanah dan menyuburkan lagi tanaman.


Bagaimana pun sesuai denga tajuk disembangkan ada beberapa langkah untuk mengawal siput babi. Cara paling berkesan dan praktikal mengawal siput babi adalah dengan menggunakan Racun Siput. Jenis yang popular dipasaran adalah SIPUTOX (Seperti foto disebelah). H
aiwan perosak yang berlendir ini boleh dihapuskan dengan menggunakan racun siput yang boleh dibeli di kedai-kedai pertanian atau secara online. Selain itu ada jenama seperti Esaro dan jenama lain yang sesuai di gunakan untuk mengawalnya. Di kawasan kebun boleh dilakukan kaedah amalan kultura seperti Meneggemburkan Tanah dimanan aktiviti selalu lakukan menggembur tanah boleh menyebabkan telur-telur siput yang berada di dalam tanah terkeluar dan mati. Di samping menyuburkan tanah dengan memberi pengudaraan yang baik kepada akar tanaman, ianya sekali gus boleh mengawal pembiakan siput tanpa disedari. Kaedah ketiga adalah dengan memelihara Haiwan Pemangsa kepada Siput Babi ini. Cara menjaga tanaman iaitu dengan  memelihara atau membiarkan kehadiran haiwan pemangsa kepada siput. Contohnya adalah seperti Haiwan Katak, Kura-kura, Mengkarung, Itik, Ayam dan jugaBurung yang akan manjadikan siput babi sebagai makanannya. Apa pun disebalik itu kemungkinan juga akan ada ancaman haiwan pemangsa juga boleh menyebabkan kerosakan pada tanaman dimana cara ini perlu selalu diawasi. Ke 4 dengan menggunakan Air kopi sebab siput babi memang ia tidak sukakan kopi kerana kafein yang terkandung boleh membunuh siput mengikut kajian Natural Slug Control. Kajian mendapati dimana apabila siput (slug) disembur dengan cecair yang mengandungi kafein ia dapat membunuh mereka. Pastikan guna serbuk kopi yang asli (bukan paket 3-in-1) merupakan sumber nitrogen organik kepada pokok. Ke 5 dimana boleh menggunakan Tembaga (Copper) sebab siput tidak sukakan tembaga yang merupakan logam pengalir eletrik dan pengalir haba yang baik. Apabila lendir siput yang melekit terkena logam maka ia akan terkejut seakan terkena renjatan elektrik. Boleh boleh dapatkan tembaga sejenis pelekat yang boleh diletakkan di sekeliling tanaman di kedai-kedai yang menjual racun perosak dan kalau hendah senang guna sahaja duit syiling berwarna kuning keemasan. Ke 6 dengan menggunakan Kulit Telur Ayam dimana siput tidak sukakan kulit telur yang menjadi kepingan kecil kerana bucu dan sisi yang tajam. Caranya dengan mengeringkan kulit telur di bawah matahari atau di dalam oven dan setelah betul-betul kering perlu dihancurkan kulit telur menjadi kepingan kecil. Kemudian diletakkan pada sekitar tanaman. Selain kulit telur boleh menjadi sumber bekalan kalsium kepada tanaman juga sebagai baja. Akhir sekalu adalah disyorkan menggunakn Perangkap Siput yang mudah di buat sendiri iaitu dengan mengisi air dalam bekas atau baldi kecil dan kemudian dimasukkan jus kordial anggur yang pekat. Seterusnya di masukkan ½ sudu kecil yis, 1 sudu besar gula dan ia diletak semalaman di kawasan taman yang ada siput. Periksa pada hari esoknya dimana akan ada siput dalamnya. Apa pun perangkap siput DIY ini akan membuatkan ia tertarik kerana bau yis. Ia akan menyebabkan siput memanjat bekas dan jatuh ke bekas perangkap tersebut dan tenggelam. Apa pun sebagai tambahan bous terdapat satu cara lagi untuk memerangkap siput ialah dengan meletakkan tepung jagung ke dalam bekas yang rata dan letakkan kobis di situ. Siput akan pergi untuk memakan kobis, seterusnya terkena tepung jagung yang akan mengembang dan menyebabkan ia mati. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA SIPUT BABI... APA BENDA...
BERLENDIR BERCENGKERANG..DIA...
MEMAKAN DAUN... BERLUBANG PULA...
PERLU DI KAWAL...PELBGAI CARANYA...

By,
M Anem,
Seenior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...