Support My Blog

Saturday, April 12, 2025

DUNIA SERANGGA (Part 3)

SERANGGA (insect)
ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam kelas Insecta yang mempunyai jumlah atau bilangan spesis terbanyak di dunia. Di habitat daratan dimana kawasan ini adalah terdapat jumlah serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas haiwan yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies serangga terkini iaitu termasuk yang belum dikenali oleh pakar-pakar sains berjumlah sekitar dari 2 juta - 30 juta. Apa pun kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah dikenalpasti sebanyak hampir satu (1) juta spesies serangga akan tetapi sebenarnya didakwa dimana masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Pada penulis blog ia masih tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus dalam situasi sebelum dapat direkodkan kewujudannya yang berpunya dari aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini terutama di daratan bagaimana pun sebenarnya ia selalu dilihat dimana didapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia. Selain didalam keadaan luar yang semulajadi di hutan, di bandar dimana serangga memang ada didalam rumah manusia dan hidup bersama. Paling tidak pun memang jumlahnya banyak di halaman rumah atau menyamai jumlah yang ada di dalam rumah. Pada penulis blog dimana haiwan serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Ini kerana ada jenis serangga yang berfaedah dan ada juga serangga yang tidak berfaedah malahan ia adalah mengancam kehidupan manusia sehingga boleh membawa maut. Kajian ilmu atau sain dalam serangga dikenali sebagai Entomologi. Bidang Entomologi adalah cabang sains yang mengkaji mengenai dunia serangga. Ia berasal dari dua perkataan Latin iaitu 'entomon' bermakna 'serangga' dan 'logos' yang bermakna 'ilmu pengetahuan'. Serangga merupakan kelompok haiwan yang terbesar bilangan spesiesnya berbanding lain-lain kehidupan haiwan ataupun tumbuhan. Sehingga kini masih lagi terdapat sekitar 1 juta spesies serangga yang telah direkodkan. Bilangan spesies yang sebenarnya tidak diketahui kerana masih banyak yang belum direkodkan kewujudannya. Kepentingan pengetahuan entomologi dapat dilihat daripada peranan serangga secara langsung maupun tidak langsung dalam kehidupan manusia di bumi ini. Walau bagaimanapun, kadang-kadang bidang ini diperluaskan untuk turut mencakupi artropod. Artikel pada malam Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hebatnya fakta penting mengenai marfologi dan anatomi umum haiwan serangga dan perlunya ilmu dunia serangga ini di kongsikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.



Sejak dari artikel Part 1 memang sudah di nyatakan dimana serangga disebut juga 'insekta' (insecta) atau heksapoda (hexapoda). Insecta berasal dari kata insecare bermaksud 'memotong atau membagi' dimana insecta adalah haiwan yang badannya terdiri dari beberapa segmen-segmen. Hexapoda pula perkataan yang berasal dari kata 'hexa' yang maknanya 'angka 6' dan 'poda' pula yang maknanya adalah 'kaki' menjadikan hexapoda sebenarnya adalah sejenis 'haiwan berkaki 6'. Semua serangga adalah anggota dari filum Arthropoda. Belajar bagaimana antara ciri khas dari kelas insekta adalah ia mempunyai bentuk tubuh yang akan terbahagi dan bersegmen iaitu terbagi menjadi 3 bahagian iaitu bahagian KEPALA (capute), DADA (thorax) dan PERUT (abdomen)
Selain itu serangga apa yang penulis blog be;ajar ia juga mempunyai sepasang Antena (Sesungut), 3 pasang kaki.1 - 2 pasang Sayap serta ia mempunyai Alat Mulut. Marfologi dan anatomi serangga dengan mana pada Kelapa ia terdiri atas 5-7 segmen yang menyatu dimana ada organ Mata, antena dan mulut. Kepala serangga dapat dibagi menjadi bahagian atas kepala disebut 'vertex', di bahagian sisi atau pipi disebut 'gena', dibahagian depan atau wajah disebut 'frons' dan di bawah frons disebut clypeus. Semua bahagian ini mungkin berlainan diantara spesis serangga. Selalunnya serangga dewasa mempunyai dua jenis mata sama ada jenia 'Mata Majmuk' iaitu jenis yang terdiri dari banyak facet (ommatidia) atau 'Oceli' iatu jenis mata dengan satu facet. Apa pun umumnya organ kepala dan alat mulut serangga adalah mempunyai warna yang sama. Dada serangga pula ada 3 komponen iaitu dinamakan Prothorax, Mesothorax dan Metathorax. Apa pun selalunya komponen ini adalah sebagai pelengkap dimana ia akan digunakan untuk pergerakan dan melekat pada thorax. Setiap segmen thorax memiliki sepasang kaki dan sayap (jika ada) dan dilihat komponen sayap hanya didapati pada Mesothorax dan Metathorax dimana dibahagian atas pada prothorax disebut 'Pronotum'. Kemudian komponen di komponen PERUT (Abdomen) ada sebanyak 11 segmen atau lebih sedikit yang umumnya tidak ada organ pelengkap apa pun kecuali pada segmen terakhir yang mungkin memiliki pelengkap yang terkait dengan organ Pembiakan dan Sengat. Dilaporkan seperti manusia dimana organ mulut serangga juga terdiri dari lima bahagian dan memiliki pelengkap yang telah disesuaikan dengan jenis makanannya. Bahagian Labrum mirip dengan bibir atas dan ia tidak bersegmen tetapi memiliki lekukan di tepi luar (distal). Di bawah labrum terdapat mandibula iaitu struktur dilihat ia berpasangan yang umumnya kuat (tersklerotisasi) dan digunakan untuk memotong atau mengunyah makanan. Bentuk spesifik dan berbagai fitur yang ditemukan pada rahang bawah serangga sangat penting untuk memahami apa jenis makanan dan bagaimana ia makan. Apa pun semua bahagian mulut serangga adalah ia merupakan penyesuaian setiap spesis serangga.


Merujuk 
kepada serangga dibahagian DADA (Toraks) yang mana ia terdiri dari 3 ruas iaitu Prothorax, Mesothorax dan Metathorax dan ada melekat kaki dan sayap serangga. Berbincang lanjut mengenai KAKI SERANGGA selalunya ia mempunyai tiga pasang kaki iaitu sepasang pada setiap segmen dada dan umumnya disebut sebagai 'Kaki depan', Kaki tengah dan 'Kaki belakang' dimana pada setiap pasang kaki dimodifikasi dan penting untuk pergerakan, menangkap mangsa, mengawan dan lain-lain fungsi. Kaki serangga mempunyai bahagian iaitu Koksa (coxa), Trokanter (trochanter), Femur, Tibia dan Tarsus (Sila lihat foto disebelah). Tarsus hampir selalu adai satu atau dua cakar pada jenis kaki yang digunakan untuk tujuan seperti untuk  memegang atau mengenggam substrat. Pada kuku terdapat struktur menyerupai bantalan yang disebut 'pulvullus' atau 'arolium'. Seterunya adalah SAYAP SERANGGA dimana ia merupakan organ penting bagi serangga. Sayap serangga terbentuk dari helaian kulit nipis sederhana yang dapat digerakkan sebab adanya otot-otot yang melekat di pangkal sayapnya iaitu didalam dinding badan. Disebabkan bentuk sayap setiap jenis serangga berbeza-beza maka ia satu faktur sangat penting untuk menentukan cara mengkelaskan jenis serangga. Jika pada serangga tersebut hanya terdapat sepasang sayap dimana sayap tersebut akan terletak pada mesothorax dan jika ada 2 pasang di kedua sayap tersebut akan terdapat pada mesothorax dan metathorax. Berlainan dengan organ kaki dimana sayap hanya terdapat pada serangga dewasa sahaja. Selalunya apa yang berlaku semasa peringkat 'metamorfosis tidak lengkap' ia akan hanya terlihat bakal sayap di tempat dimana sayap akan terbentuk ketika dewasa. Umumnya dilaporkan sayap adalah struktur mendatar nipis yang terdiri dari dua membran halus yang disokong oleh satu rangkaian sklerotisasi vena. Selalunya kepada  jenis serangga kecil dimana vena mungkin tidak ada dan pada beberapa serangga yang sangat kecil lain seperti Kutu Thrips yang ukuran panjangnya hanya satu atau dua milimeter maka dilihat organ sayapnya berupa pelepah yang mendukung satu rangkaian seperti bulu halus atau pun selalu ia adalah lebih mirip seakan bulu. Sayap tidak sepenuhnya kaku tetapi membengkok dan melentur dengan cara yang menakjubkan selama terbang dimana keadaanini membantu dalam meningkatkan aero-dinamik mereka. Sebahagian besar spesis serangga bersayap memiliki dua pasang sayap dan dalam ordo tingkat tinggi ada juga dimana kedua sayap ini disatukan oleh berbagai mekanisma untuk membentuk satu sayap yang lebih besar dan berfungsi dengan baik. Apa pun selalunya sayap serangga lembut san tidak berbentuk ketika baru pertama kali muncul akan tetapi segera membentuk agak kukuh dengan tekanan darah melalui pembuluh darah sebelum mengeras dan menggelap akibat kontak dengan udara disekelilingnya.


Menarik dimana bahagian Abdomen Serangga atau bahagian perut serangga adalah segmen yang selalunya paling besar. Apa pun penulis blog belajar dimana pada p
erut serangga terdiri atas 11-12 ruas dimana diruas yang ke-11 selalu ada terdapat tambahan organ yang disebut cercus. Pada ruas abdomen yang ke-12 (telson atau periproct) ada yang terdapat lubang untuk membuang kotoran (anus). Dalam pada itu selalunya 'Alat Pembiakan' atau alat reproduksi betina serangga juga akan ia terletak pada ruas ke-7 dan ke-8. Berlainan dengan serangga jantan dimana alat reproduksi akan terdapat pada batas belakang ruas perut ke-9 pada permukaan bawah. Serangga betina biasanya ia dilengkapi dengan 'ovipositor' yang berfungsi sebagai alat peletak telur pada ujung abdomennya setelah cercus. Pada abdomen juga terdapat lubang-lubang berpasangan pada kedua sisi yang disebut spirakulum (atau spirakel) yang berperan dalam proses pernapasan (respiratory system). Abdomen adalah segmen fungsional ketiga (tagma) dari tubuhnya dimana abdomen terletak tepat di belakang toraks. Pada sebahagian besar serangga ujud sendi antara dada dan perut luas akan tetapi pada beberapa kumpulan serangga dimana saiz sendi sangat sempit (petiolate). Saintis sepakat bahawa serangga arthopod primitif dengan perut memiliki 11 ruas akan tetapi terkini ada beberapa serangga yang masih mempunyai semua segmen ini akan tetapi terpilih dalam kelompok yang lebih maju dimana ia telah menyumbang kepada pengurangan jumlah segmen dimana ia kadang-kadang cuma ada enam atau tujuh ruas seperti misalnya kumbang dan lalat. Apa pun disetiap segmen abdomen terdiri dari sclerite dorsal, tergum, dan sclerite ventral, sternum diman semuanya terhubung satu sama lain secara lateral dengan membran pleura. Margin depan masing-masing segmen sering 'telecope di dalam sklerit dari sementar sebelumnya yang memungkinkan perut mengembang dan berkontraksi sebagai respons terhadap kerja otot pada rangka serangga. Kebanyakan jenis serangga dewasa mempunyai 'spirakel' pada membran pleura di setiap sisi dari 8 segmen perut pertama. Beberapa spirakel mungkin tertutup secara kekal akan tetapi masih di gunakan lubang kecil dalam sclerite. Di bahagian paling belakang abdomen akan terdapat anus yang terletak di antara tiga sklerit pelindung iaitu sebuah 'epiproct dorsal' dan terdapat sepasang 'paraproct lateral'. Sepasang 'organ sensori' dan juga cerci dimana ia terletak di dekat bahagian anterior paraprocts. Struktur-struktur ini adalah reseptor taktil dimana selalunya struktur ini juga dianggap sebagai sifat 'primitif' sebab ia tidak ada dalam ordo hemiptera dan juga ordo holometabolous. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DUNIA SERANGGA... IA HEBAT SEKALI...
BANYAK JENISNYA... MENJADI MAJORITI...
NAMA BIDANG SAINS... ENTOMOLOGI...
MEMBACA ARTIKEL... BERILMU PASTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 RabiulAwal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...