Support My Blog

Friday, April 25, 2025

SEMBANG TENTANG 'BROMELAIN' (PART 2)

BROMELAIN adalah sekumpulan enzim protease yang memiliki fungsi mencerna protein dan ia mudah didapatkan dalam buah Nanas. Enzim ini telah bertahun-tahun digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat berbagai masalah kesihatan. Merujuk laporan journal Biotechnology Research International (2012) ia mengandungi bahan atau komponen bermanfaat pada enzim bromelain seperti untuk rawatan kesihatan termasuk sebagai 'Antiedematosa' atau ia mampu mencegah pembengkakan akibat gangguan organ atau sebagai 'Anti-trombotik' dalam mencegah penggumpalan darah dan juga 'Anti-inflamasi' yang mencegah peradangan. Kajian menunjukkan dimana enzim ini dapat diserap baik oleh tubuh tanpa kehilangan kberkesanan proteolitiknya (aktiviti bagi memecahkan protein) dan tidak menimbulkan kesan sampingan yang berbahaya. DIlaporkan antara jenis makanan yang ada mengandung bromelain adalah buah nanas dimana selalunya enzim ini ada dijual dalam bentuk pil, tablet dan juga krim. Bagi penulis blog Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis buah tropika yang penting dalam sistem permakanan manusia sama seperti buah tropika yang lain. Buah nanas lazimnya dimakan segar atau pun diproses untuk dijadikan produk lain seperti Jus Nenas, Nenas Kering (Vacuum Fry), Pes Nenas, Tart Nenas dan dimasak sebagai makanan berasaskan nanas. Antara masakan berasaskan nanas adalah seperti Paceri Nenas, Rojak Nanas dan sebagainya. Bagaimana pun pengambilan nanas segar antara yang terbaik untuk kita kerana ia mengandungi semua khasiat yang terkandung dalam buah nanas termasuk bahan BROMELIN (Bromelain). Bromelin adalah enzim proteolitik yang selalu dijumpai dalam bahagian dalam batang dan buah nanas. Enzim ini selalu dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada pembuatan memproses jus nanas. Dalam kilang menghasilkan atau mengekstrak Bromelin terdapat beberapa teknologi atau cara khusus yang dapat digunakan untuk proses Pemendapan (presipitation) enzim ini dengan menggunakan bahan yang dikenali dengan nama Amonium Sulfat dan Alkohol. Kepada mereka yang makan nenas segar dan memilih isi buah nenas serta makan bahagian tengah berserat bermakna ia telah mengambil bromelin yang didakwa mampu untuk mencegah kes kanser. Ini adalah kehebatan makan buah nenas yang selama ini kurang diketahui umum. Rata-rata kita semua hanya suka makan bahagian isi nenas yang lembut dan manis sedangkan bahagian empulur nenas tawar, keras sedikit dan berserat ada yang membuangnya. Mungkin masih ramai kurang tahu akan kehebatan khasiat buah nenas terutama empulurnya. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan kandungan bahan enzim Bromelin sebagai satu bahan yang berguna seperti laporan media daripada buah nanas untuk dijadikan bahan rujukkan.


Menarik dalam bernama melaporkan 'Penyelidik UTM hasil ubat gigi berasaskan nanas tanpa fluorida' yang wajat di kongsikan faktanya. Foro sebelah menunjukkan Dr Rosnani menunjukkan produk ubat gigi mesra kanak-kanak tanpa fluorida berasaskan nanas dikenali sebagai 'AnanaShine' di IBD UTM, Johor Bahru. Apa pun kanak-kanak yang baru sahaja belajar memberus gigi cenderung untuk menelan ubat gigi kerana ia dihasilkan dengan pelbagai variasi rasa namun ubat gigi dengan fluorida jika tertelan dalam kuantiti banyak boleh memberi kesan sampingan. Ada sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorak langkah menghasilkan produk ubat gigi mesra kanak-kanak tanpa fluorida berasaskan nanas dikenali sebagai 'AnanaShine'. Bagi Pengarah Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga UTM Prof Madya Dr Rosnani Hasham@Hisam berkata penghasilan produk itu memanfaatkan sumber semula jadi yang banyak di Johor sekali gus mengurangkan pembaziran nanas. Rosnani yang juga ketua penyelidik projek berkata nanas dipilih kerana keunikan komposisinya yang mengandungi bromelain bertindak sebagai enzim proteolitik, membantu menguraikan plak dan sisa protein serta lebih lembut pada enamel gigi. Kini nanas juga kaya dengan antioksidan dan asid malik yang menyumbang kepada pemutihan gigi secara semula jadi. Bahan fluorida sering digunakan dalam ubat gigi komersial kerana sifat pemutihan dan pencegahan kaviti namun ia boleh memberi kesan sampingan seperti fluorosis sekiranya tertelan dalam kuantiti yang banyak oleh kanak-kanak. Produk iaitu AnanaShine direka khas sebagai bahan boleh dimakan atau 'edible' menjadikannya selamat jika kanak-kanak tertelan selain turut mengandungi sorbitol dan gliserin sebagai agen pemanis berfungsi mengekalkan kelembapan pada bibir dan permukaan mulut. Dakwanya hampir 100% daripada nanas bermula di bahagian jambul sehingga isinya diekstrak bagi menghasilkan produk yang mengambil tempoh masa kajian selama 10 tahun untuk dikomersilkan. Produk ini mengguna pakai semua jenis gred nanas kerana enzim yang diekstrak daripada tanaman kontan itu mempunyai kualiti sama dan menepati piawaian dimahukan. Ini membolehkan tanaman nanas digunakan secara menyeluruh untuk penghasilan AnanaShine. Bagi memastikan ubat gigi ini berjaya menarik golongan sasar iaitu kanak-kanak untuk menggunakannya, kami menambah perisa berasaskan ekstrak jus nanas. Hasilnya produk ini menepati piawaian keselamatan oral termasuk Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) ditetapkan Kementerian Kesihatan. Kini produk yang baru berusia beberapa bulan itu telah merangkul pingat perak dalam Pameran Seni Industri dan Teknologi (INATEX) 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, JB. Kumpulan penyelidik UTM bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sedang giat mencari pemain industri untuk dijadikan sebagai rakan kerjasama strategik bagi memasarkan AnanaShine secara lebih meluas. Produk ini menyasarkan satu niche market iaitu golongan ibu bapa yang mengutamakan produk penjagaan diri dengan mementingkan aspek kesihatan pengguna, apatah lagi untuk anak-anak mereka. Johor ialah pengeluar nanas terbesar negara dengan 10,366.6 hektar daripada keseluruhan 18,275.71 hektar keluasan tanaman nanas nasional dan ia menyumbang kepada 63.7 peratus pengeluaran nanas tempatan iaitu 280,878 metrik tan daripada keseluruhan 440,848.5 metrik tan pengeluaran negara dengan nilai RM682.53 juta.


Dalam portal lain dilaporkan '5 khasiat nanas termasuk atasi masalah keradangan sendi' wajar disembangkan beritanya. Buah nanas yang lazimnya enak dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut, selain sebagai campuran koktail mahupun salad buah. Buah tropika itu bukan sahaja banyak khasiat dari segi kesihatan termasuk rendah kalori, malah ia kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, K, B6, kalium, magnesium, protein, zink dan kalsium. Jadi juga sesuai untuk diet dan mengandungi antioksidan serta enzim pencernaan yang boleh membantu memudahkan proses penghadaman. Antara lima manfaat nanas untuk kesihatan adalah ia Membantu mengatasi arthritis dimana ada terdapat pelbagai jenis arthritis, tetapi kebanyakannya membabitkan keradangan pada sendi. Jadi, nanas yang mengandungi bromelain (enzim di dalam nanas) dikatakan mempunyai sifat antiradang. Fakta ini disokong oleh kajian Penasihat kualitatif utama, RDS South Central di University of Southampton, di England, Dr Sarah Brien, mendapati bromelain di dalam nanas boleh mengurangkan gejala seperti arthritis. Buah nanas dapat Mengurangkan risiko kanser dimana berdasarkan kajian, penyelidik dari University of Naples Federico II Naples, Itali, Barbara Romano, mendapati nanas boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Dalam beberapa kajian lain menunjukkan nanas boleh membantu mengurangkan risiko kanser dengan meminimumkan tekanan oksidatif dan mengurangkan keradangan. Buah nanas dapat  Membantu meningkatkan imuniti dengan meningkatkan imuniti dan menyekat keradangan. Dalam kajian sembilan minggu dijalankan oleh penyelidik, Mavil May C Cervo, ke atas 98 kanak-kanak yang diberi nanas setiap hari dimana ada sebahagiannya tidak diberi makan nanas dan mendapati keputusan menunjukkan kanak-kanak yang paling banyak makan nanas, hampir empat kali lebih banyak sel darah putih bagi melawan penyakit berbanding yang lain. Buah nanas akan Membantu menyembuhkan batuk dimana memakan nanas dipercayai dapat mengurangkan batuk, iaitu ia boleh mengeluarkan lendir ketika batuk, sekali gus mampu membantu meredakan batuk. Ia sesuai dijadikan jus dan diminum bagi tujuan itu. Buah nanas juga Baik untuk kulit dan rambut sebab ia mengandungi vitamin C yang membantu anda mendapatkan rambut yang lebih lembut dan bersinar. Apa pun buah nanas mempunyai sifat antiradang kerana ia mengandungi enzim bromelain yang mampu membantu mencegah jerawat dan ruam kulit.


Dalam portal bharian.com dilaporkan 'Inovasi kosmetik nanas kurangkan radang kulit, kekeringan' sesuai disembangkan dan ditulis semula. Sesiapa yang terdedah secara terus kepada sinaran matahari sering kali mencetus masalah besar pada kulit terutama apabila mengakibatkan kekeringan dan keradangan. Masalah ini sering kali dihadapi golongan seperti atlet atau pekerja lapangan, sekali gus mencetus idea sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk membangunkan inovasi khusus bagi mengatasinya. Apa pun inovasi dinamakan Water-Dispersible Nanostructured Bromelain itu dibangunkan Dr Rosnani Hasham@Hisam, Prof Ir Dr Ani Idris, Siti Fatimah Mohamad, Farah Diana Ariffin dan Siti Hajar Mat Sarip. Projek ini yang dibangunkan dengan kerjasama Lembaga Nanas Malaysia itu membabitkan pembangunan inovasi cecair semburan yang dihasilkan daripada bahan buah nanas sepert kulit, batang tengah dan daun. Rosnani yang juga ketua penyelidik, berkata inovasi itu menyaksikan pengambilan bahan aktif daripada bahagian buah nanas yang dinamakan bromelin, yang kemudian diestrak menggunakan sistem enkapsulasi nano untuk menghasilkan mineral produk. Mereka menggunakan bromelin kerana bahan ini adalah anti radang. Bahan ini juga cepat dan mudah menyerap serta sesuai diaplikasikan ke atas kulit setiap hari. Dia berkata demikian ketika ditemui pada Ekspo Teknologi Malaysia (MET) 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Apa pun mengenai kelebihan inovasi, Rosnani berkata ia mampu mempelbagaikan permintaan pasaran bagi produk kosmetik. Pada masa sama ia turut meningkatkan kelebihan dimiliki sumber tempatan kepada pengguna serta memperbanyakkan pembuatan produk kosmetik dan meningkatkan kelembapan kulit. Permintaan tinggi pengguna dan pengilang terhadap produk kosmetik yang mengandungi bahan semulajadi turut membantu meningkatkan pengeluaran produk seumpamanya. Selain itu, pendedahan kulit dalam tempoh lama terhadap cahaya matahari sehingga kemudian mengakibatkan jerawat, alahan dan keradangan, selain kos mahal bagi mendapatkan rawatan permasalahan kulit, mampu meletakkan inovasi ini sebagai produk pilihan berkesan. Dalam berkongsi cabaran membangunkan inovasi itu, Rosnani berkata kesukaran paling utama dialami kumpulan penyelidik adalah bagi mengenal pasti gabungan bahan asas disediakan tidak sensitif terhadap pengguna dan boleh diaplikasikan ke atas semua jenis kulit. Produk dipasarkan dalam bentuk botol ini boleh digunakan beberapa kali sehari apabila pengguna merasakan kulit mereka terdedah lama kepada matahari, terlalu kering atau kurang segar. Cara penggunaannya juga mudah iaitu dengan hanya menyembur ke bahagian wajah sama ada tanpa solekan atau di atas permukaan solekan. Apa pun saiz kandungan molukel bahan yang kurang daripada 200 nanometer membolehkan semburan ini masuk ke dalam kulit untuk mengekalkan keanjalan. Produk Water-Dispersible Nanostructured Bromelain sudah sejak 2008 produk mula dibangunkan dan mula dipasarkan tahun 2024. Dipasarkan dengan harga RM50 sebotol produk bagi kandungan 100 mililiter. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan ini berikan ilmu berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kalai ini. Wasallam!!!..

NAMANYA BROMELAIN...ENZIM BERGUNA...
DALAM BUAH NANAS... SELALU IA BERADA...
PELBAGAI KHASIAT... BANYAK KHASIATNYA...
BACA ARTIKEL... MENDAPAT TAHU HEBATNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya, 
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...