Support My Blog

Thursday, April 10, 2025

DUNIA SERANGGA (Part 1)

SERANGGA (insect)
ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesies terbanyak di dunia. Di habitat daratan dimana kawasan ini adalah terdapat jumlah serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas haiwan yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies serangga terkini iaitu termasuk yang belum dikenali oleh pakar-pakar sains berjumlah sekitar dari 2 juta - 30 juta. Apa pun kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah dikenalpasti sebanyak hampir satu (1) juta spesies serangga akan tetapi sebenarnya didakwa dimana masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Pada penulis blog ia masih tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus dalam situasi sebelum dapat direkodkan kewujudannya yang berpunya dari aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini terutama di daratan bagaimana pun sebenarnya ia selalu dilihat dimana didapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia. Selain didalam keadaan luar yang semulajadi di hutan, di bandar dimana serangga memang ada didalam rumah manusia dan hidup bersama. Paling tidak pun memang jumlahnya banyak di halaman rumah atau menyamai jumlah yang ada di dalam rumah. Pada penulis blog dimana haiwan serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Ini kerana ada jenis serangga yang berfaedah dan ada juga serangga yang tidak berfaedah malahan ia adalah mengancam kehidupan manusia sehingga boleh membawa maut. Kajian ilmu atau sain dalam serangga dikenali sebagai Entomologi. Bidang Entomologi adalah cabang sains yang mengkaji mengenai dunia serangga. Ia berasal dari dua perkataan Latin iaitu 'entomon' bermakna 'serangga' dan 'logos' yang bermakna 'ilmu pengetahuan'. Serangga merupakan kelompok haiwan yang terbesar bilangan spesiesnya berbanding lain-lain kehidupan haiwan ataupun tumbuhan. Sehingga kini masih lagi terdapat sekitar 1 juta spesies serangga yang telah direkodkan. Bilangan spesies yang sebenarnya tidak diketahui kerana masih banyak yang belum direkodkan kewujudannya. Kepentingan pengetahuan entomologi dapat dilihat daripada peranan serangga secara langsung maupun tidak langsung dalam kehidupan manusia di bumi ini. Walau bagaimanapun, kadang-kadang bidang ini diperluaskan untuk turut mencakupi artropod. Artikel pada malam Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hebatnya fakta penting haiwan serangga dan perlunya ilmu dunia serangga ini di kongsikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Menarik memasukki dan belajar dalam 'dunia serangga' agar semua pembaca blog ini lebih berpengetahuan. Apa pun serangga 
merupakan haiwan yang selalu membentuk kelas Insecta (berasal dari bahasa Latin iaitu 'insectum' berasal dari perkataan 'éntomon' bermakna 'terpotong menjadi beberapa bahagian' kepada bentuk badannya. Haiwan ini pada penulis blog yang belajar pada tahun 2 di universiti merupakan haiwan jenis invertebrata dalam filum Artropod dan dalam sub-filum Hexsapoda yang mempunyai eksoskeleton (struktur) berkitin (chitin). Bahagian tubuhnya terbahagi menjadi tiga bahagian iaitu Bahagian KEPALA, Bahagian TORAKS dan Bahagian ABDOMEN. Serangga juga mempunyai jenis mata majmuk, tiga pasang kaki yang terhubung ke toraks dan sepasang antena atau sesungut. Serangga termasuk salah satu kelompok haiwan yang paling beragam kehidupannya dimana ia mencakupi lebih dari 1 juta spesies yang telah direkodkan dan selalu dikenalpasti dimana ini menggambarkan lebih dari setengah organisma yang hidup dimuka bumi. Jumlah spesies yang masih ada dianggarkan sekitar 6 - 10 juta dimana ia juga berpotensi mewakili lebih dari 90% bentuk kehidupan haiwan yang berlainan ada di bumi. Serangga dapat ditemui dalam banyak habitat dan berada dihampir semua keadaan sama ada di daratan, di lautan dalam kepelbagaian cuaca. Didalam dasar lautan dalam contohnya ada jenis krustacea dan lain-lain yang hidup walau pun jumlahnya tidak banyak. Apa pun kajian dan sains mengenai serangga di panggil sebagai Entomology dimana ia mengkaji, mengkelaskan, mengenali cirinya dan sebagainya. Sistem pengkelasan Insecta dibahagikan kepada 29 ordo dimana antara lain yang mudah diingat adalah Coleoptera (kumbang), Lepidoptera (kupu-kupu), Diptera (lalat) dan Hymenoptera (semut, lebah dan tabuan). Kelompok kelas Apterigota terdiri dari 4 ordo apabila ciri bagi semua serangga dewasanya tidak mempunyai sayap. Selain itu ada kelas 25 ordo lainnya termasuk dalam kelompok Pterigota iaitu jenis yang mempunyai sayap. Apa pun semasa belajar dulu di tanya dalam peperiksaan dimana serangga merupakan haiwan beruas dengan tahap untuk ia beradaptasi yang sangat tinggi disepanjang kehidupannya. Walau pun saiz dan ukuran serangga relatif kecil akan tetapi ia cepat membiak dan dilaporkan mampu mengelilingi dunia. Sistem atau struktur peredaran darah serangga adalah sistem peredaran darah terbuka dimana umumnya semua serangga membiak melalui cara bertelur (ovipar).


Paling penting dalam dunia serangga ini adalah dimana sebaha
gian besar serangga adalah haiwan terestrial yang hidup di daratan akan tetapi terdapat juga jenis serangga akuatik yang hidup di air (keluarga Noteridae). Beberapa serangga seperti pepatung atau capung dan nyamuk adalah jenis serangga 'semi-akuatik' sebab ia melalui fasa kehidupan larvanya dalam air dan terbang di udara apabila dewasa. Nyamuk dewasa akan bertelur dalam air dan menetas menjadi jentik-jentik sebelum keluar kepermukaan air dan terbang di udara (Sila lihat foto disebelah). Menarik belajar berkaitan sejarah serangga dimana ia dilaporkan ujud sejak 300 juta tahun dahulu. Ini di buktikan dengan adanya fosil-fosil yang umurnya jutaan tahun dimana salah satunya adalah fosil belalang berumur 25 juta tahun yang ditemui di Republik Dominica yang terperangkap pada getah pokok Pine. Ada banyak lagi fosil-fosil serangga yang ditemui diseluruh dunia yang berumur puluhan juta tahun. Menarik bagaimana sayap serangga sudah berevolusi sebagai perluasan bahagian cutikula yang membantu tubuh serangga itu menyerap panas dimana ia kemudian baru menjadi organ cekap untuk terbang. Sayap yang ada pada badan serangga ini mamu membolehkan serangga terbang laju dan melompat dari permukaan tanah malahan ada jenis serangga yang jadikannya ia berfungsi sebagai insang dalam serangga akuatik. Ada kemungkinan dimana 'sayap serangga' akan berfungsi untuk ia berenang dalam air sebelum mereka berfungsi untuk terbang diudara. Kemampuan serangga dalam cara pembiakan membolehkan ia mampu berada dalam semua keadaan habitan sehingga kini sejak berjuta-juta tahun. Serangga mampu membiak dengan mengeluarkan banyak telur dalam satu masa dimana ada spesis yang mampu bagi menghasilkan beberapa generasi dalam satu tahun sahaja. 
Kemampuan serangga lain juga ada yang dipercayai telah mampu menjaga keberadaannya sehingga kini adalah kemampuan untuk terbang. Kebanyak jenis haiwan yang dapat terbang dapat menghindari banyak pemangsa (predator) dan juga ia mampu mendapatkan makanan dan pasangan mengawan untuk terus membiak. Kehebatan terbang ini membolehkam serangga bergerak lepbih pantas jika dibandingakan dengan haiwan yang hanya berjalan atau merangkak diatas tanah.


Apa pun kehidupan serangga umumnya mempunyai beberapa proses hidup unik dimana tumbesaran atau met
amorfosis sempurna dimana ia mempunyai kitaran atau pusingan hidup dalam beberapa peringkat berlainan. Serangga ada kitaran hidup seperti fasa Telur, Larva, Pupa atau Imago dan Dewasa. Ada beberapa ordo serangga yang mengalami metamorfosis sempurna seperti famili Lepidoptera, Diptera, Coleoptera  dan Hymenoptera. Rama-rama dilihat mempunyai kitaran hidul pelbagai dari telur sehingga dewasa (Sila lihat foto disebelah). Bagi serangga yang mana proses metamorfosis tidak sempurna merupakan siklus hidup dengan tahapan: telur, nimfa, dan imago. Peristiwa larva meninggalkan telur disebut dengan eclosion.Setelah eclosion, serangga yang baru ini dapat serupa atau berbeda sama sekali dengan induknya.  Tahapan belum dewasa ini biasanya mempunyai ciri perilaku makan yang banyak. Proses kehuidupan ini dimana pada tubuh dikawal dengan menggunakan acuan khusus seperti proses pertambahan berat badan yang biasanya dalam bentuk bertahap atau bertangga di mana pada setiap tangga dengan digambarkan oleh lepasnya rangka luar lama (exuviae) atau selalu proses ini disebut sebagai 'ekdisis' atau proses ganti kulit. Proses ini berlaku pada setiap peringkat atau fasa kehidupan serangg atersebut seperti serangga hidup sampai seakan pembungkus luar menjadi terbatas. Apa pun setelah ditinggalkan lagi pembungkusan dan seterusnya akan berlaku sehingga serangga tersbut jadi sempurna.  Kitaran hidup serangga amat unik kerana terdapat banyak variasi kitaran hidup serangga mengikut kelas, spesis dan juga persekitaran. Lazimnya serangga dewasa yang akan mengawan (atau ada yang tidak mengawan) akan terus menghasilkan Telur (Eggs), keperingkat Nim (Nymph) atau Instar sehinggalah menjadi serangga Dewasa (Adult). Kitaran hidup dan jangkahayat serangga amat berbeza daripada hanya beberapa hari sahaja sehingga kepada jangkahayat bertahun lamanya vergantung kepada serangga. Sebagai contoh rajah diatas menunjukkan kitaran hidup Lipas (Order Blattodea - mempunyai 9 Famili) memerlukan 4 peringkat kitaran hidup. Lipas dewasa akan bertelur dalam sarung yang berwarna putih dimana ia akan menetas menjadi Nim (dua peringkat nim) sebelum menjadi lipas dewasa. Seterusnya lipas dewasa akan mengawan dan bertelur lagi sehingga populasinya berterusan semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Artikel ini ditulis dalam tiga segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang disyorkan dan sesuai dibaca kesemuanya.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DUNIA SERANGGA... IA HEBAT SEKALI...
BANYAK JENISNYA... MENJADI MAJORITI...
NAMA BIDANG SAINS... ENTOMOLOGI...
MEMBACA ARTIKEL... BERILMU PASTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 RabiulAwal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...