Resepi kali ini merupakan salah satu resepi dari koleksi masakan kaki ayam yang digemari oleh peminatnya. Kaki ayam masak kicap ini tidaklah sukar untuk disediakan dan bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini juga adalah bahan-bahan yanh biasa digunakan didalam masakan dirumah anda. Hanya memasak kaki ayam ini memerlukan masa yang lama kerana ia amat sedap direbus empuk. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Bahan-bahan adalah 200g kaki ayam, 2 biji bawang merah, 2 biji bawang putih (tumbuk pecah), 1 biji bawang besar-dipotong bulat, 1 inci halia, Kicap manis, Kicap masin, Sos tiram, 1/2 sudu makan lada putih, sedikit garam dan kunyit serbuk serta minyak untuk menggoreng. Cara membuatnya dengan menggoreng kaki ayam dengan minyak penuh sehingga garing (tutup ketika goreng kerana ia akan meletup-letup). Awalnya perlu direndam kaki ayam tadi dalam air sejuk selama 2 jam dimana pertama sekali kaki ayam direbus hingga matang didalam kuali masukkan sedikit minyak masak. Kemudian ditumiskan bawang kecil, bawang putih dan halia hingga naik bau. Seterusnya di masukkan bahan bertanda kicap-kicap mengkiut sukatan yang anda suka. Masukkan kaki ayam yang telah bergoreng dan masak sehingga kaki ayam menjadi empuk. Perlu di tambah air jika dimana proses ini mengambil masa hingga kaki ayam empuk dan kuah pula pekat. Apabila sudah masak di matikan api dan sedia untuk di hidangkan dan di makan dengan nasi putih atau kaki ayam di ratah dalam mulut terus. Bagi peminat kaki ayam dimana resepi masakan seperti ini pasti akan digemari. Ia bagi penulis blog memang sedap dimakan bersama nasi ataupun diratah begitu sahaja. Bukan hanya sedap namun begitu sebenarnya kaki ayam juga adalah salah satu sumber kolagen yang baik untuk badan semua terutama dikalangan orang dewasa khususnya kaum wanita.
Ada bermacam jenis kerabu di Malaysia tetapi kini resepi makanan KERABU KAKI AYAM adalah yang paling diminati ramai. Makanan ini ada pelbagai cara dan rasa mengikut kehendak anak tekak kalau membuatnya sendiri. Perlu ada bahan-bahan iaitu 12 ketul kaki ayam perlu dibersihkan dan dipotong dua dan rebus (ada yang suka buang tulang kaki ayam ini supaya senang semasa makan), 1 biji bawang besar yang dihiris nipis, 11 biji cili api yang mesti dihiris bulat nipis kaknoor lebihkan cili dan tumbuk, 2 biji tomato juga dihiris, 2 batang serai yang dihiris nipis, 1 biji limau nipis - diambil jusnya, 3 sudu makan sos ikan (nampla), 1.5 sudu makan gula, 1 pokok daun sup - dihiris halus, 1 pokok daun bawang dihiris halu, soon, bunga kantan, garam dan gula sikit. Cara-caranya dengan memasukkan air, kaki ayam dan sedikit garam ke dalam periuk. Rebus hingga kaki ayam empuk dan kemudian disejatkan kaki ayam. Seterusnya di masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan perlu digaul rata sehingga sebati. Makanan enak ini hidangkan dan dimakan terus atau dengan basi panas. Kalau boleh digaulkan agar lebih sedap untuk diratah. Apa pun bagi penulis blog yang suka ujirasa memang apabil memakannya boleh habis semangkok kerabu kaki ayam ini. Apa pun kalau membuatnya sendiri boleh di adjust rasanya yang lebih pedas dan mengenyangkan.
Pernah juga penulis blog ujirasa 'Kaki Ayam Goreng Tepung' semasa berkunjung kerumah boss semasa bertugas di Melaka. Sajian makanan iaitu makanan kaki ayam dilaporkan ia memang menandungi banyak kolagen. Apa pun jika hendak memasknya kaki ayam goreng tepong disediakan bagi bahan dikisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, lada putih, garam, serbuk kari dan juga bahan perasa Adabi (atau guna stock ayam). Bahan lain adalah termasuk tepung kering, 1 cawan tepung bestari pedas serta 2 cawan tepung gandum dan minyak masak. Langkah awal dimana kaki ayam di perap dengan ramuan dan bahan basah. Kemudian di golek ayam dengan tepung kering (salut tipis) dan seterusnya dimasukkan kaki ayam dalam bahan basah (double dipped). Perlu di golek semula pada tepung kering.. ramas sedikit supaya tepung lebih melekat dan berkelopak. Seterunya adalah menggoreng dengan jumlah minyak yang banyak (kaki ayam tenggelam). Penggunaan api sederhana besar dimana bila ayam sudah nampak lebih garing dan warnanya keemasan maka masakan ini boleh angkat dan hidangkan. Apa pun kaki ayam goreng tidak sama macam kaki ayam masak sup atau kaki ayam dalam tomyam sebab ia dilihat tak liat dan tak perlu masa yg lama pun untuk memasakknya dimana tk dimasak. Ini kerana kalau semua pembaca blog ini tidak cukup bahan memadai dengan gunakan kaki ayam, serbuk kunyit da n garam pun sudah cukup sedap dimakan.
Remaja zaman kini lebih banyak suka makanan dripada Korea dan Jepun. Antaranya adalah 'Resepi Korean Chicken Feet' atau 'Dakbai' untuk di kongsikan dan di ujirasa atau di sediakan sendiri di rumah. Resepi ini merupakan sebuah resepi masakan Korea yang sememangnya menjadi kegemaran orang Malaysia sejak kebelakangan ini. Masakan ini menggunakan bahan-bahan yang sedikit berbeza terutama pada sosnya, walaupun begitu sebenarnya ianya tidaklah sukar untuk disediakan. Kaki ayam merupakan sejenis bahan masakan yang sebenarnya mempunyai khasiat yang baik kerana ia dikatakan tinggi kolagen. Negara-negara seperti Korea, China dan Jepun sememangnya mempunyai banyak resepi yang menggunakan kaki ayam ini. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah 500gm isi kaki ayam, air secukupnya dan ia direbus isi kaki ayam sehingga empuk dan toskan sehingga betul-betul kering.Sedikit minyak bijan. Bahan lain adalah biji bijan, 1 sudu besar bawang putih cincang, 5 sudu besar madu, 1 sudu besar sos Korea Adabi, 3 sudu besar kicap cair, 3 sudu besar serbuk cili, bijan putih serta segenggam daun bawang. Apa pun bijan putih perlu di sediakan. Mulakan dengan menggoreng kaki ayam menggunakan tepung goreng ayam dan bila masak di angkat serta di toskan dan diketepikan. Kemudian di masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih berserta semua bahan sos dan bahan-bahan lain dan di kacau agar sebati. Kemudian masukkan isi kaki ayam dan ditaburkan bijan putih 1 sudu besar. Kacau lagi dan tutup api bila telah sebati dan seterusnya dikeluarkan dan hias dengan bijan putih dan hirisan daun bawang. Makanan ala korea ini sedia di hidangkan dan di nikmati. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yag sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini berikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.