AIR NIRA merupakan air manisan yang diambil daripada pokok famili Arecaceae atau Palmae terutama Pokok Kelapa (Cocos nucifera Linn) atau Pokok Nipah (Nyipa fruticans). Proses menghasilkan nira kelapa dan nira nipah adalah hampir serupa cuma kaedah yang digunakan berbeza kerana nira kelapa di ambil daripada mayang kelapa di bahagian atas pokok sementara nira nipah dari tangkai buah yang keluar dari perdu pokok nipah. Air nira dikutip untuk diminum segar atau pun boleh di proses untuk dibuat Air Tuak (memabukkan jika sampai tahap banyak diminum), di buat Gula Melaka dan produk proses lain yang sesuai. Kawasan penanaman kelapa memang digalakkan menjalankan aktiviti membuat air kelapa dan industri gula melaka atau gula kabong untuk tujuan bagi meningkatkan pendapatan penanaman kelapa selain daripada penghasilan kelapa segar. Di Malaysia dianggarkan seramai 150 - 250 orang usahawan terlibat dengan aktiviti pengeluaran air nira dengan anggaran pengeluaran sekitar 30,000 - 50,000 liter setahun. Proses memungut air nira kelapa bermula dengan memilih mayang kelapa yang sesuai dan memotong secara serong dengan pisau peyadap. Bekas seperti botol minuman atau kontena plastik diikat dihujong mayang dipotong untuk mengutip air manisan nira yang mengalir keluar. Lazimnya bagi pokok kelapa yang sihat di sekitar Muar, Batu Pahat dan Melaka akan menghasilkan air nira yang akan dikutip setiap pagi dan lewat petang. Air nira ini dikumpulkan dalam satu bekas tong selepas ditapis untuk membuang segala kekotoran yang ada seperti semut, lebah, saampah dan habuk lain beberapa kali. Air nira ini tidak boleh dibiarkan lama diatas pokok kerana akan melimpah keluar apabila penoh dan akan berlaku penapaian (fermentation) serta menjadi masam (Tuak). Bagi memproses air nira kelapa ini kepada produk gula melaka perlu dimasukan dalam kuali besar diatas sabak dimasak sehingga pekat dan dicetak menjadi gula melaka (Sila Klik disini bagi artikel Gula Melaka) dan baca (Sila klik disini untuk air nira). Artikel subuh ini pada Hari Raya Ke 2 tahun 2025 saya sembang dengan menulis tentang kisah air nira dalam blog "Anim Agro Technology" sebagai bahan rujukkan semua.
Fakta dimana 'Kayu cengal rahsia keenakan nira kelapa' sesuai di rujuk dan disembangkan. Keratan kayu cengal yang diletakkan di dalam bekas tadahan nira kelapa berfungsi sebagai bahan pengawet semulajadi yang memberikan aroma istimewa serta dapat memastikan minuman itu tahan lebih lama dan tidak masam. Bagi penyadap nira Harun Ali (65) dakwa ada pelbagai kaedah digunakan bagi memastikan kualiti cairan manis yang diperoleh daripada mayang kelapa itu terjaga sebelum melalui proses tapisan untuk membuang mendapan keladak yang terkumpul. Biasanya penyadap nira kelapa akan menggunakan beberapa jenis kayu untuk diletakkan di dalam bekas tadahan. Ada juga yang guna kayu pokok gajus yang bergantung kepada citarasa masing-masing. Dia pula lebih gemar menggunakan kayu cengal kerana air nira yang terhasil lebih sedap sebab jika tidak diletakkan kayu ini air nira akan cepat rosak dan rasanya masam. Apa pun pada setiap bulan Ramadan kali ini merupakan tahun ketiga dia menjalankan perniagaan nira kelapa di kediamannya di Kampung Padang Hangus diKuala Nerus. Air nira yang dijualnya asli dan tiada campuran bahan lain seperti tambahan air kelapa bagi mendapatkan kuantiti banyak seperti segelintir dijual di pasaran dimana air nira kelapa original hanya diperoleh daripada mayang kelapa dan tidak ditambah bahan lain. Rasanya juga lebih sedap. Air nira seberat 500 ml sebotol dijual pada harga RM5. Selalunya sebanyak 10 hingga 15 botol nira kelapa seberat 500 mililiter (ml) setiap satu dijual pada harga RM5 habis dijual setiap hari. Sudah menjadi kelaziman setiap kali Ramadan, kebanyakan penggemar nira kelapa akan mendapatkan minuman itu untuk dijadikan penyejuk badan selepas seharian berpuasa dimana dia tidak menang tangan untuk menyediakan nira kelapa. Sebab itulah setiap kali Ramadan saya fokus untuk menjual air nira. Hari biasa pun ada tetapi bergantung kepada permintaan. Apa pun menurutnya, proses penyediaan air nira yang segar daripada pohon kelapa memakan masa sekitar setengah jam bagi mendapatkan kuantiti sekitar 500ml hingga 1 liter. Proses itu dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang diman ia adalah satu proses yang agak rumit ketika permulaan untuk memilih bahagian mayang kelapa yang sesuai yang akan mengeluarkan cecair ditoreh. Mayang kelapa yang muda dan bersaiz sederhana akan diikat selama seminggu sebelum boleh dibuka untuk mendapatkan airnya.
Apa disebalik kisah 'Pajak pokok kelapa berniaga air nira' iaitu kisah dari Besut dimana ada seorang bekas pemandu bas mengambil inisiatif memajak pokok kelapa daripada penduduk kampung bagi usaha memperoleh bekalan air nira segar untuk dijual sekali gus membantu menjana pendapatan menyara keluarga. Dia bernama Rosniman Ishak (44) dakwa dia telah memajak kira-kira 10 batang pokok kelapa di mana setiap sebatang pokok dibayar RM10 setiap bulan. Kebiasaannya pokok kelapa yang di pajak berada di sekitar rumah atau dalam kebun pemiliknya. Dia kini mampu hasilkan air nira kelapa yang diperoleh hasil pajakan pokok kelapa milik penduduk kampung (Foto paling bawah sekali). Selepas berhenti kerja sebagai pemandu bas di ibu negara pada 2018 dan berhijrah ke Kampung Tok Dor di Besut yang tiada pekerjaan untuk menyara keluarga dan anak-anak kemudian berfikir untuk pajak pokok kelapa. Waktu itu saya tiada pokok kelapa yang sesuai untuk memperoleh bekalan air nira segar setiap hari. Kaedah pengumpulan air nira kelapa diperoleh hasil pengalaman mengikut dan membantu ayahnya mencari sumber manisan itu sejak kecil dimana dia kini mampu meraih pendapatan kira-kira RM1,500 sebulan hasil daripada jualan air nira tersebut. Dengan jumlah pokok yang ada ini saya mampu mendapatkan air nira kira-kira 70 hingga 100 liter air nira kelapa dalam seminggu dan ia akan dijual setiap hari sekitar harga RM10 sebotol. DIa akan tuai hasil air nira ini dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi selepas Subuh dan waktu petang selepas Asar.
Dalam kes lain di Alor Setar, Kedah dimana 'Rezeki air nira, air kelapa' dimana cuaca kering yang melanda negeri ini sejak beberapa minggu lalu mampu memberi rezeki kepada peniaga untuk menambah pendapatan mereka. Bagi peniaga Mohd Amin Mutalib (23) dakwa dimana keadaan cuaca yang panas membawa rahmat buatnya apabila jualan air kelapa dan nira meningkat lebih tiga kali ganda. Jualan kedua-dua air itu mampu mencecah sehingga RM1,000 sehari berbanding hanya RM200, sebelum ini. Dia membuka gerai seawal jam 9 pagi dan kami mampu menjual lebih 100 kelapa sehingga bekalan kelapa terpaksa ditambah setiap dua hari. Air nira pula terjual sehingga 160 bungkus berbanding hanya 50 bungkus sebelum ini. Ada pelanggan beli sehingga tiga bungkus air nira, malah kedatangan pelanggan juga tidak putus-putus walau pun dia bekerja di bawah terik matahari menyebabkan badan cepat rasa letih selain tekak juga dahaga. Kini pada waktu tengah hari sebelum menyambung semula kerja, saya akan minum air nira untuk segarkan badan. Minuman air kelapa menjadi pilihan ramai pelanggan sebab mereka percaya dengan meminum air kelapa akan kurangkan kehausan dan menambah elektrolit dalam bada serta harga jualan amat berpatutan.
Di Marang, Terengganu pul di laporkan dimana 'Air tuak kelapa pandan jadi rebutan di bulan puasa' menarik disembangkan juga. Apa pun setiap kali Ramadan menjelma, air tuak atau nira kelapa pandan menjadi rebutan masyarakat tempatan di sini sebagai juadah berbuka puasa. Ia sekali gus menjadikan Ismail Sulaiman, 64, daripada Kampung Batu Putih di sini, tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan lebih 1,500 liter air tuak kelapa sepanjang bulan Ramadan. Dia menerima tempahan kira-kira 50 liter air tuak kelapa sehari setiap kali bulan puasa. Air tuak kelapa pandan menjadi pilihan utama masyarakat kerana kemanisan semula jadi. Ismail yang mengusahakan air tuak kelapa pandan sejak 2010 menafikan minuman itu dicampur dengan bahan lain termasuk 'ibu gula' dimana tiada bahan manisan lain dicampur, sebaliknya hanya beberapa keping kayu cengal dimasukkan ke dalam botol ketika proses pengambilan air tuak daripada mayang kelapa pandan. Kepingan kayu cengal hanya digunakan bagi mengelak air tuak cepat masam dan rosak. Rutin harian sepanjang bulan puasa adalah memungut botol mengandungi air tuak dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. APa pun pada kebiasaannya air tuak yang dipungut pada sebelah pagi dan petang akan diambil terus pelanggan tetap setiap hari. Proses pengambilan air tuak daripada pokok kelapa pandan setinggi antara dua dan lima meter dilakukan pada jam 7 pagi, manakala pada sebelah petang dilakukan kira-kira jam 6 petang. Air tuak yang dipungut akan melalui proses tapisan mengasingkan habuk mayang kelapa sebelum dijual kepada pelanggan. Dia juga mengusahakan 'nisan kerek' menggunakan air tuak, tetapi kami hentikan sementara bagi memenuhi tempahan pelanggan sepanjang bulan Ramadan. Dia mendapat jualan air tuak kelapa pandan antara RM3,000 dan RM3,500 sepanjang bulan Ramadan.
Sama kisahnya dari Tumpat Kelantan apabila 'Rezeki Ramadan: Pengusaha hasilkan 350 liter air nira setiap hari' wajat di kongsikan. Bagi Ahmad Baihaqi (30) kerja mengambil air manisan nira yang terkumpul dalam bekas plastik yang diikat pada mayang pokok kelapa ketika tinjauan di Kampung Terbok, Tumpat. Dia adalah salah seorang pengusaha air nira kelapa di Kampung Terbok di sini, memperoleh pendapatan berganda apabila air nira kelapa yang diusahakannya terjual sebanyak 350 liter setiap hari. Dia yang mengusahakan tanah seluas 1.4 hektar itu juga tidak menyangka air nira kelapa yang diusahakan sejak 14 tahun lalu kini semakin mendapat sambutan dan dibawa ke beberapa negeri terutama Lembah Klang. Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata, sepanjang tahun, dia mengusahakan air nira kelapa, namun setiap kali Ramadan, sambutan diterima sangat menggalakkan. Jika pada hari biasa, saya hanya menjual 200 liter air nira, namun disebabkan sambutan menggalakkan pada Ramadan, saya menghasilkan sehingga 350 liter setiap hari. Ikutkan jumlah itu masih tidak mampu menampung permintaan pelanggan, namun setakat ini itu sahaja yang termampu saya hasilkan membabitkan 250 pokok terutama pokok kelapa pandan. Air nira yang dihasilkan hanya dijual di rumah dan kebanyakan pembeli sudah mengetahui memandangkan dia sudah menjual sejak 14 tahun yang lalu dan dia antara pengusaha nira yang terbesar di Kelantan. Selain menjual secara runcit di rumah, saya juga jual secara borong dan kebanyakan air nira saya akan dibawa dan dijual di negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Johor. Sejak mengusahakan air nira kelapa, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan saya juga dibantu oleh ahli keluarga yang lain termasuk bapa, bapa saudara dan sepupu. Harga air nira kelapa yang dijual adalah RM10 bagi 1.5 liter. Setiap kali Ramadan, saya memberi tumpuan penuh kepada air nira kelapa, manakala pada hari biasa, saya turut menghasilkan gula melaka. Dia berminat untuk menghasilkan air nira kelapa bermula sejak 14 tahun lalu apabila dia melihat jirannya menghasilkan minuman berkenaan dan mula mempelajarinya. Bermula daripada situ, dia menghasilkan air nira sendiri membabitkan 100 pokok kelapa di sekitar rumah bapanya dimana percubaannya dalam bidang air nira kelapa menjadi sehinggalah saya kini mempunyai 400 pokok kelapa di kawasan seluas 1.4 hektar. Setiap pokok kelapa yang ditanam hanya akan menghasilkan air nira apabila berusia tiga tahun setengah dan saya berharap produk air nira kelapa yang diusahakan ini terus mendapat sambutan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Seuga tulisan kali ini memberi info menarik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RASA MANIS...PASTI RAMAI SUKA....
DARI POKOK NIPAH...ATAU KELAPA...
MASA RAMADAN...UNTUK BERBUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(2 Syawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.