Konsep JADAM melibatkan prinsip sama seperti yang alam lakukan dengan mendorong apa yang berlaku kepada alam dan masalah pertanian umum. Petani harus tahu dan perlu mengambil pendekatan ilmiah dengan mengamati bagaimana cara alam bekerja, bagaimana tanaman dapat tumbuh baik, bagaimana tanah sentiasa dilindungi dan juga bagaimana mikrob dan organisme dapat berinteraksi untuk dapat mencapai satu persekitaran yang seimbang. Salah satu yang disebut adalah bagaimana perlu dilakukan amalan Pengiliran Tanaman (Crop Rotation). Ini kerana didalam JADAM, penggiliran tanaman itu tidak ilmiah dimana contohnya dalam hutan dengan sistem vegetasi yang seragam tetap tanahnya boleh subur walaupaun tanpa ada penggiliran atau gantian tumbuhan. JADAM juga menekankan dimana aspek manusia dan alam adalah adalah satu atau konsep petani dan alam adalah satu. Tanah dan tanaman tidak jauh berbeza dengan manusia dimana mereka perlu bersama dan menyatu. Manusia perlu menyanangi alam sekitar sehingga alam akan menjasi alam yang baik, sihat dan kemuidan kesannya maka manusia juga akan sihat dan sebaliknua jika alam sekitar menjadi sakit ini akan menjadikan manusia akan sakit. Ini kerana perkara yang baik dan yang buruk adalah satu dan JADAM memandang untuk menerima alam apa adanya. Misalnya dalam konsep JADAM tidak ada pemisahan atau keutamaan untuk mikroorganisme baik atau buruk. Di dalam kes pengelolaan tanah dimana terdapat jutaan mikroorganisme yan akan memisahkan antara yang baik dan yang buruk adalah sia-sia, JADAM berpandangan yang belebihan itu tidak baik sehingga perlu usahakan upaya dalam menjadikannya seimbang. Kehadiran rumput liar atau semaksamun adalah perkara yang lazim dalam pertanian. Rumpai mempunyai kelebihan dalam kes seperti ketahanan, kecepatan ia tumbuh, kecepatan membiak sehingga sering dianggap sebagai mengganggu tanaman utama yang diusahakan. JADAM mengingatkan semua untuk mencari manfaat dan kemungkinan memanfaatkan rumput liar dan tidak perlu paksa dengan keluarkan kos yang tidak perlu untuk membuangnya. Rumput liar dilihat ia dapat melindungi dan mengembalikan nutrien kepada tanah sambil dapat juga ia menarik serangga yang bermanfaat dalam habitatnya.
Dalam pada itu bagi dapat menjalankan aktiviti pertanian dengan kos sangat rendah konsep JADAM dilihat amalkan beberapa ramuan baik sama ada penyediaan baja (fertilizer) ataupun racun serangga (pestiside) yang boleh dibuat dengan bahan-bahan dari persekitaran sahajaa. Produk JMS (JADAM Microbial Solution) contohnya adalah seakan mikroorganisma tempatan ala JADAM. Larutan ini mudah dibuat dengan bahan-bahan yang tersedia di sekitar dimana penggunaan kepada tanah adalah ia bertujuan menambah populasi mikrob ketanah sehingga membantu mengembalikan kesuburan tanah. Ada juga produk seperti JADAM Liquid Fertilizer (JLF) iaitu sejenis baja organik versi JADAM. Produk JLF juga mudah dibuat dimana ia tidak memerlukan molases, gula atau mikrob komersil dan ia hanya menggunakan sisa-sia daun yang ada dikeliling kebun. Bahan untuk baja boleh berasal dari rumput liar, sisa tuaian tanaman, sisa hasil buah-buahan atau sayuran yang tidak dijual. Terdapat juga produk dinamakan JADAM Sulfur (JS) yang berfungsi sebagai produk racun bagi dapat mengawal serangga perosak. Produk ini merupakan salah satu pestiside JADAM. Dalam pertanian organik dimana salah satu halangannya adalah cara mengawal serangga perosak sebab selalunya tanaman yang subur akan mengundang serangga dan patogen perosak. Tanah yang subur akan dapat menjanjikan tanaman lebih subur tetapi ini akan menarik lebih banyak serangga akan hadir yang mana sebahagiannya akan memakan tanaman (merosakkan tanaman dan kurangkan kualiti hasil). Konsep ini juga mengamalkan JADAM Wet Agent (JWA) yang mana ia merupakan surfaktan atau perekat pestiside versi JADAM sehingga baja ataupun racun serangga yang di gunakan akan dapat lebih meresap atau diserap kepada tanaman dengan efektif. Seterusnya konsep ini ada produk JADAM Natural Pesticide (JNP) iaitu satu kaedah pengawalan serangga yang menjadi ancaman tersendiri dalam konsep pertanian organik. Serangan serangga perosak dan penyakit yang tidak terkawal akan merugikan tanaman dan boleh menyebabkan gagal menuai. Penggunaan racun sintetik pula dilaporkan ia selain harganya mahal kemudian apabila ia terurai di lapangan akan merosakkan persekitaran untuk jangkamasa panjang. JDAM mengamalkan JNP dengan guna bahan yang mudah didapati di sekeliling dimana ia memenuhi standard bahan asas pertanian organik yang mudah terurai dan selamat. JNP menggunakan ramuan daripada bahan seperti tumbuh-tumbuhan sebagai pengawal serangga dan penyakit tanaman.
Bab ini penulis blog tukar daripada kosep JADAM Pertanian Organik dengan jenis Jadam digunakan untuk rawatan perubatan kesihatan manusia. Merujuk beberapa artikel dimana antara khasiat dan manfaat Jadam yang telah lama digunakan dalam perubatan tradisional kerana pelbagai khasiatnya: Ia didakwa dapat membuang racun dalam badan dan membantu proses detoksifikasi dan menyingkirkan toksin dar badan. Jadam ini adalah ia bersifat Anti-Kanser dimana ada kandungan tertentu dipercayai membantu mencegah pertumbuhan sel kanser. Jadam ini dipercayai mampu menurunkan Tekanan Darah Tinggi dan membantu mengawal hipertensi. Ia digunakan dalam usaha merawat Penyakit Kencing Manis serta dapat membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Jadam dapat menyembuhkan Asma atau Sesak Nafas dan juga membantu melegakan gejala asma. Penggunaan jadam akan mampu menghilangkan Bau Mulut dan Bau Badan serta mampu bertindak sebagai agen deodorant semula jadi. Paling unik didakwa jadam ini akan meningkatkan Kecerdasan Otak dengan cara menyokong fungsi kognitif yang sihat. Jadam selalu ada digunakan dalam usaha mengatasi Sakit Gigi zaman dulu dan ada digunakan sebagai ubat tradisional untuk sakit gigi. Jadam juga dapat mengatasi beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan Buah pinggang (Ginjal) dan ia juga menyokong kesihatan buah pinggang. Jadam dilaporkan akan mengatasi Masalah Jerawat diman sesuai digunakan dalam rawatan kulit untuk mengurangkan jerawat. Ia juga didakwa salah satu agen Awet Muda iaitu dengan membantu mencegah penuaan pramatang. Apa pun cara menggunakan Jadam dengan mencampurkan jadam dalam Minyak Angin iaitu khusus untuk kegunaan luaran. Cara kedua dengan mencairkan ketulan Jadam dengan Air Panas agar ia dilarutkan dalam air panas untuk diminum sebagai herba. Cara ketiga menggunakan JAdam ini adalah dengan mengisar halus (Serbuk) agar ia lebih mudah digunakan. Apa pun sebaiknya merujuk pakar herba atau doktor perubatan yang profesional sebelum penggunaannya.
Merujuk kepada beberapa artikel termasuk tulisan siraplimau bertajuk 'Teknik Baja Cecair Jadam Dari Korea, Hanya Buat Sendiri dan ‘Zero’ Kos. Tanaman Memang Subur!' wajar di kongsikan. Ada terdapat pelbagai jenis kaedah yang telah dihasilkan untuk membuat baja tanaman dimana ada yang mudah caranya dan ada juga sebaliknya agak susah. Ada kaedah yang dihasilkan tanpa menggunakan kos sehingga i begitu menjimatkan dan menguntungkan terutamanya buat pekebun kecil. Kaedah ini merupakan teknik Jadam dari Korea dimana da yang sebut sebagai 'baja longkang' sebab rupa dan baunya. Resepi buat baja cecair ini mudah dipelajari dari kaedah JADAM dimana ada peminatnya yang jadikannya sebagai baja utama yang dipakai kerap di samping sekali-sekala letak seperti baja tahi kambing. Ia berkesan kepada tanaman dan sangat subur dengan izin dimana kosnya hampir RM0 iaitu hanya kos beli tong itu saja. Apa pun bahan digunakan bagi baja 'zero kos' ini adalah 3 benda iaitu tong drum (baru atau terpakai), Air Hujan atau air paip (air paip boleh tapi biarkan dalam 3 4 hari dulu sebelum buat baja ni) dan Leaf Mold yang mudah diambil dari mana-mana pokok besar yang bawah pokok ada banyak daun kering gugur dimana lagi tebal daun kering terkumpul situ hasilnya akan lagi bagus. Kumpulkan atau tolak semua daun tersebut dan akan nampak ada lapisan atas (1st layer) tanah yang warna gelap kehitaman dan ia diambil dalam dua genggam tanah gelap (yang namanya Leaf Mold). Bahan ke tiga adlah Rumput Liar liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana dimana jika ada memesin rumput agar jangan buang dimana apa juga jenis rumput liar pun boleh guna. Apa pun cara membuatnya dengan mengambil satu tong janji ada penutup kuat termasuk guna tong cat besar. Sebaiknya jika mahu gunakan untuk jangkamasa lama pergi kedai hardware dan tanya ada jual tong terpakai warna biru dengan dalam harga RM45 sebuah. Penuhkan 2/3 dari tong tersebut dengan rumput liar tadi dan dipadatkan ke bawah dalam tong. Kemudian di penohkan tong dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan ditutup semua rumput liar. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong dan dibiar tanah itu tenggelam dalam air dan kemudian di tutup dan biarkan untuk jangkamasa selama 2 minggu dalam tong. Selepas 2 minggu maka buka penutup dn ia boleh dipakai. Teorinya lagi lama masa ia di peram dimana baja ni akan lagi baik dalam menyuburkan tanaman. Ada yang peram selama setahun dan ia masih boleh digunakan. Pada awalnya semasa peram, air baja ini memang berbau busuk macam bau lepas banjir akan tapi makin lama kemudian maka bau dia akan makin kurang.
Perlu ketahui cara menggunakan baja 'zero kos' ini agar tanaman sayuran menjadi subur dan selamat dimakan. Menanam sayuran keliling rumah kini suah menjadi hobi kepada raai orang di Malaysia sama ada mereka ini tinggal di kawasan kampopng tradisional, pinggir bandar atau di kawasan bandar. Mereka yang ada sedikit ruang seperti yang tinggal di kawasan rumah teres atau kondoinium juga boleh menanam sayuran keliling rumah. Antara jenis sayuran yang sesuai di tanam adlah sayuran daun yang singkat masa menuainya sekitar sebulan lebih sahaja seperti tanaman kangkung, bayam merah, bayam hijau, kailan dan sawi dalam satu batas atau pasu atau sebagainya. Cara menanam dengan media yang sesuai seperti tanah atau atau gunakan cocopeat campuran mudah dilakukan. Tanaman ini hanya perlu di siram dengan jenis baja 'zero kos'. Apa pun perlu tahu dimana kadar atau ratio dalam penggunaan dia adalah 1:100 yang maksudnya setiap 1,000 ml air cuman gunakan 10 ml sahaja air baja ini. Kemuidan ia dikacau sebati dan seterusnya ia boleh siramterus kepada tanaman atau pokok tain (bunga-bungaan, herga dsb) iaitu dengan kekerapan seminggu sekali. Apa pun boleh juga ambil alrutan baja ini dan disembur seperti foliar terus kepada daun pun boleh akan tetapi mesti air ditapis dulu air baja agar alat semburan tidak akan tersumbat. Sebagai petua diman jika difikirkan yang kadar 1:100 tidak cukup padu maka ia boleh pekatkan lagi sehingga 1:50 (iaitu 1,000 ml air dicampur dengan 20 ml air baja). Sebaiknya dimulakan dengan kadar standard dulu iaitu dengan 1:100 dan kemudian baru boleh dinaikkan kepada kadar baru). Apa pun kalau baja ini sudah hendak habis dan hendak ditambah maka hanya tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong yang sama dan dipenuhkan semula rumput liar dan air hujan sahaja. Secara teorinya kos yang terlibat cuma kos beli tong dan jika dapat baja sepenuh tong biru besar dipakai pula berapa ml je setiap kali pakai dan pokok memang subur ianya ama menjimatkan sekali!. Penulis blog kini sudah pun mula buat sendiri. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim Agro Technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.