(1) BUNGA KERTAS
Bunga kertas atau (Bougainvillea spp.) bagi penulis blog merupakan sejenis bunga tropika yang mudah di tanam, senang di jaga dan juga menarik dengan pelbagai warna. Tanaman bunga kertas antara tumbuhan renek berbunga yang paling mudah dijaga dan tahan panas. Bagaimana pun dilaporkan dimana tidak semua tahu cara bagi dapat menghasilkan bunganya yang lebat. Diantara cara bagi dapat melebatkan bungaan tumbuhan ini adalah melakukan pemangkasan kerana percambahan akan lebih lebat, cepat tu,buh dan kekal segar terutaa pada musim panas dan kering. Selalunya bunga kertas akan gugur apabila kena hujan lebat atau hujan yang berterusan. Ada lebih dari 200 spesis bunga kertas daripada yang berwrna terang kuat sehingga bunga kerta hibrid yang pelbagai warna.
Bunga kertas atau (Bougainvillea spp.) bagi penulis blog merupakan sejenis bunga tropika yang mudah di tanam, senang di jaga dan juga menarik dengan pelbagai warna. Tanaman bunga kertas antara tumbuhan renek berbunga yang paling mudah dijaga dan tahan panas. Bagaimana pun dilaporkan dimana tidak semua tahu cara bagi dapat menghasilkan bunganya yang lebat. Diantara cara bagi dapat melebatkan bungaan tumbuhan ini adalah melakukan pemangkasan kerana percambahan akan lebih lebat, cepat tu,buh dan kekal segar terutaa pada musim panas dan kering. Selalunya bunga kertas akan gugur apabila kena hujan lebat atau hujan yang berterusan. Ada lebih dari 200 spesis bunga kertas daripada yang berwrna terang kuat sehingga bunga kerta hibrid yang pelbagai warna.
2. BUNGA MARIGOLD
Bunga Marigold (Tagetes patula) adalah sejensi bunga yanag cantik dan ramai suka melihatnya. Dilaporkan bagi kalangan penganut agama Hindu sering kali menggunakan bunga ini pada acara keagamaan mereka. Biarpun bau bagi bunga marigold ini kurang menarik atau 'busuk' akn tetapi memang warna kuat orennya melambangkan kemewahan yang unik
Bagi penulis blog tumbuhan merigold mempunyai kandungan yang digeruni oleh serangga seperti nyamuk dan serangga perosak. Maka tidak hairan kalau peminat landskap akan mereka menjadikan bunga ini menjadi pilihan tanaman untuk kawalan serangga biologi di kebun yang mengamalkan cara tanaman organik.
Bunga Alamanda (Allamanda spp.) pula adalah sejenis bunga yang berbentuk seakan trompet dengan tersusun dimana bunga alamanda mempunyai bunga yang berwarna kuning. Getahnya mempunyai khasiat terhadap kesihatan namun pada dos yang terentu dia juga boleh menjadi ancaman pula. Bagi penulis blog menana bunga alamanda mudah di lakukan dengan penjagaannya juga mufah dan pokok ini sangat lasak. Bunga ini sering atau kerap dipilih sebagai tanaman pagaran kerana warnanya yang terang dan mudah di cantas menjadi pagar yang efektif. Tanaman ini adalah sangat mudah dibiakkan melalui keratan batang dan sesuai untuk semua jenis tanah.
Bunga tahi ayam (Lantana camara) merupakan sejenis bunga yang cantik berwarna warni dan sesuai di tanam dikeliling rumah. Dilaporkan ada terdapat sekitar 100 jenis Bunga Lantana dengan bermacam warna termasuk jenis hibrid. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki dimana pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 8 kaki. Batangnya bermiang dan daunnya pula berbau kurang menyenangkan terutama bila di ramas. Apa pun bunga ini disyorkan di tanam di kawasan kebun sayur sebagai 'tanaman perangkap serangga. dalam amalan konsep Kawalan Perosak Bersepadu. Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan. Warna bunga ini juga berubah mengikut peringkat iaitu dari putih ke warna kuning, jingga ke merah dan dadu ke samar kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim seperti cahaya, suhu dan sebagainya. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang ianya dirosakkan serangga ataupun haiwan kerana pokoknya beracun.
Bunga Ros jepun (Portulaca spp.) ia merupakan sejenis tumbuhan jenis menjalar ini mempunyai batang yang menyimpan air dan terdapat pelbagai rona bunga yang ceria. Bunga ros jepun mudah dibiakkan melalui keratan batang. Kalau nak tahu cara mudah menjaganya. Bunga Ros Jepun nama saintifiknya Portulaca grandiflora merupakan pokok yang sangat cantik untuk ditanam di halaman rumah serta pokok landskap yang tahan panas. Oleh disebabkan ia merupakan pokok landskap tahan panas, ia sangat sesuai untuk ditanam dan akan tumbuh subur dalam keadaan cuaca di Malaysia. Ia dikatakan berasal dari negara Amerika Selatan seperti Brazil, Argentina dan Uruguay. Di Malaysia, bunga Ros Jepun ini turut dikenali dengan nama pokok bunga pukul 10 pagi atau pokok bunga kembang 10 pagi. Jolokan nama ini diberi kerana pokok bunga ini dikatakan akan kembang dengan mekar pada pukul 10 pagi. Ia sangat mudah untuk dikenali dengan sifat fizikalnya yang berwarna-warni dan cara tumbuh yang menjalar. Bentuk kelopak bunganya juga sama seperti ros biasa tetapi lebih kecil. Walaupun saiz bunga yang lebih kecil, ia masih cantik untuk dipandang dengan warna bunganya yang terang dan ceria. Diantara kelebihan Bunga Ros Jepun adalah ia mudah dijaga dan tahan lasak dan ia bukan sahaja tahan dengan cuaca yang panas, pokok bunga Ros Jepun ini juga tahan lasak dan sangat mudah untuk dijaga. Pokok ini hanya memerlukan penjagaan yang minimum untuk hidup dengan subur. Sesuai ia digunakan bagi menghilangkan gatal-gatal pada badan akibat gigitan serangga. Batang dan daunnya yang diramas dikatakan mampu mengurangkan kesan gatal akibat gigitan serangga. Tanaman ini mudah membiak dan tumbuh dan subur dan amat mudah dibiakkan dengan menggunakan kaedah biji benih dan keratan batang. Malah, tanaman ini juga akan tumbuh dengan subur dalam keadaan yang sesuai. Ia juga boleh ditanam dengan pelbagai cara kreatif dimana ada yang menjadikan bunga Ros Jepun ini sebagai taman bunga ros, pasu gantung malah tanam bunga Ros Jepun dalam botol.
Bagi penulis blog merujuk artikel bertajuk 'Hiasan bunga ikut petua' untuk di tulis semula dan disembangkan. Minat yang mendalam terhadap bunga sejak kecil mendorong ramai suri rumah ini membina taman bunga di kediamannya. Di Malaysia memang ada banyak jenis pokok bunga yang ditanam di sekeliling kediamannya sekali gus membentuk landskap unik dan menarik. Diantara pokok bunga yang sesuai ditanam termasuk pokok bunga kertas, bunga ros jepun, bunga alamanda, bunga tahi ayam, bunga keembong, lavender, keladi, zinnia dan sebagainya. Kombinasi semua pokok bunga yang berwarna-warni ini disusun atur kemas dan teratur memenuhi segenap ruang sehingga membentuk seperti sebuah taman bunga. Kalau kelihatan cantek maka taman bunga ini akan menjadi tumpuan peminat pokok bunga dari jiran sekeliling. Apa pun selalunya inspirasi untuk membina taman bunga sendiri datangnya daripada youtube, landskap dalam filem hindustan yang ditonton di televisyen dan menerui internet. Apa yang penting dimana peminat bunga-bungaan perlu mempunyai minat yang tinggi, sedikit modal dan paling utama adalah ilmu bagaimana menjaga tanaman ornamental ini. Bagi memulakan tanaman bunga di kawasan keliling rumah paling mudah perlu pergi ke nurseri bunga swasta yang ada beribu jumoahnya di seluruh negara. Perlu target apakah jenis pokok bunga yang hendak di beli mengikut konsep taman yang hendakk dibuat. Asasnya adalah perlu ada ilmu berkenaan susun atur sebab setiap pokok bunga disusun mengikut jenis, warna dan ketinggiannya agar serasi dengan konsep landskap. Apa paun asasnya dimana pokok yang tinggi sesuai ditempatkan iaitu ia berada di bahagian tepi dan belakang manakala pokok renek akan ditempatkan di bahagian depan. Amalan dengan pokok akan sentiasa dipangkas untuk memastikan ketinggiannya sentiasa sama dan sesuai. Memang bukan mudah untuk memastikan semua pokok bunga sentiasa hidup subur kerana ia menuntut komitmen yang tinggi. Sebaiknya setiap hari ada masa meluangkan selama lapan jam untuk memastikan pokok bunga sentiasa dalam keadaan baik dimana pokok perlu ianya sentiasa disiram mengikut keperluan dan baja serta penggalak akar perlu diberikan mengikut jadual yang ditetapkan. Selain guna baja kiia konersil dan baja organik dimana boleh juga menggunakan campuran kulit bawang, kulit telur dan air basuhan beras sebagai pengganti kepada racun serangga. Selain itu boleh juga gunakan minyak masak yang direndam dengan bawang putih untuk mencantikkan daun pokok. Apa pun cara kaedah alternatif ini lebih selamat digunakan selain dapat menjimatkan kos penyelenggaraan pokok walau pun awalnya ia mungkin nampak sukar untuk memastikan semua pokok bunga dapat hidup subur. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM SENDIRI..DEPAN RUMAH SAJA...
PILIH YANG CANTIK...SENANG DIJAGA...
BACA ARTIKEL... DAPAT PANDUANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Syawal 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.