Merujuk satu postingan dalam facebook bertajuk 'NENAS GORENG RANGUP' mungkin ada sedikit kelainan dalam cara menyediakannya. Postingan ini mencadangkan guna bahan iaitu 1 biji nenas yang masak dan di potong baji, 100 gm tepung beras, 50 gm tepung ubi, 1 sudu besar marjerin atau butter-di cairkan, 1/2 cawan santan atau air, 1 biji telur, 1 sudu teh air kapur makan, pewarna kuning, secubit garam dan gula. Dijelaskan bagaimana cara membuatnya iaitu pertama sekali satukan tepung beras dan tepung ubi, masukkan telur, air kapur dan santan atau air dan mesti dikacau rata. Tambahkan pewarna kuning, garam dan gula dan adunan dikacau rata. Akhir sekali masukkan marjerin cair. Pada dapur dipanaskan minyak untuk goreng terendam. Kemudian nanas dimasukkan nenas dan salutkan dengan adunan tepung. Goreng nenas hingga berwarna kuning keemasan dan bila garing boleh di agkat dan toskan minyaknya. Hidangkan bersama aiskrim vanila dimana selalunya nanas goreng paling enak dimakan semasa suam panas lagi pada waktu petang dengan minum air kopi panas.
Salah satu produk menarik adalah 'Nenas Goreng Vakum' atau Kerepek Nanas Goreng Vakum yang sudah diujirasa penulis blog. Resepi ini menyajikan satu campuran istimewa rasa manis dan masam nanas segar dengan tekstur rangup yang diperolehi dengan menggunakan teknik goreng vakum. Ia dibuat dengan nanas masak yang baru dipilih (MD2 pling enak) dimana produk ini adalah snek yang lazat dan berguna sedia pada bila-bila masa. Makanan nanas goreng vakum berfungsi pada suhu yang lebih rendah-biasanya antara 80 - 120 darjah Celcius dimana suhu ini dapat membantu mengekalkan vitamin, mineral dan antioksidan dalam nanas segar. Teknik ini dapat mengurangkan kehilangan nutrisi berbanding teknik goreng konvensional lain. Ia boleh jadi pengganti yang menarik untuk hidangan makanan gorengan tradisional sebab kaedah goreng vakum dapat menghasilkan tekstur rangup dan rasa enak yang menyenangkan dari segi estetika dan ianya lazat untuk dimakan sebagai makanan berkhasiat. Nanas goreng vakum mengekalkan warna terang dan kemanisan semulajadi dimana ia menawarkan sensasi rasa yang menyenangkan tanpa memerlukan gula atau pengawet tambahan. Apa pun bagi penulis blog dimana produk nanas goreng vakum boleh di promosikan dan menjadi pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mencari snek yang sihat kerana paras minyaknya kurang daripada teknik goreng konvensional. Pendekatan ini secara drastik dengan cara merendahkan penyerapan lemak dan ia menghasilkan produk dengan kurang kalori. Nanas goreng cara ini boleh dinikmati sendiri sebagai snek dimana ia boleh dimakan terus atau dicampur dengan yogurt, salad dan jadi pencuci mulut yang menarik. Nanas goreng vakum mungkin akan berikan rasa istimewa dengan menambah baik kepada pelbagai jenis masakan berasaskan nanas. Cara goreng vakum membantu produk nanas disimpan untuk tempoh yang lebih lama tanpa rosak dimana teknologi ini memberi manfaat kepada pelanggan dan juga pekedai dan pelanggan. Nanas Goreng Vakum sesuai untuk spektrum penggunaan yang luas. Bagi orang yang menghargai kemudahan snek sedia untuk dimakan yang mengekalkan rasa atau bernutrisi. kini produk ini semakin digemari kerana pengguna mahukan makanan ringan yang cepat dan mudah dengan rasa yang sangat baik dan nilai berkhasiat. Nanas Goreng Vakum menarik kerana pengguna lebih mementingkan kesihatan dan mencari makanan yang memberikan rasa dan nilai pemakanan. Apa pun dengan kandungan minyaknya yang berkurangan maka jangka hayat yang lebih lama dan kebolehsesuaian dalam kegunaan masakan. Nanas goreng vakum ialah snek lazat dan berkhasiat yang mengekalkan sifat semula jadi nanas segar sambil memberikan banyak kelebihan kesihatan untuk pengguna yang mencari pilihan snek yang lebih baik
Resepi ke lima rasanya penulis blog ingin kongsikan resepi berasaskan buah nanas iaitu NASI GORENG NANAS yang sudah banyak kali dapat ujirasa semasa menjawat k=jawatan sebagai Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dulu. Ia mudah disediakan dan memang lazat sekali dimakan apa lagi selalu dapat makan percuma dan panel ujirasa pertandingan masakan ini. Bahan-bahan membuatnya adalah 2 sudu besar minyak, 2 cawan nasi, 1 mangkuk kecil nenas (potong kiub), 1 biji telur ayam, 6-7 ekor udang, serbuk lada sulah, 1 sudu kecil sos ikan dan bawang goreng untuk hiasan. Seterusnya perlu ada bahan tumbuk kasar terdiri dari 4 tangkai cili hijau, 2 ulas bawang merah dan juga 2 ulas bawang putih. Cara-cara untuk membuatnya dengan memanaskan minyak dalam kuali dan dimasukan bahan tumbuk kasar, tumis hinga wangi. Kemudian masukan udang dan mesti dikacau sehingga separuh masak. Kemudian di pecahkan telur dan dikacau telur dalam mangkuk sebelum ia dituang ke dalam kuali dan kacau hingga sebati. Seterunsnya dimasukkan nasi, serbuk lada sulah, sos ikan dan nenas. Kacau sehingga sebati sebelum ia diangkat dan hiaskan dengan bawang goreng dan dimasukkan dalam buah nanas yang di potong dua dan dikeluarkan isinya. Enak dimakan semasa suam panas. Semuga rencana ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.