Support My Blog

Tuesday, April 15, 2025

SEMBANG FAKTA KAKI AYAM (PART 3)

KAKI AYAM
atau 'Ceker Ayam' atau inggerisnya 'Chicken Feet' merupakan sepasang anggota kaki yang terdapat pada seekor ayam dimana kini sudah viral gara-gara khasiatnya. Kaki ayam merupakan bahagian paling tidak popular di kalangan pembeli ayam dulu tetapi kini ia sudah dijual dan mendapat permintaan yang baik dikalangan peminatnya. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya tetapi kalau sudah ujirasa resepi khusus mama ramai akan suka makan kuliner kaki ayam.. Banyak alasan yang diberi oleh pengguna tidak suka kaki ayam di antaranya sebab rasa jijik (ayam pijak tahi), tidak ada isi, kotor kononnya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda dan berbagai alasan lagi. Bagaimana pun kini kajian dapati jika disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Bagi penulis blog sejak dulu memang suka makan kaki ayam tetapi bagi pengguna mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan yang baik. Hasil kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya kes kesihatan termasuk kes sperti ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari. Apa pun dilaporkan bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan kaedah iaitu meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur. Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis. Kaki ayam didakwa mampu elakkan kes tulang rapuh dimana tanpa disedari dimana kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. Ada kajian yang menyatakan 'hydroxyapatite' adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Kini makanan tepat untuk tulang adalah tulang dimana kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu. Pembaca blog ini tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. Kaki ayam mengandungi bahan unik iaitu Hydroxyapatite sebagai bahan makanan untuk tulang berasal dari tulang makanan yang kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia selain ia kaya dengan khasiat protein pada kulit, otot, tulang dan kolagen. Subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis mengenai fakta dan kisah tentang kaki ayam untuk dijadikan rujukkan.


Dilaporkan diantara menu popular yang menjadi kegemara ramai diperbuat dari kaki ayam adalah 'Kerabu Kaki Ayam' yang wajar di kongsikan kisahnya. Kisah bagaimana ada kes gerai belum dibuka tetapi sudah ramai pelanggan yang beratur menunggu. Itulah penangan 12 jenis kerabu warisan hasil air tangan Rohaida Mustafa (53) yang dijual di Bazar Ramadan Medan Gopeng, Perak saban tahun. Media laporkan dimana apa yang lebih istimewa apabila kesemua 12 jenis kerabu yang mana resipinya diwarisi daripada arwah ibu itu hanya boleh didapati setahun sekali iaitu khusus dijual sepanjang Ramadan. Memang ada aneka kerabu yang disediakan ialah kerabu jantung pisang, pegaga, mangga, selom, bayam brazil, kacang botol dan kerabu som tam betik. Dia menjual aneka 12 kerabu yang dijual Rohaida di Bazar Ramadan Medan Gopeng dimana selalunya ia mendapat sambutan menggalakkan hinggakan pengunjung sanggup beratur sementara menunggu jualan bermula. Dakwanya dimana ia turut menjual, kerabu pucuk paku tauge perut, pucuk paku tauge kerang, kerabu kaki ayam, acar buah dan pecal. Dia sengaja memilih bulan Ramadan untuk menjual 12 jenis kerabu itu bagi memberi lebih rasa nostalgia kepada pengunjung. Kini bila melihat aneka kerabu yang tersedia dimana ramai pengunjung bukan sahaja kecur air liur, malah rambang mata untuk memilih sebagai pelengkap berbuka puasa. Dakwanya ini tahun keempat saya berniaga kerabu di bazar Ramadan dimana kadar sambutannya sangat luar biasa hinggakan pengunjung sanggup beratur panjang sementara menunggu jualan bermula. Menambah jika boleh dikatakan pembeli yang datang adalah pelanggan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kebiasaannya tak sampai dua jam dimana jualan sudah licin.
Apa pun ibu kepada dua anak itu berkata, kerabu memang sering dijadikan hidangan pembuka selera atau sampingan ketika menikmati juadah utama. Rasa masam dan pedas selain disediakan secara segar serta mentah membuatkan selera seseorang bertambah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpuasa. Menu kerabu paling laris dan menjadi pilihan pembeli sudah tentulah kerabu pucuk paku tauge perut, pucuk paku tauge kerang dan kerabu kaki ayam. Mungkin kerana kerabu ini agak sukar untuk diperoleh pada hari-hari biasa,. Dia pohon agar  berkata, penyediaan kerabu tidak semudah disangka kerana perlu setiap bahan yang digunakan perlu segar. Bahan-bahan asasnya pula seperti hirisan bawang merah, cili api, asam limau, kerisik dan belacan perlu cukup bagi menjamin kualiti dan rasa yang enak dan untuk kerja menyediakan kerabu ini, saya gunakan lebih 3kg bawang setiap hari selain bahan lain, 3kg pucuk paku, 2kg daun pegaga dan 6kg kaki ayam. Selalunya setiap pagi dia akan ke Pasar Borong Menglembu untuk mendapatkan keperluan ini. Ada juga bahan-bahan saya dapatkan terus daripada penduduk kampung. Meskipun harga bahan mentah naik, Rohaida tetap mengekalkan harga jualan kerabunya iaitu antara RM5 hingga RM10 dan dia masih mampu meraih jualan hingga RM1,200 sehari.


Paling suka makan untuk disediakan bagi penulis blog adalah masak kaki ayam dengan resepi 'SUP KAKI AYAM TUMIS DARAT' yang enak dan mudah. Resepi ini popular di kampong di Gerik, Johor dan selalu di hidangkan ketika makan tengahari, majlis rewang dan sebagainya. Memasak sup ini perlu disediakan bahan iaitu 2 kg kaki ayam, halia sebesar ibu jari, 1 biji (besar) bahan bawang merah, daun sup secukupnya, 5 tangkai cili api merah, bawang goreng secukupnya serta bahan perasa makanan (agak-agak sahaja). Cara memasaknya dengan memanaskan air dalam periuk yang sesuai dimana jumlahnya setakat boleh rendam semua kaki ayam sahaja. Kemudian apabila air sudah mula mendidih boleh di masukkan kaki ayam yang telah dibuang kuku dan dibersihkan. Jika ada leher ayam pun boleh letak juga dan sebaiknya menggunakan api yang sederhana waktu memasak. Dalam masa sama di tumbuk halia dalam besar ibu jari dan di masukkan terus ke dalam kuah sup. Perlu mereneh kaki ayam hingga mula nampak isi melerai sedikit kulitnya dari tulang. Kemudian di masukkan bahan secukup rasa dengan secukupnya. Jumlahnya agak-agak selera dan jangan masin dan jangan terlalu hambar. Seterusnya di masukkan juga cili api merah yang ditumbuk terlebih dahulu dan ia ditumbuk kasar sahaja. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan nila minyak sudah agak panas, masukkan bawang besar yang telah dihiris halus. Masak bahan ini sampai layu dan bertukar warna keemasan dan kemudian ditutup api kuali. Kemudian di tuang bawang goreng tadi ke dalam kuah sup dan terus tutup dengan tudung periuk. Perlu ditutup dalam 5-10 minit macam tu baru buka semula. Nanti bau dan rasa dari tumisan bawang merah tadi akan menyerap ke dalam sup dan rasa sup pun akan bertambah sedap dimana makanan ini ramai yag panggil tumis darat. Akhir sekali boleh di taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng jika suka dan hidangan ini sudah siap dinikmati begitu sahaja atau dengan nasi panas atau dengan roti.


Penulis blog suka makan kaki ayam masak kari dimana ia merupakan kuliner kaki ayam yang popular di jual di premis restoren. Resepi Kari Kaki Ayam ini paling sedap dimakan kalau dicicah dengan makanan roti canai yang di jual di beberapa gerai. Membuat makanan ini dirumah juga mudah disediakan dengan sediakan bahan-bahan asas iaitu 300g kaki ayam (perlu di rebus dulu), 3 ulas Bawang Putih, 2 Biji Bawang Merah, 2 Inci Halia, 3 Sekawan Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Lawang, Daun Kari, Daun Pandan, 3 Sudu Besar Serbuk Kari Daging (Dibancuh dengan Air), 1 Kotak Kecil Santan Kelapa, mnyak masak kelapa, gula dan juga bahan garam. Cara untuk membuatnya dengan memasukkan minyak masak ke dalam kuali dan tunggu sehingga minyak cukup panas. Tumiskan kesemua bahan-bahan ke dalam Kuali sehingga naik bau. Kemudian di masukkan Rempah Kari yang telah dibancuh dengan air dan biarkan sehingga rempah tersebut dimasak. Seterusnya dimasukkan Kaki Ayam Ayam yang telah direbus beserta dengan Asam Keping. Akhir sekali adalah perlulah memasukkan santan beserta perasa gula dan garam secukup rasa. Enak dimakan terus secara meratah kaki ayam berkari atau dijadikan lauk memakan nasi atau dijadikan cicah makan roti canai kosong. 
Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yag sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini berikan makluma berguna kepada semua pembaca blog anim agro technologi. Wasallam!!!...
KAKI AYAM... CEKER KATA ORANG JAWA...
SEEKOR AYAM...CUMA ADA DUA SAHAJA...
BANYAK KHASIAT...PELBAGAI RESEPINYA...
MEMBACA ARTIKEL...ADA INFO DI TERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Syawal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...