Support My Blog

Friday, April 11, 2025

DUNIA SERANGGA (Part 2)

SERANGGA (insect)
ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam kelas Insecta yang mempunyai jumlah atau bilangan spesis terbanyak di dunia. Di habitat daratan dimana kawasan ini adalah terdapat jumlah serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas haiwan yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies serangga terkini iaitu termasuk yang belum dikenali oleh pakar-pakar sains berjumlah sekitar dari 2 juta - 30 juta. Apa pun kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah dikenalpasti sebanyak hampir satu (1) juta spesies serangga akan tetapi sebenarnya didakwa dimana masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Pada penulis blog ia masih tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus dalam situasi sebelum dapat direkodkan kewujudannya yang berpunya dari aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan. Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini terutama di daratan bagaimana pun sebenarnya ia selalu dilihat dimana didapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia. Selain didalam keadaan luar yang semulajadi di hutan, di bandar dimana serangga memang ada didalam rumah manusia dan hidup bersama. Paling tidak pun memang jumlahnya banyak di halaman rumah atau menyamai jumlah yang ada di dalam rumah. Pada penulis blog dimana haiwan serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini. Ini kerana ada jenis serangga yang berfaedah dan ada juga serangga yang tidak berfaedah malahan ia adalah mengancam kehidupan manusia sehingga boleh membawa maut. Kajian ilmu atau sain dalam serangga dikenali sebagai Entomologi. Bidang Entomologi adalah cabang sains yang mengkaji mengenai dunia serangga. Ia berasal dari dua perkataan Latin iaitu 'entomon' bermakna 'serangga' dan 'logos' yang bermakna 'ilmu pengetahuan'. Serangga merupakan kelompok haiwan yang terbesar bilangan spesiesnya berbanding lain-lain kehidupan haiwan ataupun tumbuhan. Sehingga kini masih lagi terdapat sekitar 1 juta spesies serangga yang telah direkodkan. Bilangan spesies yang sebenarnya tidak diketahui kerana masih banyak yang belum direkodkan kewujudannya. Kepentingan pengetahuan entomologi dapat dilihat daripada peranan serangga secara langsung maupun tidak langsung dalam kehidupan manusia di bumi ini. Walau bagaimanapun, kadang-kadang bidang ini diperluaskan untuk turut mencakupi artropod. Artikel pada malam Rabu ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hebatnya fakta penting haiwan serangga dan perlunya ilmu dunia serangga ini di kongsikan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Menarik kerana lebih dari 1 juta spesis serangga telah dikenalpasti dimana kumpulan yang mempunyai lebih dari 100,000 spesis adalah Coleoptera (386,500), Lepidoptera (157,300), Diptera (155.500), Hymenoptera (116,900) dan Hemiptera (103,600). Kumbang yang membentuk ordo Coleoptera merupakan makhluk hidup yang paling beranekaragam di dunia dimana jenis kumbang umumnya ia mempunyai sayap depan keras disebut 'elytra' yang melindungi sayap bahagian belakangnya. Kebanyakan kumbang termasuk subfamili Polyphaga. 
Kumbang ialah serangga yang mana ia membentuk order Coleoptera iaitu berada dalam superorder Holometabola. Ia mengandungi lebih banyak spesies daripada order lain dalam alam haiwan, mengandungi hampir 25% daripada semua benda hidup yang dikenalpasti. Kira-kira 40% daripada spesies serangga yang dikenal pasti ialah kumbang (kira-kira 400,000 spesies dan spesies baru yang sentiasa dijumpai).  Kumbang dapat dikenali daripada ciri sayap hadapan yang tebal dan keras, berfungsi melindungi sayap belakang yang nipis apabila tidak melakukan penerbangan. Sewaktu terbang, sayap belakang yang digunakan, manakala sayap hadapan terbuka dan terentang, tidak digunakan. Alat mulut kumbang terdiri daripada mandibel yang kuat digunakan untuk menggigit, mengerat atau mengunyah makanan yang terdiri daripada benda padat. Kumbang boleh didapati di pelbagai habitat daratan mahupun akuatik. Malah terdapat kumbang yang merupakan perosak bijirin yang disimpan, seperti kumbang beras dan kumbang tepung. Sementara itu serangga Kupu-kupu dan Rama-rama ia berada dalam ordo Lepidoptera yang mempunyai jenis mulut pengunyah pada fasa larva akan tetapi mempunyai jenis mulut penghisap pada fasa larva atau imago. Serangga Lalat Rumah dan Nyamuk adalah dari ordo Diptera dimana ia hanya ada sepasang sayap dan uniknya adalah ia memiliki sepasang 'halter' yang mana ini membantunya dalam penerbangan. Bagi Semut pula ia bersama Lebah dan Tebuan adalah dalam ordo Hymenoptera dan uniknya ia ada organ 'ovipositor' untuk memasukkan telur ke tempat yang biasanya tidak dapat dijangkau terutama buah-buahan. Ovipositor ini sering juga berfungsi sebagai sengat untuk memasukan venom atau bisa seperti tebuan sebagai kaedah mempertahankan diri. Bagi serangga seperti Kepinding dan Anggang-anggang (water crest) ia berada dalam ordo Hemiptera (kepik) mempunyai mulut jenis yang menusuk dan pengisap. Ada beberapa serangga yang mana ia mengisap darah manusia (nyamok) dan sebahagian sebagai pengisap cairan pada tumbuhan (lalat Buah dan Helopeltis). Sebagian besar serangga juga ia bersifat parasit bagi haiwan, tumbuhan dan juga menyerang manusia.


Serangga seperti be
lalang, cengkerik dan belalang juta adalah ia berasal dari ordo Orthoptera dimana ia boleh mengeluarkan bunyi nyaring dengan cara menggosok bahagian tubuh tertentu seperti organ sayap atau kaki. Ciri khas yang dapat dijumpai yaitu sayap depan lebih keras dari sayap belakang. Siapa yang pernah mendengar bunyi serangga Riang Rimba tentunya akan tahu bunyi kuat pada waktu tertentu. Apa pun serangga Riang riang ini adalah sejenis serangga dalam family Cicadidea dimana ia mempunyai saiz mata besar dan mempunyai sayap lutsinar (Sila lihat foto disebelah). Bunyi bising itu terhasil dari gesekan di bawah sayap lutsinarnya. Dilaporkan tujuan dia buat bunyi bising itu sebenarnya adalah cara untuk usaha memikat pasangannya dengan mengesek kepaknya dan selalunya adalah berjantina jantan. Apa pun sdilaporkan yang umur riang riang ini tidak lama pun dimana kemudian selepas ia mengawan dan bertelur, ia akan mati. Biasanya riang riang ini akan bertelur di atas pokok dan apabila telur-telurnya menetas maka nimfa-nimfanya akan bergerak ke dalam tanah untuk satu tempoh yang lama. Apabila cukup tempohnya maka ia ia akan keluar menjadi riang riang dewasa. Petua orang-orang dulu dakwa riang riang ini berbunyi menandakan musim kemarau akan tiba. Siapa yang tidak pernah tengok LIPAS dan ANAI-ANAI iaitu serangga dari ordo Blattodea yang ada ciri mulut pengunyah, tubuh lebar dan rata serta ada sepasang antena panjang yang lentur. Dulu lipas dan anai-anai dianggap berasal dari ordo yang berlainan akan tetapi kajian oleh para taksonomis pada tahun 2007 menyimpulkan bahawa secara filogenetik dimana anai-anai sebenarnya adalah jenis lipas juga tetapi ia kurang di sebut begitu.


Paling unik pada penulis blog adalah Serangga Pepatung atau Sibur-sibur atau Capung atau 'Dragonfly'. 
Capung seperti capung jarum adalah ia dari ordo Odonata dimana ciirinya mempunyai jenis mulut jenis pengunyah. Selalunya dalam Ordo ini termasuk serangga jenis karnivora yang memakan serangga kecil dan ada juga sebahagian bersifat kanibal atau suka memakan haiwan sejenis. Habitatnya dragonfly ini selalu berada dekat perairan. Biasanya berada di sekitar parit, kolam, air terjun, tasek dan pada kawasan berbatu. Serangga ini sebenarnya sudah hidup sejak zaman purba dan beberapa kali mengalami proses evolusi dimana penulis blog mengenalinya semenjak kecil dikamppong dahulu. Ramai kalangan penduduk desa dan pekebun yang menjumpai capung dewasa hampir disetiap tempat ketika panas matahari dari pagi sehingga petang khususnya di kawasan tropika. Mudah untuk mengenali marfologi badan dan bahagian-bahagian capung ini yang ada berbagai bentuk, saiz, warna, kaki dan ekornya yang unik. Apa yang dilihat pepatung atau capung atau sibur-sibur ini tubuhnya terbahagi kepada Kepala, Badan (Thorax) dan Kaki serta Ekor. Pada saya walau pun capung ini dilihat lucu dan memiliki warna tubuh sangat cantik tetapi dalam habitatnta ia sebenarnya merupakan sejenis predator ganas memakan mangsanya. Serangga Karnivor ini memiliki rahang tajam dan juga mempunyai kelebihan daya penglihatan yang luas hingga 360 darjah keliling. Capung mampu terbang dengan sangat cepat dan mampu bergerak kehadapan, kekiri, kekanan, kebawah, keatas dan paling unik ia boleh bergeraak ke arah belakang juga. Serangga seperti helikopter ini sebenarnya boleh menghalang dan menangkap mangsanya dengan cekap ketika terbang berada diudara. Serangga hebat ini selain dari menjadi pemangsa yang ganas, ia juga merupakan jenis serangga yang penerbang yang hebat. Ada kisah dimana serangga dragonfly digunakan sebagao 'doktor udara; kerana ia memangsa nyamok sebagai makanannya. Kehadiran serangga ini berkait rapat dengan isu pencemaran dan aspek kebersihan udara di persekitaran. 
Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DUNIA SERANGGA... IA HEBAT SEKALI...
BANYAK JENISNYA... MENJADI MAJORITI...
NAMA BIDANG SAINS... ENTOMOLOGI...
MEMBACA ARTIKEL... BERILMU PASTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 RabiulAwal 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...