KULIT NANAS (Pineapple Fruit Skin) merupakan salah satu komponen dalam sebiji buah nanas selain daripada isi buah nans, empulur, serat dan juga jambulnya. Dilaporkan industri tanaman dan pengeluara nanas di Malaysia semakin hebat apabila tanaman ini terus bertambah keluasannya untuk pasaran domestik dan eksport. Antara varieti nanas yang popular di taam termasuk Nanas MD2, Josapine, Moris, Gandul dan beberapa lagi. Kalau dahulu penanaman nanas adalah untuk di tinkan akan tetapi sekarang kebanyakan buah nanas ditanam untuk dijadikan Buah Segar. Apa pun bagi penulis blog yang sudah menulisa lebih 350 artikel mengenai nanas dalam blog ini mendapati dimana semakin banyak hasil dan meningkatnya hasil nanas maka sisa atau limbah yang dihasilkan akan meningkat jumlahnya. Pada umumnya buah nanas mempunyai beberapa bahagian yang bersifat sisa untuk buangan antaranya adalah DAUN, KULIT LUAR, MATA dan EMPULUR (Hati). Pada bahagian kulit luar merupakan dilihat ia adalah bahagian terluar memiliki tekstur yang tidak rata dan banyak terdapat duri kecil pada permukaannya. Bahagian mata buah nanas pula ia mempunyai bentuk yang agak rata dan banyak terdapat lubang-lubang kecil menyerupai organ mata. Bahagian terakhir yang juga merupakan bahan buangan adalah empulur nanas (tekstur dan saiz ia bergantung kepada varieti) iaitu bahagian tengah dari buah nanas. Penulis blog dapati dimana ia mempunyai bentuk memanjang disepanjang buah nanas dimana ada tekstur yang agak keras, berserat dan rasanya agak manis juga. Apa pun kehebata buah nanas dimana ia dilaporkan mengandung enzim yang mampu dalam mempercepat proses pelepasan lendir pada semasa proses fermentasi. Enzim yang terkandung didalam buah nanas yang paling terkenal adalah Enzim Bromelin. Enzim ini mampu memecahkan zat protein dan gel. Kajian mendapati dimana enzim bromelin mampu menurunkan kadar kafein kopi menjadi lebih rendah apabila diambil. Selain itu enzim bromelin mampu mempercepatkan lagi jangkamasa untuk proses penapaian (fermentation process) dalam pembuatan tempe dan mampu melembutkan bahan daging untuk di masak. Dilaporkan dimana buah nanas adalah salah satu buah tropika yang kini sangat popular dengan rasa isi buahnya yang manis atau masam dengan mempunyai aroma khas dan menyegarkan. Buah nanas kaya akan vitamin C, manganese, serat dan enzim bromelain. Dilaporkan dimana vitamin C yang mana ia terkandung dalam buah nanas baik untuk sistem kekebalan tubuh sementara bromelain memiliki sifat anti-inflamasi. Ada juga komponen kulit dari buah nanas juga kaya akan serat yang baik untuk pencernaan dan dapat dijadikan bahan tambahan dalam makanan atau minuman kerana ia juga ada aroma yang kuat dan manis. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ekstrak dari kulit nanas mempunyai sifat antimikrob yang dapat membantu melawan jangkitan. Ada kalangan masyarakat dimana kulit nanas digunakan untuk membuat kerajinan tangan seperti begtangan atau kasut bahkan ada yang guna sebagai bahan bangunan ringan kerana sifatnya yang tahan lama. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menuis mengenai fakta kegunaan kulit nanas untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Beberapa inovasi menggunakan kulit nanas agar ia jangan dibuang sebab ia boleh dibuat baja tanaman yang mana ia membantu menghasilkan buah yang lebat dan cantik. Disyorkan dimana agar kulit buah nanas biasanya dibuang begitu sahaja dan kini ia boleh digunakan. Umumnya selain kulit bawang sebenarnya yang kulit nanas pun boleh dijadikan baja organik. Apa yang lebih menarik dimana baja organik dari kulit nanas ini boleh melebatkan dan mencantikkan buah juga. Sealunya buah nanas akan di kupas kulitnya dan isinya akan di makan dan bahagian kulitnya dibuang tetai sebenarnya ia boleh dijadikan baja iaitu sejenis kategori Baja Organik. Membuat baja ini di rumah sendiri mudah di jalankan iaitu dengan menggunakan bahan seperti 1 kg kulit nanas, 1 kg gula merah, 1 botol yakult serta guna air hujan atau air mineral. Cara-cara membuat baja organik dari kulit nanas ini dengan semua kulit nanas ini yang masih segar ia dikisar kulit nanas dengan air hujan atau guna air mineral. Dalam masa sama perlu larutkan gula merah dan yakult sedikit demi sedikit. Kemudian di peram bancuhan tersebut berada di kawasan teduh selama 2 minggu dengan menggunakan bekas kedap udara. Perlu di periksa selalu untuk membuang gas perapan setiap hari dengan membuka penutup sedikit dan tutup semula. Sebaiknya kalau diskip langkah ini dimana tong perapan dilaporkan yang ia boleh meletup dan mengotorkan seluruh ruang oleh mereka yang tidak mahu maka pastika ia tidak berlaku. Selepas 2 minggu maka cairan ini perlu di tapis dan mesti diasingkan serdak. Ia sesuai di simpan air yang telah ditapis manakala serdaknya diperam semula sampai terurai 100 peratus. Baja ini perlukan cara menggunakan dengan betul, Ambil 10 ml pati air nanas dan bancuh bersama satu liter air. Semburkan pada pokok nanas dan buah-buahan lain seperti jambu, limau, durian, terung, cili dan sebagainya atau sayur-sayuran serta pokok bunga-bungaan yang berdekatan dengan rumah. Disyorkan agar menyembur pada waktu petang setiap tiga hari sekali. Apa pun jika tidak sempat menyiram maka boleh menyiram seminggu sekali. Jika ada pokok di keliling rumah dilihat ia sedang berputik, boleh sembur pada putik untuk lebih cantik dan buah melekat. Sebenarnya semua buah nanas yang manis sesuai dijadikan baja buah sebab yang penting ada kemahuan, kemahiran dan bagaimana baja ini boleh di gunakan sendiri atau di jual juga.
Menarik artikel bertajuk 'Air Kulit Nanas Power' untuk di ketahui kisahnya. Dilaporkan dimana rupanya buah nanas ni memang hebat gila untuk kesihatan. Bukan sekadar buah superfood yang tinggi potassium tapi tahu tak, kulit nanas pun power jugak kalau kena dan cara kau proses jadi makanan. Dilaporkan memang ada banyak bahan penting dalam kulit nanas ini contohnya vitamin C, bahan mineral yang berguna seperti Magnesium (Mg), Kalium (K), Kuprum (Cu), Manganese (Mn), Kalsium (C), Zat besi (Fe) dan banyak nutrien lagi. Ada laporan dimana produk minuman dari kulit nanas memang ia banyak manfaat kesihatan yang tersendiri. MInuman ini dilaporkan ia baik untuk penghadaman apabila kulit nanas ini ia boleh bantu melancarkan sistem penghadaman. Air dari kulit nanas ini juga boleh membantu dalam melawan parasit dalam usus serta mampu mengatasi masalah sembelit. Kes lain mengenai kulit nanas adalah ia boleh membantu atau ia akan menyebabkan flora usus yang sihat. Bercirikan anti-radang dimana terdapat sejenis enzim kuat dalam minuman kulit nenas ni namanya bromelain. Air dari kulit nanas ni boleh bantu mengurangkan keradangan dalam badan dimana ia disyorkan sesiapa yang baru lepas buat pembedahan ke akibat cedera, air ni juga boleh bantu kurangkan bengkak. Air kullit nanas mampu memantapkan sistem imun apabila kandungan vitamin C yang tinggi dalam nanas dan kulitnya ni boleh membantu mencegah dan melawan jangkitan penyakit. Bromelain dan vitamin C mempunyai peranan penting dalam melawan bakteria, mengurangkan lendir, kurangkan batuk, sebatikan luka dan kuatkan sistem badan secara keseluruhan. APa pun minuman ini didakwa mampu melawan arthritis dan sakit sendi sebab bahan bromelain ini ia mempunyai asas kebolehan anti-radang yang bagus untuk orang yang ada arthritis atau sakit sendi. Meminum jus dari kulit nanas ini boleh menolong dalam mengatasi sakit secara langsung. Air minuman kulit nanas didakwa mampu mencegah kanser diman zat didalam kulit nanas seperti mangan, vitamin C, dan antioksidan yang boleh lawan tumor dan bantu cegah kanser kulit. Konsep lebih baik kalau mencegah sekarang daripada sudhah terlambat kena merawat dengan modal yang beratus ribu merawat kanser. Dilaporkan nanas MD2 isinya manis dimakan dimana air kulitnya yang diproses juga memang ia sedap diminum.
Tanaman nanas selain menghasilkan buah nanas juga menghasilkan sisa atau limbah kulit nanas. Limbah ini berupa kulit buah dan bahan serat buah nanas yang diperah airnya untuk di buat jus nanas. Kulit nanas dapat dijadikan bahan makanan alternatif untuk ternakan jenis ruminan. Proses mengolah buah nanas menjadi pati (jus) nanas menghasilkan sisa kulit dan sebagainya dengan banyak dan sealunya akan dibuang begitu sahaja. Jumlah ini di kira ia dapat mencapai 85% dari berat buah nanas segar. Memanfaatan kulit nanas sebagai bahan makanan ternakan ruminan dilihat ia akan memberi nilai tambah atau pendapatan kepada penanam nanas. Selain itu apa yang penulis blog pernah lihat dimana aktiviti ini akan dapat membantu sektor ternakan secara komersial dalam menambah keperlua daging segar tempatan. Kulit buah nanas dan serat dari buah nanas di perah jusnya merupakan sumber tenaga yang berpotensi untuk dijadikan makanan ternakan. Kandungan serat (NDF) yang relatif tinggi memungkinkan kulit nanas digunakan untuk menggantikan rumput sebagai bahan makanan asas. Potensi tanaman nanas sebagai salah satu sumber bahan makanan ternakan boleh dilakukan apabila terdapat industri yang akan memproses buah nanas menjadi produk hasil prosesan buah berupa pati jus nanas atau buah nanas yang di kalengkan. Tahap hasil produk proses berasaskan buah nanas adalah sekitar 15% sedngkan jumlah sisa dari buah nanas mencapai sebanyak iaitu kombinasi capuran diantara kulit nanas dan serat nenas mencapai sebanyak 85%. Sisa kulit nanas merupakan sumber energi yang potensial sebab ia mengnandungi bahan karbohidrat yang tinggi sebanyak 71.6% dengan bahan ekstrak tanpa N (BETN) sebanyak 9.35% dari serat kasar. Hasil sisa kulit nanas yang dihasilkan dalam kilang memproses nanas kaleng memang sangat besar (bergantung kepada kapasiti kilang tersebut). Sisa kulit nanas mengandungi fiber atau serat (NDF) yang cukup tinggi 57.3% dengan kadar protein kasar termasuk rendah iaitu 3.5%. Potensi penggunaan sisa kulit nanas bukan sebagai komponen penyusun konsentrat akan tetapi ia digunakan sesuai untuk dijadikan makanan ternakan. sebagai makanan alternatif. Sisa kulit nanas yang telah dikeringkan dapat digunakan langsung sebagai bahan makanan ternakan secara alternatif. Adapun bila menggunakan kulit nanas sebagai makanan asas dalam formulasi makanan lengkap lembu sebaiknya ia harus di kisar terlebih dahulu. Sebagai bahan makanan asas sisa kulit nanas diharapkan dapat meminimakan ketergantungan terhadap adanya rumput hijau bagi diberikan kepada ternakan ruminan tersebut seperti lembu. Penggunaan kulit nanas sebagai bahan makanan ini akan bertindak sebagai sumber tenaga untuk keperluan asas dalam penternakan kambing dan ruminan lain juga. Tarap penggunaan kulit nanas seagai bahan makanan ternakan dari kulit buah nanas disyorkan ia digunakan sebanyak 10 -20% didalam formulasi makan sebab jika menggunakan formulasi melebihi 20% makan kesannya ia akan mengurangkan berat badan embu dan kambing tersebut. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca keduanya. Semuga pembaca blog ani agro technology mendapat menafaat membacanya artikel yang ke 8,988 ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.