Kulit manggis adalah lapisan keras dan tebal yang melindungi buah manggis. Kulit manggis mengandung unsur bahan aktif yang berguna untuk kesihatan dan kecantikan termasuk bahan xanthone, flavonoid, dan tanin. Kulit manggis dilaporkan boleh dijadikan pelbagai produk seperti minuman, makanan dan suplemen kesihatan. Selain itu dimana kulit manggis juga digunakan sebagai bahan asas dalam membuat produk kosmetik seperti sabun, krim dan body lotion kerana ada bahan sesuai yang bertindak membantu menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Buah manggis juga didakwa ia sering dijadikan sebagai bahan dalam masakan seperti untuk membuat sambal atau sayur. kalangan masarakat tradisional di Indonesia, Malaysia dan Thailand dilaporkan akan gunakan buah manggis dan kulit manggis untuk mengubati berbagai jenis penyakit termasuk rawatan ketika cirit, demam, ulser mulut atau ulser lidah, radang tekak dan akibat infeksi. Apa pun dilaporkan kulit manggis adalah sebahagian dari buah manggis yang sering diabaikan atau dibuang begitu sahaja. Mereka yang tahu dimana kulit manggis mengandungi bahan xanthone yang tinggi sebagai bahan semulajadi yang mana ia adalah bersifat antioksidan, antikanser, dan antiinflamasi. Maka adalah tidak hairan jika kulit manggis sudah banyak digunakan sebagai bahan penting didalam kaedah perubatan tradisional dan juga rawatan perubatam moden. Bagi dapat kualiti kulit manggis berkualiti sebaiknya memilih kulit manggis yang masih segar dengan tekstur kenyal dan tidak terlalu kering. Jangan terlalu banyak menggunakan gula atau bahan pemanis lain agar minuman disediakan akan tetap sihat dan tidak terlalu manis. Apa pun boleh juga menambahkan beberapa bahan lain seperti lemon, halia atau kayu manis untuk memberikan rasa yang lebih bervariasi pada minuman kulit manggis. Apa pun selain dibuat menjadi minuman dilaporkan yang kulit manggis ini juga dapat diolah menjadi makanan lain seperti sup, salad, atau bahkan bahan minuman teh. Bagaimanan pun dinasehatkan agar pengguna faham bahan xanthone adalah ia cukup kuat sehingga sebaiknya di ambil dalam jumlah yang wajar sahaja dan tidak berlebihan.
Terdapat beberapa kaedah atau cara untuk mengolah kulit manggis menjadi minuman yang sihat dan enak serta boleh menjana ekonomi jika dilakukan skala komersial. Apa pun lazimnya buah manggis tidak hanya boleh dimakan isi putihnya sahaja malahan kulit manggis yang sering dibuang ini juga sesuai di gunakan. Kulit manggis dilaporkan amat kaya dengan bahan zat berguna yang antara lain adalah bahan iaitu Xanthones, Flavonoid, Saponin dan Tanin. Dilaporkan dimana xanthones berguna sebagai produk anti-kulat, anti-bakteria dan anti-radang. Dilaporkan juga dimana bahan tersebut juga iaitu Tanin berguna untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak, antitumor dan dapat membantu melancarkan peredaran darah. Apa pun beberapa pengguna yang berjaya untuk dapat mengubahsuai minuman air kulit manggis menyatakan yang minuman hasil tersebut setelah di campur dengan madu dan pelbagai ramuan lain. Beberapa kaedah mudah menyediakan minuman air kulit manggis dengan membersihkan kulit buah manggis yang bertujuan agar tidak ada kekotoran yang tidak sihat bagi digunakan. Sebaiknya ia dicuci dengan air yang mengalir sehingga kulit manggis cukup bersih. Langkah seterusnya adalah memotong kulit buah manggis semasa ia masih segar dab lembut lagi sehingga menjadi saiz ukuran yang lebih kecil bertujuan memudahkan ia di jemur agar cepat kering dan mudah menyimpannya. Memotong dengan pisau tajam dan bagi perusahaan skala komersial boeh gunakan mesin khas memotong. Langkah selanjutnya kulit manggis tersebut perlu dikukus kulit bertujuan untuk mempastikan yang getah pada kulit manggis benar-benar hilang. Selalunya jangkamasa mengukus kulit manggis ini selama 3 - 5 minit sahaja bergantung kepada kawalan api dan jumlah yang di kukus. Seterusnya adalah kerja menghaluskan kulit manggis yang mungkin masih berupa potongan kasar dengan mengguakan mesin penghalus atau di lakukan secara manual sahaja meraciknya dengan pisau. Ada kalangan pengusaha dan peminat kulit manggis ini yang menumbuknya dengan lesung atau mengisarnya dengan blender. Kemudian kulit manggis ini perlu di rebus untuk menghasilkan minuman dari kulit manggis. Perlu disediakan baldi dan juga air gula atau madu lebah asli untuk membuat minuman kulit manggis ini lebih enak dan tidak terlalu pahit. Selain itu gula merah atau gula melaka atau gula apong boleh juga di gunakan. Setelah lama mendidih maka matikan api dan air rebusan mesti di tapis untuk mengasingan air rebusan dengan bahan pejal lain. Sebaiknya di minum ketuka suam panas dan boleh juga di simpan dalam pei ais dan diminum sesudah sejuk.
Di beberapa negara jiran dilaporkan dimana ada peminat yang kenal produk dari kulit manggis tapi masih takut untuk membuatnya sendiri bagi menjadi lebih sihat. Kebanyakan orang lebih suka membeli produk kulit manggis yang sudah diolah sebagai sejenis ubat tradisional herbal berbentuk pil atau serbuk atau suplement. Sebenarnya memproses kulit manggis adalah perkara yang tidak begitu susah membuatnya. Apa pun asasnya dimana salah satu cara yang sesuai gunakan adalah dengan melakukan proses pengeringan kulit manggis segar. Ini kerana kulit manggis yang sudah kering boleh didimpan lama dan boleh seterusnya ia dijadikan pelbagai produk termasuk minuman jus kulit manggis, minuman panas kulit manggis, puding kulit manggis, kopi kulit manggis atau pun sekadar direbus menjadi ramuan herbal. Sebailnya proses pengeringan kulit manggis tidak perlu menunggu cuaca panas kerana ada oven yang mudah di gunakan. Sebaiknya dimana sbelum dikeringkan dimana kulit manggis ini perlu dihiris nipis dulu dan kemudian hirisan tersebut ditebar di atas tikar jemuran. Paling senang adalah dengan menjemur di bawah sinar matahari kerana selalunya kulit buah manggis adalah ia tahan panas sehingga sesuai ia dikeringkan dengan cara dijemur. Penjemuran dapat dilakukan dengan potongan yang besar atau setelah diiris tipis-tipis 9agar lebih cepat kering). Bila potongan kulit besar akibatnya adalah jangkamasa untuk menjemur akan lebih lama dibanding kulit yang sudah dihiris nipis. Mengringkkan dengan menggunakan oven letrik pada suhu maksima 60 Celcius dan dikawal agar suhu tersebut tidak akan merosakkan bahan enzim yang ada di dalam kulit. Pengeringan dengan oven dapat dilakukan pada potongan kulit yang besar atau kulit yang sudah dihiris nipis. Apa pun jika potongan bersaiz nesar makan pengeringan guna oven adalah lebih lama. Cara ketiga mengeringkan kulit manggis adalah dengan meletakannya di dalam peti sejuk dengan ada ruangan sesuai. Sebaiknya kulit manggis yang akan cuba ia dikeringkan dalam peti ais perlu dihiris tipis-tipis terlebih dahulu dimana proses pengeringan ini dapat berlaku lebih cepat bila kulit yang sudah diiris disusun dalam bekas sesuai. Jika kulit di masukkan dalam bekas plastik tertutup atau dalam plastik dimana cara dan proses pengeringannya juga lambat. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepda semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SELALU DIBUANG... MERATA-RATA...
KINI ADA INFO...PELBAGAI GUNA...
MENARIK KISAH... KONGSI BERSAMA...
By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(26 Syaaban 1446H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.