Support My Blog

Wednesday, March 12, 2025

SEMBANG TENTANG PISANG AWAK

VARIETI PISANG AWAK
(Musa accuminata) merupakan sejenis varieti pisang yang ada di Malaysia akan tetapi penulis blog dapati ia agak kurang popular berbanding dengan pisang Tanduk, Pisang Berangan dan Pisang Emas. Bagaimana pun varieti pisang awak merupakan sejenis pisang tempatan yang agak unik kerana ia dikatakan sering ada mengandungi biji dan lazimnya digoreng untuk dijadikan 'Pisang Goreng' walau pun penulis blog akan makan segar apabila ada peluang jumpa buah yang masak. Pemerhatian penulis blog selalunya dibeberapa lokasi terutama di Johor, Perak dan Selangor mendapati pisang awak ini ada dua varieti yang telah dikenalpasti iaitu 'Pisang Awak Tempatan' atau tingkasnya sebagai PAT dan 'Pisang Awak Biasa'. Perbezaan diantara kedua varieti ini adalah mengenai panjang tandan dan juga bentuk buahnya walau pun ianya masih belum pasti kerana tidak didaftarkan secara rasmi dibawah Skim Pendaftaran Varieti Tanam di Jabatan Pertanian. Hasil temubual penulis blog dengan beberapa rakan agronomist sebelum ini masih mendapati dimana masih tiada pegawai atau pakar yang menulis mengenai pencirian Pisang Awak kerana ia dianggap sebagai varieti pisang yang kurang mendapat perhatian dikalangan pemain industri dan juga petani pisang komersil. Penanaman pisang awak masih dijalankan secara kecil-kecilan bersama dengan tanaman pisang lain atau pun buah-buahan lain sama ada secara selingan. Belum lagi penuis blog menjumpai ia ditanam secara monokrop dan komersial secara meluas di Malaysia. Kebanyakan pisang ini ditanam secara bercampur dalam kebun pisang atau sebagai tanaman yang ada dikawasan keliling rumah terutamanya dikampong masih tradisional. Rumpun pokok pisang awak mampu bertahan lama jika tijaga dengan baik dan tidak diserang penyakit serius. Kepentingan pisang awak hanya ditumpukan untuk di goreng, dibuat kuih mueh tradisional dan hanya sedikit yang dimakan segar. Artikel petang 9 Ramadan 1446H ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan cara kongsikan beberaka kisah mengenai pisang awak seperti dalam media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan pembaca blog semua.



Khasiat buah pisang memang banyak di perkatakan sama ada dimakan segar atau di proses menjadi pelbagai makanan lain berasaskan pisang. Antara jenis pisang yang popular di tanam dan di jual serta di makan segar di Malaysia adalah Pisang Berangan, Pisang Tanduk, Pisang Nipah, Pisan Mas, Pisang Rastali dan beberapa lagi. Bagaimana pun jenis pisang yang popular untuk do jadikan 'Pisang Goreng' adalah Pisang Nipah, Pisang Tanduk dan sesekali akan jumpa Pisang Awak. Kajian menunjukkan buah pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi, iaitu Sukrosa, Fruktosa dan Glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang awak ada yang berbiji dimana jika di makan segar ada orang yang tidak suka walau pun rasanya sangat manis apabila ia cukup masak (Sila lihat foto disebelah). Harga pisang awak selalunya agak murah berbanding dengan jenis pisang lain disebabkan ada jenis yang berbiji. Pisang Awak lebih sesuai di goreng disalut tepong dan dimakan semasa panas lagi. Memakan buah pisang sebagai satu diet merupakan pilehan tepat kerana memang banyak kebaikan kesihatan didapatkan daripada buah ini. Bagi penulis blog boleh di katakan sebulan beberapa kali membeli buah pisang segar dimana jenis yang paling kerap di beli adalah Pisang Masal 40 Hari yang wangi, manis dan murah. Memakan buah pisang memberikan tenaga kepada manusia iaitu dengan kadar segera dan berterusan. Kajian menunjukkan dua biji pisang memberi cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain ia mengenyangkan dan memberikan tenaga rasanya juga enak bergantung kepada jenis pisang yang di makan, indeks kematangan da juga waktu memakannya. Apa pun ada laporan jika buah pisang lazimnya sesuai dimanan  untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya pemakannya menjadi sihat serta disyorkan untuk diambil sebagai pemakanan seharian. BUah pisang hindarkan masaalah Tekanan atau Stres sebab ia dilaporkan mengandungi tryptophan iaitu sejenis protein bertukar kepada serotonin dalam tubuh menyebabkan seseorang berasa tenang dan gembira. Pisang juga akan meneutralkan paras glukosa dalam darah dimana bahan Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah dan ia boleh mengembalikan hati. Menyentuh masaalah Anemia memakan buah pisang dengan kandungan zat besi yang tinggi ia didakwa mampu didalam mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, secara tak langsung membantu dalam kes anemia.


Selain itu memakan buah pisang segar termasuk Pisang Awak dilaporkan ia akan membantu mengatasi isu Tekanan darah tinggi sebabnya buah pisang dilaporkan ia mengandungi kadar potassium tinggi, garam rendah dan menjadikan sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Ia juga amat baik didalam membantu proses penghadaman serta pencernaan. Ini kerana kebanyakan buah pisang segar akan mengandungi bahan serat dan gentian yang tinggi dimana ini men jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar pemakannya. Pisang sudh menjadi makanan penting kepada kebanyakan ahli sukan dan athlete termasuk selalu dapat di lihat pemain tennis akan memakan pisang semasa perlawanan teniss yang memerlukan banyak tenaga. Ini kerana buah pisang mampu mengatasi masaalah keletihan dimana salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Dalam pada itu dillaporkan dimana buah pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu lebah maka kesannya ia akan dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala itu komponen susu memperbetulkan sistem hidrasi semula. Agak jarang dikethui jika buah pisang membantu Sistem Saraf sebab buah pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf. Amalan memakan buah pisang terutama pisang segar (atau di proses) ia akan membolehkan sistem saraf  berfungsi dengan baik. Agak unik alasan yang diberikan tentang buah pisang yang dilaporkan ia mengatasi masalah Panas Jantung apabila buah ini mempunyai kesan antiasid semula jadi dalam badan. Oleh itu dilaporkan sekiranya ada sesiapa menghadapi rasa panas pada jantung sebaiknya di amalkan memakan pisang untuk pemulihan yang baik sebab cara makan pisang pulihkan panas jantung. Percayakah atau tidak jika buah pisang mampu merawat Demam Pagi dimana sesiapa menjadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi ia akan mengelakkan demam pagi. Satu petua lama yang semkin kurang dipercayai agaknya adlah bagaimana buah pisang boleh mengatasi isu dari kesan  Gigitan Nyamuk sebab sebaiknya sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. BUah pisnag juga dilaporkan mampu merawat Ulser dimana pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman. Ia juga dilihat bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut. Adalah sesiapa tahu jika pisang mampu merawat isu seperti  Seasonal Affective Disorder (SAD) dimana penyakit ini adalah simptom terjadi akibat kurang pendedahan kepada cahaya matahari. Buah pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih hati. Akhir sekelai kehebatan makan buah pisang apabila dilaporkan ia membantu Mengatasi Penyakit Kulit termasuk kes jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau plaster bedah.


Kisah yang dianggap sebagai 'Pisang Awak pelik tetapi benar' yang berlaku di Changloon, Kedah juga wajar untuk diketengahkan. Kisah pelik yang berlaku di Kampung Belukar, Mukim Temin, Changlun agak terkejut apabila melihat pokok pisang awak yang ditanam selama setahun berlalu telah pun berbuah keluar dibahagian tengah-tengah batang. Pemilik kebun pisang Ghazali Abdul Razak (55 tahun) laporkan kejadian ini disedarinya apabila sedang berehat di pangkin berhampiran pokok pisang hampir dengan rumahnya. Dia yang terpandang pada satu daripada pokok pisang di situ ketika berehat dan melihat seperti ada setandan pisang di batangnya. Bagaimana pun apabila diperiksa dolihat memang pokok pisang berkenaan berbuah di batang walaupun saiz buah pisangnya kecil daripada biasa. Dakwanya ini adalah kali pertama dia melihat kejadian pelik ini dan bertambah aneh apabila jantung pisang itu naik ke atas berbanding pisang biasa yang jantungnya ke bawah. Kalangan penduduk kampong yang mendapat tahu kemudian datang untuk melihat sendiri kejadian tersebut dimana mereka mulanya ingatkan ada yang ingin bergurau dengan mungkin ada yang meletakkan pisang di celah batang itu, Tetapi apabila memeriksanya sendiri dikalangan mereka ternyata memang ia berbuah di situ dan bukannya dibuat-buat. Sehingga laporan berita dibuat belum ada cadangan apakah yang akan dilakukan dengan pisang awak apabila ia masak kelak. Diharapkan artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini sebaga bahan bacaan dan rujukkan. Wasallam!!!..
PISANG AWAK... JARANG DI JUMPA...
KEKADANG BERBIJI...HITAM WARNA...
SESUAI DI GORENG...ENAK RASANYA..
MEMBACA ARTIKEL...KENA UJIRASA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Ramadan 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...