BUAH RAMBUTAN (Nephellium lappaceum) merupakan sejenis buah-buahan tropika dari keluarga Sapindaceae yang mana ia ditanam untuk menghasilkan buah yang selalunya ia dimakan segar. Luas tanaman rambutan 2024 di Malaysia kini seluas 12,372 hektar dengan anggaran hasil pengeluaran sekitar 54,286 metrik tan (Sumber: Booklet statistik tanaman Sub-sektor Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Keluasan tanaman rambutan dilaporkan pada 1980'an adalah mencecah lebih 40,000 hektar. Pokok rambutan selalunya ditanam di kawasan keliling rumah dimana ia dahulu di bantu penanaman oleh Jabtaan Pertanian Malaysia di bawah Program Agriculture Input Diversification (AID) dimana benih ditanam di kawasan kebun dan keliling rumah. Kini petani tidak banyak yang menanam rambutan secara 'monokrop' kerana ujud faktur pulangan yang rendah akibat permintaan buah rambutan serta pengeluaran yang bermusim yang hampir serentak dengan jumlah yang banyak. Rambutan adalah sejenis buah tropika bermusim yang mana ia berbuah daripada bulan Julai hingga September setiap tahun dan ia bergantung kepada lokaliti dan varieti. Di Malaysia terdapat banyak jenis rambutan yang ditanam diantaranya seperti Rambutan Anak Sekolah (R196), Rambutan Mas Gading (R156), Rambutan Deli Baling, Rambutan Gula Batu dan beberapa varieti lagi. Walau pun pokok rambutan di negara kita banyak hasilnya setiap tahun tetapi ada kalanya ia tidak dituai kerana harga jualan yang murah. Bagaimana pun di negara jiran Thailand pula pokok rambutan dijaga dan dituai seterusnya dieksport ke Malaysia setiap tahun sejak sekian lama. Buah rambutan kurang mendapat sambutan dikalangan golongan muda menjadikan ia kurang potensi pasaran. Bagi penulis blog yang sudah 18 tahun menulis blog dan di baca oleh hampir 40 juta pembaca ada sekitar 20 artikel mengenai rambutan. Bagaimana pun semasa off-season harga runcit rambutan mampu mencecah RM12.00 sekilogram. Artikel subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah buah rambutan dilaporkan di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Bagi penulis blog selalunya makan atau di jamu dengan Pajeri Nanas atau Pajeri Terung atau Pajeri Mangga akan tetapi semasa bertugas di Pahang pernah di jamu dengan sejenis hidangan unik iaitu Pajeri Rambutan. Masa itu tidak teringat untuk penulis blog sebagai Pengarah Pertanian Pahang untuk mendapatkan resepinya dan kemudian mencarinya sendiri di internet rupanya memang ada. Ujirasa makanan ini dimana rasanya sedap dan manis lebih sedap daripada pajeri yang lain kerana ia menggunakan buah yang segar dan manis diman ia akan dapat menambahkan lagi koleksi makanan semasa buah rambutan jatuh harga ketika ada lambakkan. Bagi penulis blog kalau sesiapa mencuba resipi ini tidak akan menyesal malah akan 'teringat-ingat' bila habis musim rambutan nanti. Mungkin setelah teringin membuat pajeri rambutan terutama bila buah banyak dan murah boleh membuatnya di rumah kerana cara membuatnya adalah cama dengan jenis paceri lain kecuali bahan asasnya sahaja. Petua hendak bagi lebih sedap dengan memperbanyakan lagi bahan kerisek kelapa dimana ia memberikan rasa lemak yang hebat. Jika ingin membuatnya sendiri perlu ada bahan iaitu biji atau isi rambutan (di buang kulitnya), bawang kecil 10ulas (hiris), 2 biji cili padi (bagi pedas), 2 biji bawan putih, daun kari, rempah empat sekawan dan garam serta gula. Cara-cara untuk buatnya pertama buhah durian di buang kuit luar dan biji didalanya dan dibasuh bersih kemudian di toskan. Dalam kuali di sediakan minyak masa untuk menumis semua bahan ramuan dan apabila matang boleh di bubuh dengan serbuk kari dan dikacau rata. Apabila kari masak makan boleh di masukkan buah rambutan (pastikan untuk gunakan rambutan segar dan jangan di rebus dulu). Tunggu air rambutan menjadi kering sedikit sebelum memasukkan masukkan santan kelapa. Sebaiknya santan tersebut di tuag dengan kadar separas buah rambutan dan renehnkan. Apabila airnya sudah kering sedikit maka dimasukkan kerisik kelapa secara berpeingkat dimana kalau hendak rasa lebih mantap di banyakkan lagi. Kemudian di masukkan gula merah ikut kesesuaian dimana jumlahnya perlu disesuaikan dengan kemanisan buah rambutan itu sendiri. Ia juga bertujuan untuk pekatkan kuah pajeri rambutan yang dimasak dan akhir sekali bubuh garam dan perisa sesuai. Setelah cukup masak matikan api dan ujirasa sebelum dihidangkan bersama nasi putih.
Salah satu makanan dari rambutan yang pernah ujirasa semasa bertugas di Muar, Johor dahulu adalah Rambutan Asam Boi yang enak sekali rasanya. Resepi ini merupakan respei yang paling mudah membuatnya bagi penulis blog dan enak sekali rasanya sesuai di buat dari buah rambutan segar dipetik dari pokok di kampong atau dibeli sahaja. Kalau biasanya resepi seperti ini di buat dari buah mangga, kedondong atau jambu untuk membuat jeruk asam boi akan tetapi sesuai juga sesekali untuk buat kelainan dengan mencuba resepi rambutan asam boi pula. Tunggu bila ada musim buah rambutan maka bolehlah cuba membuatnya sebab bagi penulis blog yang memang suka makan jeruk pasti akan jatuh cinta dengan rasa jeruk rambutan yang manis, masam dan pedas ini. Apa pun perlu ada bahan-bahan iaitu buah rambutan (jumlah ikut jumlah hendak di makan), Asam boi, Serbuk asam boi, Limau kasturi, Cili padi, Garam dan gula. Cara-cara membuatnya iaitu pertama dengan mengupas buah rambutan, basuh bersih dan toskan. Kemudian di masukkan isi rambut ke dalam mangkuk dan diletakkan juga asam boi, serbuk asam boi, cili padi, garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut. Apa puang penting adalah menggaul sehingga rata. Kemudian di buang biji limau kasturi serta diperahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan tadi dan mesti ia digaul sebati. Petua paling penting adalah dengan memasukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 1 atau 2 jam untuk ia sejk dan bertindakbalas. Setelah di keluarkan dari petu sejuk maka rambutan asam boi ini sedia untuk dinikmati.
Menarik hasil kajian menggunakan kulit buah rambutan untik di sembangkan akan kajian tersebut. Salah satu kajian yang dirujuk ini bertujuan untuk dapat mengetahui kesan antioksidan dari ekstrak kulit buah rambutan (Nephelium lappaceum L.) terutama kaji akan pentingnya dalam melembabkan kulit dan menentukan formulasi 'body lotion' yang paling efektif. Kulit buah rambutan mengandungi bahan zat antioksidan yang kini memang saintis tahu ia berpotensi memberikan manfaat bagi kesihatan kulit. Beberapa penyelidikan dalam menguji aktiviti penting antioksidan ekstrak kulit daripada buah rambutan dengan berbagai jenis kepekatan (concentration) dijalankan saintis menggunakan kaedah DPPH. Apa pun asasnya dimana aktiviti antioksidan boleh ia diukur dengan spektrofotometer UV-Vis. Ekstrak ini kemudian diformulasikan ke dalam beberapa variasi 'body lotion' yang seterusnya akan dinilai akan profilnya meliputi alanisa bahan Organoleptis, Homogeniti, pH, daya sebarannya, daya kelekatannya, ciri viskositi dan kesan keradangan (iritation effect). Hasil dari data kajian menunjukkan bahwa ekstrak kulit buah rambutan ini mmempunyai atauemiliki aktiviti antioksidan yang berpotensi melembabkan kulit. Dalam beberapa formulasi produk 'body lotion' iaitu dengan penambahan ekstrak ini ianya memenuhi kriteria sediaan yang baik. Produk ekstrak kulit buah rambutan berpotensi sebagai bahan aktif dalam formulasi body lotion dengan efek melembabkan. Penelitian lebih lanjut diperlukan untuk mengoptimalkan formulasi dan menguji efektivitasnya pada manusia. Artikel ini di tulis dalam 4 segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3 dan Part 4 yang sesuai di baca kesemuanya. Semug atulisan ini memberi maklumat sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.