Support My Blog

Sunday, March 2, 2025

SEMBANG KULIT MANGGIS (PART 2)

KULIT MANGGIS
(Mangosteen skin) merupakan salah satu komponen pada buah manggis yang berwarna coklat kehitaman dan tebal serta mempunyai banyak kehebatan. Buah Manggis (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae yang mana penulis blog faham ia berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Apa pun di Malaysia tanaman manggis yang sejak dahulu cuma diusahakan secara tradisional sebagai tanaman di dusun bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain kini sudah ada petani yang mengkomersialkan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar pada tahun 2006 kawasan tanaman manggis di Malaysia dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Pada tahun 2023 penulis blog dapati keluasan tanaman manggis di Malaysia hanya tinggal 3,161 hektar dengan pengeluaran hasil kepada 24,301 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2023). Menurut laporan tersebut dimana Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menenam pokok manggis selain daripada Pahang. Di Johor ada seluas 769 ha dengan menghasilkan 5,591 mt manggis pada tahun 2023 diikuti dengan Negeri Kedah seluas 501 ha (hasil sebanyak 5,835 mt) dan Kelantan seluas 368 ha (Hasil 3,945 mt). Pada penulis blog dimana di Pahang pula terdapat jenis manggis yang di panggil 'MESTA' yang memang agak berlainan dengan jenis manggis tempatan. Sila baca apakan dia Buah Manggis dan Mesta dalam artikel tulisan saya dengan pautan (Sila Klik Di sini), (Sila Klik Di sini), (Sila Klik disini), (Sila Klik di sini) dan banyak lagi. Penulis banyak pengalaman berkaitan penanaman manggis semasa bertugas di Pejabat Pertanian Segamat sebagai pegawai pertanian daerah dimana daerah tersebut diantara pengeluar buah manggis di Johor. Pokok manggis adalah dari tumbuhan saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 7-25 meter dan mempunyai batang kayu yang keras. Pokok manggis adalah dari jenis pokok yang lambat tumbuh dan berbanding dengan tumbuhan lain seperti durian, rambutan, jambu batu dan sebagainya. Anak benih yang ditanam akan tumbuh sangat perlahan iaitu beberapa centimeter sahaja dalam satu bulan. Daun manggis berwarna hijau gelap dan tebal. Dahannya dari kayu keras dan mengeluarkan bunga di hujung atau di bahagian pucuk. Bunga manggis berwarna putih hijau dan terletak di hujung tunas. Akar tunjang pokok manggis agak kuat dan kukuh. Buah manggis berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada ungu coklat gelap apabila sudah masak. Buah manggis mempunyai 4-5 kelopak berwarna hijau dibahagian atas dan kelopak kecil2 dibahagian bawah buah. Isi buah manggis berwarna putih dan berbiji. Kulit manggis adalah tebal lingkungan 0.5-1.0 cm dan mengeluarkan cecair ungu bila di perah. Biji manggis berwarna coklat dan lembut. Artikel ditulis pada subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" kulit manggis sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Dalam beberapa laporan didakwa dimana ada orang yang selalu menggunakan kulit manggis untuk mengatasi masalah ekzema dan masaalah sakit kulit yang lain. Manggis juga sering dimakan sebagai buah 'pencuci mulut' atau ada usahawan yang proses untuk di buat Jem. Bagaimana pada masa zaman millenium ini lebih meluas dijadikan JUS MANGGIS sebagai sejenis sejenis minuman kesihatan yang agak popular. Ini kerana kajian saintis mendapati dimana pada bahagian kulit buahnya sudah semakin popular. Kulit buahnya mengandung bahan dikenali sebagai TANIN iaitu bahan yang boleh membantu dalam merawat masaalah cirit birit. Dalam beberapa kajian oleh pakar makanan yang cuba memasukkan jus manggis ke dalam menu harian sebagai satu alternatif. Ia berkait dengan kelebihan buhah manggis mempunyai kesan antioksidan dimana dilaporkan buah manggis berpotensi mengganggu individu yang menjalankan rawatan kemoterapi atau pengubatan radiasi untuk kanser. Buah manggis yang diambil jika diambil kerap ia menyebabkan pengumpulan asid laktat dalam darah. Ia adalah memberikan kesan negatif kepada pesakit buah pinggang tahap kronik serta beberapa masaalah kesihatan lain yang minum jus manggis setiap hari selama satu tahun. Ada kemungkina berlaku interaksi diantar aubatan moden dengan buah manggis. Bagaimana pun dipasaran sudah ada banyak produk suplement untuk diambil dengan pelbagai jenis bahan asas digunakan. Pembaca blog dan rakyat Malaysia dilihat mereka lebih percayakan sistem perubatan moden dengan banyaknya untuk mendapatkan rawatan di premis kerajaan atau premis swasta dengan harga yang berpatutan. Walau pun ada kalangan pengguna yang rajin mengambil produk suplement akan tetapi sebaiknya mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan.



Bagi penulis blog yang sudah banyak menulis artikel tentang buah manggis dimana memang buah manggis terkenal sebagai 'Queen Of Fruits'. Kandungan gizi di dalam buah manggis memberikan pelbagai khasiat untuk kesihatan. Namun begitu khasiat pada kulit manggis, rupanya melebihi pada isinya yang putih itu kerana ianya mengandungi antioksidaan yang paling tinggi. Kulit manggis memiliki bnayak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Kandunagan antioksidan di dalam kulit manggis sangat tinggi. Oleh sebab itu kulit manggis banyak dimanafaatkan untuk mengubati pelbagai penyakit. Dilaporkan dimana selalunya jus kulit manggis juga sudah berada di pasaran bersama produk lain dengan pelbagai jenama dan harganya. Mungkin para pembaca blog ini boleh google on-line mencari jus buah manggis dalam mencari maklumat produk ini. Penulis blog pernah membuat tinjauan bagaimana ada beberapa usahawan di Maran, Pahang dan Segamat di Johor beberapa cara untuk membuat sendiri jus kulit manggis di rumah terutama ketika ada stok kulit manggis yang masih elok atau kulit manggis kering yang di simpan dengan baik. Bagi cara mudah di Segamat dimana mulakan dengan memgambil beberapa biji buah manggis segar dari belakang rumah atau membelinya sahaja. Bagi penulis blog diberitshu dimana adalah lebih baik sekiranya di campur dengan buah epal, buah anggur dan beberapa kuntum bunga rosel yang masih segar. Kupas kulit manggis dan sesuai untuk disagat bahagian dalam kulitnya yang berwarna merah, Apa pun sebaiknya dielakkan dari terkena bahagian hitam kulit manggis (kulit luar - kerana ia akan mengubah rasa dan warna jus ini kemudian. Dalam pada iti disyorkan agar jangan sampai terkena getahnya kerana ia akan menyebabkan jus manggis menjadi pahit dan tidak enak. Kemudian bahan ini boleh di kisar menggunakan blender bersama bahan lain. Isi buahnya juga bolehlah ia dimasukan atau boleh dimakan sahaja. Seeloknya guna madu lebah sebagai pemanisnya dan elakkan guna gula pasir (keculi terpaksa) dan apabila siap maka sedia untuk disajikan dan bagi penulis blog ia lebih elok diminum selepas makan atau ketika sangat haus.


Golongan berikut di nasehatkan agar sentiasa berhati-hati untuk mengambil produk kulit manggis. Pertama adalah golongan Ibu Hamil dan Menyusui anak. Walau pun belum ada laporan klinikal mengenai perkara ini dimaklumkan agar ibu hamil dan menyusukan anak terkesan mengelakkannya dahulu produk dari kulit manggis atau jika perlu mendpatkan nasehat dari doktor yang berkaitan. Mereka yang masih ada Gangguan Pendarahan di harap tidak ambil produk kulit manggis. Ini kerana kulit buan manggis mungkin akan memperlambat pembekuan darah karena dapat meningkatkan risiko perdarahan pada orang dengan gangguan perdarahan. termasuk jika dilaakukan pembedahan (surgery). Manggis mungkin memperlambatkan lagi proses pembekuan darah dimana jika pesakit ada makan banyak buah manggis ini maka ia akan dapat meningkatkan risiko perdarahan lebih lama atau setelah dilaksanakan pembedahan. Mereka yang mempunyai kes seperti ini disyorkan agar berhenti mengambil buah manggis dan produk kulit manggis dua minggu sebelum dibuat pembedahan (surgery). Buah manggis yang dapat ganggu dan memperlambatkan pembekuan darah sehingga ketika pesakit sedang mengambil untuk pendarahan ia boleh menjadi yang ubat moden yang diambil akan berinteraksi dan kemudian ia akan meningkatkan jangkamasa perdarahan. Dalam pada itu merujuk beberapa testimoni melaporkan dimana buah manggis yang merupakan sejenis buah tropika didakwa kesemua bahagian pokoknya seperti buah, kulit buah, akar, kulit batang manggis, dahan, bunga dan lainnya boleh dijadikan ubat. Di kawasan desa sejak lama dulu masyarakat tempatan menggunakan manggis sebagai bahan untuk kesihatan dan pewarna. Bagaimana pun kajian saintifik dan klinikal masih kurang di laporkan. Ramai masih percaya jika buah manggis dan komponen lainnya masih digunakan untuk masaalah cirit birit, masaalah saluran kencing infeksi, gonorea, sariawan, TBC, gangguan menstruasi, kanser, masaalah osteoartritis dan jika berlaku infeksi usus. Selain itu dilaporkan yang khasiat manggis lain dipercayai dapat bantu merangsang sistem kekebalan tubuh (immunity) dan dapat meningkatkan kesihatan mental. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepda semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KULIT MANGGIS ...DI KUPAS DIA...
SELALU DIBUANG... MERATA-RATA...
KINI ADA INFO...PELBAGAI GUNA...
MENARIK KISAH... KONGSI BERSAMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Desaru Utama,
Bandar Penawar,
Kota Tinggi, Johor,
Malaysia.
(26 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...