Support My Blog

Sunday, March 23, 2025

SEMBANG PASAL LIMAU BALI (PART 2)

BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis atau Citrus maxima) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa berjaya bagi perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,500 metrik tan (Sumber: Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama dilapor ada penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penulis blog banyak kali membuat tinjauan ke kebun penanaman limau bali komersil seperti di Jementah, Segamat dan Tambun di Perak dimana berkongsi maklumat teknikal dengan penanam. Apa pun ilmu dalam p
engeluaran Limau Bali Berkualiti Tinggi adalah ia berkait dengan kualiti buah limau bali amat ia dipengaruhi oleh banyak faktor. Selain daripada keadaan cuaca dan tanah, pengurusan ladang juga memainkan peranan penting dalam menentukan mutu buah. Pengurusan harian yang baik dapat menampung kekurangan dari segi cuaca dan keadaan tanah, seperti menggunakan baja organik dan menyesuaikan tahap keasidan dan kealkalian tanah. Langkah-langkah ini dapat memperbaiki tanah yang tandus, seterusnya meningkatkan kualiti buah. Ada juga isu sama ada kaitan umur pokok dengan kualiti buah limau bali sering di bincangkan. Secara amnya ada ramai penanam percaya bahawa semakin tua umur pokok limau bali, semakin baik kualiti buahnya. Namun begitu saya ada merujuk beberapa pakar yang telah menjalankan kajian mengenai kesan umur pokok terhadap kualiti buah. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa buah yang dihasilkan oleh pokok berusia 20 tahun tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding buah dari pokok berusia 40 tahun, dari segi ketebalan kulit, kandungan jus, tahap kemanisan, dan keasidan. Ini menunjukkan bahawa umur pokok limau bali tidak memberi kesan yang signifikan terhadap kualiti buah. Mereka berpendapat bahawa pengurusan pengeluaran adalah kunci dalam menentukan kualiti buah limau bali. Selain daripada memperkukuh pengurusan pengeluaran, tiada strategi lain yang berkesan dalam meningkatkan kualiti buah. Amalan agronomi dimana apabila pucuk baru limau bali mula tumbuh dan masuk ke fasa buah muda selepas gugur bunga, penyemburan racun serangga pada waktu yang tepat amat penting untuk mengurangkan populasi thrips, hama labah-labah merah, dan afid, serta mencegah kerosakan pada buah muda. Apa pun aktiviti pengurusan tanaman limau bali adalah kerja yang berterusan dimana ia perlu disesuaikan terbaik yang berdasarkan pertumbuhan pokok, hasil buah, serangan penyakit dan perosak, serta keadaan cuaca sepanjang tahun bagi memastikan pengeluaran yang berkualiti tinggi. Antara caranya dengan pengawalan Serangga Perosak Secara Tepat Masa diman disepanjang proses pertumbuhan limau bali, tempoh pertumbuhan tunas baharu perlu diurus dengan baik. Pada peringkat ini, tindakan pengurusan yang tepat adalah kunci kepada kejayaan. Apabila tunas baharu limau bali mula memanjang dan memasuki fasa buah muda selepas gugur bunga, penyemburan racun serangga secara tepat masa adalah sangat penting. Ini dapat mengurangkan kepadatan serangga perosak seperti thrips, hama merah, dan afid, sekali gus mencegah kerosakan pada buah muda. Pada masa yang sama, penanam juga perlu menangani telur dan larva serangga perosak untuk mengatasi masalah serangga dengan lebih berkesan. Selain itu petani perlu memasang perangkap serangga di ladang untuk membunuh serangga dewasa secara lebih menyeluruh. Jika ada penyakit seperti kudis dan bintik hitam mudah dijangkiti oleh kulat semasa musim hujan, oleh itu, langkah pencegahan perlu diambil tepat pada masanya. Hasil kajian dari luar negara telah menjalankan kajian mengenai kesan umur pokok terhadap kualiti buah. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan ketara antara buah yang dihasilkan oleh pokok berusia 20 tahun dengan pokok berusia 40 tahun. Sebaiknya ketika buah-buah kecil mula membesar, adalah penting untuk melakukan pembajaan tambahan dengan menggunakan baja kalium. Pembajaan ini perlu dilakukan dengan jumlah sekitar 30-40% daripada jumlah tahunan bagi mempromosikan pertumbuhan dan perkembangan buah. Apabila buah kecil mula membesar, pembajaan dengan baja kalium perlu dilakukan. Pada peringkat ini, jumlah baja yang digunakan adalah sekitar 30–40% daripada keseluruhan penggunaan tahunan, bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan buah.


Bagi petani komersil dimana dalam proses penanaman limau bali, disebabkan iklim panas di Malaysia, buah akan membesar dengan cepat. Oleh itu, penanam perlu meningkatkan kekerapan pemeriksaan ladang untuk mengenal pasti buah yang cacat atau tidak normal, dan segera membuangnya bagi mencegah kejadian 'sunburn' (terbakar matahari) pada buah. Ketika tempoh kemarau panjang tanpa hujan, perhatian khusus harus diberikan kepada kerja-kerja pengairan untuk memastikan tanah sentiasa lembap sedikit, bagi memastikan pokok mendapat air yang mencukupi untuk mengekalkan pertumbuhan yang sihat. Apabila memasuki musim penuaian limau bali, disyorkan untuk menjalankan kerja penuaian pada cuaca yang cerah dan apabila kulit buah dalam keadaan kering. Selepas penuaian, baja kompaun perlu digunakan untuk menambah nutrien yang diperlukan oleh pokok. Masa musim penuaian limau bali adalah disarankan untuk memetik buah pada hari yang cerah dan memastikan kulit buah dalam keadaan kering. Selepas menuai buah perlu buat kerja-kerja pembersihan rumpai perlu dilakukan, dan memanfaatkan cuaca kering untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kebun. Ini termasuk membuang dahan kering, beg baja, botol dan tin kosong serta sampah lain. Ini juga merupakan masa terbaik untuk menjalankan kerja-kerja pemangkasan menyeluruh pada pokok limau bali. Dahan yang kering, dijangkiti penyakit, dahan yang tidak normal dan tunas yang tumbuh terlalu panjang perlu dipotong. Bagi pokok yang dijangkiti penyakit racun atau penyakit Huanglongbing (HLB), ia perlu ditebang segera. Pada masa yang sama, baja asas yang mencukupi termasuk nitrogen, fosforus, dan kalium harus digunakan, dan racun serangga disembur untuk mencegah serangan serangga perosak. Kebun yang mempunyai tanah berasid, penanam boleh menambah kapur untuk tujuan menyeimbangkan pH tanah. Di samping itu, penggunaan baja organik perlu ditingkatkan untuk memperbaiki struktur tanah dan menyediakan asas yang kukuh untuk tanaman limau bali seterusnya.


Menarik kisah dalam hmetro.com bertajuk 'Buah Tak Cukup' yang dilaporkan dari Segamat, JOhor. Penulis blog pernah melawat kebun limau bali terbesar di Malaysia di kaki gunung Ledang semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat dari tahun 2000-2004. Dilaporkan isu lokal kekurangan bekalan limau bali terutama jenis merah atau Lee Min P058 dan putih P051 menyebabkan pengeluarannya untuk dieksport ke negara jiran berkurangan daripada 10,000 kepada 300 metrik tan saja pada musim ini. Bagi pengerusi Koperasi Pekebun Jementah Wong Keat Soon (56) berkata keadaan itu menyebabkan pekebun terpaksa mengehadkan pasarannya bagi memastikan warga tempatan membeli buah berkenaan sempena sambutan Tahun Baru Cina (Sila lihat foto disebelah). Kedua-dua jenis buah limau bali itu sangat digemari masyarakat Tionghua kerana buahnya amat berkualiti dan dihidangkan kepada tetamu serta keluarga sempena Tahun Baharu Cina. Memang tidak hairan buah dari Jementah ini menjadi buruan kerana ia antara jenis terbaik di negara ini. Wong berkata kini lebih 20 petani mengusahakan tanaman kedua-dua jenis limau berkenaan dengan jumlah keluasannya membabitkan ratusan hektar. Jumlah permintaannya sentiasa tinggi terutama pada musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Festival Kuih Bulan pada setiap September dimana sekarang ini jumlah eksport ke negara jiran hanya 300 metrik tan berbanding 10,000 metrik tan tahun lalu. Apa pun langkah mengurangkan eksport itu bagi mengimbangi kekurangan bekalan di pasaran tempatan dan mengehadkan jumlah buah berkenaan untuk pasaran luar, Mendakwa yang  pokok limau bali P058 dan P051 memerlukan keadaan cuaca panas terik serta konsisten ketika berputik. Kes hujan tidak menentu di sekitar Jementah menjejaskan kuantiti dan hasil pengeluarannya serta memerlukan tempoh enam bulan untuk matang. Faktor kekurangan bekalan menyebabkan petani terpaksa mengehadkan jualan kepada pelanggan beberapa biji saja selain harganya sedikit tinggi. 
Artikel ini ditulis dalam lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
LIMAU BALI..BUAH POMELO IA SAMA...

BERSAIZ BESAR.. ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).
Bersamaan 13 Mac 2025.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...