Support My Blog

Monday, March 24, 2025

SEMBANG PASAL LIMAU BALI (PART 3)

BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis atau Citrus maxima) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa menjalankan perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,500 metrik tan (Sumber: Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama dirujuk ada penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa laporan media dijadikan bahan rujukkan semua.


Menarik kisah bertajuk 'Kongsi buah limau ertinya kongsi kemakmuran' untuk disembangkan berkait dengan buah limau. Di Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama memang unik terutama semasa hari-hari perayaan disambut saban tahun. Selalunya sesiapa yang ke Stesen Petronas, ada kenderaan pacuan empat roda berhenti dan kelihatan di belakang tempat barang akan ada satu pokok limau Cina atau dikenali limau kasturi yang dibawa pulang oleh pemandu. Limau kasturi, limau Mandarin, Limau Bali dan buluh hiasan menjadi satu hiasan yang paling dicari oleh masyarakat Tionghua untuk menghiasi pejabat, rumah dan restoran kerana buah-buahan itu adalah lambang kemakmuran. Mereka percaya buah limau daripada kulit sehingga isinya berwarna kuning adalah lambang emas. Ada dua jenis limau yang dijadikan hiasan satu untuk makan dan satu lagi sebagai perhiasan dan yang hiasan itu tidak akan disentuh sehingga buahnya gugur. Dalam bahasa Kantonis, sebutan limau ini sama dengan emas sehinggakan ada pihak yang percaya lagi banyak orang makan buah-buahan itu, bertambah-tambah kayalah mereka. Sebab ia satu kewajiban bagi setiap rumah membeli dan menghidangkan buah-buahan ini sepanjang musim perayaan. Promosi membeli belah keperluan raya sudah dilancarkan pada Disember tahun lalu dan sehari dua ini, keluarga Cina itu lebih tertumpu kepada membeli keperluan segar untuk menyediakan hidangan malam makan besar itu. Tidak kurang juga mendapati ada keluarga yang beraya di bandar raya membuat persiapan terakhir memilih hamper, buah limau yang ditawarkan dengan harga promosi sambil meninjau makanan dalam tin serta biskut yang akan dihidangkan pada tetamu. Tahun Baharu Cina adalah masa terbaik untuk berhimpun bukan saja dengan keluarga, malah sepupu dan saudara maranya. Tahun Baharu Cina adalah perayaan agama yang dipercayai bermula pada Dinasti Shang 1766 BC - 1122 BC. Selalunya malam makan besar mengutamakan menu ikan sebagai sajian utama keluarga kerana ikan yang dimasak dengan mengekalkan kepala dan ekornya adalah lambang kemkmuran dan rezeki melimpah ruah sepanjang tahun. Mengekalkan ekor ikan dengan kepala juga sebagai lambang satu permulaan kerja yang harus dibuat dimana anggota keluarga akan makan di bahagian tengah ikan itu, manakala ekor dan kepala akan dibiarkan untuk dihabiskan hari esok. Sebagai petua orang tua, lebihan itu supaya rezeki tidak putus malah melimpah ruah untuk sepanjang tahun ini. Tahun Baharu Cina adalah masa terbaik untuk berhimpun bukan saja dengan keluarga.Selain menu itu, keluarga juga akan menyajikan ladu, ayam, popia, mihun, pulut (kuih bulan), bebola pulut yang diisi dengan pelbagai perasa daripada kurma, kacang merah dan kacang tanah. Apa pun memakan ladu itu macam lambang mata wang yang pernah digunakan masa pemerintahan raja di China, ayam pula sebagai ikatan kekeluargaan. Manakala spring roll merujuk kepada musim perayaan tahun baharu itu, mihun Cina melambangkan panjang umur. Memakan kuih pulut atau kuih bulan pula untuk mendapatkan kekayaan, kesihatan malah yang berangan mahu tinggi pun bolehlah mencubanya. Apa pun buah oren sangat popular kepada orang Cina kerana kulitnya yang keemasan itu macam daya penarik kekayaan, manakala sebutan oren ini (cheng) sama bunyinya kepada kekayaan. Perkataan lain juzi juga sama dengan ayat untuk tuah. 


Di Sabah dilaporkan dimana 'Potensi Limau Bali di Sabah perlu terus di terokai petani' menarik disembangkan. Kisah dari Sabah berjaya merekodkan jumlah pengeluaran limau bali (pamelo) sebanyak 134,000 kilogram (kg) dengan nilai RM527,000 pada tahun 2024. Apa pun menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, jumlah yang direkodkan dan secara tidak langsung mencerminkan potensi dalam pertanian limau bali untuk diterokai oleh para petani di negeri ini. Sabah merupakan salah satu daripada pengeluar limau bali utama di Malaysia selain dari negeri Perak. Pada tahun lalu, industri limau bali (pamelo) di negeri ini mencatatkan hasil sebanyak 268,000 kg bersamaan dengan RM966,000. Dia berpendapat bahawa satu standard atau piawaian dalam kalangan petani dan pengeluar limau bali tempatan harus diwujudkan selaras dengan konsep PINTAR yang menjadi hala tuju kementerian pada tahun ini. Ini adalah bagi mengukuhkan lagi kedudukan negeri ini dalam pengeluaran serta pengeksportan buah limau bali. Dia berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Amalan Pemasaran Baik, Standard Dan Kualiti Buah Limau Bali dalam program yang dianjurkan bersama FAMA Sabah dengan kerjasama Jabatan Pertanian Sabah; Bahagian Kawalan Racun dan Perosak Baja, Jabatan Pertanian Malaysia serta MARDI Sabah.


Menarik bagaimana 'Musim panas jejas hasil limau bali' seperti laporan bhnews.com untuk disembangkan. Dari Segamat dilaporkan dimana cuaca panas berpanjangan menjejaskan pelbagai hasil pertanian di sini, termasuk pengeluaran pekebun limau bali bagi keperluan perayaan Tahun Baharu Cina. Menurut  Penasihat Persatuan Usahawan Tani Jementah, Wong Keat Soon, 57, berkata musim panas berpanjangan dan kekurangan hujan menjejaskan jumlah serta kualiti pengeluaran hasil tanaman buah limau bali tahun 2023. Kesan panas sepanjang tahun lalu, menyebabkan banyak putik buah itu gugur selain kekurangan hujan turut merencatkan pengeluaran produktiviti hasil. Apabila musim panas mula melanda tahun ini, tanaman limau bali kali ini terus terjejas,” katanya ditemui di kebun limau balinya di Jementah, Johor. Para pekebun limau bali terpaksa mengimbangi keperluan permintaan pasaran buah-buahan kegunaan tempatan bagi Tahun Baharu Cina kali in, sebelum bakinya di eksport ke Singapura. Kini permintaan limau bali di sini terus meningkat termasuk dari Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang, namun penanam termasuk saya bimbang kualiti serta kuantiti hasil tanaman ini akan terus mengalami kemerosotan. Limau bali di Jementah antara terbaik di negara ini sejak dahulu lagi tetapi cuaca panas menyebabkan kira-kira 30 peratus hasil pengeluaran berkurangan. Cuaca kering itu menyebabkan isi limau bali warna putih menjadi masam dan kehijauan, tidak seperti kebiasaan berwarna sedikit kekuningan. Setiap kilogram limau bali seberat antara 1.5 kilogram sehingga dua kilogram kini dijual pada harga RM6 sehingga mencecah belasan ringgit, mengikut kualitinya. Terdapat seramai 120 ahli pelbagai kaum menyertai Persatuan Usahawan Tani Jementah dengan sebahagian besarnya menanam limau bali berkeluasan kira-kira 40 hektar.


Apa yang berlaku di Majlis Rasmi di Negeri Sembilan dimana ada 'Limau bali Jelebu diperkenalkan' menarik juga kisah ini bagi disembangkan. Kisah dari Jelebu NS dimana selepas ini orang ramai akan berpeluang menikmati limau bali Jelebu apabila Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menanam pelbagai jenis pokok buah-buahan ditanah seluas 250 hektar miliknya di Simpang durian, Jelebu. Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Zabawi nyatakan ada pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan antaranya durian dan rambutan akan ditanam dimana MARDI akan cuba menanam limau bali di kawasan berkenaan. Limau bali yang dihasilkan Mardi mempunyai kualiti terbaik dan setanding dengan yang ditanam di Kuala Kangsar. MARDI mahu limau bali menjadi simbol bagi Jelebu dan berharap usaha ini akan menjadi kenyataan berikutan kita akan menanam benih yang dihasilkan Mardi sendiri. Apa pun dilaporkan kajian mendalam akan dilakukan terlebih dahulu berikutan tanah di sini tidak rata dan sedikit berbukit jadi perlu lihat mana kawasan yang sesuai seperti dinyatakan dalam MAjlis MAFI Prihatin dan Penyerahan Benih Buah - Buahan Tempatan di Stesen Mardi Jelebu. Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmah Hamzah dan dilaporkan MARDI akan membekalkan benih buah-buahan antaranya rambutan, kelapa, durian serta kopi, keledek kepada petani seluruh negara yang mempunyai tanah untuk diusahakan. Kalangan petani yang mempunyai kawasan sekurang- kurang 0.4hektar tanah akan dikenal pasti sebelum diberi bimbangan oleh Mardi bagi mengusahakan tanaman yang menjadi pilihan mereka. Petani bagaimanapun perlu mengikut SOP ditetapkan Mardi seperti amalan membaja mengikut masa ditetapkan. Sasaran bagi projek berkenaan pada tahun ini adalah 200 hektar dan menjelang 2025, seluas 8,000 hektar tanah akan ditanam dengan pelbagai jenis tanaman oleh petani terbabit. 
Artikel ini ditulis dalam lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
LIMAU BALI..BUAH POMELO IA SAMA...

BERSAIZ BESAR.. ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...


By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).
Bersamaan 13 Mac 2025.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...