BUAH LIMAU BALI (Citrus grandis) merupakan sejenis buah tropika yang sesuai ditanam di negara kita Malaysia dimana ia merupakan sejenis buah-buahan dari keluarga Rutaceae. Limau bali merupakan antara jenis limau yang paling besar dalam keluarga limau (citrus family) dimana iaitu nama sinonim bagi buah limau bali ini adalah juga sebagai Citrus maxima. Nama lain limau bali adalah seperti Limau Kepala Besar, Limau Tambun, Limau Pomelo dan sebagainya. Saya memang suka akan memakan limau bali dan terlibat dalam penananam limau ini secara meluas ketika bertugas di Melaka dahulu semasa perlaksanaan projek MIADP. Beratus ekar tanaman Limau Bali telah dimajukan di kawasan tanah terbiar sekitar tahun 1988 dan berjaya menghasilkan beratus tan buah limau bali. Pada masa ini dilaporkan seluas 1,044 hektar limau bali di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 15,500 metrik tan (Laporan Booklet Ststistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2024). Kawasan utama penanaman dan pengeluaran limau bali adalah di Sabah diikuti dengan Johor (Khususnya di Jementah, Daerah Segamat) dan Perak (Kawasan Ipoh-Tambun) serta beberapa daerah di Kedah. Penanaman limau bali ini dijalankan secara komersial iaitu tanaman monokrop dan juga sebagai tanaman selingan dikawasan dusun atau pun dikawasan keliling rumah. Benih limau bali mudah disediakan melalui aktiviti mengetut (marcotting) dan pokoknya memang cepat membesar setelah ditanam. Pokok limau bali juga merupakan antara jenis pokok limau yang dilapor sederhana tahan dari serangan Penyakit Citrus Greening Disease (CGD) berbanding dengan jenis limau manis yang lain. Pengeluaran musim limau bali adalah berada dipuncak (peak season) sekitar bulan Ogos setiap tahun walau pun ia mampu berbuah sepanjang tahun. Saya ada menulis artikel sebelum ini mengenai Limau Bali (Sila klik disini), (Melomas - Sila klik disini) dan (Sila Klik disini). Artikel subuh Khamis ini saya sembang dengan menulis didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai kisah menarik dan fakta hasil limau bali yang berdasarkan kepada beberapa media untuk dijadikan bahan rujukkan semua.
Sejarah bagaimana 'Pelombong China popularkan limau Tambun' dilaporkan dalam portal bhnews.com sesuai di kongsikan. Serarah bagaimana lebih 80 tahun lalu Tambun di Ipoh, Perak antara kawasan untuk aktiviti perlombongan bijih dengan kedatangan pelombong China. Ia secara tidak langsung dimana kedatangan pelombong itu turut membawa identiti baharu kepada pekan kecil di bandaraya Ipoh apabila mereka turut menanam beberapa pokok limau bali di sekitar kawasan berkenaan. Disebabkan keistimewaan buah itu dari segi rasa dan juga kesesuaian tanah di Tambun menjadikan ia banyak ditanam di pekan kecil itu sehingga kini. Malah ia sinonim dengan kawasan Tambun dan dijadikan 'buah tempatan'. Sehingga kini, Tambun menjadi pengeluar utama limau bali dan buahnya juga terkenal di seluruh pelosok tanah air dengan rasa dan kualiti yang lebih baik berbanding di tempat lain, sekali gus ia dikenali sebagai 'Limau Tambun'. Adalah tidak lengkap jika kunjungan anda ke Tambun atau Ipoh tanpa membeli limau Tambun sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Buah berkenaan juga menjadi antara antara tarikan di Ipoh yang menawarkan agropelancongan yang sering mendapat tumpuan terutama kepada mereka yang minat pertanian. Bagi pemilik Gochin Tambun Pomelo Agro Farm, Tan Swee Kong, (54) dakwa ladangnya seluas lebih 1.2 hektar dengan 80 pokok limau bali menjadi tumpuan pelancong selepas ramai pelanggannya berminat dengan tanaman itu sejak 15 tahun lalu. Dia menampilkan konsep ladang dalam taman sambil berkongsi ilmu pertanian bersama pelancong yang datang ke ladangnya dan mereka juga boleh membeli buah terus serta menikmatinya di ladang dan melihat sambutan itu dia telah mengambil keputusan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di ladang bagi membuka peluang kepada pelancong 'meneroka' ladang limau bali termasuk memberi pendedahan kepada mengenai tanaman itu. Dia juga sudah mendapat slot kunjungan pelancong dari 70 negara sejak mula membukanya kepada pelancong dan mereka suka melihat tanaman seperti ini, malah mereka mengakui limau bali di Tambun lebih sedap berbanding di negara mereka. Pomelo Agro Farm lebih 1.2 hektar dengan 80 pokok limau bali jadi tumpuan pelancong di Ipoh. Apa yang lebih menarik ada dalam ladangnya juga mempunyai lebih 30 pokok buah-buahan lain seperti manggis, durian, pelbagai jenis jambu, pisang dan rambutan termasuk tanaman herba tetapi bukan untuk dijual sebaliknya untuk tarikan tambahan apabila melalui trek pejalan kaki. Tambun memang terkenal dengan limau bali dan kawasan berkenaan diwartakan sebagai kawasan tanaman itu. Antara faktor yang menjadikan buah itu sesuai ditanam di Tambun kerana kawasan itu dikelilingi gunung batu kapur yang mempunyai kalsium karbonat tinggi. Di ladang ini kita ada dua jenis limau bali iaitu jenis manis yang berwarna putih merah jambu, manakala satu lagi masam manis dan isinya berwarna merah. dan tidak dinafikan jenis buah manis lebih mendapat permintaan tetapi sejak kebelakangan ini jenis masam manis juga sudah mula digemari sebab lebih banyak khasiat. Ladangnya mampu mengeluarkan hasil anggaran biasa untuk 80 pokok mencecah 15 tan dengan Januari dan September mendapat permintaan tinggi terutama pada Tahun Baru Cina. Harga jualan mengikut saiz buah dan biasanya kita jual sebiji antara RM15 hingga RM18. Buah ini perlu matang dan cukup masak, isinya akan lebih sedap dan berjus tetapi kalau terlebih masak pula isinya kering dan keras.
Agak unik kisah 'Tempuh perjalanan 200 km 'COD' limau bali ke rumah pelanggan' demi buah limau bali. Kisah dari Setiu Terengganu dimana seorang bekas jurujual memanfaatkan pengalaman yang ada dengan menyediakan perkhidmatan penghantaran limau bali di sekitar daerah di Terengganu dan Kelantan. Bagi Mohd Sanusi Ibrahim (39) dakwa dia mula cuba menyediakan perkhidmatan bayaran tunai semasa penghantaran (COD) itu selepas berhenti kerja sejak 2019. Tempahan diterima amat menggalakkan selepas dia menumpukan kerja sebagai penghantar buah tersebut dimana dia dapati permintaan terhadap buah limau bali ini amat tinggi lebih-lebih lagi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Biasanya buah limau bali ini dijual di gerai-gerai sepanjang jalan, jadi apabila dia membuat khidmat COD banyak tempahan saya terima antaranya di Marang, Setiu, Besut dan daripada pelanggan dari Kelantan. Apa pun dia yang berhenti kerja sebagai jurujual di ibu kota dan menetap di daerah Kuala Nerus berkata, setiap hari dia menunggang motosikal Yamaha Nouvo LC dari rumahnya untuk ke rumah pelanggan. Menurut bapa kepada dua anak itu, dia memilih untuk menaiki motosikal bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Dia mengambil tempahan dua atau tiga hari sebelum COD dan harga ditawarkan pula adalah RM10 bagi satu kilogram limau bali, yang mana harga sebiji buah adalah bergantung kepada berat buah tersebut dan biasanya diambil tempahan kira-kira 40 biji buah bali dengan mengenakan bayaran penghantaran serendah RM0.50 hingga RM10 mengikut jarak perjalanan. Kini walaupun persekitaran pekerjaan sekarang tidak lagi sama seperti dulu, dia masih mampu menjana pendapatan hampir RM400 setiap kali melakukan COD. Kebanyakan bekalan limau bali saya peroleh dari negara jiran iaitu Thailand dan juga dari Ipoh serta Kuala Kurau, Perak. Selain limau bali, saya turut membuat penghantaran pelbagai jenis keropok di negeri lain berdasarkan permintaan pelanggan.
Apa pula kisah bertajuk 'Limau Bali' yang dipaparkan media lokal untuk di tulis semula. Dilaporkan ada seorang peniaga buah-buahan Selamat Ali Amat, (38) suka melayani pelanggannya di Lebuh Pasar Seremban ketika tinjauan sambutan Tahun Baharu Cina. Dakwanya dia dapat bekalan Limau Bali tersebut diambil dari Johor kemudian dijual di sini dengan harga RM20, Rm15 serta RM10 satu biji bergantung kepada saiz buah. Limau Bali juga dikenali sebagai Limau Tambun atau Limau Besar (Pamelo) sangat popular dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Cina terutamanya menjelang kedatangan Tahun Baru Cina yang bakal disambut. Dalam portal sama di laporkan tajuk 'Limau Tambun' dimana ada penanam dan pemilik Go Chin Tambun Pamelo Agro Farm, Tan Swee Kong yang setiap kali tiba musim perayaan Tahun Baharu Cina dimana limau adalah antara yang wajib ada sebagai hidangan atau buah tangan bagi menyerikan sambutan itu. Dakwanya kalangan masyarakat Tionghua percaya buah limau membawa rahmat atau tuah sepanjang tahun buat mereka, apatah lagi jika diterima sebagai hadiah. Tentang saiz buah ini dimana lebih besar buah limau tersebut maka lebih besar tuah yang akan diperoleh si penerima. Artikel ini ditulis dalam lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai disyor baca semuanya. Semuga tulisan ini berikan maklumat berguna kepada semu apembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
LIMAU BALI..BUAH POMELO SAMA...
BERSAIZ BESAR.. ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).
LIMAU BALI..BUAH POMELO SAMA...
BERSAIZ BESAR.. ORANG CINA SUKA...
DUA VARIETI POPULAR...APAKAH DIA...
MEMBACA ARTIKEL...ILMUNYA DI TERIMA...
By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Ramadan 1446H).
Bersamaan 13 Mac 2025.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.