Support My Blog

Monday, March 3, 2025

SEMBANG PENYAKIT REPUT TERAS NANAS (PART 1)

PENYAKIT REPUT TERAS NENAS
atau Bacterial Heart Rot (BHR) atau Penyakit Reput Perdu Nanas di Malaysia kini merupakan satu ancaman kepada industri tanaman nenas. Penulis blog mendapati penyakit ini merupakan sejenis penyakit penting yang memberi anaman serius kepada petani dan usahawan nenas. Apa pun daripada maklumat terkini yang diperolehi dalam pembentangan kertas pada Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017, penulis telah pun dimaklumkan oleh pakar ia berpunca daripada jenis patogen BAKTERIA dan patogen KULAT. Penyakit reput teras bakteria adalah disebabkan oleh bakteria dikenalpasti sebagai Dickeya spp. (dahulu bakteria ini dipanggil sebagai Erwinia chrysanthemi). Dalam penelitian penulis mendapati dimana Bakteria Dickeya spp. ini juga boleh menyerang buah nanas dan menyebabkan penyakit buah hantu. Perkara ini merupakan satu keadaan yang mengancam ramai penanam nenas diseluruh negara jika tiada pemantauan sempurna. Dalam pada itu Penyakit reput teras Phytophthora yang berlaku pula disebabkan oleh patogen kulat yang dikenali sebagai Phytophthora spp. Kulat ini merupakan sejenis kulat yang menyerang banyak tanaman lain dinegara kita. Bagi penulis blog yang sudah menulis lebih dari 500 artikel mengenai nanas mendapati dimana isu serius serangan oleh 
PENYAKIT REPUT TERAS di Malaysia yang mana kini masih merupakan satu ancaman kepada industri tanaman nenas terytamanya varieti MD2 masih perlu diberikan perhatian. Penyakit ini terus dominan dan ia dilihat masih merupakan ancaman serius kepada pengusaha nenas di Malaysia terutama ketuka musim hujan (monsoon season). Apa pun ia berpunca daripada jenis patogen jenis BAKTERIA dan patogen KULAT. Penyakit reput teras bakteria adalah disebabkan oleh bakteria dikenalpasti sebagai Dickeya spp
dimana ia mudah merebak terutama musm hujan tanpa mengira umur pokok nanas.  Artikel subuh Sabtu sehari sebelum berpuasa tahun 1446 Hijrah (Mula puasa 2 Mac 2025) saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu serangan penyekit reput teras nenas sebagai satu bahan rujukkan untuk pembaca semua.


Penanaman nanas di Malaysia semakin berkembang dengan luas di semua negeri terutama dengan penanaman beberapa jenis nanas terutama jenis nanas hibrid MD2. Ada beberapa varieti nanas premium yang semakin diminati ramai selain MD2 seperti Varieti Jambul Mas (AC15), varieti Sarawak Gold (AC16) dan juga Nanas Josapine (AC5) dan beberapa lagi. Bagaimana pun isu serangan beberapa jenis penyakit bagi tanaman nanas masih menjadi ancaman kepada petani. Antara jenis penyakit utama yang amat digeruni adalah seperti PENYAKIT REPUT TERAS BAKTERIA atau Bacterial Heart Rot (BHR) yang disebabkan oleh jenis nakteria Dikeya spp. Ia menyerang pada pokok nanas yang berumur diantara 4 hingga 8 bulan selepas menanam dengan teruk jika tiada kawalan segera dan sistematik. Selalunya diperingkat awal simptom atau tanda dimana dilihat ada tompok-tompok basah akan kelihatan dibahagian tengah-tengah pucuk. Tompok basah itu seterusnya ia akan membesar, mengelembung dan merebak dimana\kemudian ia akan bertukar warna daun nansa dari hijau kepada kuning dan mengeluarkan cecair yang busuk. Akhir sekali dimana pada keseluruhan teras atau pangkal perdu pada pokok nanas mudah dicabut dan pokok mati mereput kesemuanya. Penyakir ini mudah merebak dimana bakteria boleh di bawa oleh aliran air hujan, pekerja kebun yang melalui pokok diserang, peralatan ladang, haiwan liar *(terutama babi hutan yang mencari cacing) dan juga tayar keenderaan. Kawalan segera mengikut prosedur perlu di jalankan dan pastikan menggunakan sulurbenih yang tahan BHR sahaja untuk penanaman. Penyakit kedua aalah jenis PENYAKIT BUAH HANTU dimana tanda serangan dikesan pada peringkat 2-3 minggu sebelum masak. Cecair busuk keluar daripada celah-celah mata buah beserta dengan gelembung gas. Kulit buah mengelembung dan bertukar warna daripada merah keunguan kepada hijau kotor. Jenis penyakit nanas yang ketuga adalah PENYAKIT REPUT PERDU dimana ia boleh menyebabkan reput perdu sulur dimana serangan dapat dikesan diantara 4-8 minggu selepas ditanam. Jangkitan bermula dengan tompok-tompok berair dari pangkal daun dan terdapat gelembung gas serta berbau di bahagian yang reput. Jangkitan menyebabkan keseluruhan teras boleh ditanggalkan dari pokok dengan mudah. Jangkitan penyakit berlaku dalam keadaan lembab dan elakkan menyimpan sulur secara timbun pada musim hujan. Keempat adalah jenis PENYAKIT MATA DALAM dimana ia boleh menyebabkan kerugian sehingga 40%. Disebabkan oleh kulat penicilium funiculosum. Rongga biji menjadi keras dan berwarna perang kerana tisu dinding ovari menjadi keras. Buah kelihatan normal dari luar dan jika serius buah boleh terbantut dan kerekot. Serangan berlaku pada peringkat pembentukan bunga kira-kira 4-5 minggu selepas aruhan pembunaan. Kelima adalah kesan serangan NEMATOD dimana cacing ini kan merosakkan akar dan mengakibatkan akar gagal berfungsi menyerap nutrien. Menyebabkan pokok terbantut dan mengurangkan hasil. Nematod ini tiada di tanah gambut kerana terlalu masam. Menyebabkan kekurangan hasil yang serius dan rawatan yang mahal. Keenam adlah isu dinamakan MASAALAH PECAH TANGKAI yang berlaku tanda pecahan mendatar pada ruas tangkai kira-kira 1-2cm dari pangkal buah. Ianya menyebabkan pembesaran buah tidak sekata di mana buah kelihatan bengkok ke arah bahagian yang pecah dan perukan kawalan segera.


Bagi penulis blog mendapati dimana osi serangan PENYAKIT REPUT TERAS tanaman nanas  di Malaysia kini adalah ia merupakan satu ancaman kepada industri tanaman nenas. Penyakit ini merupakan ancaman serius kepada pengusaha nenas. Apa pun ia berpunca daripada sejenis patogen BAKTERIA dan patogen KULAT. Penyakit reput teras bakteria adalah disebabkan oleh bakteria dikenalpasti sebagai Dickeya spp. (dahulu bakteria ini dikenalpasti atau dipanggil sebagai Erwinia chrysanthemi). Dalam pada masa itu Penyakit reput teras Phytophthora yang berlaku pula disebabkan oleh patogen kulat yang dikenali sebagai Phytophthora spp. Kulat ini merupakan sejenis kulat yang menyerang banyak tanaman lain dinegara kita. Selain itu , Ia juga berpunca daripada sejenis kumbang yang merosakkan buah nenas yang menyebabkan tangkai menjadi reput dan buah menjadi berair. kes ini merupakan satu keadaan yang mengancam ramai penanam nenas diseluruh negara jika tiada pemantauan sempurna. Belum ada kaedah tepat didalam mengelakkan serangan penyakit iniyang sering berlaku apabila banyak curahan hujan dan kelembapan tinggi di kawasan tanaman nanas. Nanas premium MD2 diantara varietu yang paling kerap dilaporkan berlaku serangan BHR ini sebab nanas ini semakin meluas di tanam berbanding dengan varieti konvensional yang lain. Dilaporkan dimana cara rawatan nagi Penyakit Reput Teras ini ada
 beberapa kaedah kawalan. Antara kaedah bagi mengawal masalah penyakit reput teras antaranya ialah melalui semburan racun pada pokok nenas itu bagi mematikan serangga yang menyerang dan merebak ke pokok nenas lain namun begitu kaedah yang digunakan ini mungkin kurang berkesan. Apa pun ada dilaporkan dimana kini antara kaedah yang paling berkesan adalah dengan cara mencabut pokok-pokok yang mengalami masalah penyakit reput teras itu bagi mengurangkan penyakit merebak dari satu pokok ke satu pokok lain. Selain itu penulis blog selalu menasihatkan dimana jika terdapat serangga dikebun dimana ia  dilihatmudah hidup pada keadaan yang lembab dan masa banyak hujan akan merenakan patopen BHR ini. Sebaiknya pada pokok yang telah dicabut dan dimasukkan kedalam kantong plastik akibat penyakit tersebut perlu dibuang dengan dibakar bagi menghapuskan patogen bakteria tersebut/ Perlu diberi peringatan dimana tapak pokok yang telah dicabut tidak boleh ditanam semula kecuali setelah dirawat dan pasti patogen sudah toada lagi. Gunakan benih yangtahan kepada BHR sebagai satu strategi jangkapanjang/


Benar laporan dalam bharian.com bertajuk 'Penyakit reput batang serang nanas selepas banjir' merugikan petani di Pekan, Pahang untuk di jongsikan infonya. Portal paparkan bagaimana Abdul Halim dengan menunjukkan pokok nanas yang diserang penyakit reput batang selepas banjir berlaku dimana dia mengalami kerugian sama yang ditanggung 120 pekebun nanaslain yang tanam nanas di Kampung Baru Cenderawasih. Dilaporkan banyak pokok nanas jenis MD2 dan madu mereka dijangkiti penyakit rebut batang selepas ditenggelami banjir. Bagi Abdul Halim (39) dakwa paras air di kawasan kebun nanasnya naik antara 1 -2 meter selepas hujan lebat dimana pada setiap petak seluas 1.5 hektar ada antara 50 - 60% pokok nanas dewasa yang ditenggelami banjir dalam jangka panjang akan mati disebabkan buruk atau batang yang mereput sekiranya rawatan lambat dilakukan. Dia dan pekebun lain reda dengan apa yang berlaku apabila tiada rezeki kali ini. Kebun kami setiap tahun ditenggelami banjir disebabkan berada dalam kawasan paya gambut. Tambahnya faktor lebihan hujan turut menyebabkan paras air bertambah di antara dua dan tiga kali ganda. Walaupun sistem perparitan disediakan, kejadian banjir tetap terus berlaku setiap tahun dimana kini ditaksir nilai kerugian setiap pekebun masih belum dapat diputuskan lagi berikutan kematian pokok nanas masih lagi di peringkat awal. Kesa sama pada bencana banjir dua tahun lalu 120 pekebun menanggung kerugian kira-kira RM900,000 apabila pokok nanas jenis MD2 dan madu mereka mati selepas ditenggelami banjir. Dia yang turut mengusahakan kebun nanas lebih 2 hektar masih berhasrat meraih pendapatan hasil jualan nanas kali ini tidak menjadi kenyataan sebab selain pokoknya mati, kualiti buah juga menurun. Penanam lain Musa (50) dakwa ada terdapat pokok nanas yang sedang berbuah ketika banjir melanda, tetapi berikutan beberapa hari terendam air, buah matang sedia dituai mudah rosak selain kualitinya menjadi rendah. Kualiti terutama rasa buah nanas jenis MD2 dan madu menjadi rendah serta kurang manis mungkin disebabkan kandungan air yang tinggi di dalam buah. Dia terpaksa mengisi buah dalam tangki air bulat seberat 50 hingga 60 kilogram dan menarik sejauh kira-kira 100 meter dalam banjir sebelum dimuatkan ke dalam beca roda tiga. Penyakit reput batang mudah merebak pada pokok lain dalam satu kawasan petak tanaman seluas 1.5 hektar terdapat 25,000 pokok. Apa pun baginya setiap kali selepas bencana banjir di daerah ini, pengeluaran nanas akan terjejas. Permintaan pemborong luar untuk mendapatkan bekalan tidak dapat dipenuhi. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan kali ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kal ini. Wasallam!!!...
PENYAKIT REPUT TERAS ...AMAT MERBAHAYA...
DI MUSIM HUJAN... WAKTU SERANGAN IA SUKA...
CEPAT MEREBAK... PERLUKAN KAWAL SEGERA...
PENYEBAB UTAMA...ADALAH JENIS BAKTERIA,,,

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...