Support My Blog

Tuesday, March 11, 2025

SEMBANG KEMANA HILANGNYA BERAS TEMPATAN (Pt 2)

ISU DAN PERSOALAN kemana hilangnya beras tempatan sudah beberapa tahun di bincangkan rakyat Malaysia. Banyak media juga melaporkan jika isu ketiadaan bekalan beras tempatan di pasaran yang mana ia menimbulkan tanda tanya ke mana hilangnya hasil yang dikeluarkan para petani negara ini yang jumlahnya sekitar 1.6 juta tan metrik setahun. Orang ramai tertanya-tanya ke mana perginya beras yang dihasilkan dari kawasan Jelapang Padi seperti MADA, KADA, IADA dan lain-lain yang sepatutnya sentiasa ada menampung lebih 60 % daripada keperluan negara. Apa pun senario sekarang seolah-olah menggambarkan Malaysia mengimport beras 100% kerana yang dijual dikedai semua dilabelkan sebagai import sedangkan realitinya beras import hanya sekitar satu juta tan metrik atau kira-kira 40% sahaja.  Rata-rata rakyat pula mengeluh kerana jika dahulu boleh beli beras tempatan pada harga RM26 bagi kampit 10 kilogram dimana ia kini ia hampir tidak lagi kelihatan kerana yang ada di rak-rak pasar raya dan kedai runcit sejak setahun lalu semua­nya dilabelkan sebagai beras import. Jika ada sekali pun ada kes mungkin ketika Jualan Rahmah dan Jualan Madani yang dianjurkan sekali-sekala oleh pasar raya-pasar raya di beberapa tempat sahaja. Itupun stok beras tempatan yang biasa­nya dijual dalam kampit lima kilogram cepat habis. Ada laporan dan tinjauan dimana dibeberapa negeri seperti Selangor, Kedah dan Perlis pada hari pertama Ramadan kelmarin mendapati dimana bekalan beras import memenuhi rak di pasar raya-pasar raya dan kedai-kedai runcit. Harga beras import pelbagai jenama dijual RM40 hingga RM65 bagi kampit 10 kilogram. Isu dan masaalah ketiadaan beras tempatan sejak setahun lalu diyakini terus berlarutan selagi tidak diselaraskan gred tunggal beras import dan tempatan. Apa pun ada agensi-agensi yang membantu membekalkan beras tempatan kepada peruncit antaranya seperti PPK, FAMA dan sebagainya dimana jika dilihat sebenarnya tidak cukup dan tidak sampai satu peratus. Rakyat tempatan kini terpaksa menggunakan beras import dengan harganya jauh lebih mahal berbanding tempatan. Ia berlaku sebab harga kena selaras satu gred beras sahaja dan ditetapkan satu harga. Isu unik ketiadaan bekalan beras tempatan di pasaran ini bukan baharu malah sudah hampir setahun. Ada dakwaan yang punca ketiadaan bekalan beras tempatan ini apabila ramai pemborong-pemborong besar beras mencampur beras tempatan dan import seterusnya dijual pada harga beras import bagi mengaut lebih keuntungan. Dilaporkan mereka ini juga tidak kisah untuk membeli padi dengan harga lebih tinggi melebihi RM1,300 per tan metrik. Beli harga padi dengan harga melebihi RM1,300 memang sukarlah menghasilkan beras berharga RM26 sekilogram. Pada 2019, Malaysia merekodkan pengeluaran 1,516,341 tan metrik beras putih tempatan manakala pada 2020 sebanyak 1,624,468 tan metrik, 2021 pula sebanyak 1,686,368 tan metrik, tahun 2022 sebanyak 1,574,960 tan metrik dan sehingga Oktober 2023 adalah 1,181,911 tan metrik. Beberapa penanam padi atau pesawah mendakwa penguatkuasaan perlu lebih tegas dalam mengatasi isu ketiadaan bekalan beras tempatan di pasaran bagi mengelak masalah sama terus berulang. Baginya masalah ketiadaan beras tempatan bukan baharu sedangkan pesawah menyediakan bekalan padi bagi menghasilkan beras yang disifatkan cukup untuk menampung keperluan pengguna. Di peringkat pesawah tambahnya lagi mereka pun tidak pasti bila masalah ketiadaan bekalan beras tempatan ini akan berakhir. Mungkin cadangan menetapkan satu gred beras ini perlu dilaksanakan dengan harga RM30 ke RM35. Pendapat dari tinjauan kepada ramai pengguna mennyatakan sudah lama keluarga di Malaysia kini menggunakan beras import dengan harga lebih mahal berikutan kesukaran mendapatkan beras tempatan di pasaran. Merujuk kepada kes di bulan Ramadan kali ini dimana zakat fitrah yang ditetapkan di negeri ini adalah RM7 bagi yang menggunakan beras tempatan dan RM10 bagi penggunaan beras import. Kini ramai rakyat sudah makan beras import kerana kesukaran mendapatkan beras tempatan, jadi perlu membayar zakat fitrah pada kadar RM10. Artikel petang Ahad ini pada 9 Ramadan 1446H dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis beberapa fakta dan kisah akan persoalan kemana hilangnya beras tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Dalam portal hmetro.com melaporkan 'Dah 3 bulan beras tempatan tiada, ke mana pergi beras kita? - Dakwa Peniaga' juga wajar disembangkan. Di Kuala Lumpur dilaporkan dimana peniaga hanya menjual apa dihantar oleh pengedar dimana memang sudah lama mereka rasa sudah tiga bulan tidak menerima stok beras tempatan. Bagi peniaga bernama Irfan dimana hanya terima beras import sahaja yang datang dan itulah yang dia terpaksa jual yang berniaga di Jalan Raja Alang sejak berniaga bertahun disini. Dakwanya sebagai peniaga pihaknya tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku di sebalik kekecohan ketiadaan bekalan beras tempatan pada masa ini.  Irfan berkata, pihaknya memang ada membuat pesanan bekalan beras tempatan namun lori pengedar yang datang dan menghantar beras hanya membuat penghantaran beras import beberapa bulan kebelakangan ini. Harian Metro turut membuat tinjauan di Pasar Chow Kit yang menjadi lokasi tumpuan warga kota membeli barang dapur termasuk barangan basah dan kering. Tinjauan mendapati satu daripada kedai yang menjual beras memang ada menjual beras pelbagai jenama namun semuanya dikampit dengan cop biru bulat tertera 'Beras Putih Super (Import). Ketika ditanya pekedai dikenali Lingam (50) dakwa sejak kebelakangan ini memang semua beras kampit yang masuk ke kedainya adalah beras import. Dakwanya bekalan beras memang sentiasa ada akan tetapi cuma masalah bekalan beras tempatan iaitu semua yang masuk beras import. Apa yang pengilang hantar apa sahaja dia jual dimana kadang-kadang ada (beras tempatan), pengilang kata tak ada stok dimana peniaga sudah  tiada pilihan memang kena jual juga apa sahaja stok yang sampai. Dalam tinjauan di sebuah pasar mini di Lorong Raja Bot turut mendapati ketiadaan stok beras tempatan tiada di rak kedai itu sebaliknya dipenuhi kampit beras import. Bagi seorang pengguna yang tidak mahu dikenali berkata, kerajaan perlu menangani isu ketiadaan beras tempatan itu dengan segera sebab ia agak menghairankan. Mereka kurang tahu akan persoalannya ke mana pergi beras kita (beras tempatan). Mengapa tiba-tiba hanya ada kampit beras import sahaja di pasaran. Menambah dimana kerajaan wajib tangani segera isu ini sebab beras makanan ruji kita. Selain itu saya juga pelik sebab minyak masak kampit, adakalanya telur malah stok gula juga cepat habis. Tadi kira-kira jam 11 pagi dah habis stok telur gred A. Berdasarkan tinjauan wartawan Harian Metro di ibu negara hari ini mendapati terdapat harga berlainan tertera di kampit beras import untuk beberapa jenama walaupun kandungan berat sama seperti RM53, RM40 dan RM36 bagi kampit 10 kilogram (kg).


Menarik kisah dalam blog yang jarang saya baca iaitu gelombangperkasa.com bertajuk '2025 Semakin Hampir, Isu Kekurangan Beras Tempatan Masih Belum Selesai' untuk disembangkan. Isu kekurangan beras tempatan yang mula mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia sejak awal tahun ini masih lagi belum lagi dapat diselesaikan oleh kerajaan. Masalah ini dibangkitkan kembali oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang mempersoalkan ketiadaan beras putih tempatan di pasaran ketika ini. Walaupun kerajaan telah menetapkan harga beras putih tempatan hanya RM2.60 sekilogram, hasil pemeriksaannya mendapati ia hampir tiada di pasaran. Tambahnya lagi, tiada guna kerajaan membentangkan belanjawan yang memakan bajet beratus bilion jika masalah melibatkan makanan asasi rakyat Malaysia tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan. Masalah ini layak untuk diangkat dan dipandang secara serius oleh kerajaan memandangkan telah wujud dakwaan yang mengatakan berlakunya campuran antara beras putih tempatan dan beras import berlaku. Apa pun dakwaan ini lantas disahut oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menyiasat dakwaan ini sama ada ia benar-benar berlaku atau tidak. Dakwaan wujudnya sindiket mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import sudah lama berlaku namun KPKM baru sahaja ingin melakukan siasatan. KPKM juga dilihat lambat mengambil tindakan kerana baharu sahaja ingin memperkenalkan Peraturan Melarang Campuran Beras Putih Tempatan dengan Beras Putih Import. katanya beginilah kerajaan, apabila rakyat sudah semakin terdesak kerajaan baharu sahaja ingin mengambil tindakan sewajarnya yang sepatutnya sudah lama boleh diambil tindakan. Dakwanya padi merupakan komoditi strategik negara yang memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai makanan asasi rakyat tetapi juga sebagai sumber pendapatan bagi lebih 230 ribu pesawah. Dengan jumlah penduduk Malaysia terkini sudah pun melebihi 30 juta orang dan pengeluaran beras tempatan buat masa ini hanya mampu membekalkan keperluan untuk 21 juta pengguna di Malaysia dan selebihnya lagi beras terpaksa diimport melalui Syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas). Hal ini menunjukkan bahawa peratusan untuk bekalan beras putih tempatan di pasaran sepatutnya lebih besar kerana ia cukup untuk 21 juta rakyat Malaysia maka isu kekurangan bekalan beras putih tempatan ini sesuatu yang amat cukup pelik. Jika masalah kekurangan bekalan ini disebabkan oleh masalah cuaca, ia boleh diterima lagi namun masalah yang datang daripada sindiket jahat yang mencampurkan beras putih tempatan dengan berus putih import adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Dakwanya hal ini tidak ditambah lagi dengan rancaknya pembangunan untuk kawasan perumahan dan perniagaan sehingga mengambil tanah sawah. Dakwanya kini terbukti dimana kerajaan sebenarnya gagal untuk menyelesaikan masalah ini walaupun sudah dua tahun memerintah. Apa yang kalimat sering didengari daripada mulut mereka ialah “dalam siasatan”, “akan dipandang secara serius” dan ayat seumpanya yang lain. Namun hingga kini langsung tiada tindakan serius dan agresif untuk menyelesaikan isu ini daripada pihak kerajaan. Adakah mereka hanya ingin mengambil jalan mudah sahaja dengan terus mengimport komoditi makanan seperti mana mereka melakukannya untuk menyelesaikan isu kekurangan bekalan telur ayam?. Mereka langsung tiada “political will” untuk menjaga keselamatan bekalan makanan negara kerana beranggapan ia sebagai isu yang kecil sahaja.


Akhirnya pada hujung Febuari dan Awal Mach 2025 baru diumumkan 'Beras Tempatan 10kg pada harga RM26 hanya untuk 400,000 keluarga miskin mulai 1 Mac 2025' seperti banyak dilaporkan media cetak tempatan dan media elektronik. Dilaporkan ada sebanyak 24 juta kampit Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan mula dijual dalam pasaran di seluruh Semenanjung mulai 1 Mac 2025 ini. Menurut Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd, berkata barangan keperluan harian itu hanya akan dijual kepada 400,000 keluarga miskin sahaja dengan dua pek bagi setiap ketua isi rumah (KIR) mengikut tatacara ditetapkan. Ada sebanyak 24 juta kampit 10kg BPT bersubsidi akan mula dijual menerusi projek rintis untuk tempoh enam bulan itu dengan menyasar 400,000 KIR miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar. Kerajaan sebelum ini sudah mengumumkan untuk membuat intervensi dengan subsidi khusus sebanyak RM150 juta bagi tempoh enam bulan. Pihak BPT bersubsidi ini akan mula berada di pasaran bermula 1 Mac iaitu pada hari pertama Ramadan dan akan berakhir pada 31 Ogos ini, untuk tempoh enam bulan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan di Dewan Rakyat memaklumkan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi memastikan bekalan BPT mencukupi di pasaran. Peruntukan terbabit susulan penetapan harga lantai belian padi yang diselaraskan daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik. Setiap KIR hanya dibenarkan membeli dua kampit beras bagi setiap pembelian dengan arahan khusus tatacara penjualan beras akan diberikan kepada setiap peruncit untuk memastikan bekalan berkenaan dijual kepada mereka yang disasarkan. Bekalan itu boleh didapati di 36,000 peruncit berlesen dengan tumpuan antaranya di kawasan miskin bandar. Bekalan BPT terbabit hanya akan dibeli golongan yang disasarkan, beliau sekadar berkata, keutamaan diberikan kepada golongan miskin dan miskin tegar dimana bagi (BPT) subsidi ini, setiap kampit beras dijual pada satu harga sahaja iaitu RM26 sekampit 10 kg, bagi memastikan tiada manipulasi oleh mana-mana pihak. Kerajaan sedar ada 'pro and cons', kali ini kita bergerak menggunakan kaedah sedia ada, kita tidak mengganggu jenama yang sudah ada di pasaran tetapi dari segi kawalan, kita menggunakan dua lapisan iaitu pertama secara organik iaitu pemantauan serta aktiviti seperti penguatkuasaan dan kedua akan ada tag keselamatan. Dilaporkan biarpun BPT akan berada di pasaran 1 Mac ini, pihaknya merancang mengadakan jualan bekalan berkenaan lebih awal iaitu pada Khamis ini menerusi Program Jualan Agro MADANI di Kedah yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri. Pada program berkenaan, sebanyak 20,000 kampit BPT akan dijual kepada kira-kira 7,000 pengunjung yang dijangka menghadiri program berkenaan dimana rakyat terlibat sudah boleh menikmati (BPT) daripada jualan Agro MADANI itu. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BERAS TEMPATAN...BANYAK JUMLAHNYA..
DILAPORKAN HILANG...DIPASARAN SANA...
KEMANA PERGINYA...PERSOALAN DITANYA..
ARTIKEL INI... DAPAT SEDIKIT JAWAPANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(8 Ramadan 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...