Support My Blog

Tuesday, March 4, 2025

SEMBANG PENYAKIT REPUT TERAS NANAS (PART 2)

PENYAKIT REPUT TERAS NENAS atau Bacterial Heart Rot (BHR) atau Penyakit Reput Perdu Nanas di Malaysia kini merupakan satu ancaman kepada industri tanaman nenas. Penulis blog mendapati penyakit ini merupakan sejenis penyakit penting yang memberi anaman serius kepada petani dan usahawan nenas. Apa pun daripada maklumat terkini yang diperolehi dalam pembentangan kertas pada Simposium Biosekuriti Tumbuhan 2017, penulis telah pun dimaklumkan oleh pakar ia berpunca daripada jenis patogen BAKTERIA dan patogen KULAT. Penyakit reput teras bakteria adalah disebabkan oleh bakteria dikenalpasti sebagai Dickeya spp. (dahulu bakteria ini dipanggil sebagai Erwinia chrysanthemi). Dalam penelitian penulis mendapati dimana Bakteria Dickeya spp. ini juga boleh menyerang buah nanas dan menyebabkan penyakit buah hantu. Perkara ini merupakan satu keadaan yang mengancam ramai penanam nenas diseluruh negara jika tiada pemantauan sempurna. Dalam pada itu Penyakit reput teras Phytophthora yang berlaku pula disebabkan oleh patogen kulat yang dikenali sebagai Phytophthora spp. Kulat ini merupakan sejenis kulat yang menyerang banyak tanaman lain dinegara kita. Bagi penulis blog yang sudah menulis lebih dari 500 artikel mengenai nanas mendapati dimana isu serius serangan oleh PENYAKIT REPUT TERAS di Malaysia yang mana kini masih merupakan satu ancaman kepada industri tanaman nenas terytamanya varieti MD2 masih perlu diberikan perhatian. Penyakit ini terus dominan dan ia dilihat masih merupakan ancaman serius kepada pengusaha nenas di Malaysia terutama ketuka musim hujan (monsoon season). Apa pun ia berpunca daripada jenis patogen jenis BAKTERIA dan patogen KULAT. Penyakit reput teras bakteria adalah disebabkan oleh bakteria dikenalpasti sebagai Dickeya sp  dimana ia mudah merebak terutama musm hujan tanpa mengira umur pokok nanas.  Artikel subuh Sabtu iaitu sehari sebelum berpuasa tahun 1446 Hijrah (Mula puasa 2 Mac 2025) saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai isu serangan penyekit reput teras nenas sebagai satu bahan rujukkan untuk pembaca semua.


Kadang-kadang jika bercakap dengan petani biasa yang kurang pendidikan dan pendedahan mereka kurang maka bahasa mudah diguna dan perlu di sampaikan kepada mereka. Cara menjelaskan ini jugatentang penyakit reput teras bakteria ini lebih mudah di namakan dengan nama seperti Penyakit reput lembut pokok nanas. Apa pun selalunya akan berlaku seakan kesan keracunan lembut dimana sebenarnya apa yang berlaku adalah penyakit bakteria itu akan mengganggu pokok nenas dengan menyebabkan layu, kuning dan akhirnya kerosakan menyebabkan pokok mati (Sila lihat foto disebelah). Penyakit ini merbahaya dan ia lebih merosakkan pokok nanas dalam keadaan panas dan lembap terutama hujan berterusnan apa lagi kawau kebun kena tenggelam air banjir atau air terkumpul agak lama. Masaalah ini boleh kemudian ia menyebabkan kehilangan hasil tanaman buah dan pokok nanas dengan jumlah yang besar jika tidak diperiksa dan seterusnya di kawal.  Perlu selalu periksa kebun dimana jika ada tompokan basah pada daun dimana kemudian daun mulai jadi kuning, layu dan bau busuk kka ia tanda jelas ada serangan BHR. Penyakit ini berkembang dengan cepat dan kemudian ia akan menyebabkan pokok nanas rosak atau reput dan tuaian gagal di lakukan. Persoalan apakah punca Penyakit Reput Lembut atau Reput Teras nanas adalah tidak lain patogen jenis Bakteria yang mudah berjangkit dan merebak. bagi tanaman lein ia berpunca dari jenis patogen seperti spesies Pectobacterium dan nagi pokok nanas oleh bakteria jenis Dickeya. bakteria ini akan masuk ke dalam tumbuhan melalui luka atau semasa keadaan berlaku sangat lembap selepas curahan hujan yang tinggi. Kaedah untuk merawat Penyakit Reput lembut pada Nenas memang antara yang paling sukar dilakukan sebab tiada racun perosak yang sesuai digunakan. Apa pun salah satu amaan agronomi perlu dilakukan dengan pastikan yang sanitasi ladang dibuat dengan cara mengalihkan dan musnahkan bahagian yang dijangkiti untuk mengurangkan inokulum. Cara lain adalah di peringkat awal hanya memilih anak benih dari varieti yang tahan dan ia mampu mengurangkan peluang jangkitan. Ada kaedah mengawal dengan racun perosak seperrtiu jenis racun Bakteriside khusus yang direka untuk kawal masaalah oaotu keracunan lembut akan tetapi agak sukar dan tidak banyak pilihannya di pasaran. Pastikanjka ada bekalan hanya perlu memastikan aplikasi yang betul mengikut garis panduan pengeluar pada label. Kaedah lain dengan amalan kultura dimana penanam nanas lakukan pengurusan Hibrid iaitu menggabungkan kaedah rawatan kimia dengan amalan agronomi yang baik. Selalu amalam menjaga kebersihan dikebun mungkin termasuk sterilisasi alat dan lalukan cara menjarakan tanaman yang optimum untuk edaran udara. Dilaporkan ada cara pencegahan guna bahan kimia yang berasaskan kuprum (Cu) dipercayai ia boleh membantu mengawal populasi bakteria sebelum mencapai tahap merosakkan. Isu simptom keracunan lembut paling aktif dalam keadaan panas serta lembap dan penyebaran bakteria yang ada cepat berlku di musim hujan. Patogen penyakit sangat cepat berjangkit kerana bakteria mudah tersebar melalui angin, tanah, air, dan alat yang tercemar. Ancaman penyakit ini boleh mematikan tanaman nenas, mengurangkan tahap kesihatan dan produktiviti tumbuhan secara signifikan, Ia juga dilaporkan akan menyumbang kepada kerugian hasil yang besar lebih lagi kalau banyak pokok mati. 



Syor yang diberikan Jabatan Pertanian dan LPNM kepada pihak petani penanam nanas yaang ingin elakkan masalah serangan penyakit nanas adalah dengan sentiasa membuat pemeriksaan dan memantau serangan penyakit di ladang dan pusat pengumpulan. Pemantauan secara berjadual ini memang perlu memandangkan keseluruhan kawasan ladang yang luas ini akan terjejas jika berlaku serangan penyakit. Sistem pengurusan ladang perlu diperbaiki agar ladang sentiasa berada dalam keadaan baik bagi meminimumkan serangan perosak. Pokok dan juga buah yang menunjukkan simptom serangan di ladang perlu segera dimusnahkan dengan cara betul dan berjadual. Buah nanas di pusat pengumpulan yang kelihatan tidak normal atau berpenyakit perlu diasingkan dahulu dan dimusnahkan segera. Perlu dipastikan keadaan ladang dan juga pusat pengumpulan sentiasa bersih dan sanitasi yang baik. Perlu dilakukan Pengurusan Penyakit Secara Bersepadu (IPM) yang meliputi semua aspek pencegahan dan pengurusan penyakit dari peringkat sebelum menanam sehingga kepada peringkat lepas tuai di pusat pengumpulan. Amalan ini adalah amat penting dalam mencapai matlamat ke arah ladang yang bebas penyakit dan perosak dan seterusnya menjadi ladang perintis untuk pasaran eksport ke luar negara. Nenas daripada RIPP ini telah berjaya dieksport ke luar negara seperti ke negara-negara Teluk, Jeppun, Korea dan Hong Kong. Penghasilan buah berkualiti akan menjamin pasaran eksport nenas dari Malaysia akan terus berkembang dimasa akan datang.


Walau pun ancaman oleh Penyakit Reput Teras Tanaman Nanas boleh terjadi akan tetapi media tempatan laporkan dimana 'Nanas MD2 paling dapat sambutan' untuk disembangkan. Bernama laporkan dimana nanas MD2 kini mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia malah sudah menembusi pasaran Jepun. Apa pun jenis nanas Madu atau MD2 kini semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana rasanya yang manis dan mempunyai keenakan tersendiri. Dilaporkan malah varian ini tiada rasa lidas (rasa pedih atau gatal pada lidah) dengan empulur lembut berbeza dengan nanas yang lain. Pasaran nanas MD2 di Malaysia kini menembusi Osaka, Jepun sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara bahkan membantu pemain industri negara dalam menambah pendapatan. Dikatakan hampir 20 negara mengimport produk nanas antaranya Singapura, Mesir, China dan Jepun mengikut laporan yang dikeluarkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Apa yang lebih unik dimana ada terdapat 16 jenis varieti nanas di Malaysia, namun pasaran MD2 yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini kerana nanas bukan saja boleh dimakan segar tapi turut dijadikan jus, sambal nanas, jem, kuih, salad buah-buahan, sabun dan sebagainya. Apa pun kini tanaman ini juga mudah dijaga dan tidak memerlukan siraman air yang banyak. Memadai sistem perparitan yang baik bagi mengelakkan takungan air. Jka ait tergenang, hujan berterusan dan saliran tidak bail mudah berlalu serangan Penyekit Reput Teras Nanas atau BHR yang serius dan boleh merugikan petani. Kaedah sistem penggiliran tanaman juga tidak diperlukan melainkan pokok berkenaan diserang penyakit seperti reput teras bakteria (bacterial heart rot). Apa pun penting dibuat langkah kawalan diambil apabila pokok dijangkiti penyakit iaitu dengan mencabut dan membakar pokok rosak, Kawasan tanaman pula perlu diletakkan sulfur serta clorox. Pihak pengusaha tanaman itu juga perlu memastikan buah nanas dalam keadaan yang baik selain mengawal rumpai yang muncul kerana ia antara ancaman buat penghasilan buah nanas yang premium. Bagaimanapun, buah nanas yang rosak boleh juga dijadikan baja kompos. Kini tidak hanya buahnya yang lazat, malah tumbuhan ini turut menghasilkan tiga jenis sulur iaitu sulur angin, sulur tanah dan sulur tangkai yang boleh dijadikan benih tanaman selepas penghasilan buah nanas. Begitu juga dengan penghasilan benang tekstil berkualiti tinggi melalui serat nanas. Serat daun nanas pula boleh terhasilnya sehelai kertas hingga menjadi buku catatan, pelbagai bekas atau kotak cenderamata yang berkualiti. Ternyata inovasi ini penuh kreatif ini membuktikan perusahaan nanas hakikatnya membuka pelbagai peluang baharu kepada bidang keusahawanan. Media laporkan dimana diantara manafaat buah nanas pertama ia Membantu melawan radikal bebas sebab rasa manis, masam dan segar nanas dengan kandungan vitamin C sangat baik untuk mencegah radikal bebas dari memasuki badan yang boleh menyebabkan gangguan kepada kulit atau organ dalaman. pembaca blog ini boleh menikmati nanas secara berkala sama ada dalam bentuk jus, yogurt atau dimakan segar. Kedua buah nanas akan Membantu mengurangkan lemak dimana buah ini mengandungi gula semula jadi yang cukup baik untuk tubuh selain mencetuskan pembakar lemak dalam badan, hebat buah nanas ketiga adalah ia Membantu dalam meningkatkan ketahanan pemakannya seban nanas yang mengandungi banyak vitamin C membantu meningkatkan daya tahan. Ciri ke 4 adalah buah nanas akan Membantu tulang lebih sihat sebab nanas mengandungi sebatian mangan yang baik tulang dan tendon otot yang mengelilinginya. Buah nanas juga dikatakan baik untuk mata, menghindari sembelit, cirit-birit, serta ia akan mengurangkan keradangan usus, mengawal diabetes dan sebagainya lagi. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai dibaca kesemuanya. Semuga tulisan kali ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kal ini. Wasallam!!!...
PENYAKIT REPUT TERA...AMAT MERBAHAYA...
DI MUSIM HUJAN... WAKTU SERANGAN IA SUKA...
CEPAT MERABAK... PERLUKAN KAWAL SEGERA...
PENYEBAB UTAMA...ADALAH JENIS BAKTERIA,,,

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(30 Syaaban 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...